Tuesday, February 22, 2011

Senarai Kesyukuran Sempena Birthday 2011


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Bersyukur masih dapat menghirup udara yang dikurniakan oleh Allah selama 22 tahun hidup di muka bumi ini.Saya masih bernyawa,bernyawa bernyawaaaaa.Saya memiliki tubuh badan yang slim sihat walafiat tanpa ada sebarang penyakit yang boleh meresahkan jiwa dan raga.Alhamdulillah alhamdulillahhhh.

2. Saya gembira mempunyai ahli keluarga yang ramai ramai dan ramai,dan kebanyakkan mereka ialah lelaki..semua ada lawak tersendiri,,bila bersama ada saja benda yang buat saya ketawa dan ketawa.

3. Saya bersyukur saya menjadi seorang perempuan tanpa ada secalit tomboy walaupun adik beradik saya ada 5 orang lelaki out of seven.Yang boys semua maskulin yah.Haha.Saya bersyukur juga saya dilahirkan perempuan kerana perempuan boleh lakukan kebanyakan benda yang lelaki boleh buat.Hi hi hiiii

4. Saya bersyukur mempunyai abah yang hensem,cerdik dan loyar buruk.Saya bersyukur mempunyai emak yang cantik,penyayang dan garang.Garang itu sangat penting di waktu kite kecik-kecik.

5. Saya bersyukur emak telah mengarah saya sejak umur 11 tahun untuk memasak,masak dan masakkkk.Saya ingat lagi masa umur 13 tahun saya masak sayur atas kerusi kat dapur.Al-maklum la saya pendek waktu itu.Umur tersebut juga saya potong ayam guna parang kat dapur sampai terpotong jari sendiri.Uwaa.

6. Saya bersyukur emak suruh saya dan adik beradik belajar kemas rumah sejak umur 7 tahun.Oh myy,dulu masa kecik nak dapat aiskrim sekotak besar Vinetta ke tak silap saya (sekarang saya dah tak pernah jumpa aiskrim itu.) pun payah selagi rumah tak kemas,nak dapat semua benda pun kena kemas rumah,rumah kena licin,mop dan sapu segala walaupun waktu itu saya ada orang gaji.


7. Saya bersyukur abah dah train kami adik beradik untuk perform solat di kala umur mencecah 7 tahun.Setiap petang bila kami bermain di taman permainan,masuk je waktu asar abah mesti keluar rumah panggil kami balik solat dahulu,waktu itu la buaian,keng kek,main polis dan pencuri di 'pause' seketika kerana kawan-kawan menunggu kami habis solat dahulu.Yang paling tak boleh blah umur 7 tahun dah buat solat hajat 2 rakaat sebab nak dapat nombor satu dalam kelas.HAHA.Part best bila baca doa panjang tu tak ingat jadi tulis kat kertas kecik dan letak depan sejadah di mana waktu sujud  baca doa tuh depan mata kite je.

8. Saya bersyukur saya tak perlu risau dengan berat badan saya.Saya suka dengan keadaan ini,kadar metabolisme yang tinggi betul-betul membantu,dikala makan berat tidak naik di kala kurang makan berat terus jatuh menjunam.Buktinya semasa darurat di Mesir,di mana saya hanya makan nasi sekali sehari kerana perlu bajet duit dan  ahli rumah waktu itu mencecah 20 orang.Berat asal saya 47 kg terus jatuh ke 44 kg dalam masa seminggu.

9. Saya bersyukur saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.Ilmu perubatan sangat menarik dan dapat mendekatkan diri lebih kepada Allah dengan mengkaji ciptaan terbesarnya iaitu MANUSIA.

10. Saya bersyukur soflan pewangi baju dicipta.

11. Saya bersyukur saya boleh menulis dengan kedua belah tangan.Tapi tak ada la sampai macam Dr.Virus pengetua Imperial College of Engineering (ICE) dalam 3 IDIOTS tuh! aha.Bagi sesiapa yang belum menonton movie itu,Dr.Virus ni boleh menulis dengan kiri kanan dia dalam masa yang serentak,tangan kanan tulis lain,tangan kiri tulis lain.Kalau nak buat surat buang pelajar pun tulis kiri kanan.Haha..Garang gile doktor tuh.

12. Saya bersyukur saya seorang yang mudah bangun pagi,biological clock saya boleh berubah ikut kesesuaian masa.Jika hari ini saya bangun jam 4.30 am,esok lusa automatik saya akan bangun lebih awal daripada alarm clock saya yang akan berbunyi selepas itu.Maybe sebab saya lahir waktu subuh kot.He he

13. Saya bersyukur saya mudah "adapt" pada persekitaran yang baru.Saya tak pernah bersekolah asrama,then tiba-tiba saya masuk matriks dah berjauhan dengan family.Saya tak menangis pun rindu,sedangkan nak tahan ego.Bwaha! lepas tu terbang lagi ke Mesir,1 minggu saya nak adapt dengan persekitaran dan saya berjaya.

14. Saya bersyukur Kerajaan Sabah menanggung pembiayaan tiket penerbangan kami di waktu darurat Mesir dan memberi kami duit poket sebanyak RM100 setiap orang.

14. Saya bersyukur saya dapat mengalami keadaan darurat di negara orang.

15. Bersyukur yang saya tak reti nak menjerit bila marah,bercakap etc etc.Saya hanya terjerit bila terkejut! ataupun ada katak hinggap di baju..uwaaa gelinya.Sometimes,,saya terfikir mampukan saya menjerit if saya kena culik? ataupun perompak bank halakan pistol nya di kepala saya? benda yang terfikir waktu itu ialah mengucap je terus.hehe.Saya memang tak pandai menjerittt.

16. Saya bersyukur saya ada kucing dan anak-anak kucing yang menjadi peneman setia dikala kebosanan.

17. Saya bersyukur mempunyai sahabat-sahabat yang tersayang di sekeliling saya.

18. Saya bersyukur saya tiada allergy dengan apa-apa benda mahupun makanan

19. Saya bersyukur akhirnya saya pakai braces untuk luruskan gigi saya ini..he he

20. Saya bersyukur saya boleh makan lewat malam hari-hari dan sudah menjadi tabiat.

21. Saya bersyukur mendapat jam baru yang mak belikan untuk saya setelah beberapa tahun tanpa jam tangan.


SAYA DAH PENAT NAK FIKIR,APPARENTLY BANYAK BENDA YANG PERLU DISYUKURI.NAMUN BLOG SAYA LAMA TAK BERUPDATE SEBAB ASYIK SIMPAN DALAM DRAFT JE ENTRY INI SEBAB TAMBAH SIKIT-SIKIT LIST KESYUKURAN BILA ADA IDEA.AKHIRNYA SAYA GIVE UP DAN PUBLISH TERUS.

4 comments:

intannuratiqahmohamadyunus said...

x reti menjerit?? uhukkkkkk!!!!!!

fa-aja-aja said...

hahahaha..i mean menjerit mcm marah ke,tgok movie kuar jejaka hensem ke..hahha

Gbah said...

Tah napa touching pulak i baca plus kelakar laa...nway, makan tengah malam?? emmmmmmmm ahahaha

Gbah said...

n i rasa u memang tabah la fa...tu yg x nangis tiba2 duduk jauh from family tuh ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails