Wednesday, March 24, 2010

Tidur.Coklat.Chamomile Tea.Hati.Daging Merah.

TIDUR

Tahukah anda tidur yang paling ideal dan bagus ialah pada waktu malam.English men say : Good Sleep.Kerana tidur ini berkait sangat rapat dengan hormon Melatonin yang dirembeskan pada waktu malam sahaja.Sehingga Melatonin di gelar sebagai "hormone of darkness".Ketika melatonin dirembeskan,kita akan merasa mengantuk,suhu badan turun,aktiviti badan berkurangan dan ini la amaran supaya anda perlu berehat.Waktu untuk tidur sebaik-baiknya selepas Isyak.Jika tidur awal,bangun awal pagi iaitu 2/3 malam.Islam anjurkan sebegitu supaya 2/3 malam kita boleh Qiyammulail.Solat tahajud dan berzikir bagi yang "cuti awam".he.Namun,sekarang ramai yang menjadi burung hantu,saya suka burung hantu tapi saya tak dapat/larat nak jadi macam dia,dan tidur di waktu siang.Kamu tidak akan dapat Good Sleep.

Hormon Pertumbuhan juga di rembeskan pada waktu malam di waktu kita berehat,ini di amalkan untuk mengugut budak-budak kecil supaya kena tidur awal.kau kalau tidak tidur malam kau jadi bantut.bunyi sangat kejam.(=.=').Maka,anak anak kecil sila la tidur malam,ibu ibu bapak bapak sila la buat cerita yang tidak berbunyi kejam untuk tidurkan anak anda supaya anak anda boleh jadi besar.


Coklat/Chamomile Tea

Tahukah awak,jika awak mengalami depression ataupun stress,makan coklat adalah satu cara yang paling terbaik untuk hilangkan depression dan stress awak.Awak awak... [sila buat bunyik manja] dalam coklat dan Chamomile Tea tuh ada substance yang dinamakan "flavonoid" tau yang bertindak sebagai relaxing properties.Coklat yang saya maksudkan betul-betul coklat,jangan awak beli coklat putih.Coklat juga mengandungi "phenetylamine" yang bertindak untuk meningkatkan kadar mood dalam badan awak.Semakin gelap coklat itu,semakin banyak substance tersebut,maka elok beli terus Dark Chocolate.Siapa nak pikat saya,awak kena bagi saya dark coklat,sebab saya bukan penggemar coklat yang tegar.Kenapa saya boleh suka makan,oh sebab saya selalu depress.eh eh tak tak.saya buat lucu.

Selepas ini,sila la borong coklat banyak banyak berbundle bundle.kalau menangis dan stress sumbat mulut awak dengan coklat.Begitu juga untuk anak-anak kecil,kalau mereka menangis sila lah ugut mereka dengan sumbat sebatang coklat,kalau mereka dah nak start-start buat muka tuh sumbat terus dalam mulut.sekali lagi bunyi sangat kejam.(=.=")

Hati

Tahukah you,hati yang selalu kita makan ialah hati ayam,hati apa lagi eh you you semua selalu makan? i tahu hati ayam je.Tidak mengapa,key word nya ialah hati/liver/qalbu ini you semua janganlah makan.Saya minta maaf kepada penggemar hati hati sedunia,tapi bukan haiti.Hati ialah tempat untuk organ-organ lain ataupun hormon-hormon lain untuk menyahkan toksik mereka.Liver is a pool of toxification/Liver is a master of detoxification.Ammonia ialah bahan kimia yang toksik,berkumpul di dalam hati.Kalau you makan hati,you menambahkan toksik dalam badan you,penat organ/hormon lain berkerja untuk nyahkan toksik mereka untuk you,tapi you senang-senang makan balik hati tuh.sampai hati you.tengok,memang dah sampai pun hati tuh kat perut you.Lepas ni you kena la berhati-hati.ngiahaha..

i nak menekan kan kat sini,mesti ramai yang pernah dengar makan hati ayam bagus untuk badan you,untuk menambahkan darah betul tak? sebab hati mengandugi zat besi/ferum.Namun begitu,mesti you pernah dengar juga kan Islam mengajar kita untuk tidak makan organ dalaman.Hati ialah salah satu organ dalaman.Mana yang perlu you utamakan,ajaran saintis ataupun ajaran Islam? jangan terpedaya dengan propaganda yahudi.jengjengjeng.*buat muka serius dna dahi berkerut-kerut* jadi,sila la makan benda lain untuk tambahkan darah seperti mama balqis makan anggur ketika mengandungkan balqis untuk tambahkan darah.*Interprem mama balqis*


Daging Merah

Tahukan enta,daging merah tidak baik untuk badan enta.Ana berkata begini kerana daging merah mempunyai banyak asid nukleik.Semakin merah daging itu,semakin banyak asid nukleik terkandung dalam daging itu.Tak sedap la bunyi asid nukleik,ana sebut nucleited lah ye.*harap saya tak kena saman macam sharifah amani*.when the red meat is nucleited,semakin banyaklah penghasilan purine dan pyrimidine dalam daging,dan dua bahan kimia ini merupakan salah satu punca terhasilnya ammonia.dan ya,sekali lagi ana bicarakan mengenai toksik.Terang lagi bersuluh,toksik perlu di buangkan daripada badan enta.Sepertilah kita berbekam,kerana ingin menyahkan darah yang bertoksik.Islam sarankan kita berbekam.tiba-tiba masuk berbekam ana pun tak tahu kenapa. lol


wah,begitu yakin i menerangkan fakta-fakta di atas ini..hahaha..eh eh jangan riak.Fakta-fakta ini yakin dilontarkan kerana baru je belajar semua benda ni dalam biochemistry.hehehe...pensyarah i lah ni suruh jangan makan itu jangan makan ini.Lagipun logik juge la kan.Harap kalau ada kesalahan fakta,sila la ringan-ringankan tangan menaip untuk membetulkan i.Tapi jangan pula tiru ayat-ayat kejam i untuk kenakan i.hu hu hu *o*.Nanti hati i pulak yang hancur into pieces pieces.

Wallahu alam.



3 comments:

Nazeera Balqis said...

ur entry are full of information for peaople out there..bravo..hehe and..with a shadows of gedik!!haha

Siapa nak pikat saya,awak kena bagi saya dark coklat,sebab saya bukan penggemar coklat yang tegar.Kenapa saya boleh suka makan,oh sebab saya selalu depress.eh eh tak tak.saya buat lucu.

aphal ayat tu mcm pelik ah?hehe,saya buat lucu..

gedik dila.

apahal gedik dila ni?

fa-aja-aja said...
This comment has been removed by the author.
fa-aja-aja said...

typo error.hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails