Wednesday, April 28, 2010

*Update Terkini*


Sila lihat belah kanan sekali,sticker tuh.Nampak tak? wuwuwuwu 10 hari lagi final exam.
sekarang tengah bertungkus lumus membanting tulang cover paper awal exam kali ini.10 hari masih sempat,masih akan ada keajaiban yang kita tak tahu apa kan.*berpeluh-peluh*

Tahun ni program yang dilaksanakan oleh unit akademik bertambah baik.Mereka menganjurkan "Exam Fever Campaign" sebulan sebelum exam.Dalam kempen ini,di adakan kelas tusiyen bagi setiap subjek Anatomy,Physiology,Biochemistry,Histology yang di ajar oleh kakak senior Tahun 4.Selain itu diadakan juga Solat Sunat Hifzi,solat yang di lakukan mengikut bilangan ganjil 3,5,7 etc.Ada 4 rakaat,2 salam.Surah panjang sepeti Yassin,Al-Mulk etc etc bagi setiap rakaat.Tahun ni hanya buat 3 kali.Tahun lepas buat 7 kali.fuh fuh..tahun ni semangat pergi sebab sikit bilangan..*ngehe*

Lepas habis Kempen itu,dalam bulan exam pula diadakan study group sehinggalah habis paper exam.Harap study group ini dapat membantu untuk meringan beban mengulangkaji buku yang bertimbun-timbun.Group saya ada 5 orang.Nanti bila-bila kami pakai cantik-cantik time aktiviti study group baru la saya snap pic ye dan paparkan kat sini.hehe.Bukan apa,study group buat kat rumah je dalam bangunan tempat tinggal yang sama.

Waktu tidur perlu dikurangkan,dan im working on it right now.Overall my sleep-time is working smoothly.Praise to Allah because im a light sleeper.Sekali bunyi alarm clock terus terjaga kelam kabut turn off bunyi yang bikin panas.ngeh.Housemate saya tabik spring dekat saya sebab senang bangun,Balqis tanya apa rahsia? hehe.Saya dari sekolah memang macam tuh,jadi memang tiada rahsia.Nak kata saya jaga pemakanan,tak makan berlebihan supaya senang bangun untuk esok pagi,rasanya tak.Saya ni bad habit selalu makan sampai kenyang,sampai perut kembung.Lepas tu terus tidur kalau cuaca aman damai sejuk semacam.Jadi boleh buat konklusi kalau tidur lepas makan perut jadi B****T. *pengakuan berani mati*

kelmarin,saya tak tahu kenapa saya rasa penat gila lepas balik kelas,mungkin cuaca yang panas.Badan dan otak terasa dehydrated,sampai rumah jadi blur sekejap.Rancang nak belajar tulang pelvis,jadi amik la tulang belajar atas katil.tengok punya tengok,ok berhenti.Complicated sangat,baik belajar sekali dengan group.Lepas tu buka buku physio,baca sekejap then tutup balik.Tak dapat nak masuk sebab otak rasa penat,badan lembik.Baring atas katil,nak tidur tapi waktu asar tak elok,tunggu maghrib sambil pandang ceiling.Sebab lain kelaparan yang amat sangat,pergi cari roti cicah kuah kari.Seluruh badan saya menggigil woh!~ sebelum ni kalau lapar tangan je menggigil,kali ini seluruh badan.Boleh masuk dalam catatan buku sejarah fa-aja-aja.Malam itu saya makan nasi 4 kali round.Lapar tak lapar.

hari ini kelas terakhir untuk Tahun 2 saya.Harap saya dapat meneruskan pengajian ke Tahun 3 dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.Bersedia mental dan fizikal untuk hadapi exam,jangan sakit sudah.Jaga makanan,makan badam.Kismis dalam proses untuk suka.ngeh3.Baiklah,berhenti di sini dahulu coretan saya.


1 comment:

SweetyMui2 said...

you can do it pot!!!
aku sini pun tnsion stdy..exm lom hbis..hhuhu T-T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails