Monday, May 2, 2011

Mari Belajar Tajwid


Apa khabar iman anak-anak murid ustazah hari ini? *muahaha,diri sendiri rasa pelik gelar ustazah* Baiklah anak-anak,hari ini ustazah nak ajar tajwid yang paling menjadi persoalan mungkin bagi anda selama ini ketika mana membaca Al-Quran.Sebab tajwid ini la membuatkan ustazah dulu tertanya-tertanya.Hari ini kita belajar

Alif Wasol

Huruf Alif dipermulaan ayat yang tidak berbaris atas,bawah mahupun wau kecik.Tetapi berbaris huruf "Sodd".Maka menjadi tanda tanya bagaimana untuk membacanya.Wasol bermaksud meneruskan tanpa mewaqafkan atau menghentikan bacaan.Fahamkah anda maksud saya? Contoh paling mudah ialah diambil dr Surah Al-fatihah.



"Alhamdulillah...." (ayat 1)

Huruf Alif di ayat Alhamdu..dia tidak berbaris atas,bawah dan wau kecik tetapi berbaris "wasol".Mesti anda perasan ayat-ayat sebegini di surah-surah yang lain bukan? dan teragak-agak untuk membaca dengan bacaan yang macam mana..jengjengjeng.Hari ini ustazah Fa akan merungkaikan segala persoalan anda.Ha ha ha *gelak bunyi satu-satu patah perkataan*

Baiklah.cara membaca ayat sebegini ialah dengan melihat huruf ke-3 ayat itu berbaris apa.Contoh huruf ke-3 ialah "Ha" berbaris atas "Ha".Maka kita baca Alif wasol itu dengan bacaan atas juga.Terhasil lah Alhamdulillah. Jelas kawan-kawan? emm masih tak jelas? Kita tengok pulak Ayat ke-4 surah ini.

"Ihdinas..." (ayat 4)

Ayat diatas mempunyai Alif Wasol bukan? Dan bagaimana untuk menyebut ayat 4 ini kawan-kawan? Yaa dengan tengok huruf ke-3 nya iaitu "Dal" berbaris bawah "Di".Maka bunyinya pun "Ihdinas..." Harap sekarang dah makin jelas pembelajaran kita.

TETAPI

Ingat kawan-kawan..bukan semua ayat kita aplikasikan Alif Wasol ini seperti cara di atas..haa.Terdapat 3 perkataan istimewa yang mempunya Alif Wasol tetapi tidak berbunyi mengikut huruf ke-3 perkataan tersebut.Sila catit perkataan ini..bersedia? 1...2...3...

IBNU - "nun" sbgi huruf ke-3 berbaris depan "NU" tetapi sebutan bukan UBNU

IMSYU - "Syin" sbgi huruf ke-3 berbaris depan "SYU" ttp sebutan bkn UMSYU

IQDU - "Dal" sbgi huruf ke-3 berbaris depan "Du" ttp sebutan bukan "UQDU"

Sampai disini sahaja la pembelajaran tajwid kita hari ini.Ustazah pun dah ponek baru lepas siapkan dinner untuk ahli bait ustzh yg sedang berpuasa.Jam menunjukkan pukul 7.17 pm,ustazah beransur dulu la ye.Tak payahla susah-susah hulurkan minuman..cukup sekadar bagi perfume Nina Ricci je..eh? kehkehkeh.Ok,Maaf jika ada yang terkurang,ringan-ringan kan menambah apa yg kurang untuk pelajaran kali ini ye para pembaca.Selamat malam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails