Thursday, November 26, 2009

Adikku.Kesayanganku.

* entri ini ada unsur2 jiwang dan prihatin seorang kakak,jangan baca sebab saya malu,sila skip entry ini*



Ahmad Afiq

Selamat menempuhi SPM

Apa yang mendesak aku untuk taip entry ini kerana..

dia sangat jarang masuk dalam entry khas aku! haha..tapi itu bukan sebab yang utama

sebagai seorang kakak,sedih hati bila..[sila turn on soundtrack winter sonata choose muzik paling sedih]

sebelum itu,nak bagitahu..dia merupakan yang paling nakal,paling pandai kemas rumah,paling hensem ,paling rajin cuci kereta,paling suka berkawan sampai tak pandai pilih kawan,paling senang terpengaruh,paling protective kat aku kalau ada lelaki aku nak berkawan,paling muscular badan dia,paling kuat main daripada belajar dan etc etc etc..

semasa aku cuti bulan Julai-Oktober,,pada bulan September ituh la dia confess kat aku yang cakap dia menyesal banyak main daripada belajar sebab dia dapat markah teruk dalam exam sekolah.Sedangkan bulan Oktober dah SPM!!!
Aku pun memang gabrah la..ada sebulan lagi ni..tapi suruh je la dia belajar siang malam jangan tidur! at least ada juga penyesalan kan..hehehe

bila dah masuk musim exam spm nih..aku baru dapat tau dari mak yang apik nih sakit tulang rusuk bahagian depan,tulang rusuk dia retak!!!

Masa hari jawab paper 1 Agama Islam ,selepas habis je paper tuh dia terus mesej mak aku bagitau yang dia tak tahan sangat sakit di bahagian tulang tuh.Mak bawa dia pergi klinik dan yang esoknya kertas Add math!

Aku yang dapat tahu nih pun rasa macam nak menangis pula [emosi dah menguasai]
yang buat aku geram ialah dia dah rasa sakit sejak SEBULAN yang lalu! SEBULAN Beb! dan dia tahu apa punca dia sakit,dia jawab kat mak aku

"dia terkena LUTUT kawan dia,dia takut nak bagitahu mak aku sebab takut kena marah sebab tak pandai pilih kawan.Dia tahu dia pun salah sebab tak dengar cakap mak."

aku assume yang dia wrestling ni dengan kawan dia..tak pun bergaduh..apa lagi aku bole assume kan kalu dah kena kuat kat tulang rusuk sampai boleh retak? kena lutut lagi? mesti kawan dia tendang gaya kena lutut tuh.Tapi kesahihan belum pasti sebab mesej aku dia belum balas lagi kat hp.

Sedih pula bila dengar..sudahla dia beriya2 menyesal hari tuh..terus nampak la juga kesungguhan dia belajar untuk SPM.Tapi masa exam ini pulak Allah uji dia...dia ni terror subjek akaun sahaja..hehe

dulu aku cakap kat dia..

"wah apikkk...bole la ni jadi gabenor bank negara ganti si zeti tuh..tanda tangan apik woo di setiap helai duit..gila bangga aku"

Masa aku dah nak balik ke Mesir,dia hantar aku pegi KLIA,
dua kali dia salam aku..
salam terakhir dia genggam tangan aku erat2 sambil dia cakap

"kak ipa,doakan aku SPM supaya aku boleh jawab"

;(


"Apik,musibah itu satu nikmat"

Yakin dan tawakkal dengan Allah..Insha Allah usaha terakhir apik tuh Allah akan bantu.

Kak ipa doakan apik sihat kembali dan jangan risau pasal exam..buat yang terbaik.

Kak ipa sayang apik.


p/s Doctor bagi dia ubat urat dan tahan sakit,tapi bila dia makan ubat urat,kelopak bawah mata dia jadik bengkak,effect ubat tuh kot.Jadi dia just makan ubat tahan sakit je dahulu.

updated : punca keretakan adalah sebab dia bermain2 dengan kawan2 dia.ganas betul

2 comments:

vickiR8CHerRies said...

t'sentuh aq fifah...nges ckit jg la..
adk tu...harap2 dia cpt sembuh..

Nazeera Balqis said...

hu,nak nanges pla.semoga adik ko cemerlang spm pa.aminnn.n cepat sembuh.;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails