Thursday, December 10, 2009

Tips menjemur bayi

Kemarin saya belajar Physiology mengenai

Parathyroid gland

yang berfungsi mengeluarkan hormon Parathormone

Parathormone berfungsi untuk Meningkatkan Kalsium dalam badan.

Ok,stop untuk ayat skema dan pembelajaran skema.

Berbalik kepada topik asal,adakah anda tahu menjemur bayi di waktu matahari menyinar di waktu pagi amatlah digalakkan untuk tumbesaran yang sihat.Tips akan saya bagi di bawah sebentar lagi.Saya nak bagi penjelasan secara saintifik mengenai hubung kait matahari dengan kalsium.sikit saja.jangan risau.betul ringkas.ok,saya tipu.hahah

Bila cahaya matahari sampai ke badan bayi,kulit bayi akan resap cahaya itu.Cahaya matahari mempunyai Vitamin D2.Semua orang tahu kan,cahaya mentari waktu pagi menyihatkan.heh.Vit.D2 berada dalam keadaan yang tidak aktif.So,dia perlu tukar kepada active form iaitu Vitamin D3.Bila Vit.D2 masuk kulit,maka vitamin D2 akan ditukar ke Vit.D3 dalam ginjal.Ginjal akan keluarkan Vit.D3 ini jika kalsium level dalam badan kita berkurangan.

Salah satu tempat keluarnya kalsium dari badan kita untuk masuk ke dalam darah adalah usus.Maka,Parathormone tadi akan bergabung dengan Vit.D3 ini untuk menyerap kalsium dari dalam usus masuk ke dalam darah.Oleh itu,selain Parathormone,vitamin D3 juga membantu untuk pembentukan kalsium dalam badan. =)

ok..dah habis,,penerangan nya..hehe.Konon nak stop penjelasan skema.ceh.

Wahai ibu-ibu mengandung! ayuh! mari baca tips2 nak jemur baby anda nanti.hehe
yang pasti tidak seperti menjemur kain.ekekek

1. Jemur bayi dalam posisi terlentang muka baby menghadap kita.Jangan posisi terbalik.Tak terbayang baby 1-2 minggu kena jemur dalam keadaan terbalik.hueh hueh.Tepuk-tepuk lembut dada bayi dari bawah menuju ke leher.

2. Waktu yang paling ideal untuk jemur baby ialah dari jam 7.00-8.00 am selama lebih kurang 15 menit ya.

3. Jemur bayi dalam keadaan dada telanjang [awww unsur2 word yang tettt! haha].Oh,bahagian punggung juga perlu ya disinari mentari.Tetapi AWAS! jangan dedahkan mata bayi kepada cahaya matahari kerana boleh merosakkan lensa dan retina mata bayi.

4. Paling penting penting penting,jangan jemur bayi di udara terbuka dengan pancaran sinar matahari langsung.Cukup sekadar kita duduk di tepi tingkap,tingkap lutsinar tuh tertutup dan just cahaya yang menerombosi kaca tingkap.

5. Jangan jemur bayi yang mengalami kulit yang sangat sensitif pada matahari.Periksa bayi anda dahulu sebelum melakukan benda ini. =)

6. Bayi prematur /tidak cukup bulan juga tidak disarankan untuk dijemur kerana bayi ini memerlukan suhu yang stabil dalam tempoh prematur itu.

7. Jangan tinggalkan bayi anda sendirian dijemur! ini memang..sapa yang tinggalkan tuh saya tak tak tauhla nak cakap apa..tahula busy memasak..ingat bayi tuh boleh jalan sendiri ke bila dia dah habis berjemur dia masuk balik dalam buaian dia.ok stop repekan.

8. Jika ibu-ibu semua mendapati pagi itu sinaran mentari sangatlah terik,disarankan waktu menjemur dikurangkan ya,kerana takut bayi mengalami hipertemi (peningkatan suhu badan).Suhu ideal bayi antara 36.5 - 37.5 darjah celcius.Hipertami boleh menyebabkan gangguan pada fungsi metabolisme,otak dan organ lain bayi.

selesai. daaa~



4 comments:

Azyy said...

ohhh gitu. macam org puteh la plk mau berjemur2. hua hua hua..

Nazeera Balqis said...

wah,cik fifa mmg bgus.bgus artikel ni tuk bakal2 ibu.syabas!!(skema gila)

~{[-Da Lovers-]}~ said...

aaaaaaaaa kasi ingat akak baLik biLa baby dah Lahir. takut Lupa

kak jihan said...

mak akak pun penah buat mcm ni ngan adik2 akak dulu..mak jemur syafiq tgh2 panas tu,pelik jugak knp la mak jemur adik dulu..biasa la budak2 time tu,x paham. dah nak ada baby sdri ni baru la paham..hehe. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails