Thursday, December 9, 2010

Kronologi menjadi wanita besi 1


susulan daripada quest of thousand smiles ini,akhirnya saya telah menjalani beberapa procedure untuk menjadi wanita besi abad ini.


24 Okt 2010

procedure pertama ialah mencari klinik gigi yang sesuai untuk bertanya kos pemasangan braces yang berpatutan.Well kami (saya & Balqis) hanya pergi dua klinik sahaja.he he.Pertama klinik gigi yang sudah famous dengan pelajar malaysia yang membuat braces di situ,dan klinik itu sangat sibuk dengan pesakit gigi.Sistem angka giliran sangat tidak logik,bila pesakit malaysia datang je kena bagi angka giliran yang belakang-belakang even kita la pesakit yang sampai dahulu jam 7 malam.LOGIK TAK??!! saya rasa macam nak sepak je receptionist berjantina lelaki yang berupa macam ular itu.hambek kau dapat gelaran ular.Sebab saya la mangsa keadaan.Oh well,memang saya bergaduh dengan dia bila saya dah hilang kesabaran,iya lah saya sampai jam 7 dan pesakit kedua,tetapi jam 9 malam saya tak masuk-masuk lagi,asyik nak dahulukan bangsa dia sendiri.Bila saya marah,dia terus tak berani pandang muka saya dan berpura-pura bercakap dengan pesakit arab yang lain.

ha tengok kan dah emosi awal-awal karangan buat pembaca dup dap dup dap,sampai tulis berjela mengenai lelaki ular ini.huh.FYI,saya pernah pergi klinik itu beberapa kali untuk teman kawan dan operation mencabut gigi bongsu saya dilakukan di situ.Sistem mereka memang tidak sistematik.



ini la klinik itu,lelaki ular di sebalik meja sedang bertelefon.


Ini Dr.Jalil,Dia dah berusia 40 lebih kot.Mungkin dah banyak pengalaman.Advantage ada di situ,dan caj bayaran untuk buat braces ialah 5500 L.E / RM 2987


Saya tahu sebab emosi kenapa,sebab waktu tu saya penat sangat dan 2 hari selepas saya mengalami demam panas.Maybe lelaki ular tidak bertuah untuk hari itu.Sekarang saya dengar klinik tu dah buat sistem temujanji bersama pesakit,maka pesakit tahu jam berapa yang dia perlu datang untuk menerima rawatan.Kan bagus begitu,ini tak.. perlu tunggu keganasan bersuara baru nak buat atau klinik itu takut di black-listed oleh pelajar Malaysia :P.

Klinik 2


mula masuk klinik lengang habisla..pelik juga,tak ramai pengunjung ke klinik ni?


Dr.Husin,muda orangnya sekitar 30-an.Caj bayaran buar braces 5000 L.E / RM 2710.Maka saya ambil perkhidamatan doctor ini kerana murah walaupun beza RM 200 sengan klinik sebelum ini dan klinik tidak sesak.Rupa-rupanya klinik ini dah buat sistem temujanji.Thumbs up!

Doktor Husin ni pun handle kerja dia dengan lembut dan tak ganas,jadi mulut kita tak la sakit kan kena buka-buka.Doktor tua sebelum ni kerja dia agak ganas juga.Emm.Tak rugi juga pilih doktor Husin ni walaupun dia masih muda,pengalaman tak sebanyak Dr.Jalil.Mungkin kami pelajar malaysia pertama buat braces dengan dia.

Jadi sebelum memasang braces,doktor ni minta kami buat 2 X-ray untuk gigi.


4 Nov 2010

Di sini tempat melakukan X-ray.





Pemprosesan editing sebelum di print.


Siap hari yang sama.Hasil.37 L.E


8 Nov 2010

Buat lagi x-ray berlainan


saya lupa hari tersebut saya perlu melakukan x-ray dan saya pakai tudung yang ada manik-manik.  BANYAK pula tu.Bertuah betul.Hatta barang besi macam sepit rambut,earings pun perlu dibuka untuk x-ray ni.Oleh kerana saya tak pakai earings jadi saya lupa akan hal sebegini.Jadi saya terpaksa pinjam tudung Balqis.Hehe.


Eh.Mama arab jual sayur bawah rumah ke ni? Sebiji. T_T



Esoknya.Hasil.125 L.E.Mahal you.



BERSAMBUNG...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails