Thursday, December 9, 2010

Sejenak..

Entri kali ini berkait rapat dengan entri im okay with a smoker guy


Semenjak berada di Tahun 3 pengajian,saya belajar benda baru untuk semua subjek.Terutamanya subjek Pathology yang belajar mengenai abnormal things yang berlaku di dalam badan dan contoh terbaik abnormal things ini ialah penyakit.

Pertama :

Kalau anda baca entri yang saya link kan itu,saya ingin TEGAS kan sekali lagi bahawa JANGAN MEROKOK.Seperti entri saya yang dahulu itu pun saya telah bagitahu kenapa saya tak suka orang yang merokok,sebab kesihatan.Waktu entri itu dikarang ialah waktu saya belum belajar mengenai penyakit yang disebabkan oleh kesan rokok.Namun,bila sekarang saya belajar serba sedikit mengenai kesan rokok,PENEGASAN itu bertambah TEGAS.

Mungkin bagi orang yang tidak belajar ilmu perubatan memang tidak nampak macam mana Pathological changes yang berlaku dalam badan.Baik contoh mudah,kamu merokok ibarat kamu membebankan sel-sel normal yang ada dalam badan.Bila merokok,ingredients rokok itu telah menjadi harmful foreign materials kepada badan kita.Maka sel-sel normal perlu menyesuaikan diri mereka kepada foreign materials dan lead to changes of itself (normal cell) to another feature yang boleh adapt/protect diri mereka dari foreign materials tersebut.

Namun perokok ini tetap dera diri mereka sendiri dengan mengamalkan merokok setiap hari dan tidak terlepas juga pada yang merokok kadang-kadang.Kes tetap sama.Bila persistence foreign materials enter your body,sel-sel normal kamu tidak dapat bertahan untuk selama-lamanya.Ada waktu detik,sel itu akan mengaku kalah kerana penderaan yang severe dan bermula dari situla perokok di hinggapi pelbagai masalah kerosakan sistem di seluruh badan.Contoh mudah Kanser Paru-paru.

* Penderaan yang severe mungkin anda anggap itu bagi yang heavy smoker,bukan untuk light smoker.Namun tanya balik pada diri sendiri,adakah anda tahu immune system anda itu kuat ataupun lemah? setiap orang berbeza kadar pertahanan diri mereka until they exposed to harmful disease*

Jika Allah memberikan kamu hayat yang panjang untuk hidup di muka bumi ini,Namun kamu menempah tiket untuk ke arah kematian,kamu tergolong dalam manusia yang kufur nikmat.


Kedua :

Penyakit tidak mengira usia kita berapa.Sejak dari kecil kita boleh dihinggapi penyakit hatta bila sahaja kita dikeluarkan dari perut ibu ketika daging kita masih merah di waktu tali pusat belum dipisahkan dari badan.Saya terkedu bila melihat slide show bayi-bayi yang tidak cukup sifat dan tidak normal sejak dilahirkan lagi.

Bermula dari situ saya sedar yang kita perlu mendoakan anak-anak yang bakal kita lahirkan itu supaya sihat walafiat dan cukup sifat.Begitu juga jika ada kawan-kawan,ahli keluarga yang sedang mengandung doakan / wish mereka semoga mendapat anak yang SIHAT SEMPURNA & CUKUP SIFAT amat penting sekali.Bukan doakan SEMOGA MENDAPAT ANAK YANG HENSEM/CANTIK.Memang tidak dapat disangkal siapa yang tak suka anak hensem/cantik? akan tetapi,jika anak itu lahir-lahir muka hensem tapi kaki kudung bagaimana? Albino pun ada yang hensem bukan? (ke aku je yang anggap macam tuh)

Jangan stress.Sebab saya baca balik pun karangan ini saya rasa stress.Haha.
Cuma terdetik di hati saya sahaja masa saya balik dari kelas petang tadi..





3 comments:

SweetyMui2 said...

yep yep..ROKOK JAHAT
T____T

Anonymous said...

rokok membawa kebaikan! untk kematian. wahahaha

fa-aja-aja said...

mui2 - sob...

ano - thumbs up!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails