Monday, September 26, 2011

Brunei saya tiba!!


Hai eberibadiiiii..akhirnya saya ada bahan untuk mengupdate blog! wahaha.Selama berdiam diri  memang tak ada bahan nak cakap..takkan nak cakap saja-saja letak gambar saja-saja gitew.Maleww lewwww.Peluang saya melancong ke Brunei ini atas dasar dapat upah jaga anak buah waktu puasa hari itu..dapat lah saya beli tiket ke Brunei memandangkan kawan saya cik Najibah dah ajak ke Brunei kan disebabkan abang dia kahwin dengan perempuan Brunei.

Saya dah tempah tiket waktu puasa hari itu disebabkan ada promo Air Asia *now everybody can fly* dengan harga RM 328.Flight saya pukul 6.45 am pada 23 September 2011.Ini merupakan my first time naik Air Asia *now everybody can fly*.Tiket saya check-in bukan pergi kaunter tapi guna Self Check-in machine.Bila dengar self check-in tu buat hati berdebar-debar lak..dah lew kitew ni first timer.Pengalaman saya bila dah sampai terminal LCCT tu :

1. Handphone tertinggal

2. 20 minit nak fly baru sedar salah gate



Saya keluar rumah dalam 4.15 am..dan sampai ke terminal tepat 30 minit 4.45 am.Lepas tu terus cari mesin check-in yang saya tak pernah tahu tu.Saya tak ambil gambar mesin tu,sebab tengah rushing dan gelabah kan.hehe..jadi saya amik dari google je la eh.




Done!

ok.selesai amik tiket tu berfikir nak buat apa lagi eh? wondering around dalam terminal..tengah blur nak pergi kaunter lagi ke or tak..tangan gerak2 masuk poket dan !!!!! ahhhh handphone tertinggal dalam keretaaaa.Handphone sangat penting bila pergi ke negara orang.uhuk2..berlari cari public phone.Nasib baik abang asad patah balik bagi handphone.hehe.


Lepas tu minta abang teman pergi kaunter sebab takut tak tau nak buat apa takut silap lagi..hehe.Abang asad pesan suruh masuk awal-awal memandangkan bila-bila saja boleh kena tinggal kapal..then saya pun ikutkan je lah..Jam 6 am selesai check in semua tinggal nak pergi Gate 14 sahaja..sebelum tu solat dalam tu.Habis solat baru cari Gate 14..mari saya lukiskan untuk anda macam mana saya boleh salah gate..wuwuwu


Rajah 1.0

Boleh faham tak rajah 1.0 yang saya lukis? Hahaha macam gambar dalam buku matematik tambahan plak.*selesaikan soalan kira-kira ini*.. saya nampak Nombor 14 tu..tapi saya tak nampak Pintu B.Saya ingatkan nak masuk ke Gate 14 kena melalui Pintu A.Tambahan pula saya nampak orang berbaris di kaunter berwarna pink dan kawasan dalam Pintu B masih kosong.Menguatkan lagi teori saya yang kita perlu melalui Pintu A untuk sampai ke Gate 14.Ok yakin dah betul..amik handphone mesej Jibah yang dah selamat check-in..then pandang-pandang orang depan,kanan,berangan kejap tapi mata masih tajam lihat ke Gate 14..macam ada benda yang tak betul.Sambil tu toleh sebelah kiri orang dalam kawasan bilik Pintu B semua dah lari-lari masuk gate 14 *masih tak perasan lagi ni*..i just said "pity them".

Tiba-tiba dada dup-dap sebab baru perasan orang yang dah habis urusan kat kaunter pink tuh terus duduk kat kerusi kawasan tu tapi tak masuk pun ke Pintu A.Pintu A kemas ditutup rapi.Kepala saya pun pusing 360 darjah cari pintu nak masuk ke Gate 14..oh noooo baru perasan ada Pintu B!!!! waaaaaaaa terlihat lagi pekerja yang ada kat kaunter Pintu B kelam kabut amik boarding pass penumpang..waaaaaaaa tengok jam dah pukul 6.20 am.waaaaaaaaaaa *pukul-pukul dada aaron aziz* Sepantas kilat i lari ke Pintu B. Ada rajah lagi


Rajah 1.1

Dalam i berlari tu terimbas kembali segala rasa tak kena tadi.Patut lah dalam bilik ni kosong sebab penumpang dah jalan ke aeroplane.Patutlah tadi ada orang lari-lari si "pity them" konon konon i cakap tu sebab dorang tau dorang dah terlambat..tapi yang makhluk sorang ni tak perasan lagi dia la paling kesian.Tsk...... Nak menambahkan tragis lagi ialah kapal terbang saya parking jauh nun di ceruk mana tah..macam tak logik gila suh masuk gate 14.Boleh nangis air mata berdarah gini.Route dia ke kapal pun macam panjang gila..rasa nak merayu kat abang pembawa bagasi guna mini kereta tu untuk tumpangkan saya pergi ke kapal je.Saya lukiskan lagi untuk anda menyelami perasaan saya waktu ini




Rajah 1.3

Beginilah situasi saya waktu itu..saya berjalan macam lipas kena kejar kucing.Saya sampai depan kapal terbang pada pukul 6.35 am..laju tak laju..kehkehkeh.Lega gila bila dah duduk dalam seat kapal...perut pun lapar sebab asyik memerah keringat je dari sampai mula terminal tadi.hehe..



Muka legaaaa


MYR 12


syedappppppp



Brunei!!


wait for my next exciting post yah!! 


4 comments:

Anonymous said...

Aha.. Luksan tu ba. Kalo wani lukis mesti lg cantik.. Nda tahan btl gambar kapal terbang.. Ahaha

dilaMAYA said...

heheheee best sungguh ada bantuan gambarajah. :D rasa cemas gak bila macam ni. huaa. nasib sempat =)

SweetyMui2 said...

alahai pot..sobbsss
ko buat aku gelak sampai nangis ni..sobbsssss

fa-aja-aja said...

kakak- macam ikan plak aku tgok gmbr aeroplane tuh! haha

dila - ya perlu ada gambarajah utk memahami lagi topik kali ini ya :P

mui2 - hahaha..mmg leh menangis kalu tggl kapal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails