Wednesday, August 3, 2011

Cabaran menjadi Bibik,Babysitter & Sistersitter


Cabaran Bibik

Sebenarnya cabaran bibik tak menjadi hal sangat di sebabkan memang dah biasa jadi bibik yang mengurus makan minum dan baju baju cuma tolak tugas mengemas rumah je la.hehehe.Biasalah bila balik Malaysia tanggungjawab bibik dah terletak pada bahu ini..kalau dekat mesir turn memasak gilir-gilir tak la merasa penat..tapi di sini hari-hari kena memasak..cumanya puasa tahun ini tugasan memasak sahur saya dah amik alih..sebab tahun sebelum2 nya merayu-rayu kat mak tak nak masak sahur..kehkehkeh.Bila mak cakap

"umur 22 baru ko start nak masak sahur pa?" *Eh,terpecah rahsia umur i..kehkehkeh*

aiseh.Terdiam i seribu bahasa.Mak ni..cover2 la sket mak..itu tak keluar lagi ayat intro tradisional zaman berzaman mak seperti..

"mak dulu dulu..."

huehuehue.Kalau tak ayat intro..keluar lagi ayat pancing mak 

"mak baca artikel ni..nak masuk syurga senang je..just senangkan ibu bapa..bulan puasa ni ko masak sahur dan berbuka dah cukup..tak payah baca quran pun takpe,,mak nak rehat2 baca quran,,semayang tahajud nanti pagi2 kelam kabut mak nak buat sahur etc etc"

"kalau gitu mak,,saya tak semayang pun takpalakan..yehh"

"yang wajib tu wajib lee..jangan pulak ko nak lebih-lebih..yang sunat2 ni takpe la"

Cerita lain pulak waktu cuti riot bulan februari hari tu.Iyela sepatutnya lepas cuti riot tu ada exam awal tahun..so bajet nak belajar lah kat rumah sepenuh hati tanpa gangguan dah siap tampal notis kat depan pintu bilik lagi.



Alih-alih mak cakap kat saya..

"dah...ko takyah notis2 depan pintu tu..tolong mak masak dan buat kerja rumah baru dapat berkat..belajar pun senang masuk..Allah pun tolong"

Punah harapan i.Rasa nak koyakkan notis ni secara perlahan-lahan dengan kepala melekat kat pintu sambil air mata bercucuran.Kenapa mak tak lahirkan lagi ramai anak-anak perempuan.. T_T.Takpelah..memang i ditakdirkan jadi bibik.

Cabaran Babysitter



Seronok je jaga baby sebab comel.Nasib comel kan..nak cium je sepanjang waktu..dah tu wangi pulak tuh.Tapi i particularly jaga si baby girl ni..sebab mama baby boy dah habis pantang.Jadinya i uruskan baju baby girl..basuh guna tangan..nasib baju saiz kecik..kalau baju besar jenuh i nak menggosoknye.Lepas tu basuh botol-botol susu,,lepas tu jaga baby tidur sepanjang malam selepas tarawih sampai jam 12 malam.Selepas jam 12 malam dia menangis hantar kat umi dia semula bagi dia susu dan i pula nak tidur juga sebab kena bangun balik jam 4 pagi.Kalau baby tak menangis malam tu i buatkan dia menangis juga sebagai alasan dia nak susu waktu time hantar kat umi dia.Muahaha.

Sekarang baby Nuha kena demam kuning..jadi segala benda berwarna kuning mahupun oren mesti dijauhkan dari pandangan si baby..untuk mengelakkan bertambah kuning demamnye.I pun dapat idea secara tak sengajanya hari ini iaitu i pakai sepersalinan baju berwarna kuning.Then umi dia tak suruh i dekat dengan baby..boleh la hari ini i cuti dari menjaga baby kan.Waktu malas nak urus baby pakai je baju kuning..tapi limited edition la waktu die.Kehkehkeh :P


Aunty emma visits the babies



Cabaran Sistersitter

Yaa cabaran babysitter membawa pakej lengkap bersama sistersitter/mothersitter.Term yang baru saya cipta ya.Mama baby pun perlu dijaga rapi juga.Penggunaan teknologi digunakan semaksimum yang mungkin dengan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas ataupun SMS untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

'ipa buat horlicks',,"ipa bila boleh makan"..."ipa rendam dulu herba mandian aku ni".."ipa etc etc"

sekarang ni saya just menunggu mesej berbunyi

"ipa aku nak bagi ko 100 ringgit ni"

Hue hue hue.Apa yang dibuat sebagai sistersitter ni? mesti anda semua tertanya-tanya kan..mari saya senaraikan kerja-kerja untuk menjadi sistersitter yang berjaya.Wanita berpantang mempunyai beberapa pantang larang yang perlu diikut agar menjadi tampil ramping,slim dan cantik semula.

Makanan hanya boleh yang rebus ataupun bakar sahaja.No Minyak.Maknanya kita kena buat dua masakan.Satu menu untuk keluarga dan satu lagi menu untuk wanita ini.Selepas itu makanan perlu dihidang ketika masih panas-panas lagi..no sejuk sejuk.Maknanya di bulan puasa ini selepas masak untuk sahur,kena masak lagi sekali jam 7 or 8 pagi untuk mama ini.

Masuk bab penjagaan badan pula.Bermacam-macam herba yang perlu disapu kat perut,leher,tangan..dahi..kaki..seluruh badan la senang.Hehe.Air mandian pun guna herba yang direbus selama 20 minit.Lepas tu panaskan batu sungai lagi atas api untuk ibu berpantang memijak atas batu itu.Antara herba-herba yang perlu dibancuh seperti Param,Pilis..kapur.saya pun tak tahu nama-nama herba tu..yang saya tahu bancuh je then sapu kat badan.Semua herba ini bertindak panas untuk membuang lemak-lemak ketika mengandung.Akhir sekali memasang barut kat perut..kain yang diikat keliling perut supaya perut kempis semula..kalau tak kempis pun asal perut tak jadi terlondeh.

Akhir sekali ialah menguruskan baju-baju ibu bersalin.Maklumlah sesetengah jenis pakaian ibu macam ini tak sama sengan ibu yang belum ada anak.Jadi baju macam ini tak banyak seperti baju normal.Setiap baju ada function tersendiri..senang nak buka itu ini ketika menyusukan bayi.Basuh baju kena cepat-cepat jemur supaya tak kekurangan baju yang perlu dipakai oleh ibu baby.


Ini lah kerja saya sepanjang cuti ini.Nampak penat tak? memang penattt..tapi apa boleh buat..takda sapa lagi nak buat kalau bukan saya.Nak harapkan kucing yang buat..kucing pun asyik menggelupur sepanjang hari bajet dia puasa lebih.




Saya rasakan saya menjadi superwoman di saat ini..saya dapat merasai perasaan persatuan bibik-bibik dan ibu-ibu sedunia tetapi bukan Kelab Isteri Taat.Pergghh siapa wanita yang keluarkan statement di dada-dada akhbar yang menyatakan bahawa isteri perlu jadi pelacur kelas pertama kepada suami.Meluat saya baca statement tersebut sampai saya taknak ingat siapa wanita yg berkata demikian.Kalau la saya jadi Dato Shahrizat,,mesti saya kecam statement tersebut dan suruh orang itu minta maaf kepada isteri-isteri solehah di luar sana.Isteri solehah merupakan bidadari syurga Allah,bukannya pelacur.

He he he..ini la entry terbaru yang panjang milik saya semenjak berpuasa dalam dunia blogging sejak exam final hari itu.Tup tup je saya dah ada kat Malaysia kan.Tup tup je saya dapat combo anak buah.Tup tup je lagi seminggu lebih result exam saya keluar.Uhuk uhuk..saya bertawakkal je sebab saya tahu janji Allah itu pasti.Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat!









7 comments:

Nur Fazilah Jamaludin said...

wow.imah dah tgok baby....

fa-aja-aja said...

zyla pun blh dtg tgok baby..dh leh drive kann..terjah la putrajayaa..hehe

Azyy said...

InsyaAllah.. result cemerlang tu. ganjarannya bukan dlm bentuk result exam ja. byk benda... cuma kita ja nda sedar..

Anonymous said...

Klaka... Part kucing tu plg macho... Naseb baek x leh g bazar ramadhan je, kalo x yg paling byk bli makanan...

fa-aja-aja said...

sape yg pling byk beli makannan tu?ehe

Anonymous said...

Kucing tu a, kn dia bajet puasa lebih

fa-aja-aja said...

ooo haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails