Friday, February 10, 2012

Europe Trip !


Salam alaikum...

hello guys! saya baru sahaja balik dari tour europe kemarin..dan cuti berbaki yang tinggal sekarang hanya dalam dua hari..cukup untuk rehat dan prepare untuk belajar semula.Saya ada baaaaanyak cerita untuk dikongsikan! hehe tak sabar untuk nak mulakan..tapi saya kena karang entry slow-slow supaya boleh cerita detail kan pasal tempat-tempat saya pergi.Namun untuk permulaan entry,,biarlah saya cerita mengenai persiapan sebelum tour europe ni.


Trip kali ini hanya terdiri daripada kalangan perempuan je seramai 6 orang iaitu Balqis,Hamizah,Intan nur atiqah,Intan nur amirah dan Azhani..tiga dari mereka ialah housemate saya sendiri (balqis,miza,intan nur atiqah).Amirah adik kepada housemate ..dan Azhani ialah jiran bawah rumah.Kami pergi menggunakan khidmat Travel Agency yang bernama Sweet Travel.Agen ni uruskan hotel/hostel,pengangkutan seperti metro/train dan tiket flight kami.Kami just serahkan senarai tempat-tempat kami nak pergi dan dia akan uruskan hotel di tempat tersebut dan tiket.Hotel yang dimaksudkan tidaklah sampai berbintang-bintang..tapi cukup sekadar duit seorang student..hehe.contoh macam Guest House..Bed & Breakfast..as long as tak kongsi bilik air! huhu..syukur dalam banyak2 tempat kami pergi..2 hostel je kami kongsi bilik air..itupun nasib tak bermalam berhari-hari sangat kat tempat tersebut.Leceh kan kalau kongsi bilik air? i can say the overall payment is really reasonable when they cover your hostel,train and flight ticket for 3 countries!

Plan kami pada awalnya untuk jelajah Paris dan Italy.Bila dapat tiket dari agency tu..mereka kata kami kena masuk France melalui Madrid untuk dapat tiket yang murah.So,apa yang nak diragukan? Madrid yo..accept it! walaupun transit semalaman kat madrid,,kami masih ada banyak masa untuk sight-seeing di Madrid kan? hehe..jadi trip kami menjadi kepada 3 negara...


Spain,France & Italy


Trip kali ini makan masa selama 12 hari.

Madrid - 1 malam

France - 4 hari 3 malam

Italy - 7 hari 6 malam

SPAIN - semestinya kat Madrid sahaja sempat..hehe

FRANCE - kami hanya round Paris sahaja..itupun Paris dan banyak sangat tempat yang menarik dan menjadi attention pelancong.

ITALY - kami bergerak dari utara ke selatan dari Milan > Verona > Venice > Florence > Pisa > Rome 


Penjelasan yang lebih detail bila dapat tengok peta.hehe 



ini senarai hostel yang kami akan stay untuk trip ni..print awal-awal hotel reservations ni dan tunjuk kat owner setiap hotel mengatakan yang kita ada tempah bilik.


satu beg sorong kami khas kan untuk bekalan makanan selama 12 hari.


bekalan ubatan juga penting untuk kecemasan di negara yang sejuk..kadang-kadang mesti akan kena muscle cramp,flue,fever segala..


barang-barang toiletries dan penjagaan muka saya..hehe


ungu tu buku conteng either nak tulis hutang ke apa dgn kawan2 sewaktut trip..memang sangat berguna! haha...dan hijau plak diary kecil untuk catat pengalaman..tapi tak hari-hari pun saya tulis..buku hutang je catat hari-hari..lol


my backpack..berat ni nak bawa usung sini sana jauh-jauh pulak tu..sakit bahu..kui3..baju knitted untuk tahan sejuk yang makan space dan berat..


i think entry ini cukup untuk mukadimah..hehe..nantikan episod seterusnya! biar sampai muntah anda baca..haha..takpa Insyallah i will make the story interesting ya! ;)

chiowwww 
*when Italian said goodbye*




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails