Friday, April 29, 2011

My Room


Hari ini saya dah ada bilik sendiri.Housemate saya baru sahaja pindah petang tadi.Saya sekarang tengah blur nak buat apa dengan bilik ini sebab tiba-tiba dapat bilik sendiri dengan drastik walaupun dari dulu saya inginkan bilik berseorangan.Maybe saya mulakan dengan membeli tikar getah menggantikan karpet yang sedia ada kerana karpet mudah memerangkap habuk dan susah untuk di sapu.Cara hidup saya sebenarnya agak praktikal dan tidak terjurus kepada fancy things.Walaupun saya suka juga bilik yang fancy2 tapi saya tak ada masa nak fikir sekarang memandangkan Exam saya dah dekat.Huhu





huhu..tema bilik saya warna campur-campur tapi ber"base" kan warna putih kalau boleh.Itu cadangan..nanti hasilnya saya akan upload lagi gambar ya.

Senarai barang yang hendak dibeli :

Extension
Charger HP (selama ni gn charger qis. :P)
Tikar Getah
Mentol Lampu (bilik ni gelap sikit)
Sejadah
Kipas ( kipas bilik ni tak rasa langsung angin.Pelik cemana housemate sy yg dlu boleh tahan)
Flusk/Tumblr



Sekian.

Thursday, April 28, 2011

Wordless Thursday








p/s ONLY only ONLY seven (7) slides come out for the final exam. T_T

Monday, April 25, 2011

Tajwid bersama Ustazah Fa


Ye pelajar-pelajar sekalian,hari ini ustazah nak buka tajuk tajwid.Al-maklumlah sudah lama blog ustazah tiruan ini tak dihiasi dengan ilmu tajwid.Ya,anak-anak jangan tukar channel blog,pelajaran tajwid kita hari ini sangat mudah dan tidak susah untuk diaplikasikan semasa membaca Al-Quran.

Tajuk hari ini ialah

NUN TASHDID & MIM TASHDID 

MUSHADDAH (TASHDID) itu ialah tanda " "

maksudnya di sini huruf Nun dan Mim ada tanda sabdu di atasnya.Bila kita berjumpa dengan Nun sabdu dan Mim sabdu cara bacaannya ialah 

Dengung dan 2 Harakat

Ustzh minta maaf la ye sebab contoh ayat panjang tak dapat dilampirkan sebab ustzah punya keyboard ni tak ade tulisan jawi.sobsob.Contoh pendek yang ustzh boleh bagi :

1) إِنَّهَا
2)  ثُمَّ

Ingat ye anak-anak  bila berjumpa dengan huruf sebegini silalah baca dengan dengung dan 2 harakat.Renung-renungkan dan selamat beramal~

p/s saya ada letak widget baru iaitu subscribe blog saya ni boleh tahu update blog saya dengan dapat notification kat email.Kalau malas nak usha blog nak cek ada update ke tak,boleh terus dapat tau dari email.he he..sila scroll ke bawah sekali dan masukkan email anda.Tq.

p/s/s Video introduction yang saya buat tu dah terpilih jadi video intro rasmi Unit Penerbitan Zagazig,Alhamdulillah..video yang warna putih tu.Banyak lagi rasanya nak belajar,tapi utamakan pelajaran dulu..bila cuti panjang baru asah balik kemahiran tu.hehe.

Sunday, April 24, 2011

Fakta Pegawai Perubatan Siswazah

Pegawai Perubatan Siswazah ialah doktor housemanship.

Menjalani 6 posting wajib selama 2 tahun iaitu dimana setiap posting adalah selama 4 bulan.Posting tersebut ialah medical,ortopedik,surgical,O&G,Paediatrics dan Anaesthesia.

Houseman sangat ramai jadi on-call sebanyak 6-7x,setiap kali on-call ada 4 orang doktor houseman.

elaun on-call - RM 100 (weekdays)

elaun on-call - Rm110 (weekend)

Gaji asas terkini - RM 2415.00

Cuti 24 hari iaitu 8 hari bagi setiap posting

MC dibenarkan untuk 2 hari setiap posting

Cuti bersalin adalah serupa seperti kebiasaan namun jika bersalin dan ambil cuti..housemanship perlu di extend.

Dr.Shahrizal Azwan  (Doktor pakar,Pusat Pakar Al-Islam Kg.Baru)
Seminar AQM 2011
22 April 2011

Wednesday, April 13, 2011

A video tribute to my cats




Biodata :

Si Hitam yg tengah berbaring - Google (Jantan)
Si Putih main hoki - Mozilla (Jantan)
si Putih main dengan lipas - Opera (Betina)
si Putih bulu macam karpet - Safari (Jantan)

Tuesday, April 12, 2011

Bercerita mengenai Jin.


hello.saya kini kembali lagi untuk perkongsian kita bersama sebagai manusia yang dicipta oleh Allah s.w.t yang hidup bersama-sama makhluk lain yang tercipta oleh-NYA.Alam ghaib dan makhluk ghaib.Jika Allah tak buka kan hijab kita,maka makhluk itu akan stay invisible.Adakah anda bersyukur kerana hijab kita tidak dibuka? bagi saya YA SAYA AMAT BERSYUKUR kerana saya seorang yang berani di kalangan penakut dan penakut di kalangan berani.Renung-renungkan.

Cerita ini saya kutip daripada usrah saya.Suka juga dengar jin-jin ni sebab dulu masa darjah enam kakak & abang cerita pasal jin rasuk orang dan ustaz ubatkan sampai jin itu masuk islam.Siap dorang bawa kaset lagi hasil rakaman dialog di antara jin dan ustaz.Well time tu kecik,bila dengar suara jin yang garau dan serak-serak basah memang akan meremang you.Waktu i nak tidur malam-malam abang i sengaja pasang kaset dan turn full volume,what the fish lu bro *^%^!! tsk tsk.Tahun lepas pula heboh histeria di kawasan rumah saya sekarang ni..budak Malaysia la juga yang kena.Kalau orang arab takdenye den nak kisah.Pergh tahun lepas la tahun menakutkan bagi saya,sampai ustaz pagar setiap rumah sebab benda tu berjangkit.Malam-malam mesti anjing mainkan peranan untuk menakutkan saya lagi,menyalak kuat-kuat.Mentang-mentanglah mereka boleh nampak benda-benda tersebut.Saje je kan,nyampah.


Naqibah saya cerita la yang kita ni hidup dengan Jin maka marilah kita menjaga adab dengan jin juga.Macam pelikkan? tapi itulah hakikat.Sama macam masuk hutan kena jaga adab kat hutan,jangan kecing merata-rata nanti tak pasal-pasal you kencing atas jin,rumah jin, etc etc.Selalu dengar jangan kencing kat busut,mungkin sebab itu rumah jin.Mungkin saya bercerita ini mengenai tempat saya Mesir yang agak kuat dengan jin-jin ilmu sihir segala ini.Saja ingin berkongsi dengan you all.

Sebelum tidur tak perlu sapu losyen wangi-wangi kat badan sebab jin suka benda yang wangi.Nanti you attract dia dekat pada you.Pakai stokin ketika tidur sebab jin masuk badan kita melalui kaki.Itulah sebabnya kalau kita menonton drama yang scene ustaz nak keluarkan jin dalam badan dengan memicit kaki orang tuh kan.Then,kalau nak letak gambar dalam bilik boleh,tetapi jangan letak gambar yang mendedahkan aurat.Pakai seksi-seksi nanti jin suka bergayut kat gambar kamu.Kalau jemur baju di luar,jangan biarkan seharian tak berangkat.Sebab selepas maghrib jin suka bergayut di pakaian kamu,nanti bila angkat baju kita bawa jin tu sekali masuk dalam bilik.Oh itu memang tabiat saya yang malas angkat baju,lepas ini memang tak ada alasan lagi untuk malas.huhu.Kalau mandi pula rajinkan diri untuk pakai kain basahan paling senang kain batik.Sebab tandas itu la rumah jin,semua keluarga sanak saudara dia bermukim di tandas.Kalau tak pakai kain basahan,dorang pun dapat free show.Jadi kena ada perasaan malu dengan jin.Sewaktu memasak/selepas memasak tutup makanan dengan tudung saji dan jangan biar terdedah begitu sahaja sebab nanti jin langkah makanan kamu dan mana tahu waktu itu dia terkencing dalam makan yang kamu nak makan tu.Itulah sebab boleh jadi baca buku tak ingat-ingat dan asyik lupa.Selepas makan seelok-eloknya basuh pinggan terus jangan biarkan sehinga kering-kering sisa makanan.Sebab nanti jin makan sisa-sisa tersebut.Lagipun tak silap saya makanan yang tertinggal dalam pinggan ni melambangkan kepapaan.

Langkah-langkah untuk mengelakkan jin marah dengan kita.Kalau dia marah dia mula lah nak kacau hidup kita.Then kita yang tak sengaja marahkan dia pula melenting sejak bila aku buat salah? ya itu la perbuatan kita tanpa sedar... contohnya jangan kencing dalam hutan lebih-lebih lagi kat busut.Itu satu.Actually tak banyak pun saya tahu..haha..keduanya sewaktu di tandas.Kalau nak bersihkan tandas,waktu siram lantai tu janganlan menggunakan air panas sebaldi lepas tu sirammmmm.Kot-kotlah waktu itu jin kaum kerabat tengah baring atas lantai,korang siram pula air panas..meloncat la dorang..nak nak lagi yang korang siram tu anak jin dan waktu tu juga anak jin tuh mati terus.Haaaa silap besar dowh.Kalau nak guna air panas,rasa dulu kehangatan air itu,kalau kita dapat tahan kepanasan air tersebut,maka jin pun dapatlah tahan.Ketiganya sewaktu di sinki.Tempat jin juga tuh.Sama juga la aplikasinya dengan di tandas tadi.

Seterusnya meminta pertolongan jin.Normal kalau bomoh-bomoh lah kan,bela jin segala semua ni.Eh jangan ingat bomoh je bela jin,orang biasa pun bela jin.Contoh Saka.Tapi bukan Saka yang saya nak ceritakan sekarang,tetapi lain.Kalau nak pergi berubat kena la hati-hati.Pergi lah berubat dengan orang yang boleh dipercayai dan tengok bagaimana cara pengubatan yang dia lakukan.Sebab memang ada yang boleh dipercayai sangat-sangat lah tapi cara pengubatan dia terang-terang salah,ha itu lepas ini saya cerita.Seboleh-bolehnya kita cari yang beragama macam ustaz,tetapi bukan semua ustaz boleh dipercayai.Sebab ustaz yang rawat-rawat penyakit pelik nih pun BELA JIN.Ya bela jin,dorang cakap dorang bela jin baik iaitu jin islam.Tetapi ingatlah wahai kawan-kawan ku jangan la kita sesekali syirik dengan Allah s.w.t dengan bergantung pada makhluk lain.

Cara nak tahu ustaz ni bela jin kalau ustaz tu bagi tangkal kat kamu dan tangkal tuh pula ada loket maksudnya dia simpan jin dalam tu.Maksudnya jin tuh la khadam dia supaya jaga kamu.Ustaz tu hantar jin kat kamu.Takpun kamu kena bagi kemenyan dan segala barang yang perlu dbakar-bakar,dan banyak plak syarat pelik-pelik dia bagi untuk kamu.Itu memang sebab ada bela jin.Kadang-kadang kita tak sesuai dengan pengamalan ustaz tuh,badan masih sakit tak juga sihat-sihat kita cari pula ustaz lain.Minta ubat dan amalkan tetapi tetap sakit.Cari dan cari lagi dan beramal.Lama-lama setiap ustaz yang kita minta berubat tu ada bela jin dan hantar kat kamu,akhir sekali jin -jin yang dihantar itu bergaduh sesama sendiri dan kesannya kat kamu menjadi bertambah sakit.

Saya cerita ni dari sumber yang dipercayai iaitu kawan saya.Last-last dia cakap dia malas bergantung dengan ustaz dan dia lawan sendiri benda-benda tu dengan membaca Al-quran,minta pertolongan Allah sendiri.Alhamdulillah dia berjaya lawan dan benda-benda tu tak lagi ganggu dia..Allah tu la sebaik-baiknya pergantungan.Sebagai penutup cerita,hatta Sheikh yang dari Universiti Al-Azhar ni pun ada bela jin islam dan orang pergi berubat dengannya.Itu wallahu alam la sebab orang arab kan.Yang penting perlu ingat bahawa Allah la sebaik-sebaik penolong kita.Hanya satu tida dua~




Friday, April 1, 2011

Pembuatan video introduction

Selamat pagi wahai pembaca blog saya.He.Baik saya sekarang dalam proses pembuatan VIDEO INTRODUCTION untuk Unit Penerbitan & Penerangan (UPP) Zagazig.Sebenarnya video intro yang saya buat ini bukan official lagi,sebab ramai penyertaan untuk pembuatan video ini,jadi akhir nanti akan dibuat penilaian dan pemilihan.Jadi,saya mencuba nasib ini untuk join sekali buat video sebab saya dah lama berhenti buat kerja sampingan ini disebabkan kengkangan masa,dan saya amat merindui untuk buat video semula.Ditambah lagi abah dah belikan saya handycam HD yang pergh super power video HD yang jelas gila kalau combine dengan pembuatan video lagi bertambah meletops!

Maka saya pun buka laman Youtube untuk melihat pembuatan video introduction ni bagaimana dan dapat idea sikit-sikit dari Youtube.Oh selain imovie,KEYNOTE yang juga salah satu app.macbook boleh membuat video,tapi keynote more to words usage.Jadi bila nak buat video yang menggunakan banyak perkataan bolehla menggunakan Keynote.Penggunaan Keynote ini sebenarnya untuk Slide Presentation dia sama dengan Windows PowerPoint.Saya telah buat dua video intro,satu saya buat mainly nya menggunakan Keynote dan satu lagi menggunakan iMovie.Sila la lihat hasil kerja saya yang masih amatur.Terima kasih :)

:

:


By Keynote




By iMovie



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails