Wednesday, December 22, 2010

Kronolgi wanita besi 3 (L.P)


SAMBUNGAN Wanitabesi2...

10 Disember 2010

Dentist kata nak beli ortho brush (berus gigi untuk braces) hanya boleh beli di Kaherah.Nak cakap Zagazig tak ada toothbrush ni T_T.Well,ada kat farmasi terkenal sahaja di Cairo yang mempunyai banyak branches sekitar Mesir.Memandangkan hujung minggu memang kami serumah hendak berjoli di kaherah,niat utama tengok wayang :P.Saya sorang menonton Unstoppable,mereka yang lain menonton Narnia.


Bahagian tengah berus ke bawah sedikit tidak rata dengan yang tepi



Safe Pharmacy.
Ortho Brush 11 L.E


13 - 14 Disember 2010

Waktu paling ditakuti dan digeruni.Inila masanya gigi-gigi ku dicabut.Tskkkk.Bila lihat jarum tu yang tak boleh blah,,keras seluruh badan.Phew~ Akibat daripada hasil diagnosis struktur gigi dan gusi saya,saya hanya perlu cabut 2 BATANGGGGGG sahaja.2 BATANG.Selamat kassimmmm selamaattttt.Alahai Kassim~~ dan paling selamat 2 batang gigi bawah sahaja.He he he.Untuk lebih jelas kenapa sebab mungkin ada yang tak puas hati seperti kakak saya yg beriya cakap fang saya mesti kena cabut punya,so gusi bawah saya ke depan berbanding gusi atas jadi perlu di masuk ke dalam dan perlukan ruang untuk menarik gigi-gigi tersebut.Untuk gusi di atas pula perlu dianjakkan ke depan dan tidak perlu ruang dengan mencabut gigi.Maka fang saya selamat.Orang kata fang kan pemanis senyuman.*batuk-batuk* 






tengok jarum cucuk gusi saya.Tskkkkk.Itu gigi premolar balqis..kehkehkeh.Gigi saya sensored. :P


19 Disember 2010

Waktu untuk ketatkan gigi anda dengan wayar besi yang halus amat.Tapi hari tersebut hanya pasang wayar untuk gigi atas sahaja.Semuanya berjalan lancar,tak rasa sakit apa pun.syukurr




Zzzzz.Waktu ni rasa nak tidur pun ada.



Zoom la sendiri jika nak tengok wayar yang telah dipasang


21 Disember 2010

Wayar dipasang kat bahagian bawah gigi pula.Alhamdulillah masih tak rasa sakit kesan gigi kita ditarik.Cuma rasa bila hendak rapatkan gigi bawah dan atas tu rasa tak kena je gigi sebab gigi geraham ada besi yang melingkari untuk wayar penamat dilekatkan.*langsung tiada noktah* Maka tiap kali rasa tekan besi je.Rasa gatal pun ada kat gigi dalam.


KESIMPULAN

1. Masa minggu pertama besi dipasang tanpa wayar,saya perlu makan berhati-hati tapi portion nasi tak berkurang,cuma makan perlahan-lahan *rasanya* (-.-) sebab 3x besi itu tercabut di setiap batang gigi.Nak bagitahu doktor pun malu-malu kucing parsi dan takut sebab balik-balik tercabut.Di situ saya turun 1 kg.

2. minggu saya pasang wayar di bahagian atas pula saya perlu kurangkan portion nasi dari dua pinggan kebiasaan, ke satu pinggan sahaja.Sebab makanan senang tersangkut kot lebih-lebih lagi ada wayarr ni.Then bila kita nak sedut sisa-sisa nasi yang tersangkut kat celah wayar tu perghhh nyilu gila rasanya.Maka saya turun 1kg lagi.*bahagianya macam ni tanpa perlu workout*

3. Sekarang bila dah pasang dua-dua belah,nak kunyah makanan dah rasa susah sikit sebab nyilu yang amat dan agak sakit dengan pressure hentakan dua gigi geraham yang ada lingkaran besi itu.Yang ini memang serius tak tipu saya memang kunyah perlahan-lahan.Tetapi saya tetap berkeras nak makan nasi juga dan segala lauk yang ada sebab memang telah dibesarkan dengan makan nasi/karbohidrat tinggi dalam 3 fasa sehari iaitu pagi,siang,malam.

Tetapi paling tak tahan kalau makan daging Perggh.Situasi makan daging di ibaratkan seperti sedang menonton drama korea 1 littre of Tears yang mengalir air mata 24 jam.Jadi faham-faham la kalau nampak saya menangis waktu makan sorang-sorang sambil termenung.Dengan itu terhasil la moto hidup 

"Biar sakit menguyah,asalkan perut kenyang"

Lama-lama mesti dah tak sakit kan,satu bulan pertama je tuh.Takkan lah 2 tahun pakai 2 tahun juga sengsara,,melampaaAAAuuuu.Kuatkan semangat untuk mengunyaaaahhhhh.Berat saya sekarang dah jadi 46kg. *berita buruk utk balqis* HAHA.Dont worry my dear,berat normal saya akan kembali semula  dalam masa yang terdekat.


4. Saya tak berasa segan untuk senyum dahhh dengan menampakkan gigi.I feel comfortable after all. :)


TAMAT

p/s : (L.P) is Last Part




2 comments:

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

oh pleaseee

SweetyMui2 said...

hakhak..kesian balqis nmpk dah satu dunia gg dia yg dah tcabut tu..kahkah :p mesti sakit kan dia cabut pot..huu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails