Thursday, February 16, 2012

Hola Madrid!




Madrid Mia Amor !!

Senoritaaaaaaasssss coming to rock you madrid!


we asked the information desk to know how to get to the city of Madrid


Kami naik underground train untuk ke pusat bandar




we reached SOL


Bila sampai Metro madrid terjumpa Photo Booth ni..jadi jakun sebentar sebab tak pernah guna.Apa lagi jom snap picture!





Hasilnya! bukan gambar yang blur...tapi kamera.hehe






Madrid merupakan bandar yang menarik dengan seni bina yang ancient dan 90's orang kata.Boleh dikatakan Paris dan madrid nya seni bina agak sama..cuma paris memang nampak lebih ancient dan rasa macam haunted pun ada bila nak dekat-dekat malam tu.

Cuaca di Madrid waktu itu best..sejuk yang kita dapat tahan lagi dengan keadaan yang cerah.Tu pasal boleh melompat-lompat lagi kat Madrid..tapi bila sampai paris dan Italy dah rasa macam beruang kutub berganding dengan penguin T_T

Orang-orang di Madrid rasanya okay kot sebab tak dapat nak teliti sangat kerana sehari je kan.Tapi yang paling terangkatnya kitorang kat Madrid ni ialah jejaka nya kacak-kacak belaka.Korang boleh imagine kot muka lelaki Sepanyol macam mana kan? kan? kan? yang hangpa dok tergila-gilakan Enrique Gelas i can be your hero bebeh,Ricky martin go go go ale ale ale,teringin nak jadi Catherine Zeta jones berganding dengan Antonio Banderas tu haa mereka-mereka ini la Sepanyol mariiii.Cek yang tak boleh tahannya tu pakcik-pakcik kat madrid pun kacak gilew.T___T tok sah kata yang mudew mudew..memang mata ni 360 darjah berpusing sepanjang berjalan tu.Haha..takde lah..untuk elakkan juling bagus jangan buat camtu..kita mesti jual mahal bebbb..walaupun sah-sah orang sana tak tengok kita.Di europe kami menggunakan istilah kacak bukan handsome di dalam perbualan kami.Kite kena pandai cover bai.Lagi satu cek nak habaq..graf untuk lelaki kacak bermula dari Sepanyol menurun kat Italy dan lagi menurun kat Paris.Hek hek hek.







Next, benda yang menarik ialah madrid banyak REPLIKA!!! Kalau nak bergambar dengan replika ni kena lah bagi upah dalam tabung dorang letak kat depan dorang.Tak kisah lah nak bagi berapa,asalkan bila masuk tabung tu berbunyi la duit yang dimasukkan.Obvious bila bunyi tu slow je memang sah-sah 1-2 sen je masuk sebab ringan..bila bunyi kuat sikit tu makna 1-2 euro yang masuk sebab syiling tu berat.hehe


Replika Captain Jack Sparrow.
Saya tak jumpa jack sparrow ni sebab saya dah melompat kat mana tah ke depan..ini pun ambil daripada kamera intan.


Replika unknown.
Ini adalah manusia bukan patung tidak bernyawa.Hehe..i wonder mesti dorang dah amik masa lama untuk practice berdiri tegak tanpak gerak kan? 


Gambar-gambar kejap


Ini pun saya tak tahu apa..maybe ada dalam cerita komik kot replika ni.


Posing-posing sket



Replika Elmo



Replika Patrick


Replika fa-aja-aja


Persembahan nyanyian dengan topi koboi masing-masing


magic show

*******

Tarikan yang lain ialah shopping!
we have ZARA bebeh.ZARA is originally from Spain..memang rasa heaven gila bila nampak harga zara mostly 10 euro.Sale pulak tu!! Perhatian 1 euro = RM4.


Bila je selalu nampak ZARA ada sale..hehe..merasa juga ZARA yeh kat Spain..beli baju,mafla dan baju untuk Arfan dan Nuha..hehe..Topshop,H&M saya beli lipgloss,Sixt pula saya beli sun glasses.Versace,Goche & Gabbana sebut je lah..masuknya tak.hehe.



Setiap kedai ada SALEEEEEEE.Takpun dalam bahasa dorang disebut SALDI





 I jumpa kedai Real madrid yooo..official punya..bergambar kejap depan pintu nak tayang walaupun tak masuk.hehehe



Waktu malam tu kami berlegar kat tengah-tengah tu juga tempat yang sama sambil makan crepe nutella! then nak tau kat tengah-tengah tu ada pendakwah jalanan.Cara pendakwah ni dia berdiri kat satu tempat sambil pegang Bible dan memberi ceramah sambil menguatkan suara di tengah orang yang lalu lalang.Saya pula asyik memerhati orang tersebut sambil rakam video.Kekeke..nanti di akhir entry akan ada video..so anda boleh tengok persekitaran Madrid dari pagi hingga malam.



 Nutellaaaaa


nyum3


ini la crepe tu..macam lempeng je disapu dengan nutella
harga 4 euro



malam pun ada show..ini berlakon jadi baby..suara pun suara baby..lucu juga tengok


Puppet show.Masukkan duit dalam tabung baru bergerak puppet ni.Yang berdiri tu lelaki..yang duduk tu perempuan.Mula-mula saya perhatikan laaaama yang berdiri tu sebab nak kenal pasti jantina..kot kot la perempuan yang tomboy kan..then lelaki tu pun pandang je saya balik tiba-tiba dia kenyit mata.Terkejut mek.


Mickey mouse! ada je minnie dia tapi tah pegi mana

Next masuk kedai souvenirs...












saya beli keychain dan fridge magnet je.


Pemandangan di waktu malam












masa untuk balik ke aeroporto/airport..bermalam di airport..


Penat dan puas hati.... :)






2 comments:

Anonymous said...

see magic minute 0:26 it was the last part of decoy rope.. lol

fa-aja-aja said...

haha i pun perasan part tu tiba2 je jadi masuk blk..tp x tau plak itu la titik kekantoian kan =P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails