Friday, May 10, 2013

Declaring love to mom!


Tomorrow is mother's day!

baru semalam saya balik dari bercuti sempena springbreak 2013..nak tau saya pergi ke mana? hehe tungguuu..i can't wait to post about it too! :b

Emak saya Akbal Hanam Talip.First impression dengar nama Akbal tu macam nama lelaki..takpun nama orang arab.Tapi bila tengok kepada anaknye ni,nak cakap arab memang mustahil..lebih kepada amoi mata sepet.Tang mana dapat muka amoi-amoi ni,nak cakap dari baba nyonya melaka tak juga walaupun my mom is malaccan.My mom is really a pure malaccan..walaupun duduk sabah hampir 20 tahun,,lidahnye memang tak boleh twist ke bahasa sabah even sikit pun!

My mom is a rare mom.Memang aneh unik dan ganjil.Saya kadang-kadang tu tak dapat nak describe my mom ni macam mana sebab i don't have words how to describe my mom.Yang paling dominan boleh cakap about my mom ialah dia seorang yang sangat PENDIAM.When you see her,you see silence.*macam over plak..haha*..even dengan anak-anak pun dia sangat pendiam.HAHAHA..kelakar tak my mom,kalau bertelefon dengan my mom (maklumlah belajar jauh) memang tak ada benda nak cakap sebab kediaman mak saya,,jadi saya lebih rela mesej facebook taip panjang-panjang dan cerita.

Kalau tengah bercalling bila saya tanya "mak ade ape ape gossip kewwww" dan mom replied "takde"..walaupun saya memang dah agak jawapan "takde" sentiasa terkeluar dari mulutnya tapi saya insist juga nak tanya! hahah..pernah sampai satu saat saya tengah tensyen dengan studies dan waktu itu hanya nak dengar suara my mom je untuk tenangkan diri then saya mesej facebook kata nak koling waktu sekian sekian dan saya ugut mak saya time koling tu dia kena bercakap! cerita la apa-apa walaupun tiada story tapi yang penting kena bercakap! HAHAHAHHAHAHAH gila epik.sorry mom! hehe

Mak saya juga bukan lah seorang yang ROMANTIK terhadap anak-anak.Maksud romantik di sini ialah meluahkan perasaan rindu sayang nak cium busyuk-busyuk kepada anak-anak.Situasi seperti mesej/call nak kata "mak rindu lah kat ipa,,bila nak balik.. etc etc" memang tak pernah wujud dalam sejarah tumbesaran saya.hahaha..kalau betul saya dapat ayat macam tu memang boleh masuk dokumentari HARI INI DALAM SEJARAH.My mom would not say that melainkan kau provoke.Makhluk kuat provoke ni mestilah saya.hahahahha.Maklumlah dalam family saya tu ramai jantan,dorang nak kisah apa romantik2 ni..kakak sulung saya pun jenis tak ambil endah..so saya la minah kepohci dalam family yang jenis winter sonata feeling2 sket.

 Me : mak tak rindu kittew kewwww

Mak : tak kuase aku

Me : eleh kite tau mak rindu tapi tak cakap jew

mak : ko balik malaysia nanti kemas rumah dan masak hari-hari.Mak nak rehat.

me : T__T


Mak saya jenis ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS terhadap anak-anak.Jadi dah balance lah kat situ..walaupun tak romantik dari segi kata-kata..tapi dalam diam buat je everything untuk anak-anak.Pernah satu masa sewaktu saya summer break di malaysia..sehari sebelum nak balik ke mesir semula entah macam mana terkeluar kat mulut saya tetiba time tu mengomel "haihh macam best plak dapat makan kek sekarang ni..benda manis-manis"(waktu tu tengah baring kat katil bilik mak,dan mak ada di sebelah tengan main laptop).Bila pagi esoknya bangun tidur turun bawah dah nampak mak duduk kat meja makan sambil kunyah-kunyah buah rambutan..dan atas meja ada kotak kek.

me : aik mak,kek? kek sapa ni? mak beli? untuk apa? birthday sapa? wahhh sedapnya kek coklat cheese.

mak : takde..saje je la beli makan-makan

Then baru teringat baru semalam aku mengidam..eh eh..mak dengar rupanya kite mengomel..eleh beli untuk kite lettewww..taknak ngaku khonon.hahha..sayang emak! <3 p="">


PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR adalah emak.Ciri perempuan melayu zaman dulu-dulu memang dah ada dalam diri emak kita masing-masing.Begitu juga my mom..kadang-kadang menyesal kenapalah tak jadi macam my mom,ini semua sebab salah sendiri tak dengar cakap.Cakap mengenai perkahwinan dengan mak..tanya pasal duit hantaran selalu berapa..majlis macam mana..then mak pun kata,sekarang basic hantaran rm10-12 ribu..then saya cakap..erm kalau hantaran harga macam tu dan perempuanya ialah mak berbaloi lah jugak bayar mahal-mahal.Mak tanya kenapa,saya jawab iyerlah..mak tu semua ciri lengkap..cantik,bekerjaya,rajin,pandai masak,bangun awal pagi..solat malam,mengaji hari-hari etc etc...tapi kalau perempuan macam saya ni antara semua-semua tu saya waris bab boleh masak je..yang lain tu semua ke laut.


Emak selalu terapkan LESS IS MORE .. mak lah mak yang paling simple.Tak pernah guna make-up.Suka beli baju dan kain..bak kata abah,kalau tinggalkan mak seharian di Jalan TAR memang boleh 'hidup'.Walaupun suka beli kain dan baju..semua kain tu buat baju kurung straight.Tak pernah switch nak buat baju kebaya ke,kurung kedah ke,,kurung pahang ke..dan baju/blouse pun jenis yang sama je saya tengok,labuh straight ke bawah lepas punggung.Tak ada lah blouse kepak kelawar ke,bling-bling ke etc etc..kadang-kadang tu ada jugak lah usaha nak menglemerkan mak sendiri dengan teman mak pegi kedai baju dan pilih baju warna terang-terang,berfesyen sikit shape blouse tu,minta tolong penjual cari baju glemer sket then angkut semua bawa masuk fitting room bagi emak.Tak sampai 5 minit mak tengok/scanning semua baju dan terus tolak mentah-mentah pilihan ku.Redha adalah sebaik-baiknya.Kawan-kawan abah pun kagum dan terkejut dengan mak sebab tak sangka isteri abah orangnye simple sahaja.

emak adalah PENDIDIK dalam diam kepada diri saya.Part ini susah nak explain untuk orang nak faham maksud yang saya ingin sampaikan but saya sedar saya jadi "manusia" macam ini sebab influence terbesar dari emak.Contohnya cara emak raised me up dengan kegarangan.Itu normal..tapi yang tak normal bila emak marah dan mengeluarkan kata-kata "penyedap" halwa telinga..if korang tahu bahasa orang melaka macam mana,,korang akan faham apa saya maksudkan :b .Jikalau saya dah bekerja nanti,waktu menjadi housemanship benda yang paling HO tak suka/takut/tak tahan adalah if kena marah/maki/sindir dengan seniors.Namun,inshallah i can survive that sebab you can never imagine how tebal dan kerasnya telinga saya.*wink*

keduanya,waktu zaman sekolah kecik-kecik selalu tanya emak "emak,,saya cantik tak pakai baju ni...cantik tak etc etc etc" tapi jawapan mak bagi either mak takkan cakap saya cantik ataupun "ko pakai je apa-apa ko suka,takyah risau takde sapa pun nak pandang." then..menyebabkan i never feel that im pretty.I just don't bother guys around me..buat malas nak pandang lelaki sebab tahu dorang tak pandang saya sebab saya tak cantik.It's true,kena anggap diri kita cantik untuk bina keyakinan diri..but erm..for me keyakinan is not base on kecantikan rupa semata-mata..you just be yourself to be confident! To be honest,i feel really akward when somebody/someone said/claim that he/she beautiful/handsome.Kalau saya dengar orang cakap macam tu pasal diri dia saya automatik akan buat muka "huh?" sambil angkat kening sebelah. (tapi buat ekspresi muka macam tu dalam hati je lah) haha.The good thing is..u can avoid untuk jadi riak.Riak bahaya sebab boleh berlaku tanpa sedar.

Bila orang sekeliling puji saya for my good deeds..i just want to say segala pujian tu harus diberikan kepada emak saya..emak saya lah orang yang paling layak untuk terima semua pujian itu sebab tanpa emak saya tak akan jadi saya yang sekarang.sebak pulak tetiba..hehe..to my dear mom..saya dah tak kisah dah mak marah-marah saya..dah tak ambil hati or terasa hati dah (sebab dah besar), mak boleh buat apa sahaja kat saya sebab saya tahu mak sayang saya sangat-sangat walaupun mak tak cakap.hehehe.


HAPPY MOTHER'S DAY! 
I LOVE YOU SO MUCH EMAK TO BITS!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails