Friday, May 25, 2012

Things happened within these months



1. Perkahwinan abang Asad (my bro) & kak Sue Seelah pada 12 MEI 2012


Nikah



Ini resepsi belah perempuan di Tawau,Sabah..mak kata majlis ni meriah~~

 “Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

2. Jaulah Ibrah Auliya' pada 25 April 2012

Jaulah ni merupakan lawat makam-makam yang terletak di Kaherah..tahun lepas saya ada pegi..boleh klik sini .Tahun ni saya pergi lagi sebab ada makam yang saya belum lawat contoh makam Wali Soghir dan makam Imam Hasan Al-Banna :)


frame gambar merupakan salasilah Nabi Muhammad s.a.w..saya di makam Imam Syafi'e waktu ini..

Imam Syafi'e berkata :

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.


Makam Sayyidi Ashraf Jabir Ar-Rifa’ie Al-Husaini (Wali Soghir)


ini lah Wali Soghir a.k.a Wali Kecil

umur 3 tahun dia dah hafaz Al-quran.. dia meninggal pada umur  4 tahun
Wali Soghir ni pernah memberi kata-kata semangat kepada ribuan tentera islam sebelum berperang



makam Wali Soghir..


ini ialah bapa kepada Wali Soghir..bila di tanya bagaimana dia mendidik anaknya itu..dia menjawab

-"Kullu min i'ndallah"- 
(semua itu datang dari Allah)



Ibu Wali Soghir..




Makam Imam Hassan Al-Banna



makam ni tutup waktu tersebut..bergambar kat luar sahaja..

"Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara." [Hassan Al-Banna]


Seperti yang kita tahu Imam Hassan merupakan pengasas  Ikhwanul Muslimin di Mesir..riwayat hidupnya yang dipenjarakan dan dibunuh oleh pemimpin-pemimpin Mesir yang kejam amat menyayatkan hati..namun kini Mesir bakal memberi harapan baru kerana bermula dari kemarin (24/5) pilihan raya Mesir telah diadakan secara demokrasi! Calon Presiden favourite yang bakal menang (Insyallah) ialah Dr.Mohammad Morsi yang merupakan ahli Ikhwanul Muslimin juga dan berasal dari Zagazig (yeahh) dan merupakan pensyarah kejuruteraan di Universiti Zagazig (yeahh yeahh).

Itu lah kebesaran Allah..Allah nak tunjuk yang kejam tetap jatuh iaitu Hosni Mubarak dan kerajaannya terdahulu..dan yang akan naik semula ialah syiar Islam..Islam tetap menang di akhir zaman...!

Imam Hassan Al-Banna meninggal pada 12 Februari 1949 dan pada tarikh yang sama juga iaitu 12 Februari 2011 Hosni Mubarak jatuh/dilucutkan jawatan Presiden.




berada di Masjid Sultan Hassan untuk berhenti rehat dan solat zohor..




3. Healing with MEDICINE of the PROPHET by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah



"Allah has not sent down a disease except He has also sent down its cure,except for one illness..it is old age" [Bukhari]

sekarang saya sedang membaca buku ini..sangat menarik >.<

amalan dan ajaran Rasullulah apabila menghadapi penyakit..insyallah saya akan kongsi isi-isi di dalam buku ini ya :) 


4. Status FB daripada Kak Chaq (tahun 6)

 ‎~"I prefer congenital CHANGES instead of congenital ANOMALIES"---Lecturer of Neurosurgery Department during Neurosurgery lecture today~


** for non-medical students..congenital Anomalies are  is a condition which is present at the time of birth which varies from the standard presentation. (lahir tak cukup sifat/tidak sempurna)**

Kalau Allah berkehendak, pastilah tiada keraguan bahawa Dia mampu menciptakan sesempurna mungkin tanpa kecacatan ketika kelahiran. Tetapi kecacatan itu sebenarnya bertujuan menguji kita sebagai hambaNya, siapakah yang lebih baik amalannya. Sedangkan pemilihan perkataan 'congenital ANOMALIES' (kecacatan, ketidak sempurnaan) amat bertentangan dengan sifat Allah yang mampu menciptakan dengan sempurna.

*******

Subhannallah..doktor2 Mesir memang mengagumkan saya . ;')








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails