Thursday, August 26, 2010

An apple a day keeps the doctor away




Between a patient (he) and a doctor (she)..

A patient comes to a clinic because he is sick.

after the doctor gives him a medication..the dialogue begins.

Doctor : after this,you must take care of your health.Don't get sick again.

Patient : alright,i promise to take care of myself and my health.

Doctor : Good then.

Patient : as the saying goes "an apple a day keeps the doctor away"

Doctor : i see..you know then..so you should eat healthy food after this.

Patient : But i dont want to.

Doctor : huh? why? you are just promised to me in a couple of minutes before.

Patient : Because i dont want the doctor away.

......





Monday, August 23, 2010

Kakak acting weird?


Kemarin bersamaan dengan 22/8 saya dan para askar di rumah ini (kecuali abg.udin) pergi ke TAR bersama ayahanda tercinta.

Tujuan kami adalah ingin membeli baju melayu untuk di peragakan pada hari perkahwinan kakak dan abg.udin.

Tema warna ialah Biru Langit.

sebelum keluar rumah,saya pun bersiap la..iron baju lain,tapi pakai baju lain..hehe..tetapi warna ke dua dua baju adalah sama,iaitu merah Mak ngah.. :P

bila turun di bawah..kakak dah tengok saya lain macam.Lirikan matanya dan gerakan kakinya mengikut sahaja saya hingga ke pintu rumah.Sanggup tuh,saya pelik tengok aksi dia..tetapi masih lagi berlagak cool dan blur,saya teruskan sahaja perjalanan ke pintu.

Abah,amat dan ahsan berada di luar menunggu saya,apik sedang mengikat tali kasut.

dialog pun bermula..

kakak : mana ada dia (saya) menangis dia atas tuh..lebih2 ba si apik ni

.......
*orang2 di bawah ingat saya menangis dlm bilik sebab tak dapat ikut dorang berjalan.Apa ka saya mau nangis? pandai2 ja si apik buat cerita.hampeh.I admit,saya memang kuat berjalan..sikit2 mau ikut.haha*

saya : saya ingat kan bawa satu kereta ja,tu saya nda ikut.

Abah : bawa dua kerata la,abg.asad drive kereta lain..dia mau balik awal,dia kerja malam ni

amat : kak ipa mau tinggal?? memang mustahil la..mustahil..muka dia mau tinggal?

asan : tuh la.kak ipa mau tinggal? ish ish ish

saya : *sabar ja la dengar..nda pa,suda lali.lol*

kakak : tadi iron baju lain,sekarang baju lain

saya : *hanya diam sambil tersengih-sengih*

kakak : abah,abah tengok ba si ipa..ayu betul ni..mengalahkan orang pulak,saya pun nda pernah bla bla *saya lupa ayat seterusnya*

saya : *sambil pakai kasut sambil berfikir dalam kepala eh selama ni pun outfit aku tetap sama..kebanyakan masa pun memang selalu pakai skirt.Tidak ayu ka aku selama ini? kehkehkeh.
tapi aku masih lagi tersengih-sengih tak tahu nak cakap apa.*

Abah : *tengok saya dan blur sekejap kot tak tau nak cakap apa*

saya : haha..dengan pakai wedges lagi kan kak...ala kak aku sudah besar la..bukan budak-budak lagi

Abah : orang sudah tahun 2 memangla

saya : iya..orang sudah mau masuk tahun 3 juga..

kakak masih berdiri di pintu sambil tunggu kami semua masuk dalam kereta.Bila kami dalam kereta,saya tengok mulut dia masih terkumat kamit sedang bercakap dengan saya ka ataupun kami semua.Saya tetap blur,apa dia cakap pun saya tidak tahu.

Saya fikir lama,apa yang peliknya dia tengok saya..selama ini dia tak perasan ka saya pakai skirt? ka sebab saya pakai selendang? but,what a big deal dengan pakai selendang sampai dia  menjadi pelik sebegitu rupa secara tiba-tiba? haha..kakak,kakak,,u are really acting weird yesterday!

oh mungkin kakak ingat aku masih lagi budak kecil bagi dia.sob sob..tak pa kak,nanti esok aku kahwin.Besar la sudah tuh maknanya :P

sambil saya menaip nih pun saya masih terfikir jawapan dari persoalan yang bersarang..maybe kakak baca entry ni..hehhehehhee..kak sila la bagitau kenapa berkelakuan pelik itu. :P

:

:

:

mari kita bandingkan gambar-gambar ini

Merangkumi 2 aspek.

1) PAKAI SKIRT DAN TUDUNG BAWAL


Gambar 1
caption : gambar sekerat badan.Saya pakai skirt waktu ini.Actually gambar penuh satu badan saya sangat la sedikit.

:


Gambar 2
caption : ini la gambar satu badan pakai skirt.Bayangkan,1 ni je! punya la saya habiskan sisa kehidupan pakai skirt,tapi ada satu gambar nih je! ni je! *sambil buat aksi bulat dan besarkan mata,badan terhenjut ke depan macam tengah soal orang dan tangan hentak ke meja*

:


Gambar 3 

caption : eh,ada lagi satu..tapi tak termasuk sebab bukan gambar seorangan.hehe

ok cukup 3 gambar.Sangat kasihan..kalau banyak lagi gambar untuk buktikan..memang telah di upload..tetapi,apakan daya..ini sahaja gambar yang ada.sob sob..

untuk lebih kasihan..semua gambar di atas adalah kepunyaan tahun 2009!!
 mana pergi gambar tahun 2010 pun saya tak tahu..
*merajuk toleh kepala ke tepi*


next

2) PAKAI SKIRT DAN SELENDANG







Gambar 1
caption : huhu..ini la outfit yang saya pakai pada situasi dialog di atas


:




Gambar 2
caption : outfit ketika saya membeli buku Vampire Diaries






Gambar 3
caption : ini pakai selendang CT.Tak da belit2. he


.....


kesimpulannya..rasa pakai selendang nampak lebih matang.Biasa la tu kot.


Bagi saya,keayuan tu asal pakai skirt dan nampak ayu secara pandangan kasarnya


cecececee.


HOHOHO

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhon..


Ramadhon Kareem..

Allahu akram..

Moga ramadhan tahun ini memberi seribu satu makna buat diri ku..

Beramal ibadah seikhlas mungkin..

Muhasabah setiap saat...

Dugaan tahun ini memberi hikmah.

moga tenang jiwaku pada Ramadhan ini..

"inna solati wa nusuki wa ma yahya wa mamati lillahi ta'ala"



Saturday, August 7, 2010

Volume 2 of VD!



Hari ini beli 2 buku of VD! sangat teruja untuk habiskan.This time buku lagi tambah tebal... :D :D :D
Keluar ke Midvalley bersama abah dan emak.Sampai Mid je terus masuk MPH dengan abah,emak hilang entah mana.Mula-mula ambil satu buku Nightfall tuh harga rm32.90..buku yang Shadow Soul beli lain kali..tapi temptation sangat kuat..amik juga Shadow Soul..hehehe :P

So keluar je dari MPH jumpa mak kat Secret Recipe..penuh je selalu tempat tu sampai tak ada kerusi..tengok je mak makan aiskrim dalam satu gelas tinggi dan besar..nak join sangat tak ada kerusi..sobsob..sempat makan sesudu je.Then abah cakap nak pegi kedai Machine ,so follow abah dan tinggalkan emak..bye bye ais krim..sob sob

Then minum petang di Jusco..apa nama kedai tah..Menu kueh teow ayam sup cendawan & soya bean.Selepas makan baru minta abah snap gambar pegang 2 buah buku VD! hehehe

:

:

:

:

:


abaikan kekakuan muka.Salahkan selendang yang dipakai buat pertama kalinya.

kekok.kekok.kekok. macam ayam berkokok.

sebelum keluar rumah cakap dengan kakak

"macam ahli korporat ka kak?"

ngeh3.

*berdehem-dehem*

back to main topic. TERUJA lagi sebab semasa purchase buku ni cashier keluarkan t-shirt percuma bagi pembelian VD.Wah wahhh..ada hitam dan putih.i choose black,once u choose black u never turn back.Jangan pilih negro,nanti.... (sila sambung sendiri)


tada!

mari close up slogan di baju tu

:

:


Boys are whatever,Vampires are forever !!

smart quote! haha.

tapi ikut logik kahwin dengan vampire ni diorang tak pandai jadi tua pun,mantain muda.So tergugat juga untuk para isteri vampire.Dalam realiti kehidupan,jangan pilih suami sama umur dengan anda,nanti kelak kita nampak tua dari suami walaupun umur sama..kena berpandangan jauh ye para pembaca.ngahaha

Sudah,sudah.Nak mula baca dah ni..daaa~

(^.^)

Friday, August 6, 2010

Sabah cakap Lucu,bukan lawak ataupun kelakar.

Vampire Diaries


salaam.

Stefan , Elena , Damon

Adakah anda pernah menonton drama bersiri Vampire Diaries di rancangan astro channel "saya tak tahu channel berapa"
Well,saya hanya menonton di Mesir sahaja dengan meng download movie ini..internet di Mesir agak laju untuk download..satu movie sehari pun boleh siap..memang best.So bila rasa balik Malaysia tu dah assume unternet lambat giler,nak download pun mesti akan frust menonggeng.Namun semua permasalahan itu tidak muncul sebaik sahaja sampai di Malaysia kerana internet yang kami gunakan ialah UNIFI..dengan membayar RM 200 sebulan.Maka bila download Shrek Forever After hanya makan masa sekitar 15-20 minit.Wah wah..sila la bertukar ke UNIFI ya.Ok habis promote,lari topik dah kalau tulis karangan gerenti gagal.


Sebenarnya VD ni adaptasi dari novel die..ada 2 volume dah sekarang
Volume 1 - The awakening,The struggle,The fury & Dark reunion
Volume 2 - Nightfall,Shadow Soul & to be continued

Maka saya tengok movie dan baca novel nye.Namun jalan cerita movie tak sepenuhnya completely ikut buku sebab dalam buku ada incident tak logik untuk pemikiran manusia bila di adaptasi ke movie.But obviously vampire memang tak exist pun dalam dunia ni..cuma ada part dalam novel tu heroin dah mati awal2 tapi dengan kuasa ajaib dapat hidup semula jadi manusia,bukan jadi vampire.So kalau movie tu buat jalan cerita macam tu rasa mesti penonton cakap 

"hooo apa la heroin mati awal pula..habis cerita la tu"

atau

"apa punya cerita heroin hidup balik ni?"

Maka mungkin pengarah tak mahu penonton fikir macam tu,jadi dia pun buatla jalan cerita lain.hehe..sepanjang Season 1 of VD ni tak ada lagilah heroin mati.

Cerita vampire lain seperti Twilight eh? saya tak tengok pun..sebab tengok gambar Jacob Black kat poster,cover DVD macam semat dan hensem..tapi bila ada sekali tu tengok preview Jacob Black dalam movie tu rasa..perghh apesal spoil gile muka dia ni dalam alam maya???? tolak jadi bakal suami.Period.

VD season 2 will be release on this September.Remember that!

:
:
:
:
:


Tada!

gambar sama dengan header..hehe

Puas Hati bacaaaaa.satu hari satu buku.Sengaja habiskan lambat-lambat sebab sayang nak habiskan.sob sob.Buku terakhir pun sengaja bawa kat Malaysia nak baca.Tapi dah habis juga..sob sob

Abaaaahhhhh..jom pergi kedai buku lagi. 




Catatan kehidupan sejak dua menjak

salaam.

Bersua kembali di rancangannnnnnn... *Hoi bukan engkaulah!* [jeritan sayup-sayup dari alam maya]

kesian Mrs.forecast,dia ingat ini rancangan dia le tu..hehe

hai pengunjung yang di kasihi,kali ini saya ingin mecatatkan kehidupan harian yang telah saya tinggalkan sejak seminggu yang lepas dari saya berada di mesir sehinggalah kemarin ye.

*selak kembali diari kecil untuk lihat aktiviti harian,diari ini pun baru update semalam untuk masa seminggu.Masih mempunyai daya ingatan yang kuat.Belum tua lagi.sekian.*

30/7/2010 : final packing untuk balik ke Malaysia.Bertolak ke Mathor [yakni airport] pada jam 6.30 pm.Balik dengan keadaan berdebar bukan gembira kerana result exam belum keluar lagi.jadi kamikaze pulang malaysia dengan membawa buku.:P check in flight pada jam sekitar 10 malam.

31/7/2010 : 1.15 am kapal terbang mula bertolak.Duduk bersebelahan dengan abang yang bekerja di travel agency.Dia membawa jemaah umrah ke mekah.Bercerita-cerita to kill the time.Tidur.Makan.3 jam sebelum kapal mendarat baru perasan yang saya sampai malaysia pada hari yang sama iaitu 31/7 (sabtu).Sedangkan dah bermesej kasih sayang dengan ibu bapa ambil kat airport pada 1/8 (ahad).Lupa yang flight saya direct 12 jam tanpa transit.Itu pun fikir lama dalam plane nak make sure saya sampai sabtu or ahad.Ingin bertanya abang kat sebelah tu malu le pulak..ngehe.Nanti dia fikir "ko pandai je naik flight tapi tak tau bila ko sampai" =.='
Maka apabila tayar kapal mendarat di lorong pendaratan yang agak bergegar gegar,dengan pantas switch on telefon bimbit untuk mesej ibu bapa.Taip mesej dalam keadaan bergegar gegar.Kali ini gegar bukan berdebar,gegar disebabkan mendarat.Sampai rumah juga.Malam tu terus keluar tengok wayang bersama abah dan adik-adik.It is Saturday's night,maka menonton Socerer's Apperentice.

1/8/2010 : Bersuka ria bersama abah dan adik [amat] pergi ke Lowyat untuk hantar laptop saya yang telah di war-war kan sebelum ini rosak selama 2 bulan lebih.Masih ingat ada warranty akan tetapi tak bawa pun kad warranty sebab tak ketahuan letak di mana.Namun sekarang dunia dan canggih,semua data ada dalam simpanan televisyen ke dua iaitu komputer.Selamat hantar laptop hari tersebut,kerana abang kedai cakap warranty tinggal 3 hari lagi.ngeh ngeh ngeh.Then singgah ke Sungei Wang untuk menjamu selera di Kopitiam Old Town.Menu pilihan Bihun tomyam dan Chocolate milkshake.Selepas itu balik ke Alamanda untuk menonton wayang sekali lagi iaitu Inception. =)

skip ke :

3/8/2010 : Pergi ke Alamanda untuk membeli charger telefon bimbit kepunyaan Amat kerana dia tidak membawa charger pulang ke malaysia.Telefon bimbit saya tidak dapat menggunakan simkad celcom saya kerani sekolah saya lama dah tak jumpa.Kenapa tiba tiba masuk cerita ini sebabnya "kerana" salah eja ke "kerani" maka malas nak tekan backspace so sambung buat ayat terus. bila kita masukkan simkad telefon itu meminta pin lock sim.Saya ta pernah nak lock sim,jadi memang tak tau pin lock nye apa.So gunala handphone yang lain,banyak je handphone terpakai di rumah ini tetapi semua ada broken sana broken sini.Malam tersebut dapat tahu result exam.Alhamdulillah lulus semua 4 major subjek dan dapat naik ke tahun 3. (^.^)

4/8/2010 : duduk diam-diam di rumah dan malam itu mencoba untuk setia bukan,tetapi mencoba untuk membuat header menggunakan Paint~ copy paste je semua gambar,taip huruf-huruf tu guna words dan printscreen.Buat sampai jam 2.00 am pagi..kemas kini kan blog dengan entri sikit.Then habiskan baca Vampire Diaries Dark reunion.Maka officially habis ke 4 4 buah buku bersiri itu.Akan mengunjungi bookstore selepas ini untuk membeli Volume 2 of Vampire Diaries pula.Tidur jam 4.30 pagi sebab tak dapat tidur.hehe


Thursday, August 5, 2010

Entry pertama sesudah di Malaysia + Header baru


Salaam

........

rasa pecah rekod dah nak sebulan tak bagi info terkini kan?

yaaaa saya di Malaysia!

rasakan kelainan di blog saya kali ini? jengjengjeng..

ngaaaaaaa,,,header yang dicipta hasil titik peluh tangan saya yang kayu ini.sob sob ;')

jangan gelak..jangan gelak.......ok boleh gelak. ngahahaha

dalam gyrus-gyrus otak saya ini menyimpan pelbagai cerita yang ingin di luahkan dekat blog ini,saya tahu kamu rindu nak baca.[ok terharu sangat sapa rindu]

namun begitu,keadaan tidak mengizikan..sebab letih dah tangan nak taip-taip lagi setelah berjam-jam cipta header. [berjam untuk noob macam saya memangla]

see you later readers :')

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails