Monday, February 15, 2010

Kembara Sinai masih belum berakhir!


Makam Nabi Harun a.s


Nabi Harun a.s ni makan dia berdekatan sangat dengan patun glembu samiri tuh..
Nabi Harun a.s pernah membantu Nabi Musa a.s menjaga Bani israel semasa Nabi Musa pergi ke Bukit Tursina

"......Dan Musa berkata kepada saudaranya iaitu Harun,'gantikanlah aku dalam memimpin kaumku,dan perbaikilah dirimu dan kaummu,dan jaganlah engkau mengikuti jalan-jalan orang yang membuat kerosakan"

Al-A'raf (7) ayat 142

:
:

Telaga Nabi Ayub a.s


Air di dalam telaga ini dipercayai menyembuhkan penyakit kulit yang di hadapi oleh Nabi Ayub a.s.Tapi masa tuh air tuh macam tercemar dengan minyak dari besi buruk kat tengah-tengah tuh.tak berani saya nak pegang sapu kat muka or tangan..sebab kawan2 lain ade je buat..hehe

"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban"

surah Sad (38) ayat 41

:
:

Hamam [tempat bersiram] Firaun


Gambat 1 : Gua air panas,memang berhaba bila kita dekat denga lubang tuh
Gambar 2 : Hamam firaun,dah menjadi kecik lubang nye kena benam2 oleh batu
Gambar 3 : Jalan raya yang pecah sebab 2-3 bulan sebelum tuh Sinai ni mengalami banjir besar yang teruk.Ada kematian juga dicatatkan..fuh~
Gambar 4 & 5 : Kat persisir tuh nampak berhaba dan berasap sebab air panas yang mengalir dari gua.

Hammam Firaun ini terletak di Persisiran Teluk Suez. Ia merupakan tempat bersiram (mandi) Firaun pada musim panas dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki sebuah bukit di tepi pantai. Udara panas yang keluar dari lubang tersebut digunakan oleh Firaun untuk mengubati penyakit Rheumatism. Di tepi pantai ini juga terdapat mata air yang panas

:
:

Teluk Aqabah


Cantik kan!!!!!! :D

Sinai berada di tengah tengah Teluk Aqabah dan Terusan Suez

:
:

Kubu Peninggalan Israel

Kubu ini adalah peninggalan tentera Israel yang kalah kepada Mesir dalam peperangan tiga penjuru pada suatu ketika dahulu. Ia menempatkan peralatan-peralatan perang milik tentera Israel yang ditinggalkan seperti kereta kebal, meriam, pakaian, senjata dan lain-lain lagi


Gambar 1 : Jalan Masuk ke kubu
Gambar 2 : Batu-batu di susun menjadi kubu
Gambar 3 : Daun-daun kering tuh kalau di lihat dari atas helikopter2 musuh tak dapat kesan ada kubu di bawah tuh
Gambar 4 : Ada palang besi tuh merupakan rel kereta api
Gambar 5 : yang macam rumah tuh dikira pusat kawalan kubu tuh la..di mana ada teropong2 dan tengok kapal yang lalu di Terusan Suez



Gambar 1 : Askar ni terangkan papan ape tah tuh..tapi itu bahasa Israel punyala..ini bilik bawah tanah..
Gambar 2 : Bahasa Ibrani
Gambar 3 & 4 : Antara tinggalan seperi piring,pisau,baju etc etc..yang biru tuh kitab Taurat



Heh.Kereta Kebal


Pusat kawalan

Gambar 1 : Tangga menuju ke pusat kawalan
Gambar 2 & 3 : Askar tuh bagitahu itu la teropong yang dorang guna menghala ke laut
Gambar 4 : Persekitaran di luar
Gambar 5 : Terusan Suez

Ok selesai..penat nih..hahha..many more to go!

1 comment:

Kobuki said...

aik,awal2 crita pun salah eja ka..makan ka makam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails