Friday, May 28, 2010

Tahukah anda?

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI


Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:


لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب


“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”


Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih


-diambil dari blog akhisalman.-

Sunday, May 16, 2010

Diari Sekolah Cik Fa


Sekolah Rendah
(sekolah pertama S.K Bukit Padang)

Dulu awal-awal masuk sekolah dah pakai tudung.Sebab saya ada kakak Darjah 6 yg suruh pakai tudung dan saya minta mak beli peniti warna-warni utk cucuk kat tepi lipatan tudung.Waktu sekolah memang paling disayangi la oleh cikgu-cikgu,dari kecil sampai besar :').Masa nak agih-agih susu sekolah utk rakan sekelas paling best,sebab sy penolong ketua.Bila ada lebih susu yang tinggal,cikgu kelas mesti bagi kat saya.Kalau balik rumah,mesti simpan 7-10 kotak susu coklat dalam fridge supaya makan bila dah keras yang sedap macam heaven.Lepas tuh cikgu amanahkan saya supaya datang rumah dia tiap hari yang waktu itu Flat cikgu2 supaya bawakan buku-buku dia dan letak atas meja di bilik guru.One day masa saya tengah bawa,sambil bawa sambil main dengan kawan tarik tarik tudung.*game tarik tudung memang famous* bila tudung saya kena tarik,semua buku-buku cikgu jatuh berselerak atas lantai.Saya kutip balik.Masa waktu rehat,cikgu kelas panggil saya untuk jumpa dia.Cikgu tanya,kenapa buku Rekod Harian yang warna kuning dan tebal tuh koyak di bahagian tengah.Sambil tu saya nampak cikgu lekatkan balik guna gam.Saya pun bagilah jawapan paling skema dan telus. "tudung saya kena tarik cikgu,saya minta maaf".Fullamak,memang baik habis la time tuh.Cikgu tak marah,dia cakap tak apa.*saya kan kena sayang.Sambil buat mata bintang terkebil-kebil senyum kambing*

bila Hari Guru,saya minta mak saya belikan bunga ros untuk cikgu-cikgu saya.Hari sebelum itu,saya letak semua bunga ros dalam fridge sebab tak nak bagi layu.Esok mak bawakan bunga ros saya dan saya masuk bilik cikgu jumpa setiap guru subjek saya sambil ucap Selamat Hari Guru,mereka sangat gembira dapat bunga kan.Rasa bahagia pula. :)

Bila waktu English Class,cikgu Yusof suka tarik tudung saya juga.Pelik tak? *LOL* 3 sekawan yang duduk row paling depan jadi mangsa iaitu saya,tengku,dan pijah.Memang kami 3 la selalu jadi bahan mainan cikgu Yusof.Bila cikgu nak tarik tudung,cepat2 tahan supaya tudung tak tanggal.Betul2 jadi mangsa buli cikgu.Very pathetic.Bila saya kerja kat kedai buku Times,saya jumpa cikgu English saya ni,dia bayar buku kat kaunter dan saya ada di situ,saya kenal dia tapi dia tak kenal saya dah.Saya pula entah kenapa jadi segan nak tegur bila ingatkan aksi tudung kena tarik.Waha! Setiap tahun akan dapat hadiah kecemerlangan,memang bolot habis la semua hadiah,masa tuh entah kenapa perasaan tamak membuak-buak nak bolot habis hadiah yang ada.Ada 6 tahun waktu sekolah rendah,setiap 2 tahun sekolah saya berbeza.Jadi nomad.Paling sedih bila saya darjah 2 saya kena pindah sekolah,saya pindah senyap2 tak bagitahu kawan2.Masa hari saya pindah,saya pergi sekolah dengan emak nak urus dokumen,bila kaki nak melangkah keluar dari pintu gate sekolah,nama saya kena panggil dari atas,saya dongak dan time tu dah bersusun semua ahli kelas saya sedang lambai tangan perpisahan kat saya yang di ketuai oleh cikgu kelas saya.Touching habis. ;'(

Sekolah Menengah
( SMK Perempuan Likas)

Semakin remaja,tapi tetap skema.Well skema tak dapat nak dipisahkan waktu sekolah.Jadi Pengawas,ikut kawad,ikut bahas,syarahan arab,forum,kuiz etc etc.Masih kena sayang dengan cikgu juga.haha.Saya ada cikgu Matematik bangsa Cina.Seorang yang lucu tapi kalau bercakap memang direct habis.Suka cakap Bodoh kat sesiapa yang dia rasa dia nak cakap.Very slumber.Jadi satu hari ni,kelas dia.Dia bagi balik semua paper exam dekat kitorang sambil discussed balik soalan-soalan yang kami salah.Well,i salah soalan yang paling senang dalam dunia.Masa tu dah cuak gila kot,sebab bajet kena suruh duduk bawah meja.Bila nak bincang soalan yang saya salah tu,cikgu tuh cakap la

"ini siapa salah soalan paling senang memang bolo (bodoh),berdiri cepatttt".

saya tengok kawan sebelah saya Nadhirah sambil buat muka kesian.Yang dia ni pula dah tahan nak gelak.Jadi saya berdiri,saya sorang saja yang berdiri! memang bolo habis.hahaha.Cikgu tengok saya sambil ternganga dan mata terbuntang.Nadhirah pula dah pecah gelak macam nak tertonggeng.Semua ahli kelas tengok saya.Saya tengok cikgu sambil senyum kambing.Cikgu suruh duduk balik dan proceed to next question.Waha,sekali lagi kena sayang. ;')

Bila masuk tahun SPM,Memang rasa sangat busy dengan gerak-gempur,test,exam every month.Muka pun penuh ditumbuhi jerawat.Sampai satu saat mother of pimple tumbuh,besar dan merah.Fuh,malu seh.Nasib sekolah perempuan.Jadi bila perhimpunan waktu pagi,im the one on duty urus P.A Sistem.Bila cikgu bercakap kat luar,saya dan rakan setugas berborak dalam bilik p.a sistem,hilang skema saya di waktu itu.Habis bercerita saya keluar,bila saya berdiri depan pintu semua cikgu atas pentas tengok saya,semua pelajar yang berdiri tengok saya.Cikgu yang beri ucapan ialah cikgu Kaunseling.Saya tengok dorang balik,masih blur.Saya pun bagila senyuman paling manis yang bila kalau tengok memang gerenti cair la.

Bila masuk kelas,saya tanya kawan saya.Kenapa tadi assembly rasa macam pelik.Kawan saya cakap,kau nak tau tak fifa apa cikgu kaunseling cakap pasal kau.Cikgu cakap kat kami supaya belajar sungguh-sungguh.Dia suruh kami tengok kau yang terlampau belajar sampai keluar jerawat besar.

OH EM JI!!!

no wonder semua orang tengok saya! arghhhhhhh.Balik sekolah terus paksa emak bawa pergi pharmacy beli ubat jerawat.HAHAHAHAHA.Ambik ko kena setempek kat muka,asyik nak perasan je lebih.Well,i beli T3,hehhhhh esok jerawat yang besar jadi kecut.Bangga gila.Esok tuh juga bila saya masuk bilik guru,cikgu BM saya panggil saya.Bila saya dah sampai meja dia,dia bagitahu yang dia ada bawa cream jerawat untuk saya.Siap cakap lagi,cream tuh kalau pakai ada rasa gatal sikit.Fuh,caring habis cikgu ni.Ada ke cikgu korang bagi korang cream jerawat? haha.Tapi dia tak jadi bagi sebab bila tengok muka saya balik,jerawat saya dah kecut.Bila saya cerita semua benda ni kat mak,mak tak percaya.haha.Indah kan memori sekolah.Sayang semua cikgu.

SELAMAT HARI CiKGU

saya sayang cikgu saya sejak saya darjah 1 hinggan tingkatan 5.Semoga hidup cikgu-cikgu sekalian diberkati dan semoga

live long,live strong,live happy!





Thursday, May 13, 2010

Timeout


Buka yahoo news untuk hilangkan rasa mengantuk di pagi hari.

jumpa gambar ini

:
:
:


memberi kesan yang dramatik pula rasanya gambar ini.Sheep tu sungguh well-behaved.
*ke orang dalam tuh?*

Model ini peserta terakhir American Next Top Model.Nama nya saya tak ingat,hanya berminat pada gambar ini sahaja.

sekarang semua exam praktikal dah habis.Menanti selepas ini written dan oral exam.Moga dipermudahkan segala urusan ku.

Amin~


Friday, May 7, 2010

Bittaufik wan Najah


"Ya Allah,berlemah lembutlah dengan kami.Mudahkan lah segala urusan yang sukar.Sesungguhnya setiap yang sukar itu amatlah mudah di sisi Mu"

Salam Imtihan

kepada

Semua Pelajar Perubatan Tahun 2

Universiti Zagazig,Mesir.





Saturday, May 1, 2010

What does your sleep position?


Here are the six common sleeping positions and correlated personality traits and health implications, according to this study.


  • Fetus position - A whopping 41% of participants sleep in this curled-up manner. Women are twice as likely to rest like this and it is listed as the most common position. These sleepers are said to have a tough exterior but are still sensitive and may appear to be shy but warm up quickly.
  • Log position - If you sleep on your side with both arms down, you are a social, easy-going person who is trusting, sometimes to the point of being gullible. The study showed 15% of people sleep like a log.
  • Yearner position - A close third is the side-lying position with both arms out in front of the body, with 13% of partipants sleeping like this. Yearners are noted to be open-minded and still cynical, suspicious, and stubborn about sticking to decisions once they are made.
  • Soldier position - These sleepers lie on their backs with arms down and kept close to the body. This 8% study is said to be reserved, quiet, without fuss, and hold themselves and others to a high standard. Soldier sleepers have a higher likelihood for snoring due to the flat-back position, which may not cause them to wake up often but may result in a less restful night's sleep.
  • Freefall position - Those people who lie on their bellies with arms under or wrapped around a pillow with head turned to the side, make up 7% of the population studied. Freefallers are brash, outgoing, and are very uncomfortable with criticism.
  • Starfish position - Sleepers who lie on their backs with arms up near their head or the pillow account for 5% of participants. These people are good listeners, helpful, and are uncomfortable being the center of attention. People who sleep in starfish position are more likely to snore and to suffer from a poor night's sleep more often.

source by : shine.yahoo.com

****

Pilihan saya ketika tidur adalah Fetus Position dan Starfish Position.Sedikit komen,posisi pertama alahai comel seh macam baby je saya tidur.Nama pun fetus *blushing*

komen Starfish Position,pergh hodoh gila ko tidur,hilang kecomelan posisi baby tuh.hahaha.Tapi pembetulan,waktu tidur posisi ini kaki saya tak terkangkang,tutup litup rapat je .Berdengkur tuh..Balqis cakap kadang-kadang je dia dengar i berdengkur,bukan setiap hari hokeyyy..makna nya waktu-waktu penat kot.ngeh ngeh,girl susah nak mengaku kot diri sendiri berdengkur,so kena tanya pada roomate. :P

so,what's your? share with me.hehehe.Hambek ko sapa jadi soldier position.Berdengkur kuat.lalala~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails