Tuesday, April 27, 2010

Kucing orang



Hari ini saya ingin menceritakan kucing orang yang bertandang di rumah saya dan anggap rumah saya itu adalah rumah dia si kucing orang.Saya tahu hal ini daripada adik bongsu saya yang mengatakan mereka ada membela kucing orang.Kucing orang ini tidak kembali kepada tuannya yang sebenar dan mungkin berasa selesa di rumah kami.Saya berpendapat mungkin kucing ini di dera oleh tuannya sehingga merajuk untuk kembali ke pangkal jalan.Mungkin kucing ini kurus kerana tidak cukup makan kerana mungkin asyik makan semut.Maka bermula la facebook saya di tag oleh adik saya dalam gambar kucing orang yang sebenar.Sila lihat keadaan yang cukup menyayat hati ini...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Tersayat tak hati anda semua? ada macam rasa nak robek-robek hati? siap ada loceng leher lagi tuh.Gebu lagi tuh.Halus bulu lagi tu.Gemuk gedempol lagi tuh,siap perut dan macam quadrangular in shape.Apa motif si kucing orang ini bermaustatin di rumah saya? mungkin kucing ini kufur nikmat terhadap kemewahan yang tuan dia telah bagi.Ya! kucing ini memang demand seperti abang saya katakan

"demang kucing ni,asyik nak tido dalam bilik mak je yang ada aircond"

kufur tak kufur kucing ni? bilik tidur kedua yang dia akan pergi ialah tandas.banyangkan tandas,begitu cantik bilik-bilik di rumah saya dan mempunyai hall yang siap bersofa,yang mungkin merupakan tempat dia tidur akan tetapi dia hanya memilih tandas?? paling tak dapat dimaafkan tahap kekufuran kucing orang ini ialah di tidur di dalam kotak.What a duh?

Mungkin anda semua tertanya-tanya apa masalah saya dengan kucing orang ini? saya abaikan soalan anda itu.Biar ia tergantung.Mungkin kucing orang ini lari dari rumah tuannya sebab dia dijatuhkan talak oleh si kucing jantan kot.Dia pun membawa hati yang lara mengembara ke area putrajaya itu.Saya yakin dia mempunyai suami kerana..

:

:

:

:

:

:

:

:



Awwwwwww~~~~ kucing bunting rupanya! patutla perut quadrangular in shape.Sebab ada anak 3 ekor dalam perut.Logik tak kucing ni janda? detik-detik bersejarah ini dirakam kan pada 24/4/2010 pada jam 5-7 petang.Di sini memang ketidak puasan hati saya berganda-ganda pada si kucing yang dalam proses berpantang ini kerananya mungkin kalau saya sampai di Malaysia nanti saya tidak dapat lagi melihat anak kucing yang kontot-kontot dan kecil di rumah itu.Kucing kan cepat besar dalam masa 3 bulan.*tidak puas hati* kucing yang kontot-kontot dan kecil ini kalu disusun sebaris dan suruh mereka menyanyi pasti akan keluar suara chipmunk.*haha*

Lepas ni bersiap sedia la taik taik anak kucing yang bertaburan di merata rumah itu.haha.siapa yang bertanggungjawab membela kucing ini,dia la si pembersih taik anak kucing.Saya wonder macam mana emak akan overcome keadaan di mana taik-taik anak kucing bertabur.Harap anak-anak kucing ini akan mendengar kata,patuh dan fast learner.

sekian

1 comment:

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

haha,comel ja entry ni.i like..haha
biarla dia pot,mngkin dia lari dari rumah sbb tuan dia dah tau dia ngandung,so salu kna marah2.ksian dia.
na,sdia la kmu taik2..kya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails