Wednesday, December 31, 2008

BBQ~ !!episod 2

HAPPY BIRTHDAY!!


Our Birtday Girl! 
(sweet 20)

Kek yummy2!


Dalam tu minyak wangi arab!


Barbeque girls..hehe


Ehem~! (baju oren senior 3rd yer kami)


Ayam sangat besar! ku curik nasi pia..;p


Luar Barbeque Restaurant~


Jambatan yang disaLiri sungai Nil..^.^


BiLa sampai rumah....acara menepung tawar..(jiran sebelah rumah buat)


Shakirah bt Mohd Ruslan

Semoga Sihat sentiasa

Semoga murah rezeki

Semoga Mendapat caLon suami yg soleh..;p (ameen)

Semoga Berjaya dunia akhirat


We All Love You!


Tuesday, December 30, 2008

BBQ~!! episod 1

Geng Gaduh - INTAN & SAYA

Sempena birtday my hosmet ~Shakirah~ kami pun planned nak BBQ kat luar.ada restoran BBQ ni,nak cuba makan kat sana.he..petang tuh kami order la meja dan makanan awal2 utk malamnya..fuh,banyak jg la pertikaian antara kami dan pemilik restaurant tuh..dan antara yang paling "garang" time bertekak tuh adalah aku dan intan..hek hek




nak story,kami dah siap2 beli kek birthday dan nak planned nak minta tolong simpan kat kedai tuh,so bagitau la owner dia ni,dia cakap ok tapi kena caj la..dan caj nya 50 L.E,mak bapak..aku punya tekejut.Apa kejadah.Time tuh memang start dah nak bertekak..kalu macam tuh harga,baik aku letak kek kat rumah kawan sebelah nun..miaha.Lantang juga la aku dan intan,owner tuh pun consider la bagi diskaun kurang ke 20 L.E..heh,tak leh tak leh..kami minta free.haha..last tuh dia bagi free juga!




satu kes lagik,harga overall makanan 280 L.E untuk 12 orang.So kami bayar la deposit 100 L.E,tapi yang sLack nyer bole pula bayar deposit tapi takda resit? haa,start lagik aku dan intan tunjuk taring.Kitorang argue juga benda ni,owner tuh cakap memamg dorang tak ada bagi resit kat pelanggan,so dengan apa cara kami ni nak percaya dorang.Helo..kang free2 lesap 100 L.E kalu dorang tipu kami.Tapi at last tuh,bila owner tuh yakinkan juga,dia siap tunjuk resit yang dorang simpan utk kedai,dorg memang x bg pelanggan,baru aku pun dah mula nak percaya.




Then aku call la senior,cakap hal nih..rupa2nya memang takda resit..mak aih..habiskan borehh aku je bertekak.Begitula kisahnya..then bila kat rumah tuh,balqis (rummate) cakap kat aku..




"fa,kenapa ko garang sangat tadi..dah cukup baik la tuh dia bagi free letak kek" (aku xgarang pun,cuma aku lantang je)




haha..well maybe sebab aku tak macam balqis kot.Mesir tak macam Malaysia balqis oi,Mereka suka ambil kesempatan terhadap kita.Once senior penah cakap




"Kat mesir,buang sifat lemah lembut kalu tak nak kena pijak oleh arab"




Lagi satu aku pikir macam nih je..bila masa lagi kita nak bergaduh?? haha..kat Malaysia takdenye aku nak bertikam lidah..Well jangan risau,aku hanya bertikam lidah jika berjual beli je la..benda lain tak kuase aku..




aku sah sah memang dah kena kutuk ar oleh pak arab tuh once kuar dari kedai tuh.tapi...ADA AKU KESAH.(curi tagline kak jah!)




ok saya akan sambung cerita nih kat episod 2 ok..hehe..nak siap2 dah ni..bubye~


Friday, December 26, 2008

2008

Adoi! dah nak masuk 2009~ sheeshh..

KEHIDUPAN
syukur aku melanjutkan peLajaran di bumi anbia Mesir selama 6 tahun,dan ini tahun pertama pengajian ku sebagai peLajar perubatan.

PERSAHABATAN
~syukur juga aku tak ada masalah satu bilik dengan kawan di matriks dan juga satu rumah dengan kawanku di mesir ini.
~ aku senang masuk dengan orang yang ada sense of humor yang tinggi,kerana aku jenis tak ambil kisah dan tidak mudah terasa.
~kena bersangka baik dengan kawan2 dan sentiasa berlapang dada

EKONOMI
~ehe..syukur datang sini dapat biasiswa kerajaan Sabah..masaLah duit tak ada sangat..tapi peLu untuk jimat2 juga untuk satu tahun ini..=.='

CINTA DAN KASIH SAYANG
~kita kena semai kasih sayang dengan semua orang!
~ cinta..haha..


KOLEKSI BUKU
adoi..buku..amat susah untuk baca buku..tahun ni beLi satu novel je The Zahir.

SUAMI IDAMAN 
(ini pun ada ke?)
~ nak senarai pun..panjang je,tapi yang kita nak tuh La susa nak dapat
~ apa-apa2 pun,diri ku kena jadi baik untuk dapat yang baik2 juga.

PERKAHWINAN
(hehe..awal gila ni nak pikir)
~ nak solat sunat 2 rakaat lepas nikah
~ buat di rumah sahaja
~ nak akak aku jadi mak andam..haha
~ sederhana dan penuh keberkatan

CITA-CITA
~menjadi ustazah dukturah muslimah,ikhlas membantu masyarakat,aku datang sini guna duit rakyat,baLik nanti mesti sumbang untuk rakyat baLik.
~ ingin jadi doktor sakit puan,wahai ibu2 mengandung,jangan risau..here i come for the next 6 years! =)
~ Hidup wanita! yehha

KELEMAHAN
~ keras hati
~ pandai kaver dalam soal perasaan..hahaha
~ cepat gabrah gak kalu kena soal dalam lecture
~ selalu berubah perwatakan
~ tak suka mengemas
~ x cukup ilmu agama lagiii

IMPIAN
~ nak bina kLinik sendiri
~ nak cukur buLu/togeLkan kambing biri2
~ nak ada seekor kuda sendiri
~ Nak menjaga abah dan emak baik2

MASALAH
~ alamak..kena beLajar..
~ kenapa biLik ni bersepah sangat?
~ Laptop ku biLa boleh baik? uuu sedeynya

AKU SUKA
~ tudung corak2 dan jenis kain lembut
~ travel
~ duduk rumah rehat2
~ tengok bintang dan buLan maLam2 (layan bLues beb)
~ geLak ramai2 
~ me"ngegeh"kan hosmet ku..aha
~ tidur dalam saratoga
~ waktu pagi di bumi mesir
~ baca bLog kawan2
~ cucuk2 pinggang hosmet ku
~ memasak
~ action movies

AKU TAK SUKA
~ pakai tudung hitam dan putih
~ bersukan
~ jalan kaki jauh2
~ pakai celak kaler hitam
~ pakai toner
~ tengok kartun
~ mengemas rumah dan bilik
~  menunggu orang








Sunday, December 21, 2008

My Hero

Teristimewa untuk...

DR. AMIN BIN SENIN






HAPPY BIRTHDAY!!!

He is my daddy!


VERY INTELLIGENT (i swear this)


PENYABAR 


 LOYAR BURUK 
(make me laught out of my head)


TENANG & COOL


                          HANDSOME (oh mom! u are lucky!)


PERIANG


GADGETS & BOOKS FREAK


and the List goes on~


Abah! saya doakan abah sihat walafiat sentiasa dan dimurahkan rezeki oLeh Allah S.W.T



I LOVE YOU FOREVER


Text Message : Terima kasih,Shenzhen ni bandar teknologi macam hongkong.Lebih besar dan moden daripada KL.Seronok juga sambut hari jadi d luar negara.hehe.I love u too.Bye

(Geezz,my dad on his vacation alone! semoga seLamat puLang ke tanah air abah)


 




Thursday, December 18, 2008

New Washing Machine!

salam~

aha..mesin basuh dah datang! beLi dalam 680 L.E..gembira gila sebab tak peLu basuh baju lagi (musim sejuk,air sangat sejuk!..duh). Saya yang rasmikan mesin basuh ni! tapi Last2 nak guna tuh air puLa x ada *sigh*..tertangguh keja ku! (baju terbiar daLam mesin).

Ku tergeLak biLa one of my hosmet nih kata..

"yeahhh mesin basuh dah ada! SebeLum ni aku rendam baju 3 hari tapi basuhnya 5 minit"
(hahahahaha..ada rupanya kembar aku..=p)

ok,sebab Lain juga iaLah ku dah tukar ke BLOGSPOT..hehe..saja nak cuba suasana baru..well blogspot is much more better than the old one..huuu sorry wordpress!

Mesti ada yang peLik wit my URL address..oh k! dun ask..or i wont answer..(asalkan senang ingat)

Baik,wanna to continue with my studies after tis..sheeshh...mid term is just around the corner!..kena ikhlas2 kan hati supaya study senang masuk..yep2..amin.

got to go..see ya~






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails