Thursday, October 28, 2010

High-fever

Salam alaikum.

Oleh kerana sepanjang minggu ini badan saya telah sampai tahap maksima kepenatan yang perlu ditanggung dengan keadaan cuaca yang sejuk dan panas maka saya telah mengalami demam  panas. T_T

semua ini terjadi pada hari selasa malam bila kepala dan badan sangat panas,hanya mampu makan panadol untuk hilangkan panas.Esok pagi panas ada surut sedikit,jadi dah berazam tidak pergi ke klinik..tetapi telah dimarahi oleh emak sebab mak cakap kena makan antibiotik tu yang penting.

dalam fikiran waktu tuh malas nak pergi klinik sebab saya mati-mati la ingat klinik ni buka waktu malam je..ye la selama yang saya tahu klinik gigi,klinik mata dan klinik kulit semuanya buka waktu malam.Ini tak silap saya la..cuma saya pasti klinik gigi memang buka lepas maghrib.So bila saya ber YM dengan "mushrif" untuk musyrifkan kami pergi klinik malam tu..begini dialognya

saya : Salam Bukhari,kamu ya musyrif untuk hari ini? boleh tak musyrif kan pergi klinik demam malam ni?

Dr.Bukh : em iA,tapi kenapa ye awak tak pergi waktu petang,sekadar pertanyaan.

saya : buka eh klinik waktu petang?? saya tak tau la pula.saya ingat semua klinik buka waktu malam je

Dr.Bukh : buka je,,kalau macam klinik gigi tu mmg waktu malam je buka

saya : oh macam tuh,,jadi bole tak petang ni awak musyrifkan? em jam 4 petang mcm tu bole?

(lama saya tunggu dia reply)

saya : eh..ala2...sorriii..petang2 buat apa nk musyrifkan? aiyakk..huhuhu (ini la penangan mamai2 waktu demam)

Dr.Bukh : itu la saya pun dok fikir dr td.hehe (baru dia reply..huuu T_T)

............

Maka saya bertemankan intan dan fatma pergi ke hospital tu di Mawaf Mansurah menaiki teksi.Hospital tu cantik juga..almaklumla swasta..kebanyakan macam doctor lelaki je yang saya nampak..sebab doctor semua nya pakai uniform surgeon tu.Then masuk je hospital tu saya terus di masukkan ke dalam bilik dan tunggu doctor masuk kejap lagi..fuh nasib baik tak perlu tunggu.

Masuklah doctor lelaki dalam bilik tu,sambil dia tanya soalan kat saya

1. u have flu? sinusitis? - i have flu
2. dry cough or wet cought? - dry cough
3. u feel cold? - yes
4. difficult swallowing? - no
5. u have sore throat? - no
6. u feel pain in joints? - no

Doctor tu masukkan termometer dalam mulut kat bawah lidah dan tunggu dalam 5-6 minit.Bila dah selesai suhu badan 39 celcius.Itu dah masuh stage high-fever,bukan demam biasa lagi dah.Suhu untuk demam panas ialah 38 celcius ke atas.Suhu normal badan 37 celcius.Then doc cakap kena inject IV (intravenous) kat belakang tapak tangan ni.erkkk dah la bahagian tempat keras,,tapak tangan takpe la juga..sob..cuak dah time tu,sebab dengar IV ni sakit..ye la kena jarum direct kat Vein (saraf warna biru) tu.

Mengadu kat intan takut,,sebab intan pernah kena IV juga dan dia cakap sangat sakit.vein tu terletak pada bahagian kulit yang nipis2 je macam belakang tapak tangan,lengan bahagian dalam tu,dan tempat lain yang boleh nampak vein anda..Intan cakap "pot ko nak takut apa,ko putih vein ko senang je cari".KO PUTIH VEIN KO SENANG CARI.KO PUTIH VEIN KO SENANG CARI. he he he.tak ade la,selalu juga saya dengar IV ni sangat sakit sebab doctor tak dapat nak cari vein either vein tu tak timbul ataupun vein tu sangat halus. so selalu cucuk rambang je,bila sedar itu bukan vein dia akan cari dan cucuk,cari cucuk cari cucuk.Sengsara pesakit macam tu.



IV injection

yang IV saya bukan nye doctor..tetapi medical assistant.Lelaki plak tu..dan comel woo.ki ki ki,terubat la juga  kesakitan.HAHA. ;P ada peristiwa lucu juga before dia nak inject saya,mengenai fatma..dialog ni antara fatma dan M.A tu

M.A : enti tadrusu (belajar) hena (sini)?

fatma : aiwah (ya)

M.A : kulli (kuliah) eh (apa)?

Fatma : kulli tib (perubatan)

M.A : Tib? masya Allah..sanah (tahun) kem (berapa)?

fatma : sanah (thn) talata (tiga)

M.A : mesyi (baik)

fatma : emm ya duktur,,momkin (mungkin) aiza (sy mahu) haromi li (utk) inject hiya (dia kwn sy)

M.A : Haromi??

Fatma : aiwah2 (ya2)..haromi..fi (ada) haromi?


M.A : haromi fi(di) hena (sini)?? wala (atau) henak (di luar)??

saya : haromi? haromi tu bukan pencuri ke? ke aku yg salah dengar ni? tp tema mcm yakin je sebut. (wondering dalam hati je sbb tgh sakit kan)

M.A : *masih blur dan tak faham kot*

Intan : pot,haromi tu bukan pencuri ke? apesal tema ni? *muka kehairanan*

saya : a'a..pencuri kan?

Intan : eh tema..haromi tu pencuri la..ko nak ape kat dia? hahaha

Fatma : eh ye ke? pencuri eh? ohh silap2..*sambil betulkan balik soalan dia kat M.A tu*

saya dan intan dah gelak2..boleh plak dia nak pencuri untuk inject saya.hahaha..patutla M.A tu blur semacam.terkejut kot ada pencuri dalam hospital.haha.Sebenarnya fatma nak maksud kan jururawat wanita untuk inject saya.Dia nak nurse perempuan yg inject sy,,bukannya lelaki.nurse tu dalam bahasa arabnya (harimi) tak silap..sebutan dah hampir sama dengan (haromi).hehehe.Tapi yang inject sy ttp M.A comel tu. ;') (suka konon)

lepas dah IV tu saya baring sekejap kat katil pesakit tu..saya ni allergic sikit selalunya lepas kena inject..tak boleh berdiri sikit dan terus jalan..sebab sure2 pengsan lepas tu..bukan sebab saya takut jarum tu..tapi tah..memang kepala start pening kena jarum..so baring la kejap nak bagi rehat kan kepala..fatma pergi bayarkan bil rawatan..intan pula kipas kan saya sambil tu kitorang gosip2 cakap M.A tadi comel.dan.lepas tu gelak lagi pasal haromi tadi..haha

selepas tu doktor bagi prescribtion ubat-ubatan dan ada ubat IM (intramascular) injection yang kena inject punggung tu..buat kat rumah..Alhamdulillah dah pernah belajar teori masa tahun 2 inject IM ni..tahu la area kat punggung tu nak inject kat mana.huhu.*malu*



dua jarum saya dibekalkan woo..uhuk2..sakit jg IM ni..sobs..


sekarang ni Alhamdulillah panas dah surut..maklum la IV ni kesan dia cepat.sebab 100% ubat tu dah masuk dalam darah..baru je belajar pasal IV ni kat subject pharmacology.Tup Tup saya terus jadi mangsa IV.hehe.

baiklah..penat dah saya taip panjang2 ni..kepala pun kejap ok kejap x ok..daaa~





6 comments:

SweetyMui2 said...

pot..mushrif tu ape??aku xpaham baca dialog tu n aku nak pahamkan so badly sbb mesti lawak! hahahhaa

mesti blurr giler kan M.A tu ngan kawan ko,mesti pelik nape korang xtakut in case betul2 ada pencuri kat hspital tu..miahahah

*gelak guling2 aku baca!

get well soon dear!! :)

fa-aja-aja said...

'musyrif' tu penjaga.dan selalunya lelaki..waktu malam2 kena ada musyrif utk keselamatan di mesir ni.

x faham eh dialog tu? aku pun xreti mcm mn nak bg fahamkan lagi..sorry2

cuma nak cakap,kawan aku tu nak nurse perempuan yang inject kan aku..maybe sebab aurat kot kan M.A lelaki tu nak sentuh tgn aku..tapi oleh kerana M.A tu xfaham..so xpela .hehe

intannuratiqahmohamadyunus said...

'haromi'..
sampai sekarang aku gelak kottt!!
nasib baik cute!! M.A tulah..bukan ko.

p/s: koman betul bakal doktor ni pengsan kena cucuk. hehhahehahehha

fa-aja-aja said...

ntahhnyeee nyampah aku bole pula pening after kena cucuk~~

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

haha lucu!nasib baik doktr tu nda terus ribut2 ada pencuri,klu nda abisla.haha.em,lein kli klu sakit aku nk trus pg hosptal tu la.bhaya klu x mkn ubat kan?...haha

Geebah said...

eee IV yang doktor boleh cakap 'sorry' je bila cucuk tak kena. aaaa napa tanganku lebam berabis tiap kali IV?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails