Thursday, October 13, 2011

Mandi Berlawat Edisi Brunei


Peluang saya dapat melancong ke Brunei ini disebabkan Abang Najibah membuat majlis Mandi Berlawat untuk anak pertama dia.Kalau kita di Malaysia panggil majlis cukur jambul.Majlis yang di adakan di rumah ibu mertua mereka ini boleh dikatakan majlis yang perfect.Perfect dari segi makanan,hiasan majlis (oh sangat comel majlis baby ini ok!),baby itu sendiri dan kedua ibu-bapanya.

Majlis ini berlangsung hari pertama saya sampai di Brunei.Pada jam 2 petang.Cuaca agak panas di luar rumah ketika saya pergi menyambut tetamu setelah diajak oleh nenek najibah.Tak pasal-pasal kan orang luar sambut tetamu..apa leh buat duk rumah orang ni tolong2 la sikit..takkan saya nak memerap dalam bilik kak yati tu..malewww.


saya yang bersiap-siap di dalam bilik Kak Yati..hehe





Siap ada banner yang comel.The aisle for baby pun cantik sangat-sangat.



Bunga telur tu yang comel gila..kreatif kan buat bentuk baju dan botol susu.



Ini lah baby Sophia..Sophia sangat co-operate sewaktu majlis berlangsung..tak nangis pun..cool je dan senang di jaga baby ni.Headband pun comel siap reben2 warna ungu.hehe
with her daddy and mommy


Sekitar majlis ada group berzanji..sambut tetamu di luar rumah..sambil tu baby sophia berjalan ke setiap tetamu kumpul duit..hahha..dorang tak cukur rambut sophia..just renjis2 guna daun2 & bunga kat badan dia je..

Gambar-gambar makanan tak ada pula..sebab saya cilok gambar majlis ni di FB kak yati dengan kebenaran. :)

ini saya sertakan sekali video yang saya rakam.Selamat menonton!



Wednesday, October 12, 2011

Hi-tea moment


Saya berkesempatan untuk hi-tea di salah sebuah hotel terkemuka di Brunei.Sewa satu bilik paling minima harga 700 $.Menu yang disediakan pun sedap-sedap dan banyak.Setiap kali bertukar menu bila makanan atas meja hidang dah habis..keh keh keh tapi i tak banyak snap gambar makanan sebab malew.Kalau makan tu makan je la..nak snap-snap plak kang jadi segan.Session kami di iringi dengan muzik piano yang dipersembahkan secara live dia area itu.


Lepas makan..saya dan najibah berjalan keluar sekitar hotel berkenaan





*********

Malam hari yang sama kami plan untuk bershopping seluar jeans ni Giordano.Namun kedai itu tutup terus secara tiba-tiba..tutup yang memang tak buka..papan nama kedai pun dah tak ada..notis pindah kedai pun tak ada..sedih..huuu..then family jiba tanya nak pergi makan tak..lapar tak..memandangkan pagi dah sumbat perut dengan roti canai paling best..petang sumbat lagi dengan hi-tea foods..dorang tanya saya..saya pun hanya mendiamkan diri sebagai jawapan..diam tandanya YA.Memang makhluk sorang ni tak tau malu..hehehehehhe.Apa boleh buat..makanan dalam perut cepat sangat ter digest..lumrah alam.Apa lagi..pekena soto lewww.



soto macam ini teringat pada negeri bawah bayu. T_T


selepas makan...kitorang pergi kedai CD..well you know CD yang boleh disewa..ini merupakan salah satu aktiviti kegemaran Bruneian..selain ber karaoke dorang akan menonton movie-movie terbaru mahupun lama di kedai-kedai VCD sewaan.Huhu..dulu aktiviti ni kitorang sefamily buat masa kecik-kecik..tapi sekarang dah ada internet .So pakai main download je movie-movie segala..i wonder kenapa brunei tak buat macam tu? maybe tak feeling kot yeh? ataupun nak mengekalkan tradisi..




ini lah aktiviti hari kedua...sepatutnya entry roti canai tu muat masuk dalam entry ni je..hehe..ok bye bye darlings.



Sunday, October 2, 2011

Roti Canai Best di Brunei




Roti canai paling best di Brunei ada di Noralizah Iskandar House of Curry.Roti canai dia besar dan rangupppp..boleh tahan sampai petang if nak skip lunch.

lepas tu yang specialnya kuah untuk roti canai tu wajib ada 4 lauk yang waiter pegang mangkuk untuk kita ambil.

1. sambal sardin

2. corn beef

3. Kuah dal

4. Acar timun (ini saya tak amik)


sangat sedap!

minuman special ada Holo..i suka minuman campur-campur macam ni..hehe.


To be continued...










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails