Thursday, December 31, 2009

New Years resolution

Sempena tahun baru islam dan masihi ini saya ingin niatkan di dalam hati

Melakukan apa sahaja perkara dengan hati yang Ikhlas.

Belajar kena ikhlas.

makan kena ikhlas.

tolong orang kena ikhlas.

senyum kena ikhlas.

Pergi kuliah kena ikhlas.

etc etc

Namun,tak semua perkara kita dapat ikhlaskan hati.Akibatnya kita buat benda tak ikhlas dan berpura-pura menyebabkan pahala ikhlas dah tiada.zero.

So,marilah latih diri untuk berikhlasan.Supaya terpancar sinar di wajah kita yang ikhlas.

p/s Akhirnya recorder yang saya idamkan menjadi hak milik.Walaupun bukan model yang hari tuh saya tulis kat entry,tapi yang ini pun agak comel dan memuaskan.Terima kasih kepada abah kerana membelikan saya recorder.Muah!



Wednesday, December 30, 2009

Sedih vs Gembira


SEDIH

minggu depan adalah minggu terakhir bersama Dr.Mustafa,Endocrine dah nak habis.='(

GEMBIRA

Notis dari pejabat pos dah sampai,esok nak ambil bungkusan dari Malaysia.Tak sabar nak tengok recorder i.=)

Friday, December 25, 2009

I'm okay with smoker guy


Ge bang Boom!!!!

saya tahu pasti ramai yang terkejut bila baca tajuk entri saya ini..lebih-lebih lagi para peminat saya..gosh,fa dah makin perasan sekarang.ok bergurau bergurau.

Dengan hati yang sebenar-benar nya..memang saya okay bila lihat lelaki merokok,what i mean here is the "okay" word is lelaki tak nampak buruk la kalau merokok.Contoh kalau perempuan merokok/bershi sha tuh memang gerenti nampak buruk la.

Tapi~!!!

saya akan nampak lelaki itu buruk bila hisap Shi sha.I Don't know why!? Sebab mind setting saya ber shi sha dengan belalai gajah hos panjang2 tuh seems like korang macam hisap dadah hokey.

Saya marah lelaki yang merokok bukan sebab saya benci lihat,tapi saya marah sebab fikir mengenai kesihatan dia.Please please la lelaki-lelaki di luar sana,Allah bagi kamu nikmat sihat,tapi janganla cari pasal nak sakit dan mati awal.

Lagi satu,sebab saya tak suka hidu bau rokok dan tak suka lihat bibir lelaki yang hitam sebab nampak selekeh/pengotor.

Konklusinya,kalau kamu perokok,jangan dekat dengan saya!

cecececececeececeh

updated : masa saya tahun 1 dulu,saya dah tengok organ paru-paru bagi seorang perokok.Memang banyak bintik-bintik hitam di paru-paru tuh,,umpama titik-titik hitam dosa kita di dalam hati.Bukan kah tak molek?

5 Things


1. Lain kali jangan tidur walaumacam manapun penat/mengantuk kalau masa untuk belajar tidak cukup 6 jam sehari,sia-sia masa 4 jam yang dicurahkan dalam hari itu kalau tidak capai target.

2. kalau movie sherlock holmes keluar di cairo,saya pasti akan tengok.hohoho

3. Project kacang hijau tergendala lagi lagi dan lagi.Melihatkan betapa saya ini malas menjahit2.

4. Sangat tidak sabar menunggu 1 januari kerana akan mendapat bungkusan dari malaysia yang dinanti-nanti kan.Semoga Allah permudahkan urusan ku.

5. Jangan tidur selepas makan! ini paling bad habit..huaaaaa.Sangat tidak baik oh.Dulu pun selalu minum air ketika tengah makan,but syukur habit teruk yang satu ini semakin berkurang sekarang.

Happy hoilidays untuk Malaysia sempena krismas.kami tidak ada cuti.heh

Wednesday, December 23, 2009

Dr."M",tapi bukan Dr.Mahathir

Akhirnya saya dah dapat!!!!! yah-yah!

erk..ehem! Salam alaikum permulaan bicara...hehehe

Saya harap kepada lelaki-lelaki,kaum adam di luar sana jangan kecewa bila entry ini merupakan luahan hati saya kepada Dr."M" yang selama ini saya uar-uar kan siap ada flyers lagi.konon.yang dengar suara dia jadi segar-bugar,tidur malam bermimpi,mandi memang basah,makan memang kenyang etc etc.Kepada kaum adam yang sedang baca entry ini paling penting yang bukan mahram saya.diharapkan sekali lagi anda tidak kecewa.

orangnya adalah....

:





:





:

Dr.Mustafa guru physiology saya!

hak...hak..hakkkkk [sampai keluar anak tekak]

ngiahahahahhaahhaha [ terguling-guling atas tikar mengkuang]

ok fine,dia guru physiology saya.bukannya orang yang saya minat/suka dari dalam hati yang tulus dan ikhlas.Kepada mamat2,doktor2,ustaz2 [ini mustahil] berhenti menangis,lap hingus dan alihkan pisau tuh dari leher dan pergelangan tangan kamu sekalian sekarang.Serta,letak balik ubat gegat yang kamu nak makan selepas baca entry saya ini.Dia guru saya, guru saya.

[memang gila bajet ayat akuuuu,,sah sah housemate aku kutuk gila ganas aku lepas ni.but,who cares? haha]

Dr. ni memang gila best dia ajar,actually dia ni professor hokey~! but he is really down-to-earth person i tell u.Nasib la topik dia ajar kelas kami Endocrine & Reproduction.Sebut pasal endocrine,ini berkait dengan hormon2 beb,kalu dapat doctor yang tak best nak mengajar,gerenti tak faham satu buku.Sangat-sangat bersyukurrrrrr.

Tetapi yag kelakarnya,first time aku tengok Dr. ni memang kepelikan melanda la,gaya doc ni macam robot je aku tengok,kalu dia nak kalih kepala dia ke tepi macam badan2 dia sekali terikut,gerak kepala pun ala-ala robot.Baju pun sempoi gila,tshirt disarung dengan jacket dan seluar JEANS! Memang gaya muda la walaupun dah berumur.Flat abs & belly pulak tuh..selalu tua-tua ni perut dah memboroi..mostly docs here are perut boroi.[ops!]

Waktu dia aku sanggup duduk tegak,fokus setiap saat dengar apa dia explain selama 2 jam,tak pernah lagi aku mengantuk kelas dia.Siap aku boleh marah2 kelas lain lagi bila ada hari yang kelas doc ni cuma 1 jam tetapi kelas sebelum kami masih tak keluar dari lecture hall.Aku amat hargai setiap minit masa bersama dia.[wah wah..hebat].Dia mengajar memang laju,kami advance lagi dari kelas lain.tapi peliknya laju-laju dia pun apa dia cakap semua kami faham.bayangkan O_O..dan aku akan revise setiap apa yang dia ajar pada hari yang sama di rumah tanpa ada proscatination dan walaupun esok hari aku ada test untuk subjek lain.

Lihat,betapa cintanya aku dengan topik yang dia ajar ini.Tadi aku kira2 pages buku aku tuh dah sampai separuh buku..tak sanggup rasanya nak habis belajar buku tuh. ='(.Lepas ini belum tentu dia akan ajar kami lagi untuk kali kedua.Dia akan ajar kelas lain pula untuk topic yang lain.Rasa macam nak join senyap2 kelas lain kalau dia mengajar tapi mustahil sebab jadual kami memang pack dari pagi hingga petang,tak ada rehat.itu pasal kelas kami boleh minta cuti 2 hari.ekekek.

by the way,he is the only doc i love the most for my sophomore year instead of Dr.salah [cardiovascular lecturer] during my first year.

Last but not least.sorry guys,i make fun of this..but i know U all didn't care..hahahaha.Ingat senang ke nak bagi aku luah-luah perasaan kat blog.korang bagi sejuta pun belum tentu aku tak tulis love story.Mesti aku tulis.satu entry satu juta.berbaloi.$___$ [kaching!]
Well,lagipun aku ni hanya setia pada yang 10 ! wakaka

Kepada Ahmad ahsan..hahhahaha..kena kaw-kaw ko san..beriya dia ym aku nak minta gambar Dr.M tuh..semangat aje die..elelellelelele

muci-muci kerana sudi juga luang masa untuk baca.I noe lelaki-lelaki di luar sana sudah mula tersenyum lebar dan bermimpi indah pada setiap malam etc etc.Stop fa.Doa-doalah semoga kita ada... benti ! benti! jooooooo [tettttt zzhhshsshhr siaran tertunda]





Tuesday, December 15, 2009

Aku nak cakap,tapi aku malu

Yah-yah,sabar para peminat

Aku tengah berusaha nak mengambil gambar seorang hamba Allah ini,

aku nak cakap terang2 aku malu..ahai~~

aku betul2 berusaha dan akan buat entri khas untuk dia! awww~~

Mendengar suara dia pun diri yang mengantuk akan jadik segar-bugar

Tengok senyuman dia yang x leh blah orang kata tuh pun aku teruja.

Ok ..ha ape? jangan buat muka kerek depan laptop masing2,,aku sekeh kang.

Saturday, December 12, 2009

Darkness during winter is so much fun !


Hello peeps!

How's your winter everyone? mine is good.
Good because i become lethargic.hehhh.
Sleep in the darkness and mysterious is cool.[delete balik mysterious word,tiba2 takut pulak]
but it's become romantic when the snow is falling here [ in your dream to see snow here]

naaa! i want to show u something to make those dark winter nights is more fun and really mysterious.[takkan dilet dah mysterious tu]



weehe.Guess what?
ready for it?

it's a sunjar! it literally store sunlight! All you do is leave it outside in the sun during the day,then,with some mysterious [word kali ketiga] combination of solar panels and technology,it glows on its own at night.

Don't you think its awesome and brilliant idea?



but AGAIN..such thing doesn't sold here.

I think.........so!

search them in europe,not in egypt.

daydream : use this as my candle light dinner.HAHA

Thursday, December 10, 2009

Tips menjemur bayi

Kemarin saya belajar Physiology mengenai

Parathyroid gland

yang berfungsi mengeluarkan hormon Parathormone

Parathormone berfungsi untuk Meningkatkan Kalsium dalam badan.

Ok,stop untuk ayat skema dan pembelajaran skema.

Berbalik kepada topik asal,adakah anda tahu menjemur bayi di waktu matahari menyinar di waktu pagi amatlah digalakkan untuk tumbesaran yang sihat.Tips akan saya bagi di bawah sebentar lagi.Saya nak bagi penjelasan secara saintifik mengenai hubung kait matahari dengan kalsium.sikit saja.jangan risau.betul ringkas.ok,saya tipu.hahah

Bila cahaya matahari sampai ke badan bayi,kulit bayi akan resap cahaya itu.Cahaya matahari mempunyai Vitamin D2.Semua orang tahu kan,cahaya mentari waktu pagi menyihatkan.heh.Vit.D2 berada dalam keadaan yang tidak aktif.So,dia perlu tukar kepada active form iaitu Vitamin D3.Bila Vit.D2 masuk kulit,maka vitamin D2 akan ditukar ke Vit.D3 dalam ginjal.Ginjal akan keluarkan Vit.D3 ini jika kalsium level dalam badan kita berkurangan.

Salah satu tempat keluarnya kalsium dari badan kita untuk masuk ke dalam darah adalah usus.Maka,Parathormone tadi akan bergabung dengan Vit.D3 ini untuk menyerap kalsium dari dalam usus masuk ke dalam darah.Oleh itu,selain Parathormone,vitamin D3 juga membantu untuk pembentukan kalsium dalam badan. =)

ok..dah habis,,penerangan nya..hehe.Konon nak stop penjelasan skema.ceh.

Wahai ibu-ibu mengandung! ayuh! mari baca tips2 nak jemur baby anda nanti.hehe
yang pasti tidak seperti menjemur kain.ekekek

1. Jemur bayi dalam posisi terlentang muka baby menghadap kita.Jangan posisi terbalik.Tak terbayang baby 1-2 minggu kena jemur dalam keadaan terbalik.hueh hueh.Tepuk-tepuk lembut dada bayi dari bawah menuju ke leher.

2. Waktu yang paling ideal untuk jemur baby ialah dari jam 7.00-8.00 am selama lebih kurang 15 menit ya.

3. Jemur bayi dalam keadaan dada telanjang [awww unsur2 word yang tettt! haha].Oh,bahagian punggung juga perlu ya disinari mentari.Tetapi AWAS! jangan dedahkan mata bayi kepada cahaya matahari kerana boleh merosakkan lensa dan retina mata bayi.

4. Paling penting penting penting,jangan jemur bayi di udara terbuka dengan pancaran sinar matahari langsung.Cukup sekadar kita duduk di tepi tingkap,tingkap lutsinar tuh tertutup dan just cahaya yang menerombosi kaca tingkap.

5. Jangan jemur bayi yang mengalami kulit yang sangat sensitif pada matahari.Periksa bayi anda dahulu sebelum melakukan benda ini. =)

6. Bayi prematur /tidak cukup bulan juga tidak disarankan untuk dijemur kerana bayi ini memerlukan suhu yang stabil dalam tempoh prematur itu.

7. Jangan tinggalkan bayi anda sendirian dijemur! ini memang..sapa yang tinggalkan tuh saya tak tak tauhla nak cakap apa..tahula busy memasak..ingat bayi tuh boleh jalan sendiri ke bila dia dah habis berjemur dia masuk balik dalam buaian dia.ok stop repekan.

8. Jika ibu-ibu semua mendapati pagi itu sinaran mentari sangatlah terik,disarankan waktu menjemur dikurangkan ya,kerana takut bayi mengalami hipertemi (peningkatan suhu badan).Suhu ideal bayi antara 36.5 - 37.5 darjah celcius.Hipertami boleh menyebabkan gangguan pada fungsi metabolisme,otak dan organ lain bayi.

selesai. daaa~



Friday, December 4, 2009

pencuci tandas cairo dan dubai,behave la sikit!!!

Part ni memang melampau ah pencuci-pancuci tandas yang tak ada adab dan menjadi biadab

kau jaga tandas moden tapi fikiran kau tak moden-moden jugak!

ini terjadi kat tandas perempuan la,kalu yang lelaki aku memang tak tahu.Siapa yang pernah alami,kongsi la kat aku.

maaf,aku guna bahasa "aku/kau" sini..sebab aku rasa tak syok kalau aku sebut "saya/awak"

situasi ni aku dah alami kali kedua,situasi pertama aku lihat orang lain yang kena,situasi kedua aku jadi mangsa,kalau kali ketiga aku alami lagi,minta maaf la,aku takkan behave dengan kau dan kau pencuci tandas.

aku pergi city star hari tuh,sebuah shopping complex yang agak standard di bandar Kaherah nih.Well bila sebut standard,tandas pun kena la standard kan..yang tak ada hos dan air tandas pancut dari dalam lubang tandas tuh.aku paling tak suka tandas macam nih.Berderet tandas jenis ni.aku tak jumpa tandas cangkung.Aku bukan tak reti pakai,tapi masa itu aku terpulas salah arah paip air tuh menyebabkan pancutan air capai tahap maksimum hingga terpancut melanggar pintu dinding tandas.Maka air pun membasahi lantai tandas.

Dalam fikiran aku,habis,,harap2la kakak cuci tuh tak buat fe'el kurang hajo kat sini.Aku pun keluar la,tup tup depan aku dah kakak cuci tuh sambil buat muka masam dan tanya aku "kenapa,kenapa".Oleh kerana aku orag melayu,budi bahasa budaya kita aku pun cakaplah "ma'alish" (3X) [minta maaf]

Tapi seperti yang dijangka kan.mulut kakak tuh tak kan diam..aku pun buat bodohla jalan je pegi arah cermin belek muka,betulkan tudung..dalam masa yang sama kakak tuh masih bising-bising dalam tandas tuh.Aku agak dah dia mengutuk aku,berdesing telinga kena kutuk tak habis2 sampai aku keluar tandas pun mulut dia macam mulut murai.

Kalau situasi pertama tuh aku jumpa kat Airport Dubai sewaktu transit.Ini jadik mangsa nenek tua beb kena tengking oleh makcik cuci tuh.Sebab basahkan lantai dengan air,bayangkanla..nenek tua nak handle tandas moden tuh macam mana?

Kalau kali ketiga aku jumpa benda yang sama,siap la..memang aku kutuk je pencuci2 tandas tuh.Macam aku nak cakap je

"kau tu pencuci tandas,dah kerja kau.kau buat dan mulut kau diam"

Aku benda-benda yang memerlukan tahap kesabaran selalu bagi peluang sampai kali ketiga je,lebih tiga kali memang aku tak consider dah.Sama juga kalu aku terima panggilan tidak berjawab,aku hanya cakap "hello" tiga kali sahaja,kalau masih tak ada suara aku akan letak,aku tidak ada masa nak berkasih sayang dengan telefon tuh untuk tunggu suara muncul.

ok,aku ada usrah.Got to go.


Updated: ceh ceh.poyo gile je entry ni konon nak marah2.aku rasa macam nak gelak terguling2.muka aku nak marah orang? heh.jan main2 kalu aku buat suprise kt cleaner tuh bila dah betul2 marah.hahaha.apa2pun aku mmg x puas hati.

Monday, November 30, 2009

Saya pakai wedges 3 inci

haha so funny~

this is the first time im wearing 3 inches wedges~!!

am look tall la..like it. [pergh]




hehe..actually my height is same with Aminah [the one with tudung labuh]

from 158 cm to 161 cm only! [rendah nye saya]

luckily the day i wore that,i only sit in the hall for one whole day,

so the pain of using high-heel for the first time is not appeared.heh


Saturday, November 28, 2009

Eidul Adha di pagi raya

Selamat eidul Adha..

Kullu sanah wa antum toyyibun

Cerita di pagi raya,jam 6.16 am kami dah keluar rumah untuk berjalan ke stadium yang terletak bersebelahan dengan Universiti Zagazig



Banner eidul Adha..jauh juga berjalan kaki ni nak sampai 30 minit juga..takpe,lagi jauh berjalan untuk solat raya,lagi bertambah pahala kita


Orang ramai berpusu-pusu..



Kegembiraan kakak senior nak semayang raya..


See...ramai kan berkumpul di stadium utk solat raya..


Rahmah dan Fatma


Cute lil boy yang "bussi [cium]" balqis twice!


kami berada di luar "Kuliah Tib"


Salam perantauan dari kami di Bumi Anbia! [3 lagi housemie tak pegi semayang raya]

=)

Thursday, November 26, 2009

Adikku.Kesayanganku.

* entri ini ada unsur2 jiwang dan prihatin seorang kakak,jangan baca sebab saya malu,sila skip entry ini*



Ahmad Afiq

Selamat menempuhi SPM

Apa yang mendesak aku untuk taip entry ini kerana..

dia sangat jarang masuk dalam entry khas aku! haha..tapi itu bukan sebab yang utama

sebagai seorang kakak,sedih hati bila..[sila turn on soundtrack winter sonata choose muzik paling sedih]

sebelum itu,nak bagitahu..dia merupakan yang paling nakal,paling pandai kemas rumah,paling hensem ,paling rajin cuci kereta,paling suka berkawan sampai tak pandai pilih kawan,paling senang terpengaruh,paling protective kat aku kalau ada lelaki aku nak berkawan,paling muscular badan dia,paling kuat main daripada belajar dan etc etc etc..

semasa aku cuti bulan Julai-Oktober,,pada bulan September ituh la dia confess kat aku yang cakap dia menyesal banyak main daripada belajar sebab dia dapat markah teruk dalam exam sekolah.Sedangkan bulan Oktober dah SPM!!!
Aku pun memang gabrah la..ada sebulan lagi ni..tapi suruh je la dia belajar siang malam jangan tidur! at least ada juga penyesalan kan..hehehe

bila dah masuk musim exam spm nih..aku baru dapat tau dari mak yang apik nih sakit tulang rusuk bahagian depan,tulang rusuk dia retak!!!

Masa hari jawab paper 1 Agama Islam ,selepas habis je paper tuh dia terus mesej mak aku bagitau yang dia tak tahan sangat sakit di bahagian tulang tuh.Mak bawa dia pergi klinik dan yang esoknya kertas Add math!

Aku yang dapat tahu nih pun rasa macam nak menangis pula [emosi dah menguasai]
yang buat aku geram ialah dia dah rasa sakit sejak SEBULAN yang lalu! SEBULAN Beb! dan dia tahu apa punca dia sakit,dia jawab kat mak aku

"dia terkena LUTUT kawan dia,dia takut nak bagitahu mak aku sebab takut kena marah sebab tak pandai pilih kawan.Dia tahu dia pun salah sebab tak dengar cakap mak."

aku assume yang dia wrestling ni dengan kawan dia..tak pun bergaduh..apa lagi aku bole assume kan kalu dah kena kuat kat tulang rusuk sampai boleh retak? kena lutut lagi? mesti kawan dia tendang gaya kena lutut tuh.Tapi kesahihan belum pasti sebab mesej aku dia belum balas lagi kat hp.

Sedih pula bila dengar..sudahla dia beriya2 menyesal hari tuh..terus nampak la juga kesungguhan dia belajar untuk SPM.Tapi masa exam ini pulak Allah uji dia...dia ni terror subjek akaun sahaja..hehe

dulu aku cakap kat dia..

"wah apikkk...bole la ni jadi gabenor bank negara ganti si zeti tuh..tanda tangan apik woo di setiap helai duit..gila bangga aku"

Masa aku dah nak balik ke Mesir,dia hantar aku pegi KLIA,
dua kali dia salam aku..
salam terakhir dia genggam tangan aku erat2 sambil dia cakap

"kak ipa,doakan aku SPM supaya aku boleh jawab"

;(


"Apik,musibah itu satu nikmat"

Yakin dan tawakkal dengan Allah..Insha Allah usaha terakhir apik tuh Allah akan bantu.

Kak ipa doakan apik sihat kembali dan jangan risau pasal exam..buat yang terbaik.

Kak ipa sayang apik.


p/s Doctor bagi dia ubat urat dan tahan sakit,tapi bila dia makan ubat urat,kelopak bawah mata dia jadik bengkak,effect ubat tuh kot.Jadi dia just makan ubat tahan sakit je dahulu.

updated : punca keretakan adalah sebab dia bermain2 dengan kawan2 dia.ganas betul

Sunday, November 22, 2009

Sakit kepala? tak suka makan panadol?

Dulu-dulu...

abah saya selalu ada migraine..

tapi sekarang..

migraine dia dah hilang!

i just study about headache today in Physiology class.

actually headache is one type of REFERRED PAIN.

Refferred pain is which we felt in a site other than the diseased one that it originate from.

Susahnya nak faham bila sekali baca ayat tuh..nak senang

"sakit tuh datang dari tempat ini..tapi kamu rasa sakit tuh bukan di tempat sakit tuh datang,tapi rasa di tempat lain"

selalunya sakit tuh originate from our viscera (organ dalaman = gall bladder,renal etc)

Contoh paling senang kalau kita buat refleksologi yang urut2 kaki di sekitar sungei wang,jalan masjid india..haha..bila orang itu urut kaki kita,ada certain part kat tapak kaki tuh bila kena picit/tekan kita akan rasa sangat sakit...ha,,memang tau kan kalau rasa sakit,makna ada organ dalaman kita yang tak betul.itu lah referred pain. =)

ok,saya dah melencong jauh dari topik asal.

siapa yang tak suka makan panadol macam saya,untuk nak treat sakit kepala ialah dengan ambil caffein.

minum lah nescafe

sebabnya,nescafe buat blood vessels anda jadi mengecut /constrict. medical term is vasoconstriction

sebab utama sakit kepala ialah blood vessels kita jadi kembang / dilate. medical term is vasodilatation

Jadi saya nak promote beli nescaffe kat Giant,walaupun sini tak ada Giant dan saya bukan peminum nescaffe yang tegar..hahahaha..

tapi ada pula kes lain

sakit kepala bila buka buku mahu baca..yang jenis mengada2 banyak alasan kalu masuk part2 nak study ni..haha..bila tengok tv tak sakit kepala pula...

tapi serius ada yang macam nih..sebab kes ini termasuk juga dalam apa yang saya belajar tadi

ini namanya

Psychogenic headache

hehehe..

ok lah..saya nak sambung menghafal benda lain pula..bye2

happy sunday!

Updated : dont take overdose caffein,because caffein is just a short term cure.See the explanation in my comment box.

Thursday, November 19, 2009

owl product is everywhere


;D



o_O

product by Goody Hoo~

it's a balm

for

smoochy lip,sleepless night,busy hands,first aid and etc etc

where can i get one of these?

absolutely

not in EGPYT [maybe]

*sigh*

sometimes i hope im in europe rite now

europe u can get all the fancy things like this!!!

haih..perempuan2..haha

Sony ICD PX720

Hello friends,

1) My new target from now is Sony recorder,i need to servay the price before buying it.Maybe this eid,i will go to Cairo and start searching for it.I desperately want this gadget! must-have-list~ check it out this link

2) Start from next week,on 27th november,Egypt will celebrate one of the most popular festive in Egypt that is EID ADHA! Banks in egypt start to close at 24th for 10 days,,so hurry up guys,,withdraw your money to save for another days of holidays remain.

3) Egypt was defeated by Algeria for World Cup qualification in play-off game! *sigh* it's the second meeting after egypt won in the first game.

4) I will start my bean project during the holidays,insha Allah.

5) we plan to have an open house during the eid and we already list out the menu (s) we want to served.Nasi himpit,lontong,kuah kacang etc etc.

6) ohya! i want to teach u all how to reply back a wish when others wish you " happy eidul Adha"
so u just said back to them

"Kullu Sanah,wa antum bikhoir"


means "setiap tahun,dan kamu sihat walafiat" [the translation of each words]

I dont know what the exact meaning,i know someone will help me to give the meaning later =)

happy thursday!

Tuesday, November 10, 2009

Sharing is caring


hye people!

for this session,i want to share with you some websites/homepages which connects to my studies.
In appropriate way,,i always browsed these websites during my revision/study hour at home if i have any difficulties in digest/understand what i had read

before that,i really2 want any suggestion of websites for medical student like me to broaden my knowledge or at least the websites given are all about topics on what a medical student study at university.The website i really want is the one which have videos included,,because the process/pathway in some topics are very difficult to understand without any illustration.So,its better to see something moving in front of you instead of just reciting the chunk of words in the textbooks.

I have tried using You Tube before this,but i was feel little dissapointed on it because the videos it showed are not the one that exactly i wanted.Don't worry,its not that bad as i think,,maybe its just not the one i want.

1) http://wiki.answers.com/ [kind of wikipedia,but more to science information]
2) http://www.lab.anhb.uwa.edu.au/mb140/ [Blue Histology,its a great website because provide you with the histological view/image of cell structures under microscope]
3) http://www.medstudysites.com/ [Guide you how to study in proper way for every subjects and exam's question/practice also provided]
4) http://www.ehow.com/ [ this site is not purposely for medical things,but it will may help you to find out on how things are going in your daily life]

so peeps,,i love to hear from you if you have any suggestion websites for me.Thank you.

Happy Tuesday!





Friday, November 6, 2009

The back of the napkin




hello dear,

ok,abah boost my spirit to begin my interest in visual thinking.
heh,i didn't expect it will turn out like this just because of my first attempt of drawing in white blank paper..haha
check this
link

i dont know whether its true that im a visual thinker or not,it is because i draw just for fun and it just there! yah,a-suddenly-situation u want to draw something,i know all of u know what i mean.hm,fa aja aja why not u give it a try? ok,thats the correct answer.he.It takes u 3 months to adapt with a new skill in your studies,so be patient and see the final result.

so abah give me the website of this napkin..ah,its actually a title of book,i browse the web and saw what the author explained in briefing about his book,wow his ascent is understandable..heh heh
so people,check this
link

i still remember i accompanied abah to find this book at the bookstores,if im not mistaken we went to kinokuniya and boaders.But,the book is not there.Either sold out or not arrive yet.Its a new book,and i never ask what the book is all about..hehe..

then,cant wait to read his book.

happy friday!

Thursday, November 5, 2009

Waiting mode

hello people!

im tired of waiting...waiting for who? nobody..heheh.
waiting for water actually..my house is the highest level in this apartment,so water crisis always appeared.heh

instead of waiting for water,i draw something on the blank paper..i noe,im bad at drawing,,but at the end the drawing turn to be so cute i think..ngeh3



happy thursday!

Sunday, November 1, 2009

Life's updated!




hello readers,

im back! after disappeared for almost 2 weeks?.Also,hantu melaka was requesting me to update my life since im back to egypt.I think i know who hantu melaka is,because he always used various nicknames to appear in my blog,but stil i know who he was.haha.wek!

My routine is start to be hectic and busy..maybe? thus,i don't know where to start my story *sigh*

1. Today is my first day of "time of the month",,so i feel really weak and luckily i escape my class at the morning,because i know,if i stay at the university until noon,i will probably vomiting,headache-ing and can't help myself.I stil remember my first year,i have the same situation on the first day and i take my lessons now.so,DONT STAY!

2. My housmie had bought me 1 packet of green bean,yah bean.bahasa malaysia nya kacang hijau.I want to create something using that bean,,so i stil need some other stuff to make it successful,pray for me.later when my creation is done,i will show you.im also cant wait tho! =)

3. Last friday,i went to cairo to attend MAT at Rumah sabah,,i can't believe that one of the person standing in front of me is very resemble to someone i know long time ago.The memory is back.That's all.

4. The winter is just around the corner,my room start to switch off the fan when we go to sleep,because yesterday i got cold and today i got flue.huh?

5. i need to catch up my studies after 2 weeks of my absence.To make my study progressing easy,i record every lecture using intan's camera but i still not satisfy because i cant bring the camera everywhere because i just can revise the recorded video in front of my laptop.To make our study effective,we must combine what we see,we hear,we write,we read and we do.The more frequent you heard,the more or the tendency to remember the words are high.Ada makna tersirat nih,abah saja faham..hehehe

so that's all readers,i just can update some of it..i will add more later..thanks for reading..happy sunday!

Friday, October 16, 2009

Sayonara~~~


hello lovelies!

tonight i will back to egypt to begin my sophomore year

i will depart on 17 october at 2.00 am by emirates air line

below is my souvenir to all of u readers..hehehe
:
:
:

i sketched an owl on a piece of boxes in my room..

so anybony who enter my room will see this sketching!

;p

happy friday!

Tuesday, October 13, 2009

Becoming an owl lover

Hye folks! i dont know where i get the idea of becoming owl lover

then i meet this blog which dedicate his blog "for all owl lover"

i scroll down his blog and click the label of his post and i find this :


(0_O)


(*O*)


(~.~)

dont u think all these are so awesome?

can u tell me,where can i get all these without purchasing from ebay or some sort of online shopping,because the price is in USD.huhu..

so now,i try to collect things or etc etc as many as i can with an owl features.

emmmm..wonder where can i get one.

ok,happy midnight! haha







Life Lessons

1. Trust your guts...always

2. Know yourself and your limits

3. Everything happens for a reason.

4. Time doesn't always heal all wounds...

5. Good friends are priceless and hard to come by

6. Invest your time wisely...each day that passes is a day you will never get back

7. We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly


Happy tuesday!

Owl.Burung hantu.


wooootttttt

its sounds of an owl.

ha.

New template.More space.Big font.White background.

That's what im looking for.

Owl is cute right? right?

This sunday i will attend my class after several days of escaping.

not escape,but because im stil in Malaysia. *sigh*

so I must study until my eyebags are seen.Like eyes of an Owl,black ring around their eyes.

weeehe.




Emoticons

New Chapter

after some reading from other blogs

i found something

Life is very meaningful if we know how to appreciate them

Appreciate our lives,help people a lot because nothing makes u feel batter than spending sometime helping someone else.

Last but not least,make urself comfortable and enjoy everything in your life.

ha.

remember,life is too short to be sad

smile people


Sunday, October 11, 2009

Amaran Keras!!!


AMARAN KERAS!!

JANGAN BERSIHKAN UDANG,BUKA KULIT UDANG

JIKA ANDA DALAM KEADAAN


MARAH,HOT TEMPERED,BARAN

!!!!!!!

Monday, October 5, 2009

Compact powder ape yang besh?


now im in compact-powder-hunting mode

compact powder ape yang besh guys?

because now im using "lancome" aged almost 2 years old

dont be shock!!

im using that since i was in matriculation without even changing to new one

means.. i tak habis pakai.

but still!! everyday of classes from matrix i wore that powder..so how tak habes2????

the reason is maybe i only used once per day.

sekali sehari.tak ada touch up balik2.

ok reason yang kuat.haha

so better change it now,takut ada efect pulak,,walaupun sekarang my skin still sihat,,syukur2.

besides,that powder is not stick to my skin..macam cepat je hilang.

pakai tak pakai sameeee je.

my fren,ask me to buy MIYAMI from Cosway..its popular among make up artist they said..

the price is also reasonable for members of cosway la..RM 16.50.!!!

the compact powder is 2 in 1.. POWDER + FOUNDATION.

so,because of i never use foundation before,i have to try them.

ok!

;D



Jadi?


huhu..
mengalami satu situasi yang tidak disukai
rasa marah juga dengan benda2 macam ini..

oh kesian "dia"..
walaupun "dia" tak jangkakan saya mengetahui benda ini
dan pada orang ituh yang membuatkan "dia" sedih..
please,stay away!

kamu dah ada hidup kamu sendiri kan.

Friday, October 2, 2009

Pink! =)

What i got from Los Angeles?

A wallet!!!

more to clutch i think..but so cute =)




Fossil..baru tau jenama nih wujud =.="



bahagian dalam..hehe..



at the back pun ada compartment..



i also got a keychain! A for ???? XD

"hollywood"

but quite blur ait.

Tuesday, September 22, 2009

Siapa bertunang? *Jeng3*


TAHNIAH! MABRUK! CONGRATS!

termeterai la suda pertunangan antara

Athiruddin Amin & Ros Ernida Roslan

[font kaler pepel sbb baju raya dorang dua nih kaler pepel..hehe]



happy-happy face.. XD


disebalik kisah ini,aku berasa pelik..maka bermula la dialog aku dengan kakak

"Kak,bertunang ka suda tuh kalu kena sarung cincin? bukan kena ada majlis?"

"bertunangla suda tuhh..apa la ko ni"

"aik..selama ni aku ingat bertunang kena ada majlis,lepas tuh sign watikah/sijil,,iya la kan sebab sebelum ni semua yang aku kenal kalu dorang bertunang ada majlis,lagi la memperkukuhkan sangkaan aku"

"itu kalu dorang mau buat yang proper,buatla majlis..kan bertunang ni just antara dua keluarga,,dan tak boleh heboh2 sangat"


patutla sebelum ni masa saya kat mesir tuh mak pernah cakap dengan saya

"ko nak bertunang dulu pa?"

dalam hati berbisik

"ek eleh mak ni,,rilek2 suh orang bertunang,ingat saya ada duitkah mau buat majlis"

huhuhuhu..rupa2 nya macam nih ek bertunang

baik cikgu,saya faham!

:')




Saturday, September 12, 2009

I tak pandai melukis la


seronok tengok orang melukis nih kan?





Tadaa! gambar kartun eh! hehe

Sebelum Mata Terlena


Sebelum mata terlena..

apakah yang kita fikirkan?


Friday, September 11, 2009

Los Angeles

Hari ini abang saya baru balik dari Los angeles

oh berasa sungguh teruja mendapat barang2 dari sana

hehehe..

next post will be about Los angeles!!!

sayonara~

Thursday, September 10, 2009

Fun! V2

Second day..

Bukit Cherakah Shah Alam

sport place i told u!

outfit kami time tuh pun tak sesuai..haha..sebab plan nak g tempat 4 iklim tuh je

tapi bila sampai,,tak sangka tempat tuh besar sangat dan macam2 tempat ada

jom usha gambar~



inila peta dalam tempat tuh..kat sini ada camp site,,u bole buat program yang adventure



my buddies!



jom naik bus lawatan ni


ini la bilik 4 iklim tuh! tapi kan time nih summer la..suhu 15 darjah..
sejuk la juga..hehehe..rasa cam nak tido pun ade
cantik pun iye..but kalu winter lagik best kan..haha



tak bole masuk kawasan rumput2 ni..so kami stay macam pic atas tuh la






u bole naik basikal nak round tempat ni..but sure penat giler!

kami pun tercungap2 eh nak jalan dari satu tempat ke satu tempat yg lain..haha

kesian betul bila tak berapa fit ni (=.=')


ini dha masuk taman haiwan..bole ride kuda tuh tapi tak de "penjaga" die kat sana..tah hilanh mana orang die..haih2


sebeah tuh pula kawasan padi..

actually banyak lagi tempat bole pegi..

flying fox pun ade!

tapi penat la weh jalan,,dah la dekat pintu keluar tuh ada pakcik2 basikal jual ais krim

shesshhh..menggoda..balik2 tengok arah dorang..

so petang nak buka puasa tu kami bantai...





ABC!!!!

ABC seksyen 2 shah alam best la!!!!

fuh,,sekarang pun masih terliur bila tengok balik..

sure akan pegi lagi,pujuk2 abah..haha

ok bye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails