Sunday, December 26, 2010

The making of pizza


Apa yang telah mendorong saya membuat pizza yang tak pernah di buat oleh saya kali ini kerana Program Smart Circle (usrah) pada minggu (Jumaat) ini akan berlansung di rumah saya.Ok,persoalannya..NAK MASAK APA WEH.Kena la masak yang something special,takkan bagi makan agar-agar milo je kot.Taulah milo takda jual kat sini,konon special la boleh rasa milo kat sini.What the.Then terpikir nak buat makaroni bakar macam pia buat hari tu,perghhh menggoda.Then rasa nak buat pizza pula macam pia buat hari itu.Perghhh tambah menjilat jari.Dengan segala pertimbangan akal fikiran dan kira-kira bajet sendiri,maka pizza ala-ala master chef menjadi menu usrah saya minggu ini.Wallah! *nada choral speaking*

Maka bersemangat la saya membeli bahan-bahan dan bajet bawah 100 LE,dah tanam niat sungguh-sungguh nak bagi makan ahli usrah saya dengan pizza.By hook or by crook dorang kena makan juga bagi habis walaupun tak sedap almaklumlah buat pertama kali.Kalau dorang tak habiskan siaaaaAApp.Merajuk tak nak hadir usrah dah lepas ni.*lari masuk bilik*

Unfortunately,*drum roll* dapat flyers kat YM bagitahu yang SC INC. (usrah gabungan) akan di adakan pada hari Khamis malam pengisian dia adalah ceramah dr Ust.Nazrul.MAKNANYA,usrah kumpulan dibatalkan.Ya dibatalkan.*bunyi kaca pecah* dan itulah usrah terakhir untuk tahun ini sebelum ditangguhkan ke tahun depan.Maka saya pun pergilah mengadu perasaan kat salah seorang ahli usrah saya di tingkat bawah rumah saya.

saya : Amal,amallll usrah kita tak jadi ke minggu ni sbb ada SC INC. tu?
Amal : Dengar macam tu lah pot
Saya : Alaaaa amal,pot dah beli tau bahan-bahan nak buat pizza utk SC kita,sedihnye pot.
Amal : la ye keee,,kesiannye pot..takpe pot masak je nanti amal tolong makan. *amboi ko laju je bab-bab makan,sekeh kang*

esok paginya saya terjumpa dengan naqibah usrah saya

saya : kak dilaaaaa,,sc kita takde ke minggu ni?
K.DIla : A'a takde,sebab SC INC tu.
Saya : Alaaa kak dilaaa,,pot dah beli bahan-bahan pizza utk sc kita,nak bagi korang-korang makan,sedihnye pot. *mengadu sekali lagi dengan ayat yg sama*
K.Dila : laaa kesiannye pot,,emm cemana eh.*k.dila bt muka kesian kat sy*
Saya : takpelah kak,takde rezeki kot.Nanti pot masak pot bagila ya.

Begitulah ceritanya,memang emosi habis ah pasal pizza.Haha.Masa dalam kelas terbayang lagi nak buat macam mana eh nak bagi dorang makan ni.Haa,,masak petang ni,nanti masa program SC INC. tu bole bawa bungkus dan bagi kat ahli usrah.Betapa GIGIH nya saya nak bagi dorang makan juga.Selepas itu,bunyi handphone kedengaran "kak ipa ada mesej" *suara bdk kecik umur 3 tahun*.Mesej dari K.dila,bagitahu yang sc jumaat ni jadi sebagai ganti kepada SC 2 minggu lepas yang tak jadi.Kak dila buat SC ganti ni pun sebab kesian kat saya yang bersemangat waja nak buat pizza.Hehehe.Yay akhirnyaaa!


Pergh intro panjang bebenor sebelum sampai ke tajuk utama.Ini sapa jadi chef masakan masuk tv buat macam saya memang ah,rugi siaran je.Penerbit pun tak sanggup buat siaran ulangan walaupun percuma.Sebenarnya saya nak kongsi bagaimana nak buat pizza ala-ala Master Chef.Waha,bunyi nak hebat je kan.Okey,back to work guyssss.

Anda memerlukan :


Tomato puri yang dikisar bersama bawang putih dan bawang besar


Hotdog dan paperroni daging/ayam


cendawan tin


Lobak,tomato,cili benggala.Dihiris halus-halus.


Sardin masak kari.Boleh di alternate dengan daging hancur.Jenis masakan boleh goreng kering,masak kari,masak kurma.Ikut kesukaan anda.


Cheddar.Lagi banyak lagi yummy.Cheese juga berfungsi melekatkan hotdog,cendawan etc di setiap lapisan pizza anda.



Mozarella.Ini berfungsi bila kita nak slice pizza yang dah masak dan tarik bawa masuk pinggan maka akan ada benda yang terjuntai-juntai macam cheese tuh kan.Lagi banyak lagi bagus,boleh buat juntaian sebanyak 10 cm.


Paling penting,ibu segala pizza.Iaitu roti pizza.Ada yang boleh uli sendiri tepung buat roti.Tapi saya beli je roti pizza ni dalam paket harga 10 LE ada 3 keping roti.


Cara nak mula dengan berpandukan konsep

TABUR DAN BERLAPIS

1. Pes tomato di sapu atas roti
2. Tabur cheddar,boleh kerat kecik-kecik dan tabur atas roti.Jangan pap letak je terus segi empat cheddar tu kat tengah-tengah roti.*what the pemalas* Nanti buat macam tu,tak tersebar meluas la cheddar anda bila dah cair.
3. Sapu sardin kari tu memenuhi roti

and the list goes on.....lapis-lapis je ikut mana suka.

hasil terakhir :



Macam ini.nampak menggunung kan? Itu yang sedap.


Dan macam ini.Kalau nak pedas lagi,letak serbuk lada putih banyak-banyak.Hehe

Masukkan dalam oven selama 40 minit.

Bila dah masak nampak menarik,kalah pizza domino.*ewah*

:

:

:


Bila tengok pizza ni rasa-rasa tergugat tak iman anda? 
*terus bagi large saiz gambar.heh*

&


Slurrppppppp.Selalu orang kata pizza terakhir la paling lazat,sebab pizza terakhir tu la yang akan kaut semua isi-isi yang tinggal dan semakin membukit la pizza tu.hehe.Tapi ini bukan pizza terakhir,pizza itu masih selamat dalam fridge rumah saya.

Mudah bukan? 




Yours truly

;)

4 comments:

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

apa yang your truly tu?euuwww

SweetyMui2 said...

aku xpernah buat pizza sendiri,baru smalam makan pizza tp yg ni nmpk lebih sedap T___T.. ko xtakut ke masak utk ramai org?kalau aku la,adehhhh..worried giler kot.sebab aku tau mesti xsedap..hahahhhaa.lain la ko :)

yummy!! buat video ngap pizza utk aku..haha

Azyy said...

aku yakin pizza ko mmg sedap. tp aku nda blh tgk gambar dia or baca entry ko ni... aku skrg mmg nda blh tgk masak2 d tv ka even memasak sekali pun. mau ter mun....

ba, nnti ko balik cni, buat ya pizza. roti dia bg nipis sikit mcm domino.. ok dah.. nda tahan cerita pasal makan.. mau ter....

fa-aja-aja said...

mui - utk kawan2 aku x kisah je..hehe

kakak - wohhh lain alah ko ni..kalau asik mun.. cemana nak dpt nutrien cukup utk si kicik dan mamanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails