Tuesday, September 27, 2011

Dari kaca mata saya mengenai Brunei


Brunei  Brunei  Brunei

Negara dorang ni memang kaya 

T________T

sangat kayaaaaaaaaaaaaaaa.Wuwuwu.Mata wang mereka guna Dollar Brunei.Currency exchange 

RM 1 = 2.5 $

Sob.

Duit poket saya nak shopping yang saya convert pun tak sampai 100 $. Mana taknya 50 $ = RM 125
kalau duit di tangan hanya ada RM 200? wuuuu.Itupun saya amat bertuah kerana tempat tinggal,makan dan bayaran nak masuk tempat-tempat kat Brunei semua Abang Jibah tanggung.Sungguh terharu :') Duit poket saya memang 100% untuk shopping barang.Itu pun bukan dapat shopping sebab harga mahal melainkan tudung brunei dia.Boleh la saya borong.Hehe..barang yang saya nak beli kat Brunei hanya tudung dan seluar jeans kat Giodarno.Seluar jeans kat situ murah-murah harga contoh macam 15 $ = RM 30 ++ .Berkualiti pulak tu (bak kata Najibah).Tapi malangnya bila dah sampai sana kedai tu tutup atau nama lainnya macam dah tak ada..papan kedai tulis Giodarno pun dah takda..kitorang semua agak terkejut juga sebab tak tau kedai tu dah tak ada.Sedih nyewww.Saya ganti jeans dengan skirt putih harga 14 $.


Populasi penduduk Brunei dalam anggaran 400 ribu je.Brunei mempunyai imigrain dari Indonesia dan Filipina.Memang ramai juga pendatang memenuhi Brunei.Mana taknyaa..pekerja kat kedai kedai tepi jalan,kedai makan,kedai baju etc etc etc bukan penduduk Brunei ya..tapi mereka semua merupakan pekerja Indonesia dan Filipina.Penduduk Brunei hanya bekerja di ofiice-office,tak main kerja cikai-cikai ni.


Contoh di kedai bunga,pekerja berbaju merah ialah Indonesia..Saya tahu sebab saya dengar percakapan mereka tone nya indon gitu.Agak pelik juga bila dengar dan berfikir..ini bahasa Brunei ke bahasa Indon eh? semua pekerja dalam tu guna bahasa indon plak tu..then i macam terkejut la sebab kalau kita kat malaysia jarang betul jumpa pekerja kat kedai macam ni yang semuanya indon..kalau kat sini mesti melayu/cina yang pegang kan.

Sangat susah untuk orang cina/imigrain mendapat kewarganegaraan Brunei walaupun dah duduk berpuluh tahun di Brunei.Once kamu ada warganegara Brunei kamu akan diberi tanah.Ini lagi satu saya pelik..yang saya dengar Brunei ni tak cukup tanah..tapi yang hairannya setiap keluarga tu ada banyakk tanah..itu belum diwariskan ke anak-anak lagi.Contoh macam Sister In-law Najibah mempunyai banyak tanah di Brunei..Tanah tu dia buat rumah sendiri dan masih dalam pembinaan sekarang.

Brunei kekurangan expertise.Sebab mereka hidup senang.Sultan bagi duit kat rakyat.Maka spirit dorang nak berusaha lebih macam kurang sebab tak belajar tinggi mana pun still hidup senang.Ini opinion saya la..hehe.Kebanyakan doktor pun di import dari Myanmar etc etc.Saya nak kerja di Brunei pun bolehhhhhh.Once kamu dapat tawaran ke luar negara,perbelanjaan kamu fully sponsored by government.

Kebersihan di Brunei sangat di utamakan.Jalan raya sepanjang saya lalu tu macam jalan baru je..hitamnye jalan raya tuuu.macam baru kena repair.Merokok pun amat ditegaskan di sini..boleh kena saman kalau merokok di kawasan-kawasan terbuka.

Restoran di Brunei sangat proper dengan kedai makan yang tertutup dan ber aircond.Semua macam tu,tak ada open air punya.


Perasan tak kedai makan di belakang saya ni.Tertutup dan ber aircond.

Kediaman kerabat Diraja Brunei memang banyak di sini..secara kebetulan rumah yang saya stay berdekatan dengan kediaman kerabat ini iaitu di Kampung Kiarong,Brunei.Maklumlah Brunei ni kecik..jadi memang asyik terjumpa je rumah kerabat Diraja ni kalau jalan-jalan ke bandar tu.Video di bawah saya rakam.Selamat menonton,ohya anda boleh berangan juga untuk memiliki rumah sedemikian sambil-sambil tengok tuh :P




*video dah boleh tengok,,ter private kan setting sebelum ni pulak.he*

To be continued...

Monday, September 26, 2011

Brunei saya tiba!!


Hai eberibadiiiii..akhirnya saya ada bahan untuk mengupdate blog! wahaha.Selama berdiam diri  memang tak ada bahan nak cakap..takkan nak cakap saja-saja letak gambar saja-saja gitew.Maleww lewwww.Peluang saya melancong ke Brunei ini atas dasar dapat upah jaga anak buah waktu puasa hari itu..dapat lah saya beli tiket ke Brunei memandangkan kawan saya cik Najibah dah ajak ke Brunei kan disebabkan abang dia kahwin dengan perempuan Brunei.

Saya dah tempah tiket waktu puasa hari itu disebabkan ada promo Air Asia *now everybody can fly* dengan harga RM 328.Flight saya pukul 6.45 am pada 23 September 2011.Ini merupakan my first time naik Air Asia *now everybody can fly*.Tiket saya check-in bukan pergi kaunter tapi guna Self Check-in machine.Bila dengar self check-in tu buat hati berdebar-debar lak..dah lew kitew ni first timer.Pengalaman saya bila dah sampai terminal LCCT tu :

1. Handphone tertinggal

2. 20 minit nak fly baru sedar salah gate



Saya keluar rumah dalam 4.15 am..dan sampai ke terminal tepat 30 minit 4.45 am.Lepas tu terus cari mesin check-in yang saya tak pernah tahu tu.Saya tak ambil gambar mesin tu,sebab tengah rushing dan gelabah kan.hehe..jadi saya amik dari google je la eh.




Done!

ok.selesai amik tiket tu berfikir nak buat apa lagi eh? wondering around dalam terminal..tengah blur nak pergi kaunter lagi ke or tak..tangan gerak2 masuk poket dan !!!!! ahhhh handphone tertinggal dalam keretaaaa.Handphone sangat penting bila pergi ke negara orang.uhuk2..berlari cari public phone.Nasib baik abang asad patah balik bagi handphone.hehe.


Lepas tu minta abang teman pergi kaunter sebab takut tak tau nak buat apa takut silap lagi..hehe.Abang asad pesan suruh masuk awal-awal memandangkan bila-bila saja boleh kena tinggal kapal..then saya pun ikutkan je lah..Jam 6 am selesai check in semua tinggal nak pergi Gate 14 sahaja..sebelum tu solat dalam tu.Habis solat baru cari Gate 14..mari saya lukiskan untuk anda macam mana saya boleh salah gate..wuwuwu


Rajah 1.0

Boleh faham tak rajah 1.0 yang saya lukis? Hahaha macam gambar dalam buku matematik tambahan plak.*selesaikan soalan kira-kira ini*.. saya nampak Nombor 14 tu..tapi saya tak nampak Pintu B.Saya ingatkan nak masuk ke Gate 14 kena melalui Pintu A.Tambahan pula saya nampak orang berbaris di kaunter berwarna pink dan kawasan dalam Pintu B masih kosong.Menguatkan lagi teori saya yang kita perlu melalui Pintu A untuk sampai ke Gate 14.Ok yakin dah betul..amik handphone mesej Jibah yang dah selamat check-in..then pandang-pandang orang depan,kanan,berangan kejap tapi mata masih tajam lihat ke Gate 14..macam ada benda yang tak betul.Sambil tu toleh sebelah kiri orang dalam kawasan bilik Pintu B semua dah lari-lari masuk gate 14 *masih tak perasan lagi ni*..i just said "pity them".

Tiba-tiba dada dup-dap sebab baru perasan orang yang dah habis urusan kat kaunter pink tuh terus duduk kat kerusi kawasan tu tapi tak masuk pun ke Pintu A.Pintu A kemas ditutup rapi.Kepala saya pun pusing 360 darjah cari pintu nak masuk ke Gate 14..oh noooo baru perasan ada Pintu B!!!! waaaaaaaa terlihat lagi pekerja yang ada kat kaunter Pintu B kelam kabut amik boarding pass penumpang..waaaaaaaa tengok jam dah pukul 6.20 am.waaaaaaaaaaa *pukul-pukul dada aaron aziz* Sepantas kilat i lari ke Pintu B. Ada rajah lagi


Rajah 1.1

Dalam i berlari tu terimbas kembali segala rasa tak kena tadi.Patut lah dalam bilik ni kosong sebab penumpang dah jalan ke aeroplane.Patutlah tadi ada orang lari-lari si "pity them" konon konon i cakap tu sebab dorang tau dorang dah terlambat..tapi yang makhluk sorang ni tak perasan lagi dia la paling kesian.Tsk...... Nak menambahkan tragis lagi ialah kapal terbang saya parking jauh nun di ceruk mana tah..macam tak logik gila suh masuk gate 14.Boleh nangis air mata berdarah gini.Route dia ke kapal pun macam panjang gila..rasa nak merayu kat abang pembawa bagasi guna mini kereta tu untuk tumpangkan saya pergi ke kapal je.Saya lukiskan lagi untuk anda menyelami perasaan saya waktu ini




Rajah 1.3

Beginilah situasi saya waktu itu..saya berjalan macam lipas kena kejar kucing.Saya sampai depan kapal terbang pada pukul 6.35 am..laju tak laju..kehkehkeh.Lega gila bila dah duduk dalam seat kapal...perut pun lapar sebab asyik memerah keringat je dari sampai mula terminal tadi.hehe..



Muka legaaaa


MYR 12


syedappppppp



Brunei!!


wait for my next exciting post yah!! 


Friday, September 16, 2011

Kucing Mesir Yang Bengis


Masa balik selepas rusuhan mesir bulan Februari tu..kawasan rumah (actually depan rumah) saya memang agak kotor dengan habuk dan sampah..maklumlah nak balik Malaysia secara tergesa-gesa kan..apa2 pun tak kemas.Jadi bila anda tonton video di bawah ini..abaikan kesemakan depan rumah saya tu..rumah kedai je..macam flat..huhu..

Serious bila balik hari tu tiba2 je dalam kotak depan rumah tu ada kucing betina baru lepas beranak.Berapa tah ekor anak kucing dia tuh..tapi dia bajet macam kitorang nak kacau anak dia la..tu yang bengis semacam..sedangkan dia je perasan lebih.Sampai jiran rumah nak lalu masuk rumah dia kat depan tuh pun tak berani..sebab asal nak dekat sikit je ke arah kotak kediaman dia tu dia dah merengus nak mencakar..geram juga saya.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails