Saturday, February 25, 2012

Syria & Syiah


Ilmu yang saya dapat daripada usrah saya :

Revolusi Syria menggoncang dunia pada hari ini..revolusi nega-negara arab yang asalnya dari Tunisia terus ke Mesir,Libya,Yaman,Bahrain,etc..

SYRIA

Macam mana revolusi Syria bermula? bagi sesiapa yang belum maklum revolusi ini bermula apabila ada sekumpulan kanak-kanak Syria menconteng di dinding bangunan di tempat awam yang menulis

"Rakyat mahu jatuhkan kerajaan"

Tulisan mereka kedapatan oleh askar Syria dan askar tersebut menangkap semua kanak-kanak yang terlibat dan menyeksa mereka semua sepeti mencabut semua kuku tangan dan kaki kanak-kanak tersebut.Kejam bukan? kebanyakan kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat penyeksaan yang tidak dapat ditanggung lagi dan hanyalah tinggal beberapa kerat yang nyawa-nyawa ikan.

Lalu ibu-bapa kanak-kanak yang masih hidup itu meminta mereka melepaskan anak mereka tetapi salah seorang askar Syria berkata pada seorang bapa kanak-kanak tersebut supaya menyerahkan isteri nya untuk dinikahi kepada askar tersebut (satu bentuk penghinaan).Maka dari sini la kebangkitan rakyat Syria untuk menentang kekejaman pemerintahan Syria di bawah genggaman Basyar Al-Assad.

SYIAH

Islam mempunyai dua fahaman iaitu syiah dan sunni.Syiah daripada Saidina Ali "Karamallahuwajha" dan Sunni ialah dari Ahli Sunah wal Jama'ah.Kita umat Muhammad merupakan islam Sunni.

Manakala Basyar Al-Assad ialah syiah.Pemerintahan Syria sejak zaman dahulu dikuasai oleh keluarga Basyar..pemerintah sebelum ini ialah hafez Al-assad (bapa Basyar).Bapa Basyar merupakan pemerintah yang dahulunya sangat kejam kerana dia telah membunuh kanak-kanak dalam jumlah yang banyak,hampir 70% sasaran pembunuhan ialah kanak-kanak dengan alasan kanak-kanak ini la apabila membesar akan menentang dia semula.Maka Basyar meneruskan "perjuangan" ayah nya untuk membunuh kanak-kanak.

Walaupun Syria merupakan 60-70% rakyatnya merupakan Sunni dan tidak ada satu posisi pun untuk Ahli Sunnah wal Jama'ah dalam pentadbiran...namun yang memegang kuasa penuh 84% negara mereka ialah Syiah walaupun Syiah tak sampai 10% dalam negara tersebut.Namun syiah sekarang sudah jauh terseleweng daripada ajaran islam yang sebenar kerana :

1. Mereke membunuh saudara mereka sendiri iaitu muslim sunni di syria..sampaikan bagi mereka "darah sunni adalah halal untuk dibunuh"

2. Basyar Al-Assad memaksa rakyatnya untuk mengaku/mengucapkan bahawa Basyar itu ialah tuhan (bila ingat sirah-sirah terdahulu ianya sama seperti firaun dan raja Namrud)

Maka syiah sekarang tidak boleh dianggap sebagai cabang fahaman Islam kerana memang sangat sangat jauh terseleweng akibat tindakan Basyar.

Boleh lihat video yang saya attach di bawah menunjukkan kebangkitan pemuda-pemuda yang ingin membebaskan negara mereka iaitu Syria.Semangat mereka sangat kuat sehinggakan mereka berdemonstrasi dan melaungkan 

"kita tidak perlu tunggu pertolongan dari mana-mana negara kerana pertolongan sepenuhnya hanya dari Allah s.w.t" 

"Mengapa kamu tidak memerangi orang-orang yang melanggar sumpah,dan telah merencanakan untuk mengusir Rasul,dan mereka pertama kali memerangi kamu? Apakah kamu takut kepada mereka,padahal Allah lah yang lebih berhak kamu takuti jika kamu orang-orang yang beriman" 
(At-taubah :13)

"Perangi lah mereka nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka,seta melegakan hati orang-orang yang beriman" (At-Taubah : 14)


p/s maklumat terperinci mengenai ini boleh layari http://palestin.perubatan


wallahualam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails