Monday, January 16, 2012

Forensic & Toxicology Round



"Aku bersumpah dengan hari kiamat,dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri).Apakah manusia mengira,bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?.(bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna (cop jari)"

( 75 : 1- 4 )

Hujung Oktober sehingga awal Disember saya berada dalam Forensic & Toxicology Round.Forensic is all about Crime scene investigation (CSI) *tegak berdiri sambil gayakan dgn pistol* Hehe.Saya belajar mengenali jenis-jenis cop jari (gambar rajah di atas),tulang-belulang seperti dalam cerita Bones,sexual offences,jenis-jenis luka,kenal pasti punca kematian mayat,pregnancy,abortion,dan paling best ialah belajar mengenali weapons! riffle,revolver,non-riffle,peluru dan lain-lain.

contoh untuk tajuk firearm injuries kita boleh tau jenis pistol assailant tersebut guna,jarak pembunuhan antara assailant dan victim,perbezaan antara suicidal,homicidal,accidental,jenis-jenis peluru dan lain-lain.Bagi saya untuk permulaan tahun 4 dengan round forensic & toxic sangat seronok! tak ada lah awal-awal masuk tahun 4 dah kena hadapi subjek boringgg..hehe

Toxicolgy pula belajar mengenai bahan-bahan kimia yang bertoksik seperti plant poisons (atropine,nicotine,heroin,cocaine),hallucinogenic drugs (marijuana,etc),heavy metals ( mercury,arsenic etc),gaseous poisons ( carbon monoxide ,etc),pesticides,animal poisons (snake,scorpion),food poisoning,drug abuse, et cetera et cetera..

Oleh kerana entry saya yang lepas ada kawan tak puas lagi lihat gambar suasana universiti saya..maka saya sertakan pula suasana ketika saya dalam round F&T ini.Round F&T saya dalam kelas,maknanya saya berada dalam gama'ah,untuk round ENT saya dalam kelas yang berada di hospital maka suasana gama'ah tak berapa nak dapat ditonjolkan.hehe

seperti biasa

 9.00 AM - 11.00 AM : kuliah dalam dewan

11.00 AM - 11.30 AM : Break about half an hour.Loitering/duduk-duduk panaskan punggung di kawasan legar gama'ah.





junior tahun 3 from left abu burn,haikal dan faiz



my batch.. aliaa dan nisa'



kawasan di tengah-tengah ni memang sentiasa penuh dengan budak arab lepak..nak kata semua medical student pun bukan,,sebab time kami ada kelas,dorang masih lagi lepak kat situ..pelik di buatnya..maybe dari fakulti lain kot datang lepak situ.



court bola ni pun memang sentiasa ada orang main..selalu masa tahun 1 dan 2 dulu kelas saya yang sedang berjalan di sebelah bangunan tu je akan sentiasa hingar-bingar dengan budak-budak arab main bola ni..suasana pembelajaran memang agak tak kondusif waktu itu.



11.25 AM : Angkat punggung naik ke kelas round tingkat 5


Ini pakcik lif yang sangat baik sebab hari-hari tumpangkan kami naik lif ke tingkat paling atas! hehe..walaupun sebenarnya lif tu hanya untuk lecturer sahaja.


ini department histology..masa tahun 1 dan 2 belajar subjek ni *how time flies so fast*.Selepas je dari pagar hitam tu barulah department forensik dan community medicine.


Ini bingkai gambar sepanjang department.Explain about jenis-jenis luka sama ada suicidal dengan kerat nadi kat pergelangan tangan,kena cucuk benda tajam dan panjang..etc..


Gambar ni menerangkan mengenai kematian melalui sesak nafas macam lemas,jerut leher,kena cekik etc


ini kelas saya..hehhe..kelas saya semua perempuan sebab lelaki dah makin pupus. =P sebenarnya pelajar lelaki ada dalam dua kelas yang lain.


ini pulak muzium forensik..pamerkan organ-organ yang kena tembak,kena stab,tengkorak yang mengalami concussion..etc..


Pengakhiran.


^___^ V


entry terakhir sebelum end round exam ENT. bye!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails