Friday, November 25, 2011

Ma'al Hijrah bersama nasi hujan panas


Salam Ma'al Hijrah everybody!

Hari ini ma'al hijrah..tak set pun lagi azam baru..tapi apa yang penting ingin menjadi lebih baik setiap waktu dan ikhlas dalam melakukan amal.

Sempena ma'al hijrah ini la saya dapat cuti tambahan sehari dan cuti saya pada hari Jumaat dan Sabtu.Alhamdlulillah..dapat berehat walaupun not really berehat sebab hari ini (jumaat) saya habiskan masa dengan membuat kerja kursus untuk round 2 bulan saya ini iaitu Forensic & Toxicology.Subjek ini sangat menarik,,dan akan saya ceritakan di entry akan datang.Saya dah boleh jadi CSI lepas ini =P.Dalam masa yang sama,hari ini juga merupakan giliran saya masak dan lebih tragis nya dapur gas rumah saya dah habis sejak 2-3 hari yang lalu.

Di sini kalau ingin membeli gas kena menunggu pakcik arab yang naik kereta kayu ditarik oleh kuda dan kereta tu penuh dengan tong-tong gas.Nak tahu kereta tu sampai apabila mendegar tong-tong gas tersebut diketuk dengan spanar..maka berbunyi la "tong tong tong".hehe..dan malangya bila ditunggu tak kunjung tiba,tidak ditunggu setiap waktu muncul.Haih...penjual gas digelar "ambubah".Maka bermula episod liku-liku saya menumpang gas di rumah jiran tetangga.Jiran depan rumah juga kehabisan gas..turun la saya ke rumah bawah (tingkat 2) untuk meminjam gas,bertuah mempunyai jiran tetangga yang baik hati..terima kasi cik husna samat kerana pinjamkan dapur gas anda.Hehe.Kebetulan hari ini saya ingin sangat mencuba resepi nasi hujan panas yang di ambil dari classmate saya,,sebok bertanya dia mcm mana nak buat nasi tersebut.Jadi tak jadi nasi tu waktu masak nanti,belakang kira. =P

Alhamdulillah..rakan serumah suka dengan nasi hujan panas saya..hilang penat lelah saya turun naik tangga sebab nak masak ni.ada yang kata macam makan dalam kenduri kahwin.Hehe..tak sangka boleh menjadi..sebab saya tak pernah la nak masak resepi nasi-nasi special ni..oleh itu saya ingin berkongsi resepi dengan anda! cewah..dulu dah kongsi resepi PIZZA.Sekarang Nasi Hujan Panas pulak ya! :)




3 cawan setengah beras (beras basmathi pun boleh lagi cantik)
1 setengah sudu besar minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
1/4 gelas susu segar
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 biji buah keras
1 kiub pati ayam

6 biji bawang merah *dihiris halus*
4 biji bawang putih *dihiris halus*
3 cm halia *dihiris halus* (halia jgn hiris besar nanti nasi akan jadi warna kelabu/gelap sbb serap air halia)
garam secukup rasa
pewarna (merah,kuning,hijau)

Cara-cara memasak

1. masukkan minyak dan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik. *saya masak atas api sebab nak cepat*

2. Masukkan kayu manis,bunga lawang,cengkih,buah keras dan goreng sehingga naik bau.Saya gunakan api tengah yang paling kecil supaya tak nak hangus.

3. Bila dah naik bau,,masukkan bawang merah,putih dan halia.Goreng lagi dengan api kecil sehingga naik bau.Jangan bagi hangus.

4. Bila dah berbau..tutup api dan masukkan beras yang telah dibasuh.kacau beras secara perlahan-lahan untuk elakkan nasi beras menjadi hancur apabila masak,sebatikan dengan hasil gorengan anda.

5. Masukkan kan air *jika 3 cawan beras,maka air pun paras 3* ,susu,kiub pati ayam,garam.

6. Pindahkan periuk nasi ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa.

7. Apabila nasi hampir nak masak iaitu belum masak sepenuhnya ,masih ada tinggal sikit air lagi untuk kering tapi dah muncul bentuk nasi,waktu ini la kita letak pewarna.Nak letak pewarna ada taktik,caranya lubangkan nasi anda menggunakan batang sudu..buat banyak-banyak lubang.

8. masukkan setitik pewarna setiap jenis warna dalam lubang-lubang tersebut..lubang ini membenarkan pewarna sampai ke dalam nasi.

9. Biarkan seketika..simpan botol-botol pewarna dalam almari..selepas itu baru gaulkan sebati 
nasi tadi secara perlahan2..kacau bermula dari tepi sekeliling periuk nasi.Jangan kacau dari tengah.

10. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga masak sepenuhnya sehingga butang "cook" beralih ke butang "warm".

Nasi hujan panas anda sedia untuk dihidang.Boleh buat lauk ayam masak merah,,ayam rendang atau apa sahaja yang rasa-rasa sedap.Hehe..oh ya nasi tu kalau nak tambah kismis bagi yang berminat pun boleh.



Selamat mencuba! 

^_^v








1 comment:

SweetyMui2 said...

tempting!! dahla aku tengah lapa ni.huuuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails