Monday, May 30, 2011

Inilah saya



Ini lah sebabnya wajib meja belajar yang besar untuk saya.

Saya rimas meja kecil.he he he.

Sebab bila belajar..semua benda segala buku saya buka walaupun jawapan generally tetap sama setiap buku,,yang sikit2 beza tu la saya mahu baca juga.Satu lagi,saya tidak berkira duit untuk membeli buku belajar..sebanyak mana jumlah duit saya keluarkan beli baju..sebegitulah jumlahnya saya keluarkan duit untuk buku-buku.At least,i don't feel guilty  :P

Saturday, May 28, 2011

Tazkirah Cahaya


Ada 3 cahaya yang akan muncul di muka-muka orang yang beriman di akhirat kelak iaitu


Muka umpama cahaya bintang bagi orang yang serta merta mengambil wudhuk apabila azan berkumandang.

Muka umpama cahaya bulan bagi orang mengambil wudhuk sebelum azan berkumandang.

Muka umpama cahaya matahari bagi orang yang mengambil wudhuk dan bersolat jemaah di masjid apabila azan berkumandang.


Jadi kawan-kawan..kita tergolong di dalam kumpulan yang mana? 

mari sama-sama tingkatkan amalan kita dan kejar cahaya ini! :)

wallahu alam.



Thursday, May 26, 2011

From Ziro'ah with love


Hangpa tau dok Ziro'ah tu apa? Ziro'ah tu pasaq na.Pasaq.Pasai pa pulok pasaq?  bukan pasaq eh? habis tu nat? kawan cek kata pasar ialah "nat" dalam bahasa Kedahnya.Ooooo cek baru tau na.Pasai pa cakap kedah la ni.Sebab cek baru tengok Cun The Movie.

"Woii minah tonggek ni Kumtom Renjong dah balek mai kita geleeekkkk" (dialog filem Cun)

Tiba-tiba jadi minat Atan (Remy Ishak) the hero kampung.Haha.


Oklah..berbelit lidah nak cakap kedah ni ha..baku sudah.Hehe.Kali ini saya ingin menceritakan dan menggambarkan keadaan pasar di Mesir.Sedia untuk penggambaran?



Kami berlima pergi ke pasar..saya dan balqis ditugaskan membeli sayur-sayuran.Maka kami pergilah ke bahagian bawang,sayur,lada segala.


Hai mama arab.


Hai Pakcik arab.Sini timbangan sayur dan lain-lain menggunakan penimbang batu.Sekilo satu batu kecik..dorang tak pakai timbangan digital ni.Ape klass pakai digital.



Bangga jumpa kobis terkecil di Mesir.Bukan senang nak dapat kobis kecil..selalunya besar-besar gajah kobis arab ni.Nak bawa pun kena junjung tak boleh masuk dalam plastik,tuh pasal bila beli kobis je kitorang tolak-tolak tugas nak beli sebab tak nak bawa,selalu jadi mangsa beli kobis mestilah orang yang paling suka makan kobis iaitu Miza.Haha.

Ye lah..penat doe nak junjung kobis..nak nak lagi bila bawa kat kawasan Salam tu (tempat perumahan saya)..Saya dah rasa macam puteri kobis buat catwalk masuk ratu cantik..part paling spoil bila time berjalan tu ada pulak insan yang bernama ustaz-ustaz lalu lalang.Pergh jatuh saham gue.Then,mula la nak mengomel dalam hati "hek elehhh ustaz ni..kecoh ah..time time ni juga nak keluar..time lain tak nampak pun batang hidung".Tskkkkk.






Ini kedai rempah.Selalu penjual kedai rempah ni bengis-bengis belaka..itu apa yang saya dapat tau dari ahli rumah lah.So saya tanya kenapa pulak bengis..jawapan dorang

"ala ko tau la..rempah2 tu tempat jual serbuk-serbuk lada segala..so benda-benda pedas dan panas ni terjangkit la juga kat dorang..suka marah-marah..nak nak lagi bila dorang tak faham ko cakap apa time membeli tu"

OK.

tak tahu lah masuk akal ke tak jawapan ni.HAHA


Tapi time saya beli ni pakcik arab tu okey je..hehe


Balqis bermain dengan baby arab yang tengah kepanasan.


Ya di tepi ialah hasil pembelian kami yang telah selesai.Sedang menunggu ahli bait yang lain membeli barang makanan basahan.


Pelik kan tomato ni.Kami ambil juga masuk dalam plastik,bila dah kat rumah kerja meletakkan barang miza tanya saya

"ape yang ko beli ni? *sambil pegang tomato pelik tu*

"ala..saje je..sebab lain dari yg lain.Hehehe"


Dengan itu,selesailah pengembaraan anda semua di dalam dokumentari

From Ziro'ah with love.

Saturday, May 14, 2011

Parasitology




What i try to see under the microscope..


aha, what is this guy? 


It is an Aedes egg mind you


So i have to sketch 97 parasites on my paper.

Luckily this exam is only "spotting the specimen" without any comments.

Friday, May 13, 2011

Pathology Museum



About 150 jars inside for us to go through.


When exam is just around the corner..


Pathological organ which always has a defect


This is how we need to answer on the paper sheet


i need a bigger brain maybe.

Wednesday, May 11, 2011

Panahan ulcer



Roti ala roti canai + kari ketam + sambal bawang

hidangan supper pada jam 2.00 pagi.

makanan pedas bertemu dengan ulcer di mulut. *mulut berapi sampai boleh buat magik keluar api dari mulut*

sebenarnya tak tidur sebab menunggu subuh yang awal sangat jam 3.30 am.




yah ko makan la lagi malam-malam,dah tau muka mmg sedia chubby.Oh muka saya memang baby fat.Saya layak jadi model Baby Phat Kimora Lee Simmons tu.Lol.Tak tengok lagi masa zaman muda-muda dulu..macam tak sanggup tengok muka sendiri waktu matrikulasi.Dengan tembam gedabak,hitam nya lagi,gigi yang berterabur..lelaki pun lari tengok.Saksi saya SweetyMuimui.hehe.Nanti lah saya buat perbandingan perbezaan yang dulu dengan yang sekarang,itu pun kalau saya sanggup memblognya.Hehehehehehe.

Saturday, May 7, 2011

I have The worst handwriting ever!




See.seeeeee. *roll eyes*

Sometimes i cant read my own hand-writing.Always when Balqis sees my handwriting it will turn  her off.Hehe.Who knows how to read a handwriting personality?? LOL.I beg at a first glance macam cincai je punya orang. 

i remember one story between a teacher and his student.

Teacher : Boleh tak awak cantikkan sikit tulisan awak ni.

Student : Ala cikgu..ini tulisan doktor apa cincai2

Teacher : hmm ye la tu..ini belum apa-apa lagi tak sempat jadi doktor..

u got it?

and i like..

ROFL

Friday, May 6, 2011

Wordless Friday



Wednesday, May 4, 2011

Rabun Silau


Amboi bila exam fever dah ada..syndrome macam nak update blog hari-hari je kan.Kiki..benda kecik pun nak buat karangan dalam blog.Potong kuku hari ini pun rasa nak ceciter juga dalam blog.Kemarin saya pegi klinik gigi untuk cek power rabun ni dah naik berapa sebab rasanya dah begitu lama saya tak cek..hampir 3 tahun lebih juga.Huhu..jadi saya rasa power saya dah bertambah naik lebih--lebih lagi belah kiri.Sedey T_T

Cek punya cek..bukan power mata yang naik melambung..tapi saya dah ada rabun silau.Sedey lagi T__T.Patut belah kiri ni susah sangat nak lihat..rabun silau tinggi sangat sampai 130.Laju nye dah cecah seratus lebih.Belah kanan hanya 45 je.Power rabun jauh saya just naik 25 je untuk dua-dua mata.Maka saya dapat prescription baru oleh doktor.Doktor kata boleh buat glasses yang baru atau guna contact lens guna power mata yang sekarang.



Ini lah kadar kerabunan saya.

Macam mana nak hilangkan rabun silau? Kalau rabun jauh atau dekat orang kata minum Jus carrot kan? Boleh tak membantu untuk rabun silau juga? Saya dah la tak minum jus carrot..tak pernah kot minumm..sedey T____T.Maka dengan itu bertuahnya saya hari ini kerana menjumpai minuman 2 dalam 1.


Jus Oren + Jus Carrot.Bertuah kan saya! Ini percubaan untuk saya minum sama ada boleh bertahan atau tidak.

Adakah saya perlu menukar glasses? Glasses saya sekarang sejak saya umur 17 tahun tak silap.Mungkin saya akan tukar setelah balik ke Malaysia,lagipun saya rajin pakai contact lens juga.Huhu


My recent glasses.



Ini bukan tidur berdiri mahupun tidur tersengih.Tapi saya pakai glasses kawan saya yang power tggi dan saya tutup mata.Sebab nak try je sesuai ke tak glasses macam tu kat saya.hehe

Susah-susah nak cari glasses apa kata saya pakai yang kat bawah ni je kan..mata terus jadi cantikkkkk

:

:

:


kehkeh..panjang gitew bulu mata i ~

P/S The juice is sooo yummeh!! aim for a healthy eye from nowww :P

Monday, May 2, 2011

Mari Belajar Tajwid


Apa khabar iman anak-anak murid ustazah hari ini? *muahaha,diri sendiri rasa pelik gelar ustazah* Baiklah anak-anak,hari ini ustazah nak ajar tajwid yang paling menjadi persoalan mungkin bagi anda selama ini ketika mana membaca Al-Quran.Sebab tajwid ini la membuatkan ustazah dulu tertanya-tertanya.Hari ini kita belajar

Alif Wasol

Huruf Alif dipermulaan ayat yang tidak berbaris atas,bawah mahupun wau kecik.Tetapi berbaris huruf "Sodd".Maka menjadi tanda tanya bagaimana untuk membacanya.Wasol bermaksud meneruskan tanpa mewaqafkan atau menghentikan bacaan.Fahamkah anda maksud saya? Contoh paling mudah ialah diambil dr Surah Al-fatihah.



"Alhamdulillah...." (ayat 1)

Huruf Alif di ayat Alhamdu..dia tidak berbaris atas,bawah dan wau kecik tetapi berbaris "wasol".Mesti anda perasan ayat-ayat sebegini di surah-surah yang lain bukan? dan teragak-agak untuk membaca dengan bacaan yang macam mana..jengjengjeng.Hari ini ustazah Fa akan merungkaikan segala persoalan anda.Ha ha ha *gelak bunyi satu-satu patah perkataan*

Baiklah.cara membaca ayat sebegini ialah dengan melihat huruf ke-3 ayat itu berbaris apa.Contoh huruf ke-3 ialah "Ha" berbaris atas "Ha".Maka kita baca Alif wasol itu dengan bacaan atas juga.Terhasil lah Alhamdulillah. Jelas kawan-kawan? emm masih tak jelas? Kita tengok pulak Ayat ke-4 surah ini.

"Ihdinas..." (ayat 4)

Ayat diatas mempunyai Alif Wasol bukan? Dan bagaimana untuk menyebut ayat 4 ini kawan-kawan? Yaa dengan tengok huruf ke-3 nya iaitu "Dal" berbaris bawah "Di".Maka bunyinya pun "Ihdinas..." Harap sekarang dah makin jelas pembelajaran kita.

TETAPI

Ingat kawan-kawan..bukan semua ayat kita aplikasikan Alif Wasol ini seperti cara di atas..haa.Terdapat 3 perkataan istimewa yang mempunya Alif Wasol tetapi tidak berbunyi mengikut huruf ke-3 perkataan tersebut.Sila catit perkataan ini..bersedia? 1...2...3...

IBNU - "nun" sbgi huruf ke-3 berbaris depan "NU" tetapi sebutan bukan UBNU

IMSYU - "Syin" sbgi huruf ke-3 berbaris depan "SYU" ttp sebutan bkn UMSYU

IQDU - "Dal" sbgi huruf ke-3 berbaris depan "Du" ttp sebutan bukan "UQDU"

Sampai disini sahaja la pembelajaran tajwid kita hari ini.Ustazah pun dah ponek baru lepas siapkan dinner untuk ahli bait ustzh yg sedang berpuasa.Jam menunjukkan pukul 7.17 pm,ustazah beransur dulu la ye.Tak payahla susah-susah hulurkan minuman..cukup sekadar bagi perfume Nina Ricci je..eh? kehkehkeh.Ok,Maaf jika ada yang terkurang,ringan-ringan kan menambah apa yg kurang untuk pelajaran kali ini ye para pembaca.Selamat malam.

Sunday, May 1, 2011

Room Makeover


Hanya sehari bilik baru telah dikemas dan diubah suai.Kehkeh.Terima kasih kepada ahli bait yang tolong mengangkat almari dan katil. :)








simple-simple je...huhu

Kemarin saya pergi appoinment dentist..Doc tu cakap

" afifah,you are about to wait for 2 and 3 months and your braces will be finished"

HOHO..begitu sekejap saya pakai braces tak sampai setahun pun..saya start pakai bulan Disember 2010.Doctor tu cakap saya just ada dental problem dan bukannya skeletal problem so gigi memang cepat untuk bergerak.Kalau begitu cepat dibuka Alhamdulillah la..hehe..just pakai retainer je lepas tu.



*latest pic* 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails