Wednesday, June 23, 2010

weather forecast


*mulakan dengan nada pengkaji cuaca di siaran TAK WUJUD*

1.....2......3.....

Action!

Salam Sejahtera dan salam muhibah.Bersyukur kita dapat bersua peratama-tama kalinya hari ini di kaca televisyen.saya Mrs.Forecast merupakan pengkaji cuaca anda untuk dulu,kini dan selamanya.*batuk-batuk* oh tanpa membuang masa lagi saya akan terus membawa anda kepada berita kaji cuaca untuk daerah daerah yang telah dikaji hari ini dan hari kemarin dan kemarin lagi.Hoo jangan berasa pelik ya para penonton kerana kita tidak ada mengkaji untuk hari esok kerana apa yang berlaku pada esok hari ialah hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu yang telah termaktub di dalam Qada dan Qadarnya. -_-

Baiklah,*berdehem-dehem* kita terus kepada Bumi Zagazig yang terletak di dalam negara Mesir.Ahaa...para penonton,bumi zagazig pada tahun ini kehangatan nya tak dapat di bayang oleh para penduduk di tempat tersebut kerana pada hari kemarin dan kemarin lagi di catatkan bahawa suhu bumi Mesir telah meningkat kepada 46 darjah celcius.Ini merupakan angka tertinggi yang dicatatkan sejak setahun yang lepas ya penonton.Hari tersebut terasa sepeti berbahang dan boleh di intepretasikan seperti ayam yang di panggang di dalam ketuhar.Pada hari kemarin pula dicatatkan angka berkurang kepada 36 darjah celcius,ya mari la kita menadah tangan ke Hadrat Ilahi atas pengurangan suhu tersebut kerana tidak perlu merasai lagi pengalaman sepeti ayam panggang.Hari ini para penonton suhu bumi mesir masih lagi di takat lingkungan 38 darjah celcius.

Oleh kerana bumi Mesir mencatat suhu tertinggi pada angka 46 darjah celcius,satu-satunya kejadian yang pertama kali di alami,saya dan para jawatan kuasa di belakang tabir bersepakat untuk memberi langkah-langkah untuk menghadapi suhu yang panas jika berlaku lagi di masa hadapan.Cara-cara ini bukan di buat semata-mata tanpa ada ujikaji ya para penonton kerana pihak kami telah menjalankan kaji selidik kepada penduduk dan membuat rumusan bahawa cara-cara ini Insya Allah ianya berkesan! Jadi kami pun bersoal jawab kepada penduduk mesir seperti cik fa-aja-aja,cik pot,cik afifah dan cik ipa.

Ini antara garis panduan yang telah dibentang oleh nama-nama di atas :

1. sediakan baldi yang berisi air di sebelah katil anda.Jika anda berasa panas seluruh badan,rendam lah kaki anda di dalam baldi sehingga badan kembali sejuk.

2. Mandi sekerap yang mungkin jika air ada di takung di dalam tong besar dan ambil la masa untuk basahkan seluruh badan hatta tempat-tempat yang terpencil seperti di bawah kuku.

3. Ambil kain batik dan bentangkan membentuk segi empat dan jemur di dalam bilik secara permukaan kain batik menghadap ceiling dan letak di bawah kipas.Selepas itu,renjiskan air ataupun basahkan kain batik dengan air.Wap-wap yang terbebas akan bercirikan kelembapan dan bukannya wap-wap yang kering.

4. Pada waktu malam pula di waktu hendak tidur,lapik bantal anda dengan kain basahan dan letakkan kepala anda di bantal tersebut.Anda akan berasa sejuk dan nyaman dalam ketiduran dan lena di buai mimpi.

5. Kepercayaan karut penduduk arab juga dapat di amalkan di bilik anda.Renjis air di lantai yang berlapikkan carpet kain dan biarkan kering dengan sendirinya.Jika Lantai anda tidak ber carpet,di amarankan supaya berhati-hati dengan lantai yang licin.

6. cara yang paling menarik untuk di cuba dan berfungsi sebagai 2 dalam 1 ialah balut badan anda dengan tuala basah sepanjang hari.Purata penukaran tuala basah dalam sehari ialah 5 kali ya para penonton.Tuala basah ini pertamanya berfungsi untuk menyejukkan badan anda yang berhaba seperti di gurun.Keduanya ialah penting di waktu selepas subuh di mana para pelajar yang ingin belajar dan bila berasa mengantuk di hadapan buku anda boleh "meng zaapppp" tuala basah itu di muka anda.Ini dapat di inpretasikan seperti "meng zaapppp" kad kredit menggunakan mesin kredit.

Ya..itu la langkah-langkah berkesannnnn *sambil tunjuk thumbs up* kepada para penonton di luar sana yang boleh di cuba di masa hadapan.Untuk pengetahuan para penonton,siaran TAK WUJUD ini merupakan siaran tak berbayar dan hanya akan bersiaran jika mengalami keadaan keadaan pertama kali yang berlaku di persekitaran kami di BumiMesir seperti la Suhu ini,dan mungkin di hari lain berlakunya peristiwa unta tidak kelihatan langsung di bumiMesir pun kami akan bersiaran.Ya,itu tidak mustahil kan? ke nak saya interpretasi kan lagi?

Ohohoho..Baiklah para penonton,orang di depan saya telah pun memberi signal *Times Up!* untuk siaran TAK WUJUD kali ini.Semoga berjumpa lagi dan selamat berhari-hari dari saya

Mrs.Forecast

*Tit*




3 comments:

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

hahaha
ada satu lagi ko tgl tau...
pakai *** ja hahaha

fa-aja-aja said...

hehehe..nanti siara TAK WUJUD kena banned.

intannuratiqahmohamadyunus said...

"meng zaapppp" tuala basah itu di muka anda.Ini dapat di inpretasikan seperti "meng zaapppp" kad kredit menggunakan mesin kredit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails