Friday, August 6, 2010

Catatan kehidupan sejak dua menjak

salaam.

Bersua kembali di rancangannnnnnn... *Hoi bukan engkaulah!* [jeritan sayup-sayup dari alam maya]

kesian Mrs.forecast,dia ingat ini rancangan dia le tu..hehe

hai pengunjung yang di kasihi,kali ini saya ingin mecatatkan kehidupan harian yang telah saya tinggalkan sejak seminggu yang lepas dari saya berada di mesir sehinggalah kemarin ye.

*selak kembali diari kecil untuk lihat aktiviti harian,diari ini pun baru update semalam untuk masa seminggu.Masih mempunyai daya ingatan yang kuat.Belum tua lagi.sekian.*

30/7/2010 : final packing untuk balik ke Malaysia.Bertolak ke Mathor [yakni airport] pada jam 6.30 pm.Balik dengan keadaan berdebar bukan gembira kerana result exam belum keluar lagi.jadi kamikaze pulang malaysia dengan membawa buku.:P check in flight pada jam sekitar 10 malam.

31/7/2010 : 1.15 am kapal terbang mula bertolak.Duduk bersebelahan dengan abang yang bekerja di travel agency.Dia membawa jemaah umrah ke mekah.Bercerita-cerita to kill the time.Tidur.Makan.3 jam sebelum kapal mendarat baru perasan yang saya sampai malaysia pada hari yang sama iaitu 31/7 (sabtu).Sedangkan dah bermesej kasih sayang dengan ibu bapa ambil kat airport pada 1/8 (ahad).Lupa yang flight saya direct 12 jam tanpa transit.Itu pun fikir lama dalam plane nak make sure saya sampai sabtu or ahad.Ingin bertanya abang kat sebelah tu malu le pulak..ngehe.Nanti dia fikir "ko pandai je naik flight tapi tak tau bila ko sampai" =.='
Maka apabila tayar kapal mendarat di lorong pendaratan yang agak bergegar gegar,dengan pantas switch on telefon bimbit untuk mesej ibu bapa.Taip mesej dalam keadaan bergegar gegar.Kali ini gegar bukan berdebar,gegar disebabkan mendarat.Sampai rumah juga.Malam tu terus keluar tengok wayang bersama abah dan adik-adik.It is Saturday's night,maka menonton Socerer's Apperentice.

1/8/2010 : Bersuka ria bersama abah dan adik [amat] pergi ke Lowyat untuk hantar laptop saya yang telah di war-war kan sebelum ini rosak selama 2 bulan lebih.Masih ingat ada warranty akan tetapi tak bawa pun kad warranty sebab tak ketahuan letak di mana.Namun sekarang dunia dan canggih,semua data ada dalam simpanan televisyen ke dua iaitu komputer.Selamat hantar laptop hari tersebut,kerana abang kedai cakap warranty tinggal 3 hari lagi.ngeh ngeh ngeh.Then singgah ke Sungei Wang untuk menjamu selera di Kopitiam Old Town.Menu pilihan Bihun tomyam dan Chocolate milkshake.Selepas itu balik ke Alamanda untuk menonton wayang sekali lagi iaitu Inception. =)

skip ke :

3/8/2010 : Pergi ke Alamanda untuk membeli charger telefon bimbit kepunyaan Amat kerana dia tidak membawa charger pulang ke malaysia.Telefon bimbit saya tidak dapat menggunakan simkad celcom saya kerani sekolah saya lama dah tak jumpa.Kenapa tiba tiba masuk cerita ini sebabnya "kerana" salah eja ke "kerani" maka malas nak tekan backspace so sambung buat ayat terus. bila kita masukkan simkad telefon itu meminta pin lock sim.Saya ta pernah nak lock sim,jadi memang tak tau pin lock nye apa.So gunala handphone yang lain,banyak je handphone terpakai di rumah ini tetapi semua ada broken sana broken sini.Malam tersebut dapat tahu result exam.Alhamdulillah lulus semua 4 major subjek dan dapat naik ke tahun 3. (^.^)

4/8/2010 : duduk diam-diam di rumah dan malam itu mencoba untuk setia bukan,tetapi mencoba untuk membuat header menggunakan Paint~ copy paste je semua gambar,taip huruf-huruf tu guna words dan printscreen.Buat sampai jam 2.00 am pagi..kemas kini kan blog dengan entri sikit.Then habiskan baca Vampire Diaries Dark reunion.Maka officially habis ke 4 4 buah buku bersiri itu.Akan mengunjungi bookstore selepas ini untuk membeli Volume 2 of Vampire Diaries pula.Tidur jam 4.30 pagi sebab tak dapat tidur.hehe


4 comments:

SweetyMui2 said...

haha..boeh pulak xtau ek bila sampai :p btw, congrats dear sebab lulus exam! dh 3rd year ko ek..sama! :)

lim kit siang said...

tahniah krn brjaya masuk 3rd year!!!semoga semakin rajin bljr;-)

fa-aja-aja said...

mui - he ko dah memang masuk 3rd yearr...lagi cepat dr aku untuk beberapa bulan..hehe,..tq!

lim - sapakah menyamar ini? sampai my mom pun betul2 ingat ini lim kit siang..haahha.. tq ya!

Shakila Seha said...

lawakla cerita kak ipa...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails