Friday, December 4, 2009

pencuci tandas cairo dan dubai,behave la sikit!!!

Part ni memang melampau ah pencuci-pancuci tandas yang tak ada adab dan menjadi biadab

kau jaga tandas moden tapi fikiran kau tak moden-moden jugak!

ini terjadi kat tandas perempuan la,kalu yang lelaki aku memang tak tahu.Siapa yang pernah alami,kongsi la kat aku.

maaf,aku guna bahasa "aku/kau" sini..sebab aku rasa tak syok kalau aku sebut "saya/awak"

situasi ni aku dah alami kali kedua,situasi pertama aku lihat orang lain yang kena,situasi kedua aku jadi mangsa,kalau kali ketiga aku alami lagi,minta maaf la,aku takkan behave dengan kau dan kau pencuci tandas.

aku pergi city star hari tuh,sebuah shopping complex yang agak standard di bandar Kaherah nih.Well bila sebut standard,tandas pun kena la standard kan..yang tak ada hos dan air tandas pancut dari dalam lubang tandas tuh.aku paling tak suka tandas macam nih.Berderet tandas jenis ni.aku tak jumpa tandas cangkung.Aku bukan tak reti pakai,tapi masa itu aku terpulas salah arah paip air tuh menyebabkan pancutan air capai tahap maksimum hingga terpancut melanggar pintu dinding tandas.Maka air pun membasahi lantai tandas.

Dalam fikiran aku,habis,,harap2la kakak cuci tuh tak buat fe'el kurang hajo kat sini.Aku pun keluar la,tup tup depan aku dah kakak cuci tuh sambil buat muka masam dan tanya aku "kenapa,kenapa".Oleh kerana aku orag melayu,budi bahasa budaya kita aku pun cakaplah "ma'alish" (3X) [minta maaf]

Tapi seperti yang dijangka kan.mulut kakak tuh tak kan diam..aku pun buat bodohla jalan je pegi arah cermin belek muka,betulkan tudung..dalam masa yang sama kakak tuh masih bising-bising dalam tandas tuh.Aku agak dah dia mengutuk aku,berdesing telinga kena kutuk tak habis2 sampai aku keluar tandas pun mulut dia macam mulut murai.

Kalau situasi pertama tuh aku jumpa kat Airport Dubai sewaktu transit.Ini jadik mangsa nenek tua beb kena tengking oleh makcik cuci tuh.Sebab basahkan lantai dengan air,bayangkanla..nenek tua nak handle tandas moden tuh macam mana?

Kalau kali ketiga aku jumpa benda yang sama,siap la..memang aku kutuk je pencuci2 tandas tuh.Macam aku nak cakap je

"kau tu pencuci tandas,dah kerja kau.kau buat dan mulut kau diam"

Aku benda-benda yang memerlukan tahap kesabaran selalu bagi peluang sampai kali ketiga je,lebih tiga kali memang aku tak consider dah.Sama juga kalu aku terima panggilan tidak berjawab,aku hanya cakap "hello" tiga kali sahaja,kalau masih tak ada suara aku akan letak,aku tidak ada masa nak berkasih sayang dengan telefon tuh untuk tunggu suara muncul.

ok,aku ada usrah.Got to go.


Updated: ceh ceh.poyo gile je entry ni konon nak marah2.aku rasa macam nak gelak terguling2.muka aku nak marah orang? heh.jan main2 kalu aku buat suprise kt cleaner tuh bila dah betul2 marah.hahaha.apa2pun aku mmg x puas hati.

3 comments:

Nazeera Balqis said...

waah,cik pipa da marah ni..takut aku..;p
tp mmg kuang hajo pnjga tndas kat arab ni.ingat bapa dia pnya tandas ka?da kerja dia..aii

intannuratiqahmohamadyunus said...

aku bengang siot!
tambah kat dubai. lepas ni if aku jumpe skali lagi mmg aku sembur die!
kita same2 sembor die!!
Belajar mencarut dalam bahasa arab.. ahaks!!

intannuratiqahmohamadyunus said...

aku bengang siot!
tambah kat dubai. lepas ni if aku jumpe skali lagi mmg aku sembur die!
kita same2 sembor die!!
Belajar mencarut dalam bahasa arab.. ahaks!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails