Sunday, June 19, 2011

Declaring Love to Abah


Masa hari ibu..kitorang semua pakat letak gambar ibu kat profile picture FB masing-masing,wish emak hari-hari sampai ada orang merajuk iaitu ABAH. He He..buktinya seperti dibawah


dan



Saya akan khabarkan bahawa EVERYBODY LOVES ABAH.Dari peringkat umur kecik sehinggalah orang tua.Belakang baju abah dah boleh stick huruf  "U".Umum untuk semua lapisan masyarakat tanpa ada had umur.Ngehehehe.

Kanak-kanak : Kalau ada saudara-mara bertandang di rumah membawa anak masing-masing mesti akan riuh satu rumah.Cara abah melayan budak-budak kecik dengan mengarah mereka semua berkumpul dalam bulatan dan abah buat magik.Magik yang sama abah buat masa kitorang kecik-kecik dulu..abah you are so lame.Haha.Contohnya magik hilangkan duit,bunyikan jari berturut-turut macam bunyi pistol etc etc.Kanak-kanak akan amazed dengan magik abah sampai mulut nganga besar-besar macam kitorang kecik-kecik dulu.T___T.Lepas tu mereka akan begging abah buat magik lagi lagi dan lagi.

Remaja sekolah : Abah memulakan kerja dengan menjadi cikgu dan seterusnya pengetua.Tahun ini saya ada junior dari Sabah dan menetap di Keningau.Saya dulu pernah tinggal di Keningau sebab Abah bertugas sebagai pengetua di SMK Gunsanad.Then,saya pun bercerita la dengan junior saya bagitahu yang Abah pernah jadi cikgu di Keningau dan junior saya tanya siapa nama Abah saya.Lalu saya jawab "Amin Senin".

Junior : cikgu Amin tu bapa kakak?
saya : kamu kenal cikgu amin???
*i wonder as my junior bukanlah batch yg sama dengan abah saya sebab dia ni masih sekolah rendah waktu itu*
Junior : eee saya kenal cikgu amin sebab kakak-kakak saya selalu cerita pasal cikgu amin dirumah..dorang cakap cikgu amin ni lucu dan baik itu sebab dorang suka.

Oh,im impressed with her statement anyway. ;')

Orang Dewasa 

1) Pemandu kereta : Saya berkesempatan berborak dengan driver sementara abah yang berkhidmat selama 3 hari ketika abah ada urusan kerja di Sabah.Sewaktu itu bertempat di SMK(A) Kota Kinabalu.Pakcik driver tu memulakan bicara terlebih dahulu yang abah ni mudah mesra dan tidak sombong.Kalau berborak dengan abah macam berborak dengan kawan sebab masa pakcik driver ni tanya abah asal dari mana abah bagi jawapan yang berunsurkan lawak.Saya tak berapa ingat dengan jelas dialog sebenar bila pakcik driver tu ulang siaran dialog mereka di depan saya.Tapi bunyi macam ini

Driver : encik orang mana ?
Abah : Oh saye orang semenanjung *abah buat loghat peninsular*
Driver : Semenanjung di mana encik?
Abah : oh saye dari  MENGGATAL * abah terus ubah loghat sabah pekat*

Then dorang dua ketawa terbahak-bahak.Untuk pengetahuan..Abah saya asal sabah dan Menggatal adalah nama tempat di Sabah. He He


2) Pramugari MAS : Iya even PRAMUGARI pun suka abah..Haha.Ini pakcik driver tu yang cerita kat saya sebab abah cerita kat dia.Kisahnya macam ni semasa di dalam aeroplane tu abah dapat makanan ringan iaitu kacang dari pramugari.Mesti tahu kan bungkusan kacang MAS macam mana,pek warna putih kecik-kecik tuh.Then abah pun saja la suka-suka puji pramugari itu cantik.Pramugari tu pun tersipu-sipu malu.Lepas tu tau tak apa pramugari tu buat? Dia patah balik ke konti dapur plane tu dan datang semula ke arah abah dengan membawa satu bungkusan besar plastik lutsinar yang dipenuhi dengan bungkusan-bungkusan kecil kacang lalu serahkan kat abah.

CAN U IMAGINE THAT? HAHAHAH

Terkejut besar abah..sape suh gi puji lagi pramugari tu..tapi rezeki jangan ditolak,abah ambil kacang tu dan bagi kat pakcik driver tadi..ahaha patutlah pakcik tu makan kacang MAS sambil berbual dengan saya.


3) Ustaz saya : Masa saya tingkatan 4,abah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Semenanjung.Sewaktu saya masuk bilik guru,ustaz-ustaz dan tegur saya tanya sama ada saya akan pindah ke semenanjung atau tidak sebab dorang dah dapat berita bahawa abah saya dinaikkan pangkat.Ustaz saya pernah cakap kat saya bahawa Abah adalah salah seorang anak Sabah yang dia respect sebab kejayaan abah memegang jawatan yang boleh dikira tinggi dalam cabang Jabatan Pendidikan Malaysia.Bukan senang anak Sabah untuk tembus pentadbiran Pendidikan Persekutuan yang bertapak di Putrajaya.Walaupun ustaz saya orang Kelantan,saya terharu bila ustaz acknowledge abah.

Orang tua : Kalau balik kampung belah abah mahupun emak..orang-orang kampung suka dengar cerita abah..even Mak Long selalu ketawa dengar loyar buruk abah.Bila makcik-makcik yang ada anak selalu pesan kat anak-anak dorang untuk jadi pandai macam abah.Kalau besar jadi macam abah.


..........

That is how i describe my father.I sincerely said that you will be a great great great man one day abah.You have a powerful mind,your idea is always solid and pithy.Just remember what this person named Sun1ta said to you





and not to forget to show you what other blogger thinks about you





There is no man more refined than you aside from Rasulullah s.a.w
The epitome of intelligent,kindness and fatherhood,
Your smiles warm my heart,your advices are the one i seek,
There is no way i regret about being your daughter,
I couldn't be very well survived without you guiding me,
I wish all happiness and eternal heaven befall to you.


HAPPY FATHER'S DAY ABAH

5 comments:

Amin said...

You are very creative my dear. I felt ashamed and speechless. Am I that good? I don't think so. But, cause the compliment came from my beloved daughter I accept it with my humbleness as a father. Thank you my dear.

Dr.NazeeraBalqis said...

waah so much love in this entry i felt humble myself.kalau aku jadi abah ko pun aku terharu.u have such a great father!

SweetyMui2 said...

siyes aku macam nak nangis pot.so proud for both of you father and daughter :') best giler entry ko ^^

fa-aja-aja said...

muimui- tq my dear,im flattered :)

fa-aja-aja said...

abah - you are beyond good. im happy u like this entry. :)

qis - tq my dear,,i dont realize this post can give very deep affection to readers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails