Thursday, January 21, 2010

Who wants to be a doctor but not a millionaire~


Marilah baca luahan hati seorang doktor yang sedang menjalankan housemanship di Malaysia sekarang..

“…boleh tahan. Busy giler. Setiap hari kena marah. Ade sorang houseman menangis kena marah registrar. Penat giler keje. Tak henti-henti… yang paling aku tak suka oncall benda yang paling susah. Tak dapat nak tido langsung. Keje straight 36 jam tanpa henti okayyyy. Tak abis-abis nak oncall. Paling aku benci EOD (every other day) oncall. Pendek cerita, life as a houseman memang terrible!”

“…nama DOKTOR tu umpama indah khabar dari rupa..huhuhu. Keje teruk giler, sabtu ahad, public holiday takde cuti langsung. Everyday is a working day. Hidup hanya kerja, kerja, kerja, makan dan tido. Cuti houseman hanya 25 hari je dalam setahun. 25 hari tu termasuk cuti sakit dan cuti kematian. Pendek cerita, tak boleh sakit lah. Gila kan?”


"…kalau makan, kadang-kadang sempat makan roti je. Memang terrible la.. hmm, banyak lagi benda aku nak story, tapi tak terkata. Apa-apa pun, enjoy your life sekarang selagi masih banyak masa nak lepak-lepak, nanti ko memang takde masa nak enjoy. Setiap hari terdetik rasa menyesal sebab buat medic and jadi doctor. Jeles aku tengok orang lain yang keje senang, contohnye cikgu..”


“….kena marah pun satu hal lagi. Houseman asyik kena marah je oleh senior tak kira peringkat.. MO (Medical Officer) ke, specialist ke, consultant ke… adeh. Lemah semangat. Paling lemah kalau condition patient tu teruk.. huhu. Lagi satu, kerja kena datang awal. Pukul 5 pagi dah masuk kerja. Kalau dekat Paediatrics department, pukul 4 pagi dah masuk kerja. Balik rumah memang lambat walaupun takde oncall…kadang-kdang tu boleh tido 3 jam je dalam sehari…”


taken from sis Hayatul.akma

dan ini pula,sila baca luahan hati saya...

bila baca benda ni terus straight away rasa nak jadik incredible hulk angkat kapal laut bagi hempas kat tanah dan biar pecah berderai.

Dari awal memang dah down tambah baca benda ni jadik lagi down,nasib ahad ni ada exam so tak dapat nak layan blues lama2.Lupakan blues buat masa ini,jangan biarkan kesedihan menguasai anda..! Hai,nama saya rain..[ok tak ada kaitan.heh]

Benda ni problem tak ada kat lelaki,tapi semestinya ada kat perempuan.Kelak perempuan kena urus kerja,urus rumah bila dah kawen [part ni saya suka],urus anak-anak yang nak membesar.Jadi macam mana?

Lelaki boleh kawin lambat,makin berusia makin macho.Perempuan mana boleh kawen lambat,makin berusia makin kedut.Janganlah kahwin lambat cik adik,saya bercakap berdasarkan saintifik bukannya stereotaip ataupun typical.Perempuan makin berusia makin tak subur.

Bagi cik adik yang ada cita-cita nak jadi doktor fikirkan dahulu,saya tak larang ya kamu nak jadi doktor,saya sarankan kamu ambil lah pergigian.Dentist belajar susah,kerja senang.tak ada dentist kerja 24 jam.Siap kena buat apointment lagi dengan dentist kalau nak jumpa,tak ke hensem? Doctor belajar susah,kerja lagi susah.Dulu saya nak pilih bidang dentistry tetapi Allah dah takdirkan saya untuk ambil doctor.So,just stay positive about it.

Kalau nak cari pasangan hidup tuh [amboi,amboi sengih korunk? takpe saya lagi panjang ni sengih.haha] well,im 21st years old okey,dah boleh cakap benda ini.yay yay!.under 21st tak boleh cakap.heh.Ok serius,kalau nak cari tuh,i mean kalu dah jumpa keep reminding him at the first stage yang kamu nih kerja doctor,akan busy memanjang dan cakap boleh tak tahan? sebab kadang-kadang situasi kita si dia tak dapat nak faham,dan serius kita perlukan bakal suami yang sangat understanding dan akhirnya bercinta lama-lama pun tak dapat sampai ke jinjang pelamin.Once kita bercinta,biarlah itu cinta pertama dan terakhir kita kan.Selepas itu carilah yang sekufu,love comes with money,biar tak kaya tapi asalkan dapat tanggung anda dan anak-anak kelak.Kalau kamu dah jumpa Mr.right kamu,saya ucapkan tahniah serta syabas dan say goodbye to him sebab saya akan rampas dia dari anda.ekekek,takde gurau2.

Orang kata kahwin time belajar [saya suka ni,saya suka,saya suka..ngeeeheehee.abah ampunnnn T_T],senang sebab belajar 6 tahun,Boleh selesaikan awal-awal hal nak kahwin.keluar terus kerja housemanship 2 tahun.Bila rasanya masa sesuai untuk kahwin.Namun,saya tak nak kahwin time belajar,jangan hilang fokus.Namun begitu,saya juga tak nak set umur untuk berkawin sebab kalu aim itu lari,kita akan rasa frust menonggeng kot? kata putusnya,bila dah sampai jodoh kahwin saja.Amboi bab cinta boleh sampai 1 prenggan setengah dah.(=.=')

Saya ada juga fikir cara lain untuk meringan kebusy-an kerja nanti,sebab belum tentu kita tak busy kalau dah habis housemanship dan jadik Medical Officer (MO).So rasa macam nak jadi lecturer je keluar-keluar nanti,masa untuk rumah tangga pun ada.Jadi bagitahulah abah,abah jawab balik kat saya

"kenapa nak jadik lecturer? sayangla belajar lama-lama keluar jadi lecturer.Macam mana nak improvekan skill jadi doctor?"

betul juga kan.Nak jadi doctor nih untuk dapatkan skill kedoktoran tuh,kena sentiasa praktikkan.
So,abaikan dulu impian jadi lecturer.Saya pun rasa lebih best kalau praktikkan ilmu sampai jadi pakar.Sebut mengenai pakar,saya nak jadi Pakar Anaesthetic/bius.Korang buat hal ngan aku,aku bius korang jadi lumpuh.keh keh keh.

Ada kawan saya ni pula,cakap kat Prof.Razali yang dia nak jadik doktor mayat macam forensik.Lepas tuh Prof.Razali bagi jawapan baik punya..

"kita nak jadi doktor rawat orang hidup,bukan orang mati!"

ahahaha..serius saya gelak terkekeh kekeh dengar ni.

Orang kata,doktor ni ahli syurga.Antara pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah s.w.t.Kita rawat orang sakit,rawat jasmani dan rohani pesakit.Tidak apa bersusah payah di dunia,tetapi ganjaran yang besar di akhirat kelak.Urut dada,tenangkan hati.Yakin akan ganjaran Allah,setiap yang berlaku ke atas diri kita,ada hikmah di sebaliknya.Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuan kita,semua berbalik kepada ajaran Al-Quran.Allah takdirkan kita jadi doktor,makna Allah tahu kita mampu hadapi perjalanan sebagai seorang doktor.

Sebelum nak kecapi kesenangan hidup,Hadapi la dulu kesusahan hidup itu.Mungkin akan rasa menyesal bila realitinya semasa housemanship nanti,tapi tanamkan hati untuk ikhlas melakukan semua itu.Insha Allah perasaan menyesal akan hilang.So, Housemanship Year,cammond bebeh!

kalau kamu perempuan,kamu HEBAT!

wahaha..semangat betul sedangkan baru tahun 2,tengah sedapkan hati ni.huhuhuhu. ^_^

sekian...














11 comments:

Aida The Pink Goddess said...

jadi doktor mmg hebat tapi kalau prempuan jadi doktor! lebih drp hebat!!! all the best sis! insya allah segalanya kan OK!

roserz said...

woit-woit..semangat sungguh kamu ya bila berkaat2 tentang kawen..miahaha..sape lah jejaka itu ya? =]..dun worry..ko boleh tu pong..Dr. Afifah Amin..

alynah.rai.gorilla said...

gheeehhehe...ya btul tuh...u can do it feefa~~aits,apasal agak melarat pasal jodoh2 tu ah..?hahahahaha....kenal2 kan la ngan ak if da ad ah..^^ doaku will always,always be with u..

jadikanlah;
yg TEBAL itu IMAN..
yg TAJAM itu AKAL..
yg LEMBUT itu HATI..
yg HALUS itu SUARA..
yg LUAS itu ILMU..
yg MANIS itu SENYUMAN...
count ur smiles rite?XD

intannuratiqahmohamadyunus said...

ceit.. 'kawan saya' itu ialah aku!

Azyy said...

sekiranya ada cikgu yg berkata jadi cikgu ni senang, sesungguhnya cikgu itu adalah PEMALAS!

sekiranya orang lain berkata jadi cikgu ni senang,
mari sini cuba jadi cikgu dulu. Sy mau tgk, masih cakap senang atau tidak.

ya, mungkin jadi cikgu tidak seteruk doktor tp kerjaya seorang guru bukan mudah. cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu. CIkgu skrg byk kerja, byk komitmen dan segala macam tanggungjawab yang bukan setakat peringkat sekolah.

tak ada kerja yang senang. nak kerja senang? jangan bekerja langsung. Jadi surirumah (domestic engineer) pun tak senang tau!

So, take it as a challenge.
"Pressure makes diamonds" - General George S. Patton

udin said...

kak.. ko ckp cikgu dulu nda bnyk kerja? nda bnyk komitmen? bah silap suda kau tu.. bagus ko kasi btul balik.. hahaha

azyy said...

hehehe... majoriti tanggungjawab cikgu dulu nda mcm skrg. dulu, kerja nda smpi petang. kalo ada pun nda ramai.

knp org skp jd cikgu senang? sebab dorang banding dgn kerja cikgu di sekolah dulu2..

fa-aja-aja said...

Aida - thx kak aida. =)

kak ros - jejaka tuh belum ditemui lagi,psl kawen mmgla suka,tp bukan blh bt jg kan? ekek

rema - hehehe.syg raima!

intan - ko eh tuh tnya prof razali? xtau pula ko,sbb aku dh lupa sape.tp kalau kau,aku akan ketawa berkali ganda.miahaha

kakak - but stil,keja cikgu lg sng dr doc kan? hehehe.iya btul,teda keja yg sng.

tunku kudin - knp bang? ko pnh jd cikgu masa zaman dolu2? ngeh3

balqis said...

puteri balqis ni-

Allah takdirkan kita jadi doktor,makna Allah tahu kita mampu hadapi perjalanan sebagai seorang doktor.

pot,Allah tau ko mmg mampu bt.ko kuat emosi ba.lets face it together babey..hhaha.tulah stiap kli kita blik msia kta kena rajin bt attachment spya x kekok bila bt hsmnship nti.

aku nk kawin umur 27!!hahaha,insyaAllah.klu ada calon..hihihi.ada 6 thun lg beb,=)

Ms_Mui2 said...

pasal bz ke xbz xpayah pkir sekarang, dh hbis stdy nanti blhla pkir. kalo pkir skrg nti moral down,stdy pun xda mood, asyik ingt kepayahan msa hdapan..chewahh..

pasal psgn hidup tu aku bukak mata beso2,haha!

jadi lecturer?that's my intention in case aku xdpt keje or dpat keje tp salary xsmpai 4K min 1month..lalalalala

study smart..b a dentist.aku sggup g clinic ko kat smjung kalo tetiba skit gg nti..hee

fa-aja-aja said...

haha..i bukan dentist la sayang..
tapi doctor ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails