Thursday, December 31, 2009

New Years resolution

Sempena tahun baru islam dan masihi ini saya ingin niatkan di dalam hati

Melakukan apa sahaja perkara dengan hati yang Ikhlas.

Belajar kena ikhlas.

makan kena ikhlas.

tolong orang kena ikhlas.

senyum kena ikhlas.

Pergi kuliah kena ikhlas.

etc etc

Namun,tak semua perkara kita dapat ikhlaskan hati.Akibatnya kita buat benda tak ikhlas dan berpura-pura menyebabkan pahala ikhlas dah tiada.zero.

So,marilah latih diri untuk berikhlasan.Supaya terpancar sinar di wajah kita yang ikhlas.

p/s Akhirnya recorder yang saya idamkan menjadi hak milik.Walaupun bukan model yang hari tuh saya tulis kat entry,tapi yang ini pun agak comel dan memuaskan.Terima kasih kepada abah kerana membelikan saya recorder.Muah!



Wednesday, December 30, 2009

Sedih vs Gembira


SEDIH

minggu depan adalah minggu terakhir bersama Dr.Mustafa,Endocrine dah nak habis.='(

GEMBIRA

Notis dari pejabat pos dah sampai,esok nak ambil bungkusan dari Malaysia.Tak sabar nak tengok recorder i.=)

Friday, December 25, 2009

I'm okay with smoker guy


Ge bang Boom!!!!

saya tahu pasti ramai yang terkejut bila baca tajuk entri saya ini..lebih-lebih lagi para peminat saya..gosh,fa dah makin perasan sekarang.ok bergurau bergurau.

Dengan hati yang sebenar-benar nya..memang saya okay bila lihat lelaki merokok,what i mean here is the "okay" word is lelaki tak nampak buruk la kalau merokok.Contoh kalau perempuan merokok/bershi sha tuh memang gerenti nampak buruk la.

Tapi~!!!

saya akan nampak lelaki itu buruk bila hisap Shi sha.I Don't know why!? Sebab mind setting saya ber shi sha dengan belalai gajah hos panjang2 tuh seems like korang macam hisap dadah hokey.

Saya marah lelaki yang merokok bukan sebab saya benci lihat,tapi saya marah sebab fikir mengenai kesihatan dia.Please please la lelaki-lelaki di luar sana,Allah bagi kamu nikmat sihat,tapi janganla cari pasal nak sakit dan mati awal.

Lagi satu,sebab saya tak suka hidu bau rokok dan tak suka lihat bibir lelaki yang hitam sebab nampak selekeh/pengotor.

Konklusinya,kalau kamu perokok,jangan dekat dengan saya!

cecececececeececeh

updated : masa saya tahun 1 dulu,saya dah tengok organ paru-paru bagi seorang perokok.Memang banyak bintik-bintik hitam di paru-paru tuh,,umpama titik-titik hitam dosa kita di dalam hati.Bukan kah tak molek?

5 Things


1. Lain kali jangan tidur walaumacam manapun penat/mengantuk kalau masa untuk belajar tidak cukup 6 jam sehari,sia-sia masa 4 jam yang dicurahkan dalam hari itu kalau tidak capai target.

2. kalau movie sherlock holmes keluar di cairo,saya pasti akan tengok.hohoho

3. Project kacang hijau tergendala lagi lagi dan lagi.Melihatkan betapa saya ini malas menjahit2.

4. Sangat tidak sabar menunggu 1 januari kerana akan mendapat bungkusan dari malaysia yang dinanti-nanti kan.Semoga Allah permudahkan urusan ku.

5. Jangan tidur selepas makan! ini paling bad habit..huaaaaa.Sangat tidak baik oh.Dulu pun selalu minum air ketika tengah makan,but syukur habit teruk yang satu ini semakin berkurang sekarang.

Happy hoilidays untuk Malaysia sempena krismas.kami tidak ada cuti.heh

Wednesday, December 23, 2009

Dr."M",tapi bukan Dr.Mahathir

Akhirnya saya dah dapat!!!!! yah-yah!

erk..ehem! Salam alaikum permulaan bicara...hehehe

Saya harap kepada lelaki-lelaki,kaum adam di luar sana jangan kecewa bila entry ini merupakan luahan hati saya kepada Dr."M" yang selama ini saya uar-uar kan siap ada flyers lagi.konon.yang dengar suara dia jadi segar-bugar,tidur malam bermimpi,mandi memang basah,makan memang kenyang etc etc.Kepada kaum adam yang sedang baca entry ini paling penting yang bukan mahram saya.diharapkan sekali lagi anda tidak kecewa.

orangnya adalah....

:





:





:

Dr.Mustafa guru physiology saya!

hak...hak..hakkkkk [sampai keluar anak tekak]

ngiahahahahhaahhaha [ terguling-guling atas tikar mengkuang]

ok fine,dia guru physiology saya.bukannya orang yang saya minat/suka dari dalam hati yang tulus dan ikhlas.Kepada mamat2,doktor2,ustaz2 [ini mustahil] berhenti menangis,lap hingus dan alihkan pisau tuh dari leher dan pergelangan tangan kamu sekalian sekarang.Serta,letak balik ubat gegat yang kamu nak makan selepas baca entry saya ini.Dia guru saya, guru saya.

[memang gila bajet ayat akuuuu,,sah sah housemate aku kutuk gila ganas aku lepas ni.but,who cares? haha]

Dr. ni memang gila best dia ajar,actually dia ni professor hokey~! but he is really down-to-earth person i tell u.Nasib la topik dia ajar kelas kami Endocrine & Reproduction.Sebut pasal endocrine,ini berkait dengan hormon2 beb,kalu dapat doctor yang tak best nak mengajar,gerenti tak faham satu buku.Sangat-sangat bersyukurrrrrr.

Tetapi yag kelakarnya,first time aku tengok Dr. ni memang kepelikan melanda la,gaya doc ni macam robot je aku tengok,kalu dia nak kalih kepala dia ke tepi macam badan2 dia sekali terikut,gerak kepala pun ala-ala robot.Baju pun sempoi gila,tshirt disarung dengan jacket dan seluar JEANS! Memang gaya muda la walaupun dah berumur.Flat abs & belly pulak tuh..selalu tua-tua ni perut dah memboroi..mostly docs here are perut boroi.[ops!]

Waktu dia aku sanggup duduk tegak,fokus setiap saat dengar apa dia explain selama 2 jam,tak pernah lagi aku mengantuk kelas dia.Siap aku boleh marah2 kelas lain lagi bila ada hari yang kelas doc ni cuma 1 jam tetapi kelas sebelum kami masih tak keluar dari lecture hall.Aku amat hargai setiap minit masa bersama dia.[wah wah..hebat].Dia mengajar memang laju,kami advance lagi dari kelas lain.tapi peliknya laju-laju dia pun apa dia cakap semua kami faham.bayangkan O_O..dan aku akan revise setiap apa yang dia ajar pada hari yang sama di rumah tanpa ada proscatination dan walaupun esok hari aku ada test untuk subjek lain.

Lihat,betapa cintanya aku dengan topik yang dia ajar ini.Tadi aku kira2 pages buku aku tuh dah sampai separuh buku..tak sanggup rasanya nak habis belajar buku tuh. ='(.Lepas ini belum tentu dia akan ajar kami lagi untuk kali kedua.Dia akan ajar kelas lain pula untuk topic yang lain.Rasa macam nak join senyap2 kelas lain kalau dia mengajar tapi mustahil sebab jadual kami memang pack dari pagi hingga petang,tak ada rehat.itu pasal kelas kami boleh minta cuti 2 hari.ekekek.

by the way,he is the only doc i love the most for my sophomore year instead of Dr.salah [cardiovascular lecturer] during my first year.

Last but not least.sorry guys,i make fun of this..but i know U all didn't care..hahahaha.Ingat senang ke nak bagi aku luah-luah perasaan kat blog.korang bagi sejuta pun belum tentu aku tak tulis love story.Mesti aku tulis.satu entry satu juta.berbaloi.$___$ [kaching!]
Well,lagipun aku ni hanya setia pada yang 10 ! wakaka

Kepada Ahmad ahsan..hahhahaha..kena kaw-kaw ko san..beriya dia ym aku nak minta gambar Dr.M tuh..semangat aje die..elelellelelele

muci-muci kerana sudi juga luang masa untuk baca.I noe lelaki-lelaki di luar sana sudah mula tersenyum lebar dan bermimpi indah pada setiap malam etc etc.Stop fa.Doa-doalah semoga kita ada... benti ! benti! jooooooo [tettttt zzhhshsshhr siaran tertunda]





Tuesday, December 15, 2009

Aku nak cakap,tapi aku malu

Yah-yah,sabar para peminat

Aku tengah berusaha nak mengambil gambar seorang hamba Allah ini,

aku nak cakap terang2 aku malu..ahai~~

aku betul2 berusaha dan akan buat entri khas untuk dia! awww~~

Mendengar suara dia pun diri yang mengantuk akan jadik segar-bugar

Tengok senyuman dia yang x leh blah orang kata tuh pun aku teruja.

Ok ..ha ape? jangan buat muka kerek depan laptop masing2,,aku sekeh kang.

Saturday, December 12, 2009

Darkness during winter is so much fun !


Hello peeps!

How's your winter everyone? mine is good.
Good because i become lethargic.hehhh.
Sleep in the darkness and mysterious is cool.[delete balik mysterious word,tiba2 takut pulak]
but it's become romantic when the snow is falling here [ in your dream to see snow here]

naaa! i want to show u something to make those dark winter nights is more fun and really mysterious.[takkan dilet dah mysterious tu]



weehe.Guess what?
ready for it?

it's a sunjar! it literally store sunlight! All you do is leave it outside in the sun during the day,then,with some mysterious [word kali ketiga] combination of solar panels and technology,it glows on its own at night.

Don't you think its awesome and brilliant idea?



but AGAIN..such thing doesn't sold here.

I think.........so!

search them in europe,not in egypt.

daydream : use this as my candle light dinner.HAHA

Thursday, December 10, 2009

Tips menjemur bayi

Kemarin saya belajar Physiology mengenai

Parathyroid gland

yang berfungsi mengeluarkan hormon Parathormone

Parathormone berfungsi untuk Meningkatkan Kalsium dalam badan.

Ok,stop untuk ayat skema dan pembelajaran skema.

Berbalik kepada topik asal,adakah anda tahu menjemur bayi di waktu matahari menyinar di waktu pagi amatlah digalakkan untuk tumbesaran yang sihat.Tips akan saya bagi di bawah sebentar lagi.Saya nak bagi penjelasan secara saintifik mengenai hubung kait matahari dengan kalsium.sikit saja.jangan risau.betul ringkas.ok,saya tipu.hahah

Bila cahaya matahari sampai ke badan bayi,kulit bayi akan resap cahaya itu.Cahaya matahari mempunyai Vitamin D2.Semua orang tahu kan,cahaya mentari waktu pagi menyihatkan.heh.Vit.D2 berada dalam keadaan yang tidak aktif.So,dia perlu tukar kepada active form iaitu Vitamin D3.Bila Vit.D2 masuk kulit,maka vitamin D2 akan ditukar ke Vit.D3 dalam ginjal.Ginjal akan keluarkan Vit.D3 ini jika kalsium level dalam badan kita berkurangan.

Salah satu tempat keluarnya kalsium dari badan kita untuk masuk ke dalam darah adalah usus.Maka,Parathormone tadi akan bergabung dengan Vit.D3 ini untuk menyerap kalsium dari dalam usus masuk ke dalam darah.Oleh itu,selain Parathormone,vitamin D3 juga membantu untuk pembentukan kalsium dalam badan. =)

ok..dah habis,,penerangan nya..hehe.Konon nak stop penjelasan skema.ceh.

Wahai ibu-ibu mengandung! ayuh! mari baca tips2 nak jemur baby anda nanti.hehe
yang pasti tidak seperti menjemur kain.ekekek

1. Jemur bayi dalam posisi terlentang muka baby menghadap kita.Jangan posisi terbalik.Tak terbayang baby 1-2 minggu kena jemur dalam keadaan terbalik.hueh hueh.Tepuk-tepuk lembut dada bayi dari bawah menuju ke leher.

2. Waktu yang paling ideal untuk jemur baby ialah dari jam 7.00-8.00 am selama lebih kurang 15 menit ya.

3. Jemur bayi dalam keadaan dada telanjang [awww unsur2 word yang tettt! haha].Oh,bahagian punggung juga perlu ya disinari mentari.Tetapi AWAS! jangan dedahkan mata bayi kepada cahaya matahari kerana boleh merosakkan lensa dan retina mata bayi.

4. Paling penting penting penting,jangan jemur bayi di udara terbuka dengan pancaran sinar matahari langsung.Cukup sekadar kita duduk di tepi tingkap,tingkap lutsinar tuh tertutup dan just cahaya yang menerombosi kaca tingkap.

5. Jangan jemur bayi yang mengalami kulit yang sangat sensitif pada matahari.Periksa bayi anda dahulu sebelum melakukan benda ini. =)

6. Bayi prematur /tidak cukup bulan juga tidak disarankan untuk dijemur kerana bayi ini memerlukan suhu yang stabil dalam tempoh prematur itu.

7. Jangan tinggalkan bayi anda sendirian dijemur! ini memang..sapa yang tinggalkan tuh saya tak tak tauhla nak cakap apa..tahula busy memasak..ingat bayi tuh boleh jalan sendiri ke bila dia dah habis berjemur dia masuk balik dalam buaian dia.ok stop repekan.

8. Jika ibu-ibu semua mendapati pagi itu sinaran mentari sangatlah terik,disarankan waktu menjemur dikurangkan ya,kerana takut bayi mengalami hipertemi (peningkatan suhu badan).Suhu ideal bayi antara 36.5 - 37.5 darjah celcius.Hipertami boleh menyebabkan gangguan pada fungsi metabolisme,otak dan organ lain bayi.

selesai. daaa~



Friday, December 4, 2009

pencuci tandas cairo dan dubai,behave la sikit!!!

Part ni memang melampau ah pencuci-pancuci tandas yang tak ada adab dan menjadi biadab

kau jaga tandas moden tapi fikiran kau tak moden-moden jugak!

ini terjadi kat tandas perempuan la,kalu yang lelaki aku memang tak tahu.Siapa yang pernah alami,kongsi la kat aku.

maaf,aku guna bahasa "aku/kau" sini..sebab aku rasa tak syok kalau aku sebut "saya/awak"

situasi ni aku dah alami kali kedua,situasi pertama aku lihat orang lain yang kena,situasi kedua aku jadi mangsa,kalau kali ketiga aku alami lagi,minta maaf la,aku takkan behave dengan kau dan kau pencuci tandas.

aku pergi city star hari tuh,sebuah shopping complex yang agak standard di bandar Kaherah nih.Well bila sebut standard,tandas pun kena la standard kan..yang tak ada hos dan air tandas pancut dari dalam lubang tandas tuh.aku paling tak suka tandas macam nih.Berderet tandas jenis ni.aku tak jumpa tandas cangkung.Aku bukan tak reti pakai,tapi masa itu aku terpulas salah arah paip air tuh menyebabkan pancutan air capai tahap maksimum hingga terpancut melanggar pintu dinding tandas.Maka air pun membasahi lantai tandas.

Dalam fikiran aku,habis,,harap2la kakak cuci tuh tak buat fe'el kurang hajo kat sini.Aku pun keluar la,tup tup depan aku dah kakak cuci tuh sambil buat muka masam dan tanya aku "kenapa,kenapa".Oleh kerana aku orag melayu,budi bahasa budaya kita aku pun cakaplah "ma'alish" (3X) [minta maaf]

Tapi seperti yang dijangka kan.mulut kakak tuh tak kan diam..aku pun buat bodohla jalan je pegi arah cermin belek muka,betulkan tudung..dalam masa yang sama kakak tuh masih bising-bising dalam tandas tuh.Aku agak dah dia mengutuk aku,berdesing telinga kena kutuk tak habis2 sampai aku keluar tandas pun mulut dia macam mulut murai.

Kalau situasi pertama tuh aku jumpa kat Airport Dubai sewaktu transit.Ini jadik mangsa nenek tua beb kena tengking oleh makcik cuci tuh.Sebab basahkan lantai dengan air,bayangkanla..nenek tua nak handle tandas moden tuh macam mana?

Kalau kali ketiga aku jumpa benda yang sama,siap la..memang aku kutuk je pencuci2 tandas tuh.Macam aku nak cakap je

"kau tu pencuci tandas,dah kerja kau.kau buat dan mulut kau diam"

Aku benda-benda yang memerlukan tahap kesabaran selalu bagi peluang sampai kali ketiga je,lebih tiga kali memang aku tak consider dah.Sama juga kalu aku terima panggilan tidak berjawab,aku hanya cakap "hello" tiga kali sahaja,kalau masih tak ada suara aku akan letak,aku tidak ada masa nak berkasih sayang dengan telefon tuh untuk tunggu suara muncul.

ok,aku ada usrah.Got to go.


Updated: ceh ceh.poyo gile je entry ni konon nak marah2.aku rasa macam nak gelak terguling2.muka aku nak marah orang? heh.jan main2 kalu aku buat suprise kt cleaner tuh bila dah betul2 marah.hahaha.apa2pun aku mmg x puas hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails