Thursday, November 3, 2011

Brunei : Last part


Brunei : Last part..tak larat dah nak buat banyak2 entry..hutang entry je banyak kat pembaca.he he he

KAMPUNG AIR

Hari ke-3 (hari terakhir) saya di Brunei,saya melawat Kampung Air atau boleh dikatakan juga sebagai Bandar Air? Jangan main-main..kampung air dia canggih dowh.Kalah Kampung air kat Sembulan Sabah yang perkampungan illegal tu.Keh keh,mestilah kan?.Jangan marah orang sabah,sebab saya pun sabah juga,kan itu fakta..im not racist here.Tapi tak tau la pulak kalau kampung tu dah jadi legal..3 tahun saya tinggalkan sabah.

Seperti biasa bila sampai di jeti,kita perlu naik boat berenjin untuk mengengelingi mengelilingi Bandar Air tersebut.Bukan guna sampan kayuh guna pendayung ye.Siapa yang gigih buat macam tu i tabik.Kalau guna rakit buluh saya hats off.

Siapa yang gigih guna sampan dan rakit,gigih lagi makhluk sorang tu pakai skirt merentas lautan.HAHA..kan i dah kata,jeans Giordano yang i nak beli tu tak kesampaian maka seluar i pun takda..yang tinggal hanya skirt T_T



Tourist guide (iaitu pemandu boat) kata kat Kampung Air ni ada 14 buah sekolah.EMPAT BELAS kawan-kawan,termasuk sek.rendah & menengah.



I dah kata..ini bukan kampung,tapi dah jadi bandar,tinggal shopping mall je takde :P




4 bangunan ni bukan termasuk dalam kampung air ye..kalau tak dah jadi metropolitan kg.ni hehe..ini pemandangan yang boleh dilihat dari kg. air.Istana brunei (tiada dalam gambar) yang sultan diami sekarang ini sangat besar..bilik boleh mencecah 100 lebih dalam istana itu.Mengucap i bila dengar..kehkeh



MASJID OMAR 'ALI SAIFUDDIEN


Seni bina reka di dalam masjid ini memang tersergam indah dengan kemewahan emas kuningnya.Cuma sebarang gambar tidak boleh di ambil di dalam masjid.Hanya mampu bergambar di luar masjid.Nampak tak kubah masjid tu? emas tulen ye..bukan emas tiruan..sila la kikis emas tu dan jual.Bila masuk di dalam masjid,ukiran dinding pun kena tampal emas..permaidani masjid pun benang emas..chandelier masjid ni pun berbentuk masjid itu sendiri.Bayangkan gedabak besar chandeliers tu.


MAJALAH TAHUNAN SULTAN


ya,,brunei akan ada setiap tahun majalah kerabat diraja mereka..majalah ini diserahkan kepada rakyat nya secara percuma senashkah untuk setiap keluarga.Segala perkembangan terkini akan di selitkan di dalam majalah tersebut sebagai contoh bilangan terkini isteri-isteri sultan yang masih kekal menjadi permaisuri.*macam takda contoh lain je.hehe*




Ini yang masih kekal bersama..semoga jodoh panjang hingga ke syurga


ini yang sudah tidak bersama..huhuhu..ini majalah tahun 2010..untuk 2011 puan Azrinaz dah tak ada dalam majalah tersebut.Kisah penceraian dorang menurut cerita penduduk brunei..iaitu kakak ipar najibah tu..dia kata sebab puan Azrinaz ni menjadi tamak..dia pegi jual barang dalam istana..huhu entahlah ya sahih ke tak..wallahu 'alam.




LUNCH HOUR


Sebelum kami bertolak meninggalkan brunei untuk kesekian kalinya..kami dihidangkan dengan masakan tuan rumah yang super duper yummeh!!!

ha ha ha...gembiranya dalam hati..perut terisi lagi ohoi~~~~ terima kasih sayang peluk cium laga pipi la sama tuan rumah.



LAPANGAN TERBANG


akhirnya percutian pendek saya di Brunei dah berakhir...terima hakikat sekarang saya dah berada di Mesir kembali setelah hampir 3 minggu saya mendiamkan diri..maklum lah kelas saya cuti sehari seminggu je..so take your calculator and do the math *takda kaitan pun*..keh keh

hari ini saya dah start cuti selama seminggu sempena raya haji yang jatuh pada ahad ini yay! tak sabar nak solat raya dengan rakyat mesir..sangaaaat best! :D..nanti saya update lagi untuk raya tahun ini k. :)
goodnite..im so tired typing for this entry..longer much? he he..

2 comments:

Dr.NazeeraBalqis said...

Negara Brunei ni cute la,siap bg album royal kat rakyat dia.untung rakyat2 dia.bestnya klu dpt pg sn!n tgk ko bg entri psl Brunei,aku pn tringin nk tulis psl India,cuma malass hehe

Anonymous said...

Fa! Jibah baru baca semua, jarang buka blog kan, should put ur blog updates in facebook, so boleh la jibah baca update blog u, update dgn ur life... nice entries darling!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails