Saturday, June 18, 2011

Cara membasuh Sweater dengan betul.



Siapa basuh sweater guna mesin basuh? SAYA.siapa bila menyesal masuk mesin basuh sweater jadi rosak?  SAYA.siapa basuh sweater guna tangan tapi guna berus? SAYA.siapa berus sweater kuat-kuat konon nak bagi bersih putih dan suci? SAYA.siapa punya sweater jadi  berbulu-bulu akhirnya? SAYA.

T_____T

Rupa-rupanya saya mengaplikasikan teknik yang salah untuk membasuh sweater.Jangan jadi macam saya yang akhirnya berputih mata melihat sweater yang dibeli dari ROMP.

Cara ini dapat menjimatkan duit anda untuk hantar sweater pegi dry cleaning.Jangan bagi muka pada dry cleaning melainkan jika pekerja dry cleaning tu tampan.Sebelum mula,check label jenis fabrik sweater anda.Even if the label says "dry clean",tahan niat kamu untuk jumpa pekerja tampan,tutup mata dan bawa sweater masuk laundry room.Yakin kamu boleh membasuh sendiri dengan menggunakan tangan lembut anda lebih-lebih lagi jika primary fiber is wool or cashmere.


Ini adalah contoh sweater yang anda hendak basuh.Sejibik macam sweater saya warna pink.


# Step 1


Isikan besen dengan air sejuk dan sesudu serbuk pembasuh baju yang tidak ada unsur perluntur contohnya Trojan! Daia! Mr.Muscle! eh jangan letak sabun cuci pinggan untuk mendajalkan sweater.Hehe.kacau air sabun menggunakan tangan sehingga timbul buih-buih.Then masukkan sweater berkepam anda didalam besen dan swirl it around until it's completely wet.Jangan, saya besarkan lagi JANGAN gosok-gosok guna tangan,crumple-crumple kan atau tegangkan sweater sebab aksi itu akan merosakkan lagi bentuk dan fiber kain tersebut.Tunggu selama 10 minit sehingga detergent tu betul-betul sebati dengan sweater anda.


# Step 2


kepalkan sweater anda seperti gambar di atas,angkat dan picit/press perlahan-lahan beberapa kali untuk buang air yang berlebihan pada sweater.Kosongkan besen anda tadi dan isikan semula dengan air sejuk.Setelah air sedia,masukkan semula sweater anda untuk rinse,seperti tadi rinsed by swirling the sweater.Kosong kan besen dan isi air semula..buat langkah yang sama sehingga tiada lagi sabun melekat pada sweater dan pada air.


# Step 3


Gather your sweater and gently press to remove the water.Selepas itu lay it on a white towel yang telah dibentangkan di atas permukaan  yang rata,keras dan waterproof.Bukan bentang atas tilam.Bentangkan lagi sehelai towel yang serupa di atas sweater tadi so that sweater itu menjadi sandwich.Bermula dari bahagian atas sweater,roll the towels downward together macam dalam gambar.Sambil roll sambil dengar lagu Rolling in the deep.Langkah ini akan menyerap kelembapan sweater itu.


# Step 4 


Unroll towel tadi dan angkat semula sweater.Bentangkan sweater di atas towel yang baru pula yang diletakkan atas permukaan yang rata.Tetapi jauhkan daripada sinaran pancaran mentari dan haba yang tinggi (untuk menjaga fabrik kain daripada menjadi brittle).Selepas itu reshape balik sweater,extendkan kedua-dua belah lengan seperti gambar,butangkan sweater dan biarkan kering.Untuk hilangkan kusut,terbalikkan sweater anda inside out dan iron dalam suhu yang rendah dan bersteam.


Selesai.anda dapat menyelamatkan sweater kesayangan anda dari didajalkan oleh mesin basuh mahupun diri anda yang careless macam saya.Huhu..selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails