Friday, September 24, 2010

Oren


Masih ingat tak dulu saya ada buat entri Kucing Orang..

hehe..baru saya tahu macam mana perasaannya bila bela kucing..lebih2 lagi kita tengok dia membesar..terasa sangat sayang macam anak sendiri!

saya ingin memperkenal kan Oren kepada anda semua


Assalammualaikum...saya Oren!



Inila oren! comel kannnnnnnnnnnn ^-^..oren ni adalah anak bongsu..kucing jantan..yang first nama Tom jerry (jantan) yang kedua nama Loona (betina)

Masa mereka kecil-kecil dulu..oren ni tidaklah menjadi kucing favourite ..sebab waktu kecil Tom yg sangat comel dan unik


-Tom Jerry-


:
:


saya sayang tuan-tuan saya.Oh saya memang ramai tuannnn di rumah ni..hehe


Tuan-tuan saya suka mencabuli hak asasi saya..sob sob..walaupun begitu..saya rela demi tuan-tuan saya..


aksi ni saya ikut ape yang tuan saya cakap..saya dah buat pelbagai aksi depan kamera demi tuan saya

segalanya demi tuan saya..

sebab mereka jaga saya sangat baik,maksud jaga saya ialah mandikan saya,makan kan saya sehinggalah saya kini dah dewasa..

:
:


saya dah dewasaaaaaaa...ho yeahhhh...ok ini aksi kena tutup mata,,saya tutup juga..betapa obedientnya saya.kikiki

Lihatla bulu ku yang lebat dan lembut macam kapas

*BUZZZ!!!!*


Masa oren untuk bercakap dah tamat..biar saya salah seorang tuan dia yang amik alih dari sini..



*close up*

Oren menjadi kucing favourite bila mereka bertiga dah besar kerana bulu oren lebat dan lembut maka sedap dipeluk.

Walaupun oren sering kali bising bila di peluk dan di dukung,,pantang kena dukung mesti bising bunyi mengiau..mungkin dah sombong sebab ada bulu cantik,tak pun sebab nak balas dendam kat kami kerana masa kecil dia tak menjadi favourite.hehehhe


Oren kucing yang aktif sebab jantan..walaupun dia gemuk,,perut dia dah ikut perut ibu dia bentuk quadrangular..makin gemuk dilihat kerana bulu yan tebal dan lebat.Kawan bergusti oren ialah Tom jerry..mereka dua mesti bergusti..dan penonton setia ialah Loona.Ayu kan Loona..hahaha

Loona ayu? naaaaaahhhh.Jangan terpedaya.Loona la paling ganas bila dah sampai waktunya,Loona akan ganas sambil mengeluarkan cakaran mautnya waktu mereka bertiga dimandikan.Saya rasa nak menangis mandikan Loona..huhuhu

 - Loona-

Manakala,Oren la yang paling behave semasa mandi.sobsob..Untuk pengetahuan anda..kucing tidak suka pada air,,ataupun tidak suka dimandikan.

Sewaktu mereka bertiga dimandikan..Oren la paling duduk diam..Tom and Loona pula waktu tu dah panjat jeriji tingkap kat atas tu sebab tak nak kena mandi.Oren plak akan perhatikan je saya tadah air dalam baldi,,maka oren la paling awal dimandikan dan paling cepat siap.Bulu oren tebal,,jadi kena siram dia lama sikit..sambil saya siram dia,dia duduk diam je sambil tutup mata..betapa comel nya oren!


hehe..waktu ni di dapur..saya tengok oren duduk buat gaya ni..teserlah kemalasan oren yang memang sedia malas..lihat perut dia yang gemuk dan bersegi empat. :P



Dia dah sedar saya ada kat belakang waktu tuh! heheh.Muah!

oren bila datang manja,dia suka gesel kepala dia kat kaki kita..lepas tu jilat-jilat..waktu pagi subuh2 dah jilat kaki kita nak bagi kita bangun..begitu juga dengan Loona dan Tom..gaya manja mereka bertiga memang sama


video


Ini video saya rakam dalam sesi perkenalan dengan oren.

*saya berasa malu nak letak video ini sebab mendengar kembali suara saya yang hodoh macam suara donald duck dicampurkan dengan sengau.Rasa nak lepuk muka sendiri*

huhuhuhuhuhuhuhu


video

ini pula aksi oren bermain dengan plastik yang menjadi kegemaran dia..heheh.. *video ini sengau teserlah sebab selsema.Memang fikir lama nak upload video.Demi oren* =.='

:

:

:

;

:


akhir sekali...



What a handsome creature by Allah s.w.t

Oren in memories...
24/4/2010-23/9/2010

Oren died by a car accident.

*im speechless to death*

hanya rantai loceng hitam oren yang menjadi kenangan,dalam gambar susah nak nampak rantai sebab bulu panjang dan lebat sangat.

;(

Wednesday, September 22, 2010

Solemnization of my brother

Scene 1







Pada 17/9/2010

Kami bertolak dari Putrajaya ke Seremban pada sekitar jam 4.00 pm.Setelah sampai ke Seremban kami sekeluarga singgah ke kediaman Cik Aman (abg emak) untuk rehat sebentar sebelum majlis akad bermula selepas maghrib.Sambil tu kami pun bergambar le dengan segala hantaran yang berwarna merah tersebut..hiasan hantaran sangat simple dan marvellous.Memang banyak gambar dalam scene di rumah pakcik ni..akan tetapi semua gambar merepek..haha..

Asan(baju biru) memang dah boleh jadi model baju kemeja..muka yang comel kalau senyum,badan yang tinggi dan kurus tapi tidak sasa.kahkah.Pakcik hidangkan juadah bubur kacang hijau.Abah pula asyik menyakat pengantin lelaki suruh sabar,jangan asyik tengok jam..lama lagi nak masuk maghrib.. ;P



Scene 2 

Selepas Maghrib


Kami pun pergi ke rumah pengantin perempuan di Taman Paroi Jaya.JengjengJeng.*bunyi kompang* walaupun tak ada kompang..heheh


Bila snap gambar abah selalu cakap "angle angle kena betul"..ha hambek ko 'angle' buah strawberri di hias dengan figure abah dan abg.udin.



Athiruddin Amin & Ros Ernida Roslan *berdehem-dehem*

Phewwwiittt


Alhamdulillah..selamat ijab kabul dengan sekali lafaz sahaja..Huiyooo abang udin tu~

Dia lancar je lafaz tanpa ada sekat-sekat dan jelas dan akhirnya sah.hehehe..
Mana tak lancar nye sebab asyik kena sakat je oleh kitorang dengan ayat macam-macam sebagai contoh :

1. abah : din,nanti ko lafaz tu jangan bergegar2 plakk..nanti tak pasal-pasal adik a.k.a abg asad cakap "tepi la bang..biar aku ja kawin"

2. abg asad : bang..ko kalau tak betul lafaz nanti abah pandai tiba-tiba tu masuk ganti ko.hahaha


ya akhirnya upacara pembatalan air sembahyang selepas solat sunat nikah.Waktu ini la orang sekekeling cakap "ha lama sikit,,lama lama"

Scene 3

Adat orang nogori..bila dah akad nikah tu kena naik tandu bawa keliling rumah..tapi oleh kerana rumah pengantin rumah teres berderet,maka tandu di bawa sepanjang taman permainan sahaja,,then patah balik.heheh


Best woh kena angkat di iringi oleh bunga api dan pemuzik2 tradisional kat belakang main seruling tah apa benda tu yang rupa macam ala ala bunga periuk kera.eh betul ke imaginasi aku ni? *abaikan*


setelah habis majliss..muka penat dan lega masing-masing..hehe


ok,,akan bersambung kelak pada majlis resepsi. :)

Tuesday, September 21, 2010

Hari-hari sebelum pulang ke Mesir


Terlalu banyak rasanya entri yang saya hutang kali ini.

Entri Raya
Entri nikah abang udin (gambar belum ada kat laptop)
Entri persiapan majlis untuk belah kami
Entri makan-makan/jalan-jalan

Saya pasti akan ada salah satu atau dua entri saya abaikan terus.hehe

saya memang banyak masa.Akan tetapi masa tersebut masih belum ada mood untuk buat entri yang panjang-panjang.

Cuma sekarang terlebih excited sebab update entri ini menggunakan laptop yang besar screen nya.Hehe..Alhamdulillah hasil usaha beberapa tahun menunggu abah membeli laptop baru,akhirnya laptop beliau jatuh ke tangan saya juga.hahaha *apa ke jadah*

Apa yang boleh saya katakan,Mac sangat awesome..memang dah tahu awesome sebelum ini sebab guna Mac juga waktu zaman dulu-dulu..tetapi di sebabkan tangan orang arab yang tidak pakar menyebabkan laptop saya rosak. *menangis*.Abaikan kisah sedih.

Maka 2 hari melayari laman web yang berkaitan dengan Mac untuk install/download application yang sangat sangat  sangat sangat sangat BEST.Bagaikan semua application hendak saya install.

Sekolah akan dibuka pada 10/10/2010..tiket saya pula pada 3/10/2010
Mungkin 7 hari itu akan digunakan untuk update entri-entri hutang saya.
MUNGKIN ya.


Saturday, September 11, 2010

Reminisce



Rauhah..

Muka si kecik ni sebiji /Fotostat rupa my late nenek..

hehe

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Again..



SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN

MOGA DIRI INI BERTEMU LAGI PADA RAMADHAN AKAN DATANG

MAAF ZAHIR BATIN

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

DARIPADA SAYA,

FA-AJA-AJA

Tuesday, September 7, 2010

What i did for the past couple of days


29 Ogos 2010


Pergi ke Nilai 3 Negeri sembilan yang agak dekat juga kalau dari Putrajaya

Bercadang membeli carpet sebesar alam untuk rumah,since akan berlangsung kakak akad nikah dan Hari Raya.

Tema ruang tamu tu warna hijau,namum carpet dalam gambar bukan yang kami beli,saya terlupa nak snap yang kami beli.hehehehe.Kalau nak tau carpet tu,datangla rumah.Ngehngeh semata-mata.

 Tengok kat sana banyak gila comforter murah..Nilai 3 memang tempat untuk barang barang rumah..perabot..semua ada.Rumah baru nak hias pergi beli kat sana ok.Oh berbalik pada comforter,ada ke bercadang nak bawa balik mesir comforter tu,cun cun nanti balik dah musim sejuk..memang tidur je la kerja.Tapi logik ke tah bawa tebal-tebal tu.well berat bagasi i 40kg.*fikir lain hari*

:

2 September 2010


Berbuka puasa bersama teman lama Najibah yang dulu kerja satu bangunan lepas habis SPM di sabah.Ngehngehngeh

Kami makan kat Nandos,Alamanda.Najibah order chips & hotdog.I order nasi sebab habis je solat maghrib terus makan nasi tu.Lupa nak snap.

:

3 September 2010


Pergi Lowyat bersama Abah dan Afiq.Abah cari cover untuk Ipad..then makan kat Ground floor kedai makan Kopi Club,favourite juga makan kat sana.Sekarang dah ada menu baru iaitu tomyam dan 3 jenis minuman..I love to eat tomyam,so i order Mee Hoon Tomyam dan air Kopi Soycina.(kopi+soya+cincau)

Rasa air tu tak berapa enak di lidah saya..Saya just nak rasa minuman campur2 ni sebab untuk minumam campur favourite saya ialah Cham Ping (kopi+teh) yang hanya terdapat di Kopitiam.

:

4 September 2010



Food testing di Dewan Banquet UPM sempena Majlis resepsi akan datang

Antara makanan yang di hidangkan acar sayur,,ayam goreng berempah,Ayam masak merah,Nenas Pecal,Daging dendeng dan air biru.

Jadi kami pilih semua makanan tolak Ayam masak merah je.Air biru tu air manis macam sirap je cuma ini warna biru.hehe

:

5 September 2010


Follow Abg.udin dan Kak ros pergi Bridal Shop di Bangi untuk testing baju kahwin pada majlis resepsi belah perempuan di Seremban.

Tema baju dorang silver + pink.

7 September 2010

Buat header baru untuk blog dan godek-godek barang2 kakak dan saya terjumpa ini


It's a diary! saya suka planner/diary yang girlish macam ini.

Sebanarnya diary ini gift dari skin food program,produk kecantikan.Memang sangat cantekkkk..tapi sayang 2010 punya,so saya minta kakak buku ni disebab masih kosong,,guna untuk tahun depan..potong je "10" tu..

Untuk tahun 2010 saya dah ada mini diary seperti ini


hehe.Ini saya beli online guna duit kakak :P..Diary ni dari Jepun wooo..tuh agak maha sikit..RM99.
Girlish kannnn..ngehngehngeh.

Baik,ini sahaja update terkini dari saya!


New Header


haha..

i make a new one for my header blog..

i dont know why i get boring looking at the old one which is this


and

the new one is looks doom eh? or mystery? *wink wink*


so guys
 till here..

daa~

*pergh.pemalas gila nak menaip panjang*



Monday, September 6, 2010

Iklan termahal di dunia


By

HONDA


Inilah Iklan Termahal di dunia!!! Tanpa kesan khusus atau efek komputer, dibuat selama 6 bulan dan menelan kos sebanyak US$60 juta dollar.

Wednesday, September 1, 2010

This song soothe my ears


i wish i know how to play a violin..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails