Thursday, May 26, 2011

From Ziro'ah with love


Hangpa tau dok Ziro'ah tu apa? Ziro'ah tu pasaq na.Pasaq.Pasai pa pulok pasaq?  bukan pasaq eh? habis tu nat? kawan cek kata pasar ialah "nat" dalam bahasa Kedahnya.Ooooo cek baru tau na.Pasai pa cakap kedah la ni.Sebab cek baru tengok Cun The Movie.

"Woii minah tonggek ni Kumtom Renjong dah balek mai kita geleeekkkk" (dialog filem Cun)

Tiba-tiba jadi minat Atan (Remy Ishak) the hero kampung.Haha.


Oklah..berbelit lidah nak cakap kedah ni ha..baku sudah.Hehe.Kali ini saya ingin menceritakan dan menggambarkan keadaan pasar di Mesir.Sedia untuk penggambaran?



Kami berlima pergi ke pasar..saya dan balqis ditugaskan membeli sayur-sayuran.Maka kami pergilah ke bahagian bawang,sayur,lada segala.


Hai mama arab.


Hai Pakcik arab.Sini timbangan sayur dan lain-lain menggunakan penimbang batu.Sekilo satu batu kecik..dorang tak pakai timbangan digital ni.Ape klass pakai digital.



Bangga jumpa kobis terkecil di Mesir.Bukan senang nak dapat kobis kecil..selalunya besar-besar gajah kobis arab ni.Nak bawa pun kena junjung tak boleh masuk dalam plastik,tuh pasal bila beli kobis je kitorang tolak-tolak tugas nak beli sebab tak nak bawa,selalu jadi mangsa beli kobis mestilah orang yang paling suka makan kobis iaitu Miza.Haha.

Ye lah..penat doe nak junjung kobis..nak nak lagi bila bawa kat kawasan Salam tu (tempat perumahan saya)..Saya dah rasa macam puteri kobis buat catwalk masuk ratu cantik..part paling spoil bila time berjalan tu ada pulak insan yang bernama ustaz-ustaz lalu lalang.Pergh jatuh saham gue.Then,mula la nak mengomel dalam hati "hek elehhh ustaz ni..kecoh ah..time time ni juga nak keluar..time lain tak nampak pun batang hidung".Tskkkkk.






Ini kedai rempah.Selalu penjual kedai rempah ni bengis-bengis belaka..itu apa yang saya dapat tau dari ahli rumah lah.So saya tanya kenapa pulak bengis..jawapan dorang

"ala ko tau la..rempah2 tu tempat jual serbuk-serbuk lada segala..so benda-benda pedas dan panas ni terjangkit la juga kat dorang..suka marah-marah..nak nak lagi bila dorang tak faham ko cakap apa time membeli tu"

OK.

tak tahu lah masuk akal ke tak jawapan ni.HAHA


Tapi time saya beli ni pakcik arab tu okey je..hehe


Balqis bermain dengan baby arab yang tengah kepanasan.


Ya di tepi ialah hasil pembelian kami yang telah selesai.Sedang menunggu ahli bait yang lain membeli barang makanan basahan.


Pelik kan tomato ni.Kami ambil juga masuk dalam plastik,bila dah kat rumah kerja meletakkan barang miza tanya saya

"ape yang ko beli ni? *sambil pegang tomato pelik tu*

"ala..saje je..sebab lain dari yg lain.Hehehe"


Dengan itu,selesailah pengembaraan anda semua di dalam dokumentari

From Ziro'ah with love.

8 comments:

Dr.NazeeraBalqis said...

hahahaha,lucula pot post ko ni.ketawa2 ja aku dr awal smpai abis.yg x ble bla ustad2 tu.haha,ooh gitu ye monolog kau bila trserempak ngn ustad?

tp serious wei jatuh saham bawak kubis gedabak tu.haha

mizah ada tnyaka?haha lucu!!

Dr.NazeeraBalqis said...

haha wei lawakla! siap from ziroah with love bagai.

aku pun da minat remy ishak!!

Dr.NazeeraBalqis said...

comel je post ni!!haha

Dr.NazeeraBalqis said...

apa klasss pkai digital?
eii lawakla pooot!

da 4 kali aku komen.stiap kli aku tutup ada ja aku nk ckp.haha

fa-aja-aja said...

HHAHAAHHAAH aku plak ketawa baca komen ko sampai 4x.Serius weh bawa kobis tu buat jatuh saham.Ya ada miza tnya masa kat dapur.hehehe

intannuratiqahmohamadyunus said...

AMBOIIII..ni pulak keje korg kat pasar td ye bersuka ria?dahla gambar kitorg sekeping pun xde!

tp gambar balqis dgn baby arab tu cantik!serius cantik!gambar tu cantik ye,bkn qis!ada art gambar tu..

fa-aja-aja said...

kesuk hati qis baca komen ko.LOL

Dr.NazeeraBalqis said...

elee yelah,tp klu xda aku x mnjadi jg kan gmbar tu?muahaha

ya intan,mmg gmbar jala,potla jd model aku.haha.bnyk lg gmbr tu haha
smbil mnyelam mnum air!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails