Saturday, February 13, 2010

Let's get started with Sinai story-telling =)

Baiklah,pada permulaan cerita ini saya ingin menceritakan kisah para nabi yang berlaku di Semenanjung Sinai. Cerita sendiri-sendiri gembira-gembira gambar-gambar ribena akan saya susulkan pada akhir penceritaan ok.Sinai akan memakan entry yang berlebihan kali ini.

Entry ini saya akan memberi penerangan secara menyeluruh tetapi tak berapa menyeluruh mengenai Sinai.(=.=')

Sinai terkenal dengan kisah Nabi Musa dan kaumnya iaitu Bani Israel.Sebut Israel,mestilah rakyatnya adalah yahudi laknatullah.Kenapa Allah laknat yahudi? Di Sinai lah peristiwa itu berlaku.jengjengjeng.Jap,sikit mengenai israel,Israel ini namanya di ambil dari nama Nabi Yakub a.s. Nabi Yakub a.s memiliki 12 anak lelaki maka lahirlah 12 kaum Bani Israel.Semestinya anak ke 11 ialah Nabi Yusuf a.s si drop-dead-gorgeous man.eh bukan bukan,si cut-finger-gorgeous man. ;P

Allah s.w.t telah melebihkan kaum bani israel sehingga bani israel itu sendiri kufur nikmat ini kerana kebanyakan para rasul dan para nabi yang dilantik oleh Allah s.w.t adalah dalam kalangan bani Israel itu sendiri.Allah s.w.t berfirman "melebihkan kamu semua di atas sekelian makhluk di atas mukabumi”....Itulah sebabnya bani israel ini bongkak,mereka anggap kaum mereka adalah paling mulia yang diangkat oleh Allah s.w.t.Namun antara 25 rasul,hanya 5 rasul sahaja yang berbangsa Arab iaitu Nabi Soleh a.s,Nabi Hud a.s,Nabi Syuaib a.s,Nabi Muhammad s.a.w dan sorang lagi saya lupa.sorry.

Bani Israel adalah umat Nabi Musa a.s yang kitabnya adalah Taurat.Kenapa Nabi musa berkaitan dengan Bani israel ini? mari kita kupas satu persatu.

1. Semasa Bani Israel menetap ni Mesir di bawah pemerintahan Haxsos,mereka mendapat banyak keistimewaan berbanding masyarakat pribumi.kira Haxsos ni lebihkan mereka sebab Haxsos tuh yahudi juga.Sehinggalah ada seorang panglima bernama Ahmash yang dari keluarga kerajaan Mesir itu sendiri berjaya mengahalau orang-orang haxsos keluar dari Mesir.

2. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya(Bangsa Qitibi).maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos.

3. Orang Mesir anggap sikap Yahudi ni yang memang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II( Firaun). Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.

4. Sejak dari peristiwa ini lah Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel keluar dari mesir dan menuju ke suatu tempat yang dijanjikan Allah s.w.t untuk mereka (PALESTINE).Maka mereka melarikan diri daripada Firaun yang masa tuh Firaun kejar mereka dan ingin bunuh mereka sehinggala mereka sampai ke Teluk Suez [checked] dan di belakang mereka terdapat bala tentera Firaun.

5. Nabi Musa a.s dengan mukjizat yang ada telah membelah Laut Merah [checked] menggunakan tongkatnya untuk menyelamatkan kaum nya daripada serangan Firaun.Nabi Musa a.s dan Bani Israel dapat melalui lautan tersebut akan tetapi Firaun dan konco-konconya mati hanyut dalam lautan.

6. Selepas itu barulah Nabi Musa a.s dan kaum sampai ke tebing semenanjung sinai!!!! [bapak,panjang cerita sebelum nak taip balik word sinai ni].Ok,maka bermula lah kehidupan Bani Israel di kawasan Sinai ini.Memang pasti kehidupan mereka semasa kat mesir dulu amat berlainan dengan di Sinai nih sebab Sinai dikelilingi batu-batan yang panas dan terdedah dengan cahaya matahari.Nasib kami pergi ni musim winter,so tak terasa sangat.Tapi memang kawasan nih berbatu saja.Tok sah cakap masa naik Bukit Tursina,Hanya Allah je tau betapa saya menderita.ok itu cerita lain nanti.Jadi kehidupan Bani Israel time tuh memang quite tough.

7. Lebih-lebih lagi sumber air sangat susah nak dapat itulah muncul nya salah satu kawasan menarik di Sinai iaitu 12 Mata air Musa [checked].Tempat nih merupakan 12 mata air yang berasal dari sebuah batu besar yang dipecahkan Nabi Musa a.s dengan tongkatnya untuk memberi minum 12 suku kaumnya.

8. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .

9. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 40 hari di Bukit Tursina [checked]. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s selama kepergiannya.

10. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Musa Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu [checked] dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.

11. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.

12. Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya(ada sejarah mengatakan tidak semua dihapuskan) dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .

13. Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.

Nabi Musa a.s berkata :

" wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut pada musuh),nanti kamu menjadi orang yang rugi"
Surah : Al-Maidah (5) ayat ke 21

dan bani israel pun menjawab :

"Wahai Musa! sampai bila pun kami tidak akan memasukinya selama mereka masih ada di dalamnya,Kerana itu pergilah engkau bersama Tuhanmu,dan berperanglah kamu berdua.Biarlah kami menanti di sini saja "

Surah : Al-Maidah (5) ayat ke 24

apakah Bani Isreal ini? bikin panas. grrrr.

14. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh [checked] selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.

Allah s.w.t berfirman :

"Jika demikian,maka negeri itu terlarang buat mereka selama 40 tahun,selama itu mereka akan mengembara kebingungan di bumi.Maka jangan lah engkau Musa bersedih hati memikirkan nasib orang-orang yang fasikh itu"

surah : Al-Maidah (5) ayat ke 26

14. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestine.


so kawan-kawan =) begini la kisah di sebalik Sinai..Banyak Lagi tempat menarik dan bersejarah belum saya kupas.Jumpa di lain entry ya. bye bye.



P/s fakta yang perlu di ketahui ialah mengenai Perjanjian David tak silap saya anatara PM Israel dgn PM Mesir (Anwar Sadat) kawasan Sinai ini secara politiknya merupakan milik Mesir.akan tetapi,kelebihan menyebelahi Israel kerana Israel boleh keluar masuk Sinai tanpa pasport,boleh ambil tanah di Sinai sesuka hati mereka.




1 comment:

Ms_Mui2 said...

wow..byk yg aku baru tau hr ni..adehhh..tq2..citer lagi..best baca!hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails