Sunday, March 28, 2010

Marah itu anger bukan hungry.


Amboi-amboi,sebut pasal hungry setiap masa rasa lapar kan?
Kalau lapar lepas tuh makan lepas tuh exercise tak ape la juga.Ini exercise tak ada tapi makan je lebih,sila fikir untuk masa depan wahai cik pah oi.Bukan main rajin sekarang nih hupdate blog,tiap hari ada benda nak tulis.Sesungguhnya cerita diri sendiri memang tak ada,sekarang diriku jadi passive,dan memang selama ni passive pun.Ikut tempat ku berada,ngeh3.Lebih kepada low profile dan jenis tak kisah sekeliling.Bahaya-bahaya,apa nak jadi cik pah oi.Namun macam tuh,yang penting tujuan utama datang sini tak ku abaikan,bak kata Islam...utamakan yang utama.

Boleh pulak cakap pasal lapar melencong pasal low profile,lepas ni melencong entah ke mana,tetapi yang pasti akhir2 mesti melencong pasal kahwin.Pelik pun ada tang mana boleh lencong arah kahwin.Begitula kitorang serumah nih kalu dah berkumpul dan berbual memang akhir-akhir arah yang tuh jugak la.Lepas dah cakap tuh,mula la nak salahkan sesama sendiri sebab buka topik ni.hahaha.Jangan risau,I tak cerita kahwin,sebab it's quite bored nowadays...cecececece.Tengah buat muka tak bersalah.

I nak cerita pasal marah.I memang jarang marah,I kadang-kadang tuh beriya ni kalau rasa nak marah bukan main kutuk dalam hati,bertekad je kalau sekali lagi benda sama terjadi memang sound direct punyala.Im not perfect.Selalu macam tuh la,tapi bila dah sampai masa nak sound direct terkaku pula tak terkeluar.Sedangkan memang betul-betul nak sound dah tuh,tapi automatik hati tertahan sendiri dan kalau terkeluar pun hanya bercakap terus secara nada yang mendatar.Tak marah,tak juga tak marah.Buat muka seposen tak ada perasan dan terus blah.Kalau time tuh memang ditakdirkan saya jadi orang baik,saya diamkan saja.Namun kat sini rasa tak pernah lagi kot i buat kat sesiapa.Rasanya la,ceh,boleh pula bagi jawapan ragu-ragu.hehe.Kalau ada tuh,minta maaf minta ampun nanti saya belanja ikan bilis.=)

Sebut pasal marah,sebaik-baiknya tahanlah dirimu daripada marah.Kalau kita tahan marah,nanti kita masuk syurga *amin100x* Allah swt bagi kita pilih bidadari/bidadara mana yang kita nak.Kalau dalam keadaan marah tuh,lebih lah baik kita berdiam diri di saat itu.Rasullulah s.a.w pun bersabda 3x untuk berdiam di saat marah.Kerana takut kalau kita bercakap,kita bercakap benda menyakitkan hati orang.Biasala cakap dalam keadaan emosi.Lepas dah reda marah,mesti rasa menyesal dengan apa yang kita cakap kan.*saya selalu rasa macam tuh pada orang tertentu*.Lain kali kalau rasa nak marah tuh,cepat-cepatlah kita ber Ta'wudz (“A’udzu billahi minas-syaitannir rajim”) kerana marah itu daripada syaitan.Jadi doalah supaya kita dilindungi daripada Syaitan yang direjam.Lepas kamu sudah ber Ta'wudz,kamu baca la Surah Al-Kauthar kerana surah ini mengelakkan kita daripada permusuhan.

"Jangan lah kamu marah,nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga"
sabda Rasulullah s.a.w

Orang yang kuat dalam berjuang ialah orang yang menahan amarahnya.Cara lain untuk mengatasi marah dengan berwudhuk,ubah posisi kedudukan : jika berdiri,hendaklah duduk,jika duduk hendaklah baring secara mengiring belah kanan,sebab jantung kita belah kiri,jika baring hendaklah tidur.ok ini saya tambah sendiri.haha.Itu cara saya buat,lepas bangun hendaklah makan.haha.Berzikir kepada Allah s.w.t,ingat kebaikan orang dan melupakan keburukan,sentiasa berprasangka baik dan tidak merasakan diri kita lebih mulia daripada orang yang kita marahi.

Imam al-Ghazali menyatakan beberapa sikap manusia:

1- Ada yang cepat marah tetapi cepat hilang marahnya
2- Ada yang lambat marah tetapi lambat hilang
3- Ada yang lambat marah tetapi cepat hilang. (Ini yang terbaik)
4- Ada yang cepat marah dan lambat hilang. (Ini yang terburuk)

Marah dengan berleter lain.Haha rasa nak ketawa kalau berleter ni sebab sorang housemate saya suka berleter,lebih-lebih lagi waktu "cuti awam".Fuhh..time tuh juga saya suka kacau dia,sekali dia kena kacau memang panjang dia berleter sampai keluar ayat-ayat pedas dia,tapi saya tak pula terasa,rasa nak ketawa lagi ada la.Sebab saya tahu,dia cakap pun bukan dia maksudkan,dah nama berleter.hahaha.Jangan marah miza,sayang miza.muah! muah!


Lagi satu untuk kaum wanita,satu cara lagi nak tahan marah dengan menangis.hehe,saya pernah menangis sebab tahan marah.Well wanita kan senjatanya menangis,penat,sedih,gembira,stress,marah semua dengan menangis.Seronok kan jadi perempuan? bayang kan lelaki menangis..alolololo.Tak ape,lelaki menangis tanda dia sayang dan jujur.Hah kembang la lubang hidung tuh.

bye.hehe

p/s saya buat entry ini sebab baru je lepas tahan marah.












3 comments:

SweetyMui2 said...

yup..aku kalau dh marah giler tahap dewa dewi mmg aku tahan then aku nangis..huhuhuhuhu.sora pun tketar2 sbb tahan marah.cara tbaik..mraung ngis.. :)

syazwaney said...

masalahnya, kalo marah mesti lapar.. cemana???

Nazeera Balqis said...

em,klu marah baik diam kan.:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails