Tuesday, April 12, 2011

Bercerita mengenai Jin.


hello.saya kini kembali lagi untuk perkongsian kita bersama sebagai manusia yang dicipta oleh Allah s.w.t yang hidup bersama-sama makhluk lain yang tercipta oleh-NYA.Alam ghaib dan makhluk ghaib.Jika Allah tak buka kan hijab kita,maka makhluk itu akan stay invisible.Adakah anda bersyukur kerana hijab kita tidak dibuka? bagi saya YA SAYA AMAT BERSYUKUR kerana saya seorang yang berani di kalangan penakut dan penakut di kalangan berani.Renung-renungkan.

Cerita ini saya kutip daripada usrah saya.Suka juga dengar jin-jin ni sebab dulu masa darjah enam kakak & abang cerita pasal jin rasuk orang dan ustaz ubatkan sampai jin itu masuk islam.Siap dorang bawa kaset lagi hasil rakaman dialog di antara jin dan ustaz.Well time tu kecik,bila dengar suara jin yang garau dan serak-serak basah memang akan meremang you.Waktu i nak tidur malam-malam abang i sengaja pasang kaset dan turn full volume,what the fish lu bro *^%^!! tsk tsk.Tahun lepas pula heboh histeria di kawasan rumah saya sekarang ni..budak Malaysia la juga yang kena.Kalau orang arab takdenye den nak kisah.Pergh tahun lepas la tahun menakutkan bagi saya,sampai ustaz pagar setiap rumah sebab benda tu berjangkit.Malam-malam mesti anjing mainkan peranan untuk menakutkan saya lagi,menyalak kuat-kuat.Mentang-mentanglah mereka boleh nampak benda-benda tersebut.Saje je kan,nyampah.


Naqibah saya cerita la yang kita ni hidup dengan Jin maka marilah kita menjaga adab dengan jin juga.Macam pelikkan? tapi itulah hakikat.Sama macam masuk hutan kena jaga adab kat hutan,jangan kecing merata-rata nanti tak pasal-pasal you kencing atas jin,rumah jin, etc etc.Selalu dengar jangan kencing kat busut,mungkin sebab itu rumah jin.Mungkin saya bercerita ini mengenai tempat saya Mesir yang agak kuat dengan jin-jin ilmu sihir segala ini.Saja ingin berkongsi dengan you all.

Sebelum tidur tak perlu sapu losyen wangi-wangi kat badan sebab jin suka benda yang wangi.Nanti you attract dia dekat pada you.Pakai stokin ketika tidur sebab jin masuk badan kita melalui kaki.Itulah sebabnya kalau kita menonton drama yang scene ustaz nak keluarkan jin dalam badan dengan memicit kaki orang tuh kan.Then,kalau nak letak gambar dalam bilik boleh,tetapi jangan letak gambar yang mendedahkan aurat.Pakai seksi-seksi nanti jin suka bergayut kat gambar kamu.Kalau jemur baju di luar,jangan biarkan seharian tak berangkat.Sebab selepas maghrib jin suka bergayut di pakaian kamu,nanti bila angkat baju kita bawa jin tu sekali masuk dalam bilik.Oh itu memang tabiat saya yang malas angkat baju,lepas ini memang tak ada alasan lagi untuk malas.huhu.Kalau mandi pula rajinkan diri untuk pakai kain basahan paling senang kain batik.Sebab tandas itu la rumah jin,semua keluarga sanak saudara dia bermukim di tandas.Kalau tak pakai kain basahan,dorang pun dapat free show.Jadi kena ada perasaan malu dengan jin.Sewaktu memasak/selepas memasak tutup makanan dengan tudung saji dan jangan biar terdedah begitu sahaja sebab nanti jin langkah makanan kamu dan mana tahu waktu itu dia terkencing dalam makan yang kamu nak makan tu.Itulah sebab boleh jadi baca buku tak ingat-ingat dan asyik lupa.Selepas makan seelok-eloknya basuh pinggan terus jangan biarkan sehinga kering-kering sisa makanan.Sebab nanti jin makan sisa-sisa tersebut.Lagipun tak silap saya makanan yang tertinggal dalam pinggan ni melambangkan kepapaan.

Langkah-langkah untuk mengelakkan jin marah dengan kita.Kalau dia marah dia mula lah nak kacau hidup kita.Then kita yang tak sengaja marahkan dia pula melenting sejak bila aku buat salah? ya itu la perbuatan kita tanpa sedar... contohnya jangan kencing dalam hutan lebih-lebih lagi kat busut.Itu satu.Actually tak banyak pun saya tahu..haha..keduanya sewaktu di tandas.Kalau nak bersihkan tandas,waktu siram lantai tu janganlan menggunakan air panas sebaldi lepas tu sirammmmm.Kot-kotlah waktu itu jin kaum kerabat tengah baring atas lantai,korang siram pula air panas..meloncat la dorang..nak nak lagi yang korang siram tu anak jin dan waktu tu juga anak jin tuh mati terus.Haaaa silap besar dowh.Kalau nak guna air panas,rasa dulu kehangatan air itu,kalau kita dapat tahan kepanasan air tersebut,maka jin pun dapatlah tahan.Ketiganya sewaktu di sinki.Tempat jin juga tuh.Sama juga la aplikasinya dengan di tandas tadi.

Seterusnya meminta pertolongan jin.Normal kalau bomoh-bomoh lah kan,bela jin segala semua ni.Eh jangan ingat bomoh je bela jin,orang biasa pun bela jin.Contoh Saka.Tapi bukan Saka yang saya nak ceritakan sekarang,tetapi lain.Kalau nak pergi berubat kena la hati-hati.Pergi lah berubat dengan orang yang boleh dipercayai dan tengok bagaimana cara pengubatan yang dia lakukan.Sebab memang ada yang boleh dipercayai sangat-sangat lah tapi cara pengubatan dia terang-terang salah,ha itu lepas ini saya cerita.Seboleh-bolehnya kita cari yang beragama macam ustaz,tetapi bukan semua ustaz boleh dipercayai.Sebab ustaz yang rawat-rawat penyakit pelik nih pun BELA JIN.Ya bela jin,dorang cakap dorang bela jin baik iaitu jin islam.Tetapi ingatlah wahai kawan-kawan ku jangan la kita sesekali syirik dengan Allah s.w.t dengan bergantung pada makhluk lain.

Cara nak tahu ustaz ni bela jin kalau ustaz tu bagi tangkal kat kamu dan tangkal tuh pula ada loket maksudnya dia simpan jin dalam tu.Maksudnya jin tuh la khadam dia supaya jaga kamu.Ustaz tu hantar jin kat kamu.Takpun kamu kena bagi kemenyan dan segala barang yang perlu dbakar-bakar,dan banyak plak syarat pelik-pelik dia bagi untuk kamu.Itu memang sebab ada bela jin.Kadang-kadang kita tak sesuai dengan pengamalan ustaz tuh,badan masih sakit tak juga sihat-sihat kita cari pula ustaz lain.Minta ubat dan amalkan tetapi tetap sakit.Cari dan cari lagi dan beramal.Lama-lama setiap ustaz yang kita minta berubat tu ada bela jin dan hantar kat kamu,akhir sekali jin -jin yang dihantar itu bergaduh sesama sendiri dan kesannya kat kamu menjadi bertambah sakit.

Saya cerita ni dari sumber yang dipercayai iaitu kawan saya.Last-last dia cakap dia malas bergantung dengan ustaz dan dia lawan sendiri benda-benda tu dengan membaca Al-quran,minta pertolongan Allah sendiri.Alhamdulillah dia berjaya lawan dan benda-benda tu tak lagi ganggu dia..Allah tu la sebaik-baiknya pergantungan.Sebagai penutup cerita,hatta Sheikh yang dari Universiti Al-Azhar ni pun ada bela jin islam dan orang pergi berubat dengannya.Itu wallahu alam la sebab orang arab kan.Yang penting perlu ingat bahawa Allah la sebaik-sebaik penolong kita.Hanya satu tida dua~




6 comments:

intannuratiqahmohamadyunus said...

sekadar perkongsian.
knp jin duduk dekat busut, tumpang rumah manusia,tandas.. sbb satu masa dulu,jin diciptakan sebelum manusia, diorg ni maju, & kerajaannya kuat. Tapi diorg ni mungkar pada perintah Allah, lalu Allah jatuhkan hukuman, diorg ni x mampu bina bangunan sendiri hatta rumah sendiri..
So, terpaksalah jin ni menumpang2 di rumah manusia..

fa-aja-aja said...

ohh terima kasih cik intan dengan info tambahan..hurm cik intan ada apa2 lagi x? cik intan ada nk beli lagi? :P

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

jin ada kat atas ruma kita...

NURUL NATALIA NASIF said...

thx akk..info yg baik.. :)

Anonymous said...

crite yg mnarik, cuma statement "Sebaik-baik jin itu adalah sejahat-jahat manusia" rsanya x bnr, ada jin yg soleh spt dlm quran:

Dan sesungguhnya di antara kami(jin) ada yang soleh dan ada yang sebaliknya. Kami menempuh jalan yang berbeda-beda. (72:11)

Dan sesungguhnya di antara kami(jin) ada yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus (72:14)

skdar perkongsian:-D

fa-aja-aja said...

thanks ya ano dengan ketilitian... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails