Sunday, March 28, 2010

Marah itu anger bukan hungry.


Amboi-amboi,sebut pasal hungry setiap masa rasa lapar kan?
Kalau lapar lepas tuh makan lepas tuh exercise tak ape la juga.Ini exercise tak ada tapi makan je lebih,sila fikir untuk masa depan wahai cik pah oi.Bukan main rajin sekarang nih hupdate blog,tiap hari ada benda nak tulis.Sesungguhnya cerita diri sendiri memang tak ada,sekarang diriku jadi passive,dan memang selama ni passive pun.Ikut tempat ku berada,ngeh3.Lebih kepada low profile dan jenis tak kisah sekeliling.Bahaya-bahaya,apa nak jadi cik pah oi.Namun macam tuh,yang penting tujuan utama datang sini tak ku abaikan,bak kata Islam...utamakan yang utama.

Boleh pulak cakap pasal lapar melencong pasal low profile,lepas ni melencong entah ke mana,tetapi yang pasti akhir2 mesti melencong pasal kahwin.Pelik pun ada tang mana boleh lencong arah kahwin.Begitula kitorang serumah nih kalu dah berkumpul dan berbual memang akhir-akhir arah yang tuh jugak la.Lepas dah cakap tuh,mula la nak salahkan sesama sendiri sebab buka topik ni.hahaha.Jangan risau,I tak cerita kahwin,sebab it's quite bored nowadays...cecececece.Tengah buat muka tak bersalah.

I nak cerita pasal marah.I memang jarang marah,I kadang-kadang tuh beriya ni kalau rasa nak marah bukan main kutuk dalam hati,bertekad je kalau sekali lagi benda sama terjadi memang sound direct punyala.Im not perfect.Selalu macam tuh la,tapi bila dah sampai masa nak sound direct terkaku pula tak terkeluar.Sedangkan memang betul-betul nak sound dah tuh,tapi automatik hati tertahan sendiri dan kalau terkeluar pun hanya bercakap terus secara nada yang mendatar.Tak marah,tak juga tak marah.Buat muka seposen tak ada perasan dan terus blah.Kalau time tuh memang ditakdirkan saya jadi orang baik,saya diamkan saja.Namun kat sini rasa tak pernah lagi kot i buat kat sesiapa.Rasanya la,ceh,boleh pula bagi jawapan ragu-ragu.hehe.Kalau ada tuh,minta maaf minta ampun nanti saya belanja ikan bilis.=)

Sebut pasal marah,sebaik-baiknya tahanlah dirimu daripada marah.Kalau kita tahan marah,nanti kita masuk syurga *amin100x* Allah swt bagi kita pilih bidadari/bidadara mana yang kita nak.Kalau dalam keadaan marah tuh,lebih lah baik kita berdiam diri di saat itu.Rasullulah s.a.w pun bersabda 3x untuk berdiam di saat marah.Kerana takut kalau kita bercakap,kita bercakap benda menyakitkan hati orang.Biasala cakap dalam keadaan emosi.Lepas dah reda marah,mesti rasa menyesal dengan apa yang kita cakap kan.*saya selalu rasa macam tuh pada orang tertentu*.Lain kali kalau rasa nak marah tuh,cepat-cepatlah kita ber Ta'wudz (“A’udzu billahi minas-syaitannir rajim”) kerana marah itu daripada syaitan.Jadi doalah supaya kita dilindungi daripada Syaitan yang direjam.Lepas kamu sudah ber Ta'wudz,kamu baca la Surah Al-Kauthar kerana surah ini mengelakkan kita daripada permusuhan.

"Jangan lah kamu marah,nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga"
sabda Rasulullah s.a.w

Orang yang kuat dalam berjuang ialah orang yang menahan amarahnya.Cara lain untuk mengatasi marah dengan berwudhuk,ubah posisi kedudukan : jika berdiri,hendaklah duduk,jika duduk hendaklah baring secara mengiring belah kanan,sebab jantung kita belah kiri,jika baring hendaklah tidur.ok ini saya tambah sendiri.haha.Itu cara saya buat,lepas bangun hendaklah makan.haha.Berzikir kepada Allah s.w.t,ingat kebaikan orang dan melupakan keburukan,sentiasa berprasangka baik dan tidak merasakan diri kita lebih mulia daripada orang yang kita marahi.

Imam al-Ghazali menyatakan beberapa sikap manusia:

1- Ada yang cepat marah tetapi cepat hilang marahnya
2- Ada yang lambat marah tetapi lambat hilang
3- Ada yang lambat marah tetapi cepat hilang. (Ini yang terbaik)
4- Ada yang cepat marah dan lambat hilang. (Ini yang terburuk)

Marah dengan berleter lain.Haha rasa nak ketawa kalau berleter ni sebab sorang housemate saya suka berleter,lebih-lebih lagi waktu "cuti awam".Fuhh..time tuh juga saya suka kacau dia,sekali dia kena kacau memang panjang dia berleter sampai keluar ayat-ayat pedas dia,tapi saya tak pula terasa,rasa nak ketawa lagi ada la.Sebab saya tahu,dia cakap pun bukan dia maksudkan,dah nama berleter.hahaha.Jangan marah miza,sayang miza.muah! muah!


Lagi satu untuk kaum wanita,satu cara lagi nak tahan marah dengan menangis.hehe,saya pernah menangis sebab tahan marah.Well wanita kan senjatanya menangis,penat,sedih,gembira,stress,marah semua dengan menangis.Seronok kan jadi perempuan? bayang kan lelaki menangis..alolololo.Tak ape,lelaki menangis tanda dia sayang dan jujur.Hah kembang la lubang hidung tuh.

bye.hehe

p/s saya buat entry ini sebab baru je lepas tahan marah.












Saturday, March 27, 2010

Jakuzi

Tahukan jakuzi itu ialah kolah air panas yang ada di bilik air hotel hotel mahal.Hotel standard price ada tak? sebab saya tak pasti.

Di sini saya ingin menerangkan bahawa jakuzi tidak elok digunakan/berendam oleh kaum kaum adam seluruh dunia.Kaum Lelaki tidak elok berendam dalam kolam air panas.Taraaaaa.terima la hakikat.Maybe sekali sekala boleh,kalau dah kerap sangat memang bahaya kepada sistem peranakan kamu,peranakan ke? ataupun sistem reproduction.Sama kan?

Ini berkaitan dengan testis kaum lelaki.Maaf jika anda malu untuk baca,tetapi saya lagi malu.Namun saya kena tutup malu saya,sebab masa belajar organ pun dalam anatomy praktikal saya kena tengok mayat sampai ternampak "tutttt tettt".Dah la hari tuh saya berdiri straight ke arah bahagian bawah.uhuk uhuk.tutup mata,malu~ malu~ (-_-*)

Normal suhu testis ialah 2 darjah celcius rendah daripada suhu abdominal cavity/badan kita.Kalau suhu badan ialah 37 darjah,maka testis kita,eh testis kamu ialah 35 darjah.Dalam membentuk sperma testis kamu kena melalui proses Spermatogenesis.

Optimum suhu bagi proses spermatogenesis ini ialah 32-35 darjah.Jadinya,jika kamu berendam dalam kolam air panas yang bersuhu 45 darjah selama 30 minit dalam sehari dan sekerap mungkin,testis kamu tidak dapat menjalankan proses ini.Makanya,sperma kamu tidak akan terhasil.Jika sperma tidak terhasil kamu akan menjadi mandul.Tiada sperma,tiada benda masuk ovum.

Kamu nak ke jadi mandul? mestilah Tak nak! so,ini pesanan ringkas dari saya untuk kamu.hehehe

haip! haip!

Pesanan disediakan oleh,





Wednesday, March 24, 2010

Tidur.Coklat.Chamomile Tea.Hati.Daging Merah.

TIDUR

Tahukah anda tidur yang paling ideal dan bagus ialah pada waktu malam.English men say : Good Sleep.Kerana tidur ini berkait sangat rapat dengan hormon Melatonin yang dirembeskan pada waktu malam sahaja.Sehingga Melatonin di gelar sebagai "hormone of darkness".Ketika melatonin dirembeskan,kita akan merasa mengantuk,suhu badan turun,aktiviti badan berkurangan dan ini la amaran supaya anda perlu berehat.Waktu untuk tidur sebaik-baiknya selepas Isyak.Jika tidur awal,bangun awal pagi iaitu 2/3 malam.Islam anjurkan sebegitu supaya 2/3 malam kita boleh Qiyammulail.Solat tahajud dan berzikir bagi yang "cuti awam".he.Namun,sekarang ramai yang menjadi burung hantu,saya suka burung hantu tapi saya tak dapat/larat nak jadi macam dia,dan tidur di waktu siang.Kamu tidak akan dapat Good Sleep.

Hormon Pertumbuhan juga di rembeskan pada waktu malam di waktu kita berehat,ini di amalkan untuk mengugut budak-budak kecil supaya kena tidur awal.kau kalau tidak tidur malam kau jadi bantut.bunyi sangat kejam.(=.=').Maka,anak anak kecil sila la tidur malam,ibu ibu bapak bapak sila la buat cerita yang tidak berbunyi kejam untuk tidurkan anak anda supaya anak anda boleh jadi besar.


Coklat/Chamomile Tea

Tahukah awak,jika awak mengalami depression ataupun stress,makan coklat adalah satu cara yang paling terbaik untuk hilangkan depression dan stress awak.Awak awak... [sila buat bunyik manja] dalam coklat dan Chamomile Tea tuh ada substance yang dinamakan "flavonoid" tau yang bertindak sebagai relaxing properties.Coklat yang saya maksudkan betul-betul coklat,jangan awak beli coklat putih.Coklat juga mengandungi "phenetylamine" yang bertindak untuk meningkatkan kadar mood dalam badan awak.Semakin gelap coklat itu,semakin banyak substance tersebut,maka elok beli terus Dark Chocolate.Siapa nak pikat saya,awak kena bagi saya dark coklat,sebab saya bukan penggemar coklat yang tegar.Kenapa saya boleh suka makan,oh sebab saya selalu depress.eh eh tak tak.saya buat lucu.

Selepas ini,sila la borong coklat banyak banyak berbundle bundle.kalau menangis dan stress sumbat mulut awak dengan coklat.Begitu juga untuk anak-anak kecil,kalau mereka menangis sila lah ugut mereka dengan sumbat sebatang coklat,kalau mereka dah nak start-start buat muka tuh sumbat terus dalam mulut.sekali lagi bunyi sangat kejam.(=.=")

Hati

Tahukah you,hati yang selalu kita makan ialah hati ayam,hati apa lagi eh you you semua selalu makan? i tahu hati ayam je.Tidak mengapa,key word nya ialah hati/liver/qalbu ini you semua janganlah makan.Saya minta maaf kepada penggemar hati hati sedunia,tapi bukan haiti.Hati ialah tempat untuk organ-organ lain ataupun hormon-hormon lain untuk menyahkan toksik mereka.Liver is a pool of toxification/Liver is a master of detoxification.Ammonia ialah bahan kimia yang toksik,berkumpul di dalam hati.Kalau you makan hati,you menambahkan toksik dalam badan you,penat organ/hormon lain berkerja untuk nyahkan toksik mereka untuk you,tapi you senang-senang makan balik hati tuh.sampai hati you.tengok,memang dah sampai pun hati tuh kat perut you.Lepas ni you kena la berhati-hati.ngiahaha..

i nak menekan kan kat sini,mesti ramai yang pernah dengar makan hati ayam bagus untuk badan you,untuk menambahkan darah betul tak? sebab hati mengandugi zat besi/ferum.Namun begitu,mesti you pernah dengar juga kan Islam mengajar kita untuk tidak makan organ dalaman.Hati ialah salah satu organ dalaman.Mana yang perlu you utamakan,ajaran saintis ataupun ajaran Islam? jangan terpedaya dengan propaganda yahudi.jengjengjeng.*buat muka serius dna dahi berkerut-kerut* jadi,sila la makan benda lain untuk tambahkan darah seperti mama balqis makan anggur ketika mengandungkan balqis untuk tambahkan darah.*Interprem mama balqis*


Daging Merah

Tahukan enta,daging merah tidak baik untuk badan enta.Ana berkata begini kerana daging merah mempunyai banyak asid nukleik.Semakin merah daging itu,semakin banyak asid nukleik terkandung dalam daging itu.Tak sedap la bunyi asid nukleik,ana sebut nucleited lah ye.*harap saya tak kena saman macam sharifah amani*.when the red meat is nucleited,semakin banyaklah penghasilan purine dan pyrimidine dalam daging,dan dua bahan kimia ini merupakan salah satu punca terhasilnya ammonia.dan ya,sekali lagi ana bicarakan mengenai toksik.Terang lagi bersuluh,toksik perlu di buangkan daripada badan enta.Sepertilah kita berbekam,kerana ingin menyahkan darah yang bertoksik.Islam sarankan kita berbekam.tiba-tiba masuk berbekam ana pun tak tahu kenapa. lol


wah,begitu yakin i menerangkan fakta-fakta di atas ini..hahaha..eh eh jangan riak.Fakta-fakta ini yakin dilontarkan kerana baru je belajar semua benda ni dalam biochemistry.hehehe...pensyarah i lah ni suruh jangan makan itu jangan makan ini.Lagipun logik juge la kan.Harap kalau ada kesalahan fakta,sila la ringan-ringankan tangan menaip untuk membetulkan i.Tapi jangan pula tiru ayat-ayat kejam i untuk kenakan i.hu hu hu *o*.Nanti hati i pulak yang hancur into pieces pieces.

Wallahu alam.



: Seminar :

Seminar Kecemerlangan Pelajar 2010

Di adakan pada 8 Mac 2010

Anjuran Tahunan Akademi Al-quran Malaysia

*Lambat update*

Di hadiri oleh pelajar perubatan dan farmasi Universiti Zagazig,Mesir.
Anggaran para pelajar yang hadir mencecah 100++ orang.

Para panelis dan penceramah di terbangkan khas dari Malaysia oleh pihak Akademi Al-quran.
Terima kasih.Mari berkenalan dengan para panelis dan isu-isu yang dibincangkan.
:
:

Panel Pertama

Prof.Dato' Dr.Sidek Baba
( Professor UIAM)

Slot 1 : Cabaran dan Persediaan Mahasiswa Dalam Menghadapi Perubahan Sejagat

:
:

Panel Ke-2

Ustaz Hj.Mohd Zawawi Mughni
( YDP ABIM Selangor)

Slot 2 : Realiti Cabaran Mahasiswa Masakini : Gejala dan Tentangan

:
:

Panel Ke-3

Ustazah Hjh. Hazlina Abd.Razak
(Aktivis Dakwah & Pengerusi Darul Wardah)

Slot nya sama dengan Slot ke-2 [ sebenarnya,diorang ni suami isteri.=)]

:
:

Panel ke-4

Ustaz Hj.Abd Razak Ariffin
( Biro Perantaraan-ABIM Pusat)

Slot : Jatidiri Muslim dan Budaya Melayu : Mendepani Gejala sosial dan Keruntuhan Akhlak

Slot tamat.
...........................................................................................................

sebelum mengakhiri utusan ini,saya susuli dengan gambar adhoc-adhoc pelaksana.

Tema warna bagi adhoc perempuan : PINK

Tema warna bagi adhoc lelaki : Tiada tema. :P

Moderator slot,Pengacara majlis,Penasihat program dan Pengarah program. [mula dari kiri & atas.

AJK pendaftaran,VIP,Teknikal..


sekian,Terima kasih...

Saturday, March 20, 2010

Alice in wonderland,u ruined my day.


ALICE IN WONDERLAND

di sebabkan faktor-faktor yang agak lama tidak menonton wayang di panggung panggung berdekatan yang kalau nak pergi ambil masa 2 jam.itu bukan berdekatan.Ku gagahi juga untuk pergi kerana untuk mengisi jiwa jiwa kesepian.Oleh kerana 3D,jadinya ingin mencuba walaupun dapat tahu rekomen rekomen ALice ni just so-so sahaja,dan terbukti lower than so-so.wargh! melayang layang duit 30 genih saya instead of 15 genih.Mahal bapak petala langit kaca mata hitam 3D yang tak ada fungsi di bawah sinaran cahaya matahari.

Terasa memang tidak puas hati gila melihat wayang ituh,eh menonton.Kenapala sekarang berkurangan nya movie-movie aksi yang kalau tengok pasti akan punya meng 'up' kan my mood level.Please please please,kamu jangan nakal.Oh,saya memang discriminate movies,saya tidak akan menonton semua movies setiap kali released di cinema-cinema berjauhan.I sayang my money lebih.Itula bila tengok movie yang bukan aksi ni seperti Alice in dreamland tuh terasa nak balas dendam turun semula ke cinema 2 jam ni untuk beli tiket wayang aksi.Namun tiada.

Sehari sebelum mononton wayang,saya menonton Ninja Assasin di laptop-laptop berdekatan iaitu laptop saya.See,ini la yang di katakan aksi!! memang menyesal tahap maksima tak tengok di wayang movie ini,kalau tidak mesti akan rasa feeling lebih-lebih nak ikut lompat-lompat main benda 4 penjuru tajam terbang-terbang tuh.Pelakon utama nya ialah

"hai..nama saya Rain" [sila putar kembali iklan shampoo CLEAR tak silap]

memang Semattt.hiyakkkk!~~~

cerita mengenai waktu balik semula ke kampung belajar iaitu zagazig,di stesen tremco (bas mini),oh tak sangka ya hari khamis iaitu hari paling busy dan paling susah untuk dapat tremco balik ke zagazig,kawasan tremco zagazig memang akan lapang tanpa sebarang tremco,dan orang yang menunggu memang ramai gila,siap bawa beg beg baju macma nak balik kampung berhari-hari.Ok takpa,kita tengok situasi seterusnya.Setiap kali datang tremco,semua berlari2 kejar tremco nak berebut masuk tak kira lelaki atau perempuan.kami bertiga hanya kaget dan kaku melihat situasi baru ini.Ada siap orang arab ni lompat masuk ikut tingkap seh,kaget kaget.Kami terpaku tanpa ada gerakan,dalam hati ok takpa,biarkan..nanti kurang la orang.

jengjengjeng,sangkaan meleset,bukannya makin kurang orang..makin ramai ada lah.Pelik gila,mana keluar orang-orang arab nih pun tak tahu..sampai 5 tremco kami terlepas sebab tak mampu melawan badan-badan arab berhempas pulas masuk tremco.Entah tremco ke berapa tuh baru saya terkejar-kejar ni orang pertama lari sebaik sahaja tremco sampai,siap saya lagi pegi buka pintu tremco.hahaha.bangga sekejap,tetapi sah la kena tolak oleh orang belakang,,sakit dowh pakcik arab tolak.Saya dan intan berjaya memboloskan diri ke dalam perut tremco,tetapi sayang balqis tidak berdaya untuk masuk,sebab dia pakai baju kurung! bukaan langkah semesta alam tidak dapat dilakukan.hehehe,plus kepala dia kena himpit-himpit oleh arab.kesian roomate aku ni.ala bucuk bucuk.

dengan belas ihsan dari abang arab sebelah saya tuh,dia bagi juga ruang sikit untuk balqis dapat masuk dan duduk.Syukur,kami akhirnya dapat masuk dan pulang ke zagazig dengan hati saya yang hampa. ;(

Sunday, March 14, 2010

Daniel Zain Photography

Daniel Zain

Photographer yang agak smart kerjanya

segala pic candid yang dia snap menjadi dan memang cantik

nak saksikan kerja nya?

sila lah klik

Daniel Zain Photography

dalam majlis

Syaheedah & Muhammad Ihsan Wedding reception

the bride really have a great smile.

Beruntung Anwar Ibrahim dapat menantu suka senyum..hehe

Allah knows..

everytime you feel u can not go on

you feel so lost and that you are so alone

don't despair and never lost hope

cause Allah is always by your side

Insya Allah..




Friday, March 12, 2010

Updates!

hello my sayangs yg sedang baca ni

1. lately busy dengan seminar kecemerlangan,walaupun jadi ad hoc kecik yang tak brp banyak keja,dan i pelu tahan mengantuk 2 hari saja..but after seminar rasa penat habis habis sampai bahang seminggu penat.very very hyperbola.he

2. Minggu ini juga berjalannya festival zagazig 2010 yang ada bazar,masakan ustaz la ramai dijual..etc etc..pengisian program malam2..ceramah2..then kat bazar ada satu pakej medical check up bayar 2 genih u cek 3 benda, BMI,Blood Pressure and Glucose quantity in your body.Para seniors yang on duty utk nih,,so i pun cek la my blood pressure..dan nah! my diastole rendah dari normal,,akibatnya sebab badan penat..terbukti dah kepenatan tuh..aish2 *_*..then bila cek BMI pula..i lost 2 kg's..tak percaya jg..biar betul penimbang nih..sedangkan dalam hati suka..lalala~ :P

3. ohhh..sekarang nih dah suka dengar lagu-lagu Maher Zain..singer from Sweden..dia ni convert to Islam..ala-ala Yusof Islam dulu..so lagu dia sekarang dah naik..open your eyes,Barakallah [lagu kawen!],for the rest of my life [ini untuk isteri..romantik giler]..memang soothing juga la lagu2 die~~dan dia baru je buat konsert kat cairo hari tuh..tapi sayangnya pada waktu itu saya masih belum mengenali dia T_T

4. Akibat kebusy an melanda..my study pun dah tak betul masa nye..bila sebelum2 ni constant untuk study..sekarang bila stop sekejap sebab urus benda lain..nak mula study tuh..humang haih..susah kot! kena bersemangat semula..fikir benda-benda ceria !!

5. dan lagi..hmm..sebelum ni melalukan pertapaan seketika..

wokeh~~ bila saya ada kerajinan nak update anything..pasal seminar ke apa ke..i update.

bye!! happy friday!!


Thursday, March 11, 2010

Happy Birthdays!


Happy Belated Birthday




Asadudin Amin

8 March 2010

He is my dearest abang

&



Intan Nur Atiqah Bt Mohamad Yunus

10 March

She is my dearest Housemate

Allah S.w.t bless you both

=)

Thursday, March 4, 2010

Sararisa Giveaway 2010


Sararisa-craft giveaway

Giveaway ini sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-6 di atara Tuan owner blog dan suami tercinta

=)

Oleh itu,dia menjemput kepada ahli-ahli pelayar internet untuk menyertai giveaway ini..hehe

Syarat-syarat yang ditetapkan :


~ add blog sararisa-craft ke dlm blog list anda dan jadilah follower
~ copy gambar diatas,buat entri khas dan letak
link blog sararisa-craft
~ tinggalkan link anda dan jejak anda di ruangan komen entry ini sahaja.
~ tarikh tutup contest ini ialah 11 MAC 2010 pada pukul 8mlm

antara hadiah yg di tawarkan:
~ 60++ fancy button
~ 1 set love sticker
~ 3 set wooden heart shape
~ 20pc satin flower
~ alphabet confetti
~ love confetti
~ flower shape sequin
~ 2 pc butterfly memo clip
~ 15pc assorted eva foam applique
~ lace border flower
~ 2pc love cross stitch
~ 1 pc love applique
~ DAN JUGA HADIAH MISTERI MENANTI ANDA!!



Ucapan saya kepada Puan Sararisa dan suami :

Semoga bahagia bersama sebagai pasangan sejoli hingga ke syurga~

Amin Ya rabbal alamin...

^_^

Monday, March 1, 2010

Anthropologie Necklace Giveaway



What a super duper lovely necklace giveaway!!!!

nothing can beat an owl.haha

hurry up guys!! You have time to participate this giveaway until 8 march 2010.

For a real link,just click here

* i wish i can be a lucky girl to have this necklace*

Any suggestion?


Wanna change my layout with the same theme

OWL

where to find any?

*theme yang susah nak cari.apaka.*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails