Saturday, January 8, 2011

Tangled.Makcik arab.Fesyen


Penantian selama 2 minggu untuk menonton Tangled akhirnya tercapai.Hanya Intan dan saya yang menjayakan misi kali ini kerana ahli rumah yang lain tak gemar menonton Disney cartoon.Jangan salah faham,kami memang dah matang.Uhuk.Balqis sempat berpesan,kalau window shopping jangan lupa snap gambar baju-baju cantik.BAIK LAH BALQIS,OUR PLEASURE TO DO THAT JOB.


Tangled memang highly recomended by me and Intan.Bapak kelakar gile.Lagu seronok belaka.Hero kacak nak mampuih.Heroin comel habis.That's why i love movie disney cartoon.Terkekeh kekeh dalam panggung,tambah-tambah lagi saya duduk sebelah dengan little boy yang rambut curly-curly,dia gelak saya gelak,saya gelak dia gelak.Saya amik popcorn dia,dia nangis.takde ah.



walaupun kiri kanan kami pintu tandas.kami sanggup.Pedulikan orang lalu lalang masuk tandas lepas menonton.kekekeke.

Selepas itu,menuju ke arah pengisian perut.Beli la donut kat Donat Factory yang macam haram kecik nak mampuih donut.Lebih kecik dari buku lima saya,kan bagus buat sistem barter.Buku lima saya ni bagi kat cashier Donat Factory tuh manakala saya ambil donut mereka.Heh.Gua emo beb,perut berdondang sayang dah tau tak.Tertipu habis ah dengan saiz Donut.Takpe,sabar.Scene kat sini nak highlight kan lebih kepada makcik arab yang satu ini.


Setelah several attempt konon-konon bajet nak snap gambar sekeliling sedangkan tujuan utama nak snap gambar makcik tu.he he he

Al-kisahnya bermula.....kami berdua duduk berdepan dengan makcik tersebut.makcik tersebut seperti wandering around that place.Bila dia duduk kat meja tu,meja sebelahnya sebelum tu ada makanan KFC hasil tinggalan pelanggan yang lain,so bila pelanggan tu dah beredar..makcik ni pergi ambil tinggalan makanan KFC tersebut seperti bun/roti.Pergh kitorang yang tengok pun kesian habis ah.Sudahla roti-roti tu terjatuh kat lantai waktu dia nak ambil,then yang jatuh tuh la dia pegi makan.Pergh.

Maka bermulalah dialog kami

intan : pot...wuwu aku kesian tengok makcik tu
saya : a'a la intan..aku pun blur ni tengok dia
intan : pot,aku rasa aku nak bagi la fries aku kat dia..ko tolong bagi boleh?
saya : aku bole je bagi,tapi.......*kang nampak anak dia kami buat mak dia macam pathetic gila bg makanan,free-free aku kena lempang* [monolog dalaman]

kami berdua masih blur dan memerhati makcik ni,tertanya-tanya dia datang sorang ke apa.Tengok appearance dia takda pun kurang.Mari kita close-up


kami pun menghakimi makcik ini.

saya : intan,kau tak nampak ke dia pakai dua cincin emas kat kiri kanan tangan die.Berkilat kot emas tuh.

*makcik tu pun keluarkan handphone die*

intan : pergh..henpon dia lebih canggih dari aku la pot.

saya : intan..adaka kita tertipu?

kitorang pun berpandangan dan... KAKAKAKAKA.Tak leh blah ah makcik ni,musykil betul.Ini kes kedekut nak keluarkan duit beli makanan ke apa.Intan terus tak jadi bagi fries dia kat makcik tu,dahla curly fries tu favourite intan kot.Haha.

kenangan bersama makcik takkan saya lupakan :P

Misi terakhir kami ialah menunaikan hajat balqis.SNAP GAMBAR BAJU CANTIK-CANTIK.
Outlert pertama kami pergi ialah ZARA.Dekat Malaysia nak masuk ZARA angan-angan kosong je la..setakat berdiri luar pintu cermin ZARA je mampu.Dekat mesir,terasa la orang kaya sikit bila masuk ZARA.Belek-belek baju yang menjadi idaman kalbu,mana tau kot-kot termimpi baju pujaan hati keluaran ZARA pun jadilah.


Namun masih,kami masih miskin di ZARA mesir,kami hanya mampu bergambar di papan cermin kedai ZARA.Tskkk.Bye-bye ZARA,see u again when we are becoming a real doctors.



Tak.Ini bukan ZARA.Tskk.
Inginkan gaya stylo dan ranggi?


stylo.


Ranggi dengan ber skinny jeans



Gaya nurse.Baggy habis.kehkeh


emm...pelik betul baju ni


ini kedai balqis kami gelar.Sebab fesyen kain campur-campur macam ini memang taste balqis.Bila qis tengok gambar ini dia pun suka dan cakap smart.Dah tu,lagu kedai ni lagu disko habis.Nasib je saya dan intan tak berjoget kat situ.Joget Tara kuca,tara kuca cahh!


Harga pun mesti mau cantikkk.1000 LE u,1000.Baju termahal yang kami jumpa malam itu. 
(o.0)


Saya macam pakai baju alien.Apesal la baju saya ambil pelik-pelik.Outfit intan sangat chicky dan COMEL.Engam-ngam je combination warna tu.


Tagging intan comel


Saya tanggal terus baju alien tadi.Hehe.Saya pakai blazer pula,tapi blazer ni pun pelik. *sigh*

Ape?! dah bosan tengok? mesti baju saya tak cantik dan pelik-pelik kan.Baiklah,,saya bagi iklan sekejap untuk rehatkan minda..


breath in...breath out...smileeeee :) 
Saya janji,lepas ini tak ada lagi baju pelik-pelik untuk ditayangkan.



Saya suka gambar ini,sebab lighting sangat bagus.Terang,tak perlu la saya edit untuk mencerahkan gambar.Patut saranan untuk kedai pakaian kena pasang spotlight cahaya putih di setiap fitting room.Cahaya memainkan peranan untuk bentuk badan anda dan baju yang anda pakai.Ngehngeh,sejak bila jadi pakar personaliti ni.


Black parade


Victorian century? 
Kan i dah cakap,tak pelik dah baju-baju i.*hidung kembang kempis*


Oh My Gosh!
Tak boleh bernafas bila tengok jaket ni.Pergh gile gempak jaket ni.Maklumlah jaket NEW COLLECTION in town.Harga pun 423 LE.


hi you.Yes you. Boleh berkenalan? auw auw *flying kiss*





i tak sanggup nak letak balik jaket ni.Bau pun bau baju baru sampai.



Yang ini pulak saya ke tengahkan gaya casual ke pejabat/office.Kalau nak pergi Post Office gaya ni pun takpa.


I love this blazer.Tangan pun dah berurat-urat hasil tangan banyak bergerak ambil baju.hehehe


Blazer intan singkat sikit.Tak nampak sangat sebab warna baju tak kontra.


Ape?! penat lagi tengok gaya-gaya fesyen kami? jangan risau..saya ada lagi iklan untuk rehatkan rohani anda..mari kita mengingati Tuhan..



dengan bersolat di dalam fitting room.Bwaha!..tangan pun salah letak.Maaf saya bergurau sahaja,spontaneously.Lepas intan snap pic ni pun dia terus lepuk belakang saya dan cakap 
"heyy ko buat ape pot..boleh pulak gaya tu,senget ah budak ni" 



Berdiri tegak!!! 
Baju warna tema askar ni.Cantik kannn :D


Yes Sir!!!


Baik ini baju last saya review.Ini gaya santai yang kami bawa.


kareena kapoor selalu pakai baju cenggini dalam movie "we are family".Movie sedih habis,dari awal sampai habis asyik nak menangis.


cardigan lengan.

Maka,berakhirlah pengembaraan kami memakai semua baju-baju gorjes dan pelik.Berapa banyak kedai kami masuk,semua itu khas untuk balqis *alasan je tu*.Terapi minda juga tu..hehe.Apa-apa pun memang enjoy.


Gambar penutup.

Sekian,dari saya..

10 comments:

intannuratiqahmohamadyunus said...

mane komen aku tadi??? pjg berjela aku taip! siot ahh tenet ni.. *teremo plak.

tulis balik..sigh..

NGIAHAHAHHAHA...dari mula sampai habis aku gelak je baca entry ko ni! best!

Nasib baik curly fries kesayanganku x jatuh ke tgn makcik yg unpredictable tu.xpe2..niat je dah dapat pahala.

That day was sooooo muchhhh funnn!!
Terasa diri macam supermodel.Betapa hebatnya aku menahan nafsu shopping!

btw,tangle x sesuai ditonton bersama lelaki idaman ye, sbb gelak gile x ingat dunia.hilang keayuan..

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

haha,pot u both looked so dashing!!ala,aku tau korg mmg suka pn try2 bju kan?oh best!klu aku ikut msti lg meriah..haha.pot taste ko pelikla.mmg suma bju yg ko picked up rather old fashioned?but sweet.haha

intan2,aku memang kagum bila ko balik rumah n cakap ''aku x beli apa2!''
well,thats terrific.really,one cant hardly believe that statement from one is widely known as shopping queen.;p

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

*one cant hardly believe that statement from one who is widely known as shopping queen

edoraemon said...

hahahahhaha
patutlah korang bedua mcm tak nak balik!!
:P
terbaiklah sesi cuba baju!!

SweetyMui2 said...

aku suka yang army style jacket tu pot!! huhuuhh..tangled aku tengok skip2,last part aku xskip..wakkakaka..hero hnsem giler kan kan. kalaula dia bukan cartoon, kompem aku dh follow terus twitter dia..wakakakaka

fa-aja-aja said...

intan - LOL,,gitu eh x seswai bawa laki idaman tgok tangled? kalu aku hentam saja laaa .Yep scary makcik tu.haha

qis-old fashioned? sobss..haha,,mmg fesyen dlu2 ja aku reti,,fesyen skrg dh ketggln zmn T-T

faz - tau xpa!! masa faz kol kitorang tu tgh dlm fitting room la.haha..u kna bt jg mcm ni faz,,best2 :P

mui- ala awatnya tgok sekerat2? he..yep!! army theme tu mmg sgt cantekkkkkk :D

the NN said...

hahaha.kak! kalo nad masuk ZARA an jplg salegirl tu pandang mcm nad tda duit maw beli ja.grrr.

btw, styloo gila both of you :)
handbag biru tu lawa!

fa-aja-aja said...

haha,,bikin pns kan salegirl mcm tu,,ya kak tau nad mmpu beli.lenkali pg ZARA bw akak. :P

hanbag tu beg intan,,brg2 intan semua cantek2..jeles.hehehe

zEha said...

feefa!!
ska boots yg u pakai..
seluar pun cntik..
jaket tu pun semua cantik!! huaaa

fa-aja-aja said...

yeppp!! hehe..tq ya,jaket memangggggg cantik!!! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails