Thursday, October 28, 2010

High-fever

Salam alaikum.

Oleh kerana sepanjang minggu ini badan saya telah sampai tahap maksima kepenatan yang perlu ditanggung dengan keadaan cuaca yang sejuk dan panas maka saya telah mengalami demam  panas. T_T

semua ini terjadi pada hari selasa malam bila kepala dan badan sangat panas,hanya mampu makan panadol untuk hilangkan panas.Esok pagi panas ada surut sedikit,jadi dah berazam tidak pergi ke klinik..tetapi telah dimarahi oleh emak sebab mak cakap kena makan antibiotik tu yang penting.

dalam fikiran waktu tuh malas nak pergi klinik sebab saya mati-mati la ingat klinik ni buka waktu malam je..ye la selama yang saya tahu klinik gigi,klinik mata dan klinik kulit semuanya buka waktu malam.Ini tak silap saya la..cuma saya pasti klinik gigi memang buka lepas maghrib.So bila saya ber YM dengan "mushrif" untuk musyrifkan kami pergi klinik malam tu..begini dialognya

saya : Salam Bukhari,kamu ya musyrif untuk hari ini? boleh tak musyrif kan pergi klinik demam malam ni?

Dr.Bukh : em iA,tapi kenapa ye awak tak pergi waktu petang,sekadar pertanyaan.

saya : buka eh klinik waktu petang?? saya tak tau la pula.saya ingat semua klinik buka waktu malam je

Dr.Bukh : buka je,,kalau macam klinik gigi tu mmg waktu malam je buka

saya : oh macam tuh,,jadi bole tak petang ni awak musyrifkan? em jam 4 petang mcm tu bole?

(lama saya tunggu dia reply)

saya : eh..ala2...sorriii..petang2 buat apa nk musyrifkan? aiyakk..huhuhu (ini la penangan mamai2 waktu demam)

Dr.Bukh : itu la saya pun dok fikir dr td.hehe (baru dia reply..huuu T_T)

............

Maka saya bertemankan intan dan fatma pergi ke hospital tu di Mawaf Mansurah menaiki teksi.Hospital tu cantik juga..almaklumla swasta..kebanyakan macam doctor lelaki je yang saya nampak..sebab doctor semua nya pakai uniform surgeon tu.Then masuk je hospital tu saya terus di masukkan ke dalam bilik dan tunggu doctor masuk kejap lagi..fuh nasib baik tak perlu tunggu.

Masuklah doctor lelaki dalam bilik tu,sambil dia tanya soalan kat saya

1. u have flu? sinusitis? - i have flu
2. dry cough or wet cought? - dry cough
3. u feel cold? - yes
4. difficult swallowing? - no
5. u have sore throat? - no
6. u feel pain in joints? - no

Doctor tu masukkan termometer dalam mulut kat bawah lidah dan tunggu dalam 5-6 minit.Bila dah selesai suhu badan 39 celcius.Itu dah masuh stage high-fever,bukan demam biasa lagi dah.Suhu untuk demam panas ialah 38 celcius ke atas.Suhu normal badan 37 celcius.Then doc cakap kena inject IV (intravenous) kat belakang tapak tangan ni.erkkk dah la bahagian tempat keras,,tapak tangan takpe la juga..sob..cuak dah time tu,sebab dengar IV ni sakit..ye la kena jarum direct kat Vein (saraf warna biru) tu.

Mengadu kat intan takut,,sebab intan pernah kena IV juga dan dia cakap sangat sakit.vein tu terletak pada bahagian kulit yang nipis2 je macam belakang tapak tangan,lengan bahagian dalam tu,dan tempat lain yang boleh nampak vein anda..Intan cakap "pot ko nak takut apa,ko putih vein ko senang je cari".KO PUTIH VEIN KO SENANG CARI.KO PUTIH VEIN KO SENANG CARI. he he he.tak ade la,selalu juga saya dengar IV ni sangat sakit sebab doctor tak dapat nak cari vein either vein tu tak timbul ataupun vein tu sangat halus. so selalu cucuk rambang je,bila sedar itu bukan vein dia akan cari dan cucuk,cari cucuk cari cucuk.Sengsara pesakit macam tu.



IV injection

yang IV saya bukan nye doctor..tetapi medical assistant.Lelaki plak tu..dan comel woo.ki ki ki,terubat la juga  kesakitan.HAHA. ;P ada peristiwa lucu juga before dia nak inject saya,mengenai fatma..dialog ni antara fatma dan M.A tu

M.A : enti tadrusu (belajar) hena (sini)?

fatma : aiwah (ya)

M.A : kulli (kuliah) eh (apa)?

Fatma : kulli tib (perubatan)

M.A : Tib? masya Allah..sanah (tahun) kem (berapa)?

fatma : sanah (thn) talata (tiga)

M.A : mesyi (baik)

fatma : emm ya duktur,,momkin (mungkin) aiza (sy mahu) haromi li (utk) inject hiya (dia kwn sy)

M.A : Haromi??

Fatma : aiwah2 (ya2)..haromi..fi (ada) haromi?


M.A : haromi fi(di) hena (sini)?? wala (atau) henak (di luar)??

saya : haromi? haromi tu bukan pencuri ke? ke aku yg salah dengar ni? tp tema mcm yakin je sebut. (wondering dalam hati je sbb tgh sakit kan)

M.A : *masih blur dan tak faham kot*

Intan : pot,haromi tu bukan pencuri ke? apesal tema ni? *muka kehairanan*

saya : a'a..pencuri kan?

Intan : eh tema..haromi tu pencuri la..ko nak ape kat dia? hahaha

Fatma : eh ye ke? pencuri eh? ohh silap2..*sambil betulkan balik soalan dia kat M.A tu*

saya dan intan dah gelak2..boleh plak dia nak pencuri untuk inject saya.hahaha..patutla M.A tu blur semacam.terkejut kot ada pencuri dalam hospital.haha.Sebenarnya fatma nak maksud kan jururawat wanita untuk inject saya.Dia nak nurse perempuan yg inject sy,,bukannya lelaki.nurse tu dalam bahasa arabnya (harimi) tak silap..sebutan dah hampir sama dengan (haromi).hehehe.Tapi yang inject sy ttp M.A comel tu. ;') (suka konon)

lepas dah IV tu saya baring sekejap kat katil pesakit tu..saya ni allergic sikit selalunya lepas kena inject..tak boleh berdiri sikit dan terus jalan..sebab sure2 pengsan lepas tu..bukan sebab saya takut jarum tu..tapi tah..memang kepala start pening kena jarum..so baring la kejap nak bagi rehat kan kepala..fatma pergi bayarkan bil rawatan..intan pula kipas kan saya sambil tu kitorang gosip2 cakap M.A tadi comel.dan.lepas tu gelak lagi pasal haromi tadi..haha

selepas tu doktor bagi prescribtion ubat-ubatan dan ada ubat IM (intramascular) injection yang kena inject punggung tu..buat kat rumah..Alhamdulillah dah pernah belajar teori masa tahun 2 inject IM ni..tahu la area kat punggung tu nak inject kat mana.huhu.*malu*



dua jarum saya dibekalkan woo..uhuk2..sakit jg IM ni..sobs..


sekarang ni Alhamdulillah panas dah surut..maklum la IV ni kesan dia cepat.sebab 100% ubat tu dah masuk dalam darah..baru je belajar pasal IV ni kat subject pharmacology.Tup Tup saya terus jadi mangsa IV.hehe.

baiklah..penat dah saya taip panjang2 ni..kepala pun kejap ok kejap x ok..daaa~





Saturday, October 23, 2010

Time Out


The Choir: Boys Don't Sing wins Best Feature BAFTA 


The British Academy Television Awards 2009





*the conductor is cute*

Friday, October 15, 2010

Anak Perantau


Sebagai anak perantau yang merantau ke negara yang bukan kemelayuan ni perkara wajib bila balik Malaysia ialah memborong segala jenis makanan melayu ataupun perencah-perencah zaman melayu yang memang sebati dalam kehidupan orang melayu.

maka antara kedai-kedai supermarket seperti Mydin,Tesco,Carefour,Giant dan seangkatan dengannya memaang wajib berbangga dengan kami sebagai anak perantau kerana melariskan jualan mereka sehingga supermarket mereka boleh jadi out of stock dengan hanya sehari :)

Bagi ibu-bapa anak-anak perantau pula akan bersedia untuk menggeleng-gelengkan kepala di depan kaunter apabila semua barang makanan diangkut ke atas kaunter untuk pembayaran.he he he.Kepala mereka akan start laju digeleng apabila waktu pembayaran tiba bila melihat skrin mesin duit. ki ki ki

Bagi cashier-cashier di setiap kaunter pula perlu bersedia mental dan fizikal jika kaunter mereka menjadi sasaran kami kami yang anak perantau.ho ho ho.Soalan wajib yang mereka akan tanya 

"stok untuk  berapa lama ni dik?"

ha ha ha

"ini untuk stok setahun kak"

....

ka-ching!








Gerenti habis.

Saturday, October 9, 2010

Jaulah Kaherah

Jaulah ini di adakan pada 6 Oktober 2010

jalulah Ilmiah sebelum sekolah dibuka pada 10 Oktober.

Mengambil masa sehari suntuk kerana jarak Zagazig - Kaherah ialah 2 jam sahaja.

Tempat-tempat yang dilawati :

1) Masjid Al-Azhar

2) Masjid saidina hussein

3) Khan Al-Khalili (Pasar Hussein)

4) Masjid Sultan Hassan

5) Maqam Imam Syafie

6) Qal'ah Salahuddin

7) Masjid Amru Al-Ash


MASJID AL-AZHAR



Pintu masuk masjid..




al-Azhar al-Shareef "Azhar yang mulia"

Universiti Azhar dengan masjid ini dibina sekali,tapi kam x masuk universiti..

masjid ini dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171)



Setiap tower tu melambangkan setiap dinasti,salah satunya Dinasti Fatimiyyah sempena nama Fatimah Az-Zahra (anak Rasululah)



Ustaz kata ini jam tertua di dunia..


Nama al-Azhar ni pun diambil dari nama Az-Zahra (yang pintar)


"Gamaah al-Azhar"

itula universiti Azhar..

MASJID SAIDINA HUSSEIN


ini masjid dia..ada construction nak tambah kot..

masjid ni seberang jalan je dengan Azhar..sebelah masjid ni pula ada Pasar Hussein tu

Selalu sembahyang dalam ni bila saya turun ke pasar Hussein


Tapi tak pasan plak dalam masjid tu ada makam Saidina Hussein.Baru tahu..huhuhuhu

sebab waktu kami sembahyang macam kena tutup kot pintu bilik ni.

itula makam dia..dikelilingi jeriji..tak nampak sangat sebab ramai minah arab berkumpul sambil baca al-Quran.Kami pun berdoa sekali..adab melawat makam.

Saidina Hussein (cucu Rasulullah) ni wafat dalam peperangan kepalanya dipenggal.Maka kepala dan badan berpisah.Makam ni pula just ada kepalanya,badannya dikatakan berada di Syam (tak silap saya)

ustaz kata makam ada dua jenis,satu makam berjasad,satu lagi makam tak berjasad.Maka makam Saidina Hussein ini la makam tak berjasad.

PASAR HUSSEIN


satu gambar ja.

Typical women + shopping

he he he

namun pasar ni besar dan panjang..saya just beli baju sejuk untuk bakal anak sedara saya walaupun abg dan sis saya baru kawin 2 minggu..kekekeke.Saya rasa saya kot orang pertama belikan baju untuk anak sedara walaupun parents dia tak beli lagi.hihihiih.malu malu =.='

[i excited lebih u..auww~]

QALA'AH SALAHUDDIN

Kubu Salahuddin ini memang ada merata seluruh Mesir ni contoh di

SINAI


Pintu masuk


Visitor - 50 LE

Student - 30 LE

Egyptian - 2 LE

huhuh..bankrupt kitorang


Batu asas kubu ini diambil dari batu yang terdapat di Piramid Giza


Castle or Mosque?


Kubah tu tempat ambil wudhu..masjil la ni..atap pun tak ada..rekaan masjid kat mesir macam itu la tak beratap


Ini tempat yang beratap..lampu banyak kat ceiling..minah arab sampai baring



Kawasan kubu ni luuuuuuuuasssss..ada muzeum polis dan muzeum tentera

Muzeum tentera la paling besar



di luar muzeum tentera..


Tugu Ibrahim Pasha

Keturunan Pasha ni la pengasas Mesir moden


inside the military museum

masa kami masuk tu dah petang hampir jam 5,jadi dalam tu semua dah tutup..tak sempat sangat bergambar sebab kami just berjalan cari pintu exit sambil tengok segala tinggalan sejarah..but besar gile museum tu..istana la katakan..penat kaki berjalan cari exit door..

sambil berjalan laju sambil berangan jadi princess dalam istana,masa turun tangga besar tuh i berangan ada prince tunggu kat bawah macam cartoon cinderella..wakaka






Antara cenderahati yang dijual.sure sure mahal,tak payah tanya harga..memang terang lagi tak perlu bersuluh-suluh..ekeke

air tin pun se tin jual 10 genih kat kami..tapi ada satu scene tu mamat arab ni nak "kencing" chinese visitor time cina tu nak beli air tin..satu tin dia jual 20 genih..so cina tu amik la 5 tin (waktu tu tak tau harga lagi) then mamat arab tu cakap semua nya 100 LE.Gila,cina tu pun buat muka amazed macam tengok amazing race.

Then cina tu ketawa2 la sebab dia sendiri tau dia kena tipu..then dorang tak nak beli dan terus jalan.Bengong punya arab,nak tipu pun guna lutut.



MASJID SULTAN HASSAN


Masjid Hassan dibina oleh Sultan hassan dari Dinasti Mamalik pada tahun 1356 M


masjid ini juga merupakan tempat pengajian 4 mazhab sehinggalah sekarang

tempat ni memang berangin je sentiasa dan sunyi..memang menarik kot untuk belajar


Pintu masuk


Ada 4 pintu yang mewakili 4 mazhab tu..tapi saya tak jumpa pintu mana or maybe tak perasan.hehe


itu la tempat wudhu..terbukala sangat..kami pun amik wudhu kat toilet aje le.





then duduk di tepi-tepi luar masjid tu sambil makan tengahari..best woo sebab berangin..sampai saya pun ambil la nasi orang sebelah bila nasi sendiri dah habis..hehe


MAKAM IMAM SYAFIE

siapa tak kenal Imam Syafie? kerat jari sendiri.

Hidup kita pun berpandukan Mazhab Syafie.

tak sangka saya dapat melawat makam dia..sobs..

hidup Imam Syafie dihabiskan dengan belajar dan mengajar sampai punggung dia berdarah2

Imam ni cakap kat pelajar dia,punggung dia berdarah tu la sebagai bukti dia mengajar pelajar tersebut.


ini ialah makam berjasad


Makam Imam Syafie wangiiiiiii..boleh cium dekat-dekat



:'(


Tapak kaki Rasulullah

di penjuru bilik tu ada tapak kaki Rasulullah di bawah carpet..kami pegang/usap tapak kaki tu dan berbau wangiiii..wangi dia sama dengan wangi makam Imam Syafie

Subhanallah ;')

MASJID AMRU AL-ASH


masjid ini  dibina oleh Amru al-Ash apabila khalifah Umar Al-khattab memberikan tanggungjawab kepadanya pada tahun 641 M.

masjid ini merupakan masjid pertama didirikan di kawasan benua Afrika.

kami sembahyang maghrib kat sini dan berakhirla jaulah kami yan penuh ilmiah pada hari tersebut.

Alhamdulillah kerana diberikan peluang oleh Allah s.w.t menyaksikan sendiri tamadun Islam pada zaman dahulu disamping dapat meningkatkan keimanan kepada-NYA

Wallahu alam.

Friday, October 8, 2010

Loona miss Oren



when oren is here,he is always loitering around..but now,he's gone..


i miss oren when he played catch and run with tom..and me,is their loyal audience.I love watching them quarrel.kekeke


and you! stop bugging me! Leave me alone!



I feel like dying everytime i missed him..tom and i really feel lonely right now..


yah..im already dead.I want to meet Oren in heaven.Goodbye world.

video



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails