Monday, December 20, 2010

Sungai Nil

Saya lupa percutian Raya Haji saya masih belum berakhir.Sebab bila godek punya godek gambar dan video,saya ada buat rakaman video nile cruise di waktu malam.Bunyi sangat romantik gitu.Sebenarnya bukan saya rakam,tapi cik balqis.hehe,sebab saya waktu itu kelaparan yang amat sangat gelojoh sepanjang masa pegang sudu plastik sampai tak sedar sekeliling sehinggalah cik miza tegur saya "weh pot ko pehal pegang sudu makan pun belum,cover beb" oh saya lupa ada musyrif.Ngeh ngeh -_-



kapal cruise kami hebat.Berkapet,bersofa empuk empuk,dalam kapal hiasan lip lap lip lap dengan lampu hari raya dan paling penting atap kapal automatik boleh buka untuk nak bagi feeling lebih.Well,Nile cruise la katakan,hebat tak? Gomo gomo weh.





Hebak sangat lo ni.OHSOHYPERBOLA. T______T

Al-maklum kalau dah nama pelajar tu,kena taja biasiswa tu  sangat sepadan untuk dapat kapal sebegini."KAPAL" bunyik gah sangat pulak.Iye la,saya downgrade kan sikit ke "BOAT".Sob..Bersyukur dengan apa yang ada.Rasa la juga cruise Sungai Nil. ;P

Kami pergi cruise sebaik sahaja mengambil Maya (kanan sekali) di airbot Cairo.Kawasan Nile River ni ada Hotel 5 stars yang dari luar dan terpegun "WaaaAAhhh".Betul-betul menghadap Sungai Nil yang bernama Four Seasons Hotel.

Sebut mengenai makanan,memandangkan Boat kami hebak,maka tak ada restaurant.Bawa bekal dari rumah,menyayat hati betul.Itula sebabnya ada minah yang tak lepas-lepas sudu di tangan dia (ehem).


Makaroni Goreng sahaja.Western food okey.Western.




Nyam nyam nyamm



3 dara pingitan yang saling mempunyai tali pendarahan pertalian darah sebagai sepupu.



makan sambil menyaksikan lampu kelip-kelip hari raya



Baik,memandangkan masa pelayaran di bagi selama sejam sahaja.Sejam sahaja saya dah bersyukur jika dibandingkan kena bagi masa 2 jam.Sebabnya,boat hebak ni bukan ada hiburan pun,seperti hiburan tarian gelek  ,makanan sedap ala-ala buffet, dan lain lain.Yang ada hanyalah pak arab pembawa boat yang saya tak lalu nak.. (sila sambung),jadi nak habiskan masa sejam tu,pak arab bawa boat ke tengah-tengah sungai dan matikan enjin. *angin bayu bertiup*

Maka kami melagut aje le dalam boat tu nak tunggu TIMES UP.Snap Pic sana sini,sana sini bunyi boat hebak macam besar,sedangkan just bergambar kat hujung boat je bergilir-gilir.Haha.








Tempat kejadian. Hujung boat.

Tanpa membuang masa lagi membaca karangan berjela-jela,mari sama-sama saksikan rakaman video siaran ulangan di bawah.




cover video pun dah boleh nampak minah (ehem) pegang sudu.
Intan poyo konon Katerina Petrova (vampire diaries)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails