Saturday, February 27, 2010

Timeout


Tessa Virtue & Scott Moir of Canada win Olympic gold in ice dancing




p/s hehe..second video ni baru performance diorang kat olympic...

Thursday, February 25, 2010

Final Part of Sinai.

Hai.Bertemu lagi dalam episod akhir pengembaraan Sinai.Yah!

:
:
:

Nak tengok negara Israel x? ohh..sepatutnya bukan Israel ,but Palestin ok.Israel ni x ada negara.



kawasan ni dah bersebelahan dengan Kawasan Israel.Hotel hilton tuh dalam area sinai,siap 100% pekerja hotel tuh adalah orang yahudi.see,rilex je dorang amik kawasan Sinai nih kan?


Kubu Salahuddin Al-ayubi



Kubu ni di tengah-tengah laut..so kena naik speed bot untuk ke kubu ni.

Kubu salahuddin ni ada 3 tempat yang saya tahu,Kaherah,Alexandria dan Sinai.

Kubu ini dibina untuk berperang dengan Tentera Salib.Tentera Salib nih pun ada kaitan dengan perang di Palestine juga.

Dari tempat kubu ni,kita boleh tengok sempadan 3 negara ke seberang laut tuh
:
:




Seterusnya,,kita pergi ke Dahab kawasan perlancongan.Dahab ni tempat orang selalu snorkelling,diving etc etc sebab di kelilingi dengan laut. =)



Terkenal dengan restaurant seafood yang banyak.Tapi saya tak sempat pun nak makan,sedangkan sebelum sampai tuh bertekad dah ni nak makan sotong ..but tak tau la napa saya x makan bila dah sampai.. *_*



Antara kedai2 sepanjang jalan..Kedai2 ni buka time malam je..kalau siang tak semua kedai buka..malam lagi meriah kan


Ini antara cenderahati dari dahab..Pasir yang berwarna warni di masukkan dalam botol..saya ada beli satu.Saya beli sweater dahab dan keychain dahab.

woh,,rasanya entry ini pendek.haha..penat la dengan school re-open ni..he.

happy thursday!

Monday, February 15, 2010

Kembara Sinai masih belum berakhir!


Makam Nabi Harun a.s


Nabi Harun a.s ni makan dia berdekatan sangat dengan patun glembu samiri tuh..
Nabi Harun a.s pernah membantu Nabi Musa a.s menjaga Bani israel semasa Nabi Musa pergi ke Bukit Tursina

"......Dan Musa berkata kepada saudaranya iaitu Harun,'gantikanlah aku dalam memimpin kaumku,dan perbaikilah dirimu dan kaummu,dan jaganlah engkau mengikuti jalan-jalan orang yang membuat kerosakan"

Al-A'raf (7) ayat 142

:
:

Telaga Nabi Ayub a.s


Air di dalam telaga ini dipercayai menyembuhkan penyakit kulit yang di hadapi oleh Nabi Ayub a.s.Tapi masa tuh air tuh macam tercemar dengan minyak dari besi buruk kat tengah-tengah tuh.tak berani saya nak pegang sapu kat muka or tangan..sebab kawan2 lain ade je buat..hehe

"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban"

surah Sad (38) ayat 41

:
:

Hamam [tempat bersiram] Firaun


Gambat 1 : Gua air panas,memang berhaba bila kita dekat denga lubang tuh
Gambar 2 : Hamam firaun,dah menjadi kecik lubang nye kena benam2 oleh batu
Gambar 3 : Jalan raya yang pecah sebab 2-3 bulan sebelum tuh Sinai ni mengalami banjir besar yang teruk.Ada kematian juga dicatatkan..fuh~
Gambar 4 & 5 : Kat persisir tuh nampak berhaba dan berasap sebab air panas yang mengalir dari gua.

Hammam Firaun ini terletak di Persisiran Teluk Suez. Ia merupakan tempat bersiram (mandi) Firaun pada musim panas dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki sebuah bukit di tepi pantai. Udara panas yang keluar dari lubang tersebut digunakan oleh Firaun untuk mengubati penyakit Rheumatism. Di tepi pantai ini juga terdapat mata air yang panas

:
:

Teluk Aqabah


Cantik kan!!!!!! :D

Sinai berada di tengah tengah Teluk Aqabah dan Terusan Suez

:
:

Kubu Peninggalan Israel

Kubu ini adalah peninggalan tentera Israel yang kalah kepada Mesir dalam peperangan tiga penjuru pada suatu ketika dahulu. Ia menempatkan peralatan-peralatan perang milik tentera Israel yang ditinggalkan seperti kereta kebal, meriam, pakaian, senjata dan lain-lain lagi


Gambar 1 : Jalan Masuk ke kubu
Gambar 2 : Batu-batu di susun menjadi kubu
Gambar 3 : Daun-daun kering tuh kalau di lihat dari atas helikopter2 musuh tak dapat kesan ada kubu di bawah tuh
Gambar 4 : Ada palang besi tuh merupakan rel kereta api
Gambar 5 : yang macam rumah tuh dikira pusat kawalan kubu tuh la..di mana ada teropong2 dan tengok kapal yang lalu di Terusan Suez



Gambar 1 : Askar ni terangkan papan ape tah tuh..tapi itu bahasa Israel punyala..ini bilik bawah tanah..
Gambar 2 : Bahasa Ibrani
Gambar 3 & 4 : Antara tinggalan seperi piring,pisau,baju etc etc..yang biru tuh kitab Taurat



Heh.Kereta Kebal


Pusat kawalan

Gambar 1 : Tangga menuju ke pusat kawalan
Gambar 2 & 3 : Askar tuh bagitahu itu la teropong yang dorang guna menghala ke laut
Gambar 4 : Persekitaran di luar
Gambar 5 : Terusan Suez

Ok selesai..penat nih..hahha..many more to go!

Sunday, February 14, 2010

Demi Gunung Sinai


"Wa tini wa zaitun,watuurisiniin,wa hazal baladil amin"

maksudnya : demi buah Tin dan buah Zaitun [Israel/palestina],Demi gunung Sinai [Tursina],
Dan demi negeri Mekah yang aman ini.

3 tempat Allah janjikan yang mustajab doanya ialah tempat-tempat di atas.

Maka bermula la ekspedisi Journey to the top!
Duration : 6 hours

:
:


Gambar 1 : Bermulanya pengembaraan mendaki.Gambar2 dulu di papan tanda.oho~
Gambar 2 & 3 : Anda boleh naik unta nak naik dan nak turun gunung.Caj 50 genih.dulu sebelum naik dah bajet2 akan naik unta.gerenti tak tahan ni,but im not! =D
Gambar 4 : the craziest part untuk terus ke puncak selepas melalui 7 check point.Batu bertangga yang curam.tercungap-cungap saya.Masa lalu-lalu check point tuh ada lah sorang arab nih cakap "the craziest part will be up there"

hooooo.


Persekitaran sebelum sampai ke puncak.Langsung tiada tumbuhan.haih haih.Dan nasib musim sejuk,kalau musim panas? ngeh ngeh ngeh.Black woman will appear.

Gambar 1 : pagar besi hitam itu di bawahnya tempat munajat Nabi Musa a.s
Gambar 2 & 4 : masjid kecil
Gambar 3 : Tempat Nabi Musa a.s bermunajat.mustajab.mustajab.aminnnn
Gambar 5 : Gereja ortodoks

Akhirnya kami sampai ke puncak Tursina.Alhamdulillah.Masjid dan gereja tuh berkunci.So hanya di luar sahaja kami lepak.Tapi memang takkan lepak dalam gereja.haha.

Nabi Musa a.s 40 hari berada di sini.

"dan kami telah menjanjikan kepada Musa (memberikan Taurat) 30 malam dan kami sempurnakan jumlah malam itu dengan 10 malam lagi,maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya 40 malam......"
Al-A'raf (7) ayat 142



Gambar 1 : pokok-pokok yang takut dengan zat Allah swt telah membenamkan dirinya di dalam batu.
Gambar 2,3,4 : Gunung-gunung di sekeliling Tursina yang pecah akibat Allah swt hanya menunjukkan sedikit sahaja zat-Nya..maka menjadi dataran yang landai

Semasa Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah,baginda memohon untuk melihat Allah dengan matanya,maka Allah hanya menunjukkan sedikit sahaja daripada zat-Nya

"Dan ketika Musa datang bermunajat pada waktu yang telah kami tentukan dan Tuhan telah berfirman kepadanya,Musa berkata 'Ya Tuhanku,tampakkanlah dirimu kepadaku agar aku dapat melihat Mu.Allah berfirman 'engkau tidak akan sanggup melihatku,namun lihatlah ke gunung itu,jika ia tetap di tempatnya nescaya engkau dapat melihatku'.Maka ketika Tuhannya menampakkan kepada gunung itu,gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan.Setelah Musa sedar,dia berkata 'Maha suci Engkau,aku bertaubat kepada Engkau dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman"

surah Al-A'raf (7) ayat 143



Afifah boleh! hehe..saya tak sangka dapat naik puncak ni,sebab betul-betul rasa nak give up dengan kegilaan mendaki tanpa ada sebarang exercise sebelum itu.Pendorong semangat nak naik ni sebab nak berdoa di tempat yang mustajab tuh . =)


Saturday, February 13, 2010

12 Mata Air Musa dan Lembu Samiri

Bertemu kembali menceritakan 2 tempat bersejarah

:
:
:



Perjalan untuk pergi ke 12 Mata air Musa..masa berjalan masuk tuh tiba-tiba ada pokok sakura,,terasa terngiang-ngiang lagu dan tarian dalam filem Para-para sakura tuh..nasib je badan tak ikut menari..haha



12 Mata air Muasa
[terdapat 12 lekuk pada batu ini]

seperti yang saya ceritakan,Sinai ini hanya kawasan berbatu,sepanjang lorong untuk pergi ke mata air ini kanan dan kiri saya hanya ada bukit yang berbatu.Ambil masa 1 jam untuk sampai..penat kaki ku berjalan menghentak batu.

Jadi,kaum Bani Israel pun kepenatan dan kehausan di bawah cahaya terik dan meminta Nabi Musa a.s memohon kepada Allah swt untuk sumber air seperti firman-NYA

"dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu kami berfirman 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu!' Maka memancarlah daripadanya 12 mata air.Setiap suku telah mengetahui tempat minumnya.Maka dan minumlah dari rezeki Allah,dan janganlah kamu melakukan kejahatan di muka bumi ini dengan membuat kerosakan"

surah Al-Baqarah (2) ayat 60

:
:
:



Lembu Samiri

Patung Lembu Samiri ini diukir pada batu oleh Samiri (seorang Bani Israel dari suku kaum Assamirah) iaitu salah seorang dari pengganut Nabi Musa A.S selepas membuat patung ciptaan yang pertama (dibuat daripada emas kemudian dihancurkan oleh Allah Taala). Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Musa A.S. bermunajat kepada Allah Taala di puncak Jabal Musa selama 40 hari. Dalam pendapat yang lain dikatakan pancaran cahaya dari patung lembu emas itu yang membentuk Patung Lembu Samiri itu

Besar kan lembu tuh? zaman dulu dulu orang-orangnya memang besar..hehe

"dan kaum Musa setelah kepergian Musa ke Gunung Sinai (Tursina) mereka membuat patung anak sapi yang bertubuh dan dapat bersuara dan perhiasan (emas).Apakah mereka tidak mengetahui bahawa patung anak sapi itu tidak dapat bersuara dan mereka tidak dapat pula menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya sebagai sembahan.Mereka adalah orang-orang yang zalim"

surah Al-A'raf (7) ayat 148

dan

"Sungguh kami telah menguji kaummu setelah engkau tinggalkan,dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"

Surah Taha (20) ayat 85


Persekitaran kawasan patung Lembu Samiri..hehe
tengok kami panjat batu batu tuh untuk bergambar dengan si lembu..:D

ok!

to be continued..

Let's get started with Sinai story-telling =)

Baiklah,pada permulaan cerita ini saya ingin menceritakan kisah para nabi yang berlaku di Semenanjung Sinai. Cerita sendiri-sendiri gembira-gembira gambar-gambar ribena akan saya susulkan pada akhir penceritaan ok.Sinai akan memakan entry yang berlebihan kali ini.

Entry ini saya akan memberi penerangan secara menyeluruh tetapi tak berapa menyeluruh mengenai Sinai.(=.=')

Sinai terkenal dengan kisah Nabi Musa dan kaumnya iaitu Bani Israel.Sebut Israel,mestilah rakyatnya adalah yahudi laknatullah.Kenapa Allah laknat yahudi? Di Sinai lah peristiwa itu berlaku.jengjengjeng.Jap,sikit mengenai israel,Israel ini namanya di ambil dari nama Nabi Yakub a.s. Nabi Yakub a.s memiliki 12 anak lelaki maka lahirlah 12 kaum Bani Israel.Semestinya anak ke 11 ialah Nabi Yusuf a.s si drop-dead-gorgeous man.eh bukan bukan,si cut-finger-gorgeous man. ;P

Allah s.w.t telah melebihkan kaum bani israel sehingga bani israel itu sendiri kufur nikmat ini kerana kebanyakan para rasul dan para nabi yang dilantik oleh Allah s.w.t adalah dalam kalangan bani Israel itu sendiri.Allah s.w.t berfirman "melebihkan kamu semua di atas sekelian makhluk di atas mukabumi”....Itulah sebabnya bani israel ini bongkak,mereka anggap kaum mereka adalah paling mulia yang diangkat oleh Allah s.w.t.Namun antara 25 rasul,hanya 5 rasul sahaja yang berbangsa Arab iaitu Nabi Soleh a.s,Nabi Hud a.s,Nabi Syuaib a.s,Nabi Muhammad s.a.w dan sorang lagi saya lupa.sorry.

Bani Israel adalah umat Nabi Musa a.s yang kitabnya adalah Taurat.Kenapa Nabi musa berkaitan dengan Bani israel ini? mari kita kupas satu persatu.

1. Semasa Bani Israel menetap ni Mesir di bawah pemerintahan Haxsos,mereka mendapat banyak keistimewaan berbanding masyarakat pribumi.kira Haxsos ni lebihkan mereka sebab Haxsos tuh yahudi juga.Sehinggalah ada seorang panglima bernama Ahmash yang dari keluarga kerajaan Mesir itu sendiri berjaya mengahalau orang-orang haxsos keluar dari Mesir.

2. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya(Bangsa Qitibi).maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos.

3. Orang Mesir anggap sikap Yahudi ni yang memang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II( Firaun). Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.

4. Sejak dari peristiwa ini lah Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel keluar dari mesir dan menuju ke suatu tempat yang dijanjikan Allah s.w.t untuk mereka (PALESTINE).Maka mereka melarikan diri daripada Firaun yang masa tuh Firaun kejar mereka dan ingin bunuh mereka sehinggala mereka sampai ke Teluk Suez [checked] dan di belakang mereka terdapat bala tentera Firaun.

5. Nabi Musa a.s dengan mukjizat yang ada telah membelah Laut Merah [checked] menggunakan tongkatnya untuk menyelamatkan kaum nya daripada serangan Firaun.Nabi Musa a.s dan Bani Israel dapat melalui lautan tersebut akan tetapi Firaun dan konco-konconya mati hanyut dalam lautan.

6. Selepas itu barulah Nabi Musa a.s dan kaum sampai ke tebing semenanjung sinai!!!! [bapak,panjang cerita sebelum nak taip balik word sinai ni].Ok,maka bermula lah kehidupan Bani Israel di kawasan Sinai ini.Memang pasti kehidupan mereka semasa kat mesir dulu amat berlainan dengan di Sinai nih sebab Sinai dikelilingi batu-batan yang panas dan terdedah dengan cahaya matahari.Nasib kami pergi ni musim winter,so tak terasa sangat.Tapi memang kawasan nih berbatu saja.Tok sah cakap masa naik Bukit Tursina,Hanya Allah je tau betapa saya menderita.ok itu cerita lain nanti.Jadi kehidupan Bani Israel time tuh memang quite tough.

7. Lebih-lebih lagi sumber air sangat susah nak dapat itulah muncul nya salah satu kawasan menarik di Sinai iaitu 12 Mata air Musa [checked].Tempat nih merupakan 12 mata air yang berasal dari sebuah batu besar yang dipecahkan Nabi Musa a.s dengan tongkatnya untuk memberi minum 12 suku kaumnya.

8. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .

9. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 40 hari di Bukit Tursina [checked]. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s selama kepergiannya.

10. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Musa Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu [checked] dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.

11. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.

12. Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya(ada sejarah mengatakan tidak semua dihapuskan) dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .

13. Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.

Nabi Musa a.s berkata :

" wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut pada musuh),nanti kamu menjadi orang yang rugi"
Surah : Al-Maidah (5) ayat ke 21

dan bani israel pun menjawab :

"Wahai Musa! sampai bila pun kami tidak akan memasukinya selama mereka masih ada di dalamnya,Kerana itu pergilah engkau bersama Tuhanmu,dan berperanglah kamu berdua.Biarlah kami menanti di sini saja "

Surah : Al-Maidah (5) ayat ke 24

apakah Bani Isreal ini? bikin panas. grrrr.

14. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh [checked] selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.

Allah s.w.t berfirman :

"Jika demikian,maka negeri itu terlarang buat mereka selama 40 tahun,selama itu mereka akan mengembara kebingungan di bumi.Maka jangan lah engkau Musa bersedih hati memikirkan nasib orang-orang yang fasikh itu"

surah : Al-Maidah (5) ayat ke 26

14. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestine.


so kawan-kawan =) begini la kisah di sebalik Sinai..Banyak Lagi tempat menarik dan bersejarah belum saya kupas.Jumpa di lain entry ya. bye bye.



P/s fakta yang perlu di ketahui ialah mengenai Perjanjian David tak silap saya anatara PM Israel dgn PM Mesir (Anwar Sadat) kawasan Sinai ini secara politiknya merupakan milik Mesir.akan tetapi,kelebihan menyebelahi Israel kerana Israel boleh keluar masuk Sinai tanpa pasport,boleh ambil tanah di Sinai sesuka hati mereka.




Back from Sinai


haluuuuuuu

i just back from sinai yesterday

lots of stories i want to tell

very fantastic places

can't waitttttt la

:D


Friday, February 5, 2010

5 Februari 2010



Your prays and wishes have make my day today.

I really appreaciate it.I hope all of you will be bliss.

from the bottom of my heart,i want to say

THANK YOU

:)

p/s sorry for those comments i didn't put here,no hard feeling because i also appreciate yours.
*kissed* and *hugged*

:
:
:



















Soalan famous tahun ini






And not forget to my deary roomate cik Pinkrose

who create a wonderful poem for me.Im so touching!

Lots of love.


Wednesday, February 3, 2010

seriously,i can't be your navigation!

hai kawan, ;)

i think kan..im bad at maps..even gadget canggih like car navigation pun ku tengok still salah jalan..sebab dulu satu story when me,sis and his bf bejalan kat kl..u noe..that time im still a KK-ian,like first time jalan2 di KL..so went to this shopping complex midvalley kot,,when 3 of us nak pegi satu kedai ni,,,contoh macam Jusco etc ,i bole jalan kat depan dengan lajunya meninggalkan dorang berdua kat belakang,,memang gila yakin macam tau-tau je kedai tuh kat mana..haha dah la midvallet tuh besar kan.

Then my sis cakap, "kenapa ko jalan laju sangat,skil macam tau jalan ja" [ala-ala macam ni jg ayat]

so saya pun jawablah "ya ka? ntahlah kak,suda memang ada satu jalan ja,so ikut ja la bukan sesat pun" [ekekekek]

haha..tapi memang betul la,,perangai tuh muncul balik bila i kat mesir ni,,ada satu hari tuh i dan intan turun cairo..sebab we planned to watch a movie at city star..a big shopping complex juga,,so when we are quite lost in the building,i akan jalan dengan yakinnya dan intan akan mengekor sahaja..dan mula lah bila dah terpusing-pusing intan akan tegur

"ko sure ke nih pot jalan ni"

"maybe,,tapi macam salah kan..ko la! apasal tak tegur aku!"
"dah ko yakin je jalan,aku ingat ko tau! hahaha..kartun la ko pot"

"hahaha..sorry la intan,,aku memang mcm ni,"

i don't know la..memang i bila nampak je jalan macam nak masuk/jalan je ikut arah tuh

then story ke-dua..ini masa kat malaysia,,i dan intan juga berada dalam satu kereta menuju ke Kg.sungai ramal dalam kajang..but both of us tak tau jalan..so intan bawa car navigation dia,bajet nak guna ituhlah jadi pemandu arah.So,intan drive and i jadi co-driver.

so during the journey tuh,car navigation ni kadang2 tak betul kan..so intan suruhlah i tengok gadget tuh,,bagitahu kat dia nak belok mana,nak stop mana,mana ada traffic light..well i pun teruja ni nak tengok,,first time lah katakan godek2 benda alah tuh...haha..tapi memang time tuh petang dan agak sesak..so kitorang berdua agak nerves..hehe

so i pun tengoklah navigation tuh dan yakin ni bagitahu intan nak belok mana etc etc..berapa k/m lagi untuk sampai..then ...

intan : betul ke jalan nih pot??

me : SALAH [muka rilek nih bagitau..tanpa ada serba salah]

goshhh..i rasa intan time tuh sabar-sabar je lah dia dengar jawapan saya yang tak ada perasaan tuh..dah la tengah sesak kajang tuh..hahhaha..sorry intan!

bukan apa,,mula-mula analisis peta tuh memang dah sedar tersalah direction,tapi nak tunggu peta tuh "refresh" kan balik jalan yang sebenar.So buat muka slumber je lah kan..kang kalau i panik,intan lagi panik pula.hahaha. [banyak cantik muka aku..mentang2 bukan aku yang drive]


finally intan cakap kat housemate kitorang

"korang kalau berjalan,jangan bawa pot jadik pemandu arah!hahaha~"

aku redha :P

:
:
:
:
:
;
:
:
:
:


hehe..memori sesat di city star~

Ok,start balik memblog


syukur exam mid-sem dah selesai..weeehoooo~~~

ku teruja sangat nih sampai tangan terketar2 menaip,,suhu sejuk2..dan dah lupa apa yang perlu ditulis. ngengggg..

dang!

it's february!!! the coolest month eva!

i dah start cuti!!!! 2 minggu beb..winter break..plan cuti akan pergi ke Sinai panjat gunung selama 3 hari 2 malam..Sinai ni tempat jabal Musa..

then,,hari tuh sempat order planner 2010 yang dari Jepun dijual oleh malaysian yang berharga rm35 dan postal cost untuk hantar ke mesir rm 60.Apa lagi,,dalam badan i dah ada sifat mengikis duit,,minta la kakak i belanja belikan..wakaka..advance birthday present la konon.
Memang dah cari planner kat mesir nih,,,tapi bayangkanlah planner mesir ni ala-ala planner malaysia tahun 1999..dapat bayangkan x? gaya-gaya buku ofis yang berkulit kain tebal tah ape,,cover je la pelbagai...sekali bila tengok dalam nye memang sebiji macam buku latihan i darjah satu..garis lurus buat karangan dari muka pertama hingga akhir.tekanan gue.tekanan.

CELCOM the best! tah apa tak betul line celcom ni bila kemarin pengguna celcom luar negara seperti i dapat kol free beb ke mana-mana negara russia? jepun? bangladesh? yang ada kawan,family korang berada..serius i tak tipu.Korang kol je la mana-mana nombor memang dapat punya,yang pasti kamu pengguna celcom la baru dapat call.Maxis,Digi ada macam ni? hahhahahaha
then hari ni pun still berlaku keajaiban tuh..masyuk i nak kol..tapi sim kad i pula xdapat guna sebab langsng takde kedit kot,kalau ada kedit sehingget pun jadi la nak buat panggilan ke luar.So,sebelum2 ni i guna celcom kawan je la.heheh


baru sahaja selesai mendownload pelbagai games,,semua tycoon punya versi..then dapat movie vampire dari khai..true blood season 1 and 2,,then rasa nak baca novel vampire diaries,,yah-yah..then akan cover balik semua subjek yang tak sempat baca sebab mid-sem punya pasal

wah! sekarang saya rasa adalah giveaway syndrome..hehe..tengok sajalah entry saya sebelum2 ni banyak pasal giveaway je..benda free,sape tak nak..sonang jo buek..

hmm..termenung jap~~~~~~~ oklah! banyak lagi rasanya nak cakap tapi macam dah blur-blur..*_* will update some more later!

happy wednesdayyyy~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails