Thursday, January 26, 2012

It's Winter Break baby!!


Im away from 28 Jan - 8 Feb 2012 !

maybe this video below can give u a hint where im going this winter :D


Pssst.. tangging ABAH..the guy in the video,,are u familiar with him? ;P

Monday, January 16, 2012

Forensic & Toxicology Round



"Aku bersumpah dengan hari kiamat,dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri).Apakah manusia mengira,bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?.(bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna (cop jari)"

( 75 : 1- 4 )

Hujung Oktober sehingga awal Disember saya berada dalam Forensic & Toxicology Round.Forensic is all about Crime scene investigation (CSI) *tegak berdiri sambil gayakan dgn pistol* Hehe.Saya belajar mengenali jenis-jenis cop jari (gambar rajah di atas),tulang-belulang seperti dalam cerita Bones,sexual offences,jenis-jenis luka,kenal pasti punca kematian mayat,pregnancy,abortion,dan paling best ialah belajar mengenali weapons! riffle,revolver,non-riffle,peluru dan lain-lain.

contoh untuk tajuk firearm injuries kita boleh tau jenis pistol assailant tersebut guna,jarak pembunuhan antara assailant dan victim,perbezaan antara suicidal,homicidal,accidental,jenis-jenis peluru dan lain-lain.Bagi saya untuk permulaan tahun 4 dengan round forensic & toxic sangat seronok! tak ada lah awal-awal masuk tahun 4 dah kena hadapi subjek boringgg..hehe

Toxicolgy pula belajar mengenai bahan-bahan kimia yang bertoksik seperti plant poisons (atropine,nicotine,heroin,cocaine),hallucinogenic drugs (marijuana,etc),heavy metals ( mercury,arsenic etc),gaseous poisons ( carbon monoxide ,etc),pesticides,animal poisons (snake,scorpion),food poisoning,drug abuse, et cetera et cetera..

Oleh kerana entry saya yang lepas ada kawan tak puas lagi lihat gambar suasana universiti saya..maka saya sertakan pula suasana ketika saya dalam round F&T ini.Round F&T saya dalam kelas,maknanya saya berada dalam gama'ah,untuk round ENT saya dalam kelas yang berada di hospital maka suasana gama'ah tak berapa nak dapat ditonjolkan.hehe

seperti biasa

 9.00 AM - 11.00 AM : kuliah dalam dewan

11.00 AM - 11.30 AM : Break about half an hour.Loitering/duduk-duduk panaskan punggung di kawasan legar gama'ah.





junior tahun 3 from left abu burn,haikal dan faiz



my batch.. aliaa dan nisa'



kawasan di tengah-tengah ni memang sentiasa penuh dengan budak arab lepak..nak kata semua medical student pun bukan,,sebab time kami ada kelas,dorang masih lagi lepak kat situ..pelik di buatnya..maybe dari fakulti lain kot datang lepak situ.



court bola ni pun memang sentiasa ada orang main..selalu masa tahun 1 dan 2 dulu kelas saya yang sedang berjalan di sebelah bangunan tu je akan sentiasa hingar-bingar dengan budak-budak arab main bola ni..suasana pembelajaran memang agak tak kondusif waktu itu.



11.25 AM : Angkat punggung naik ke kelas round tingkat 5


Ini pakcik lif yang sangat baik sebab hari-hari tumpangkan kami naik lif ke tingkat paling atas! hehe..walaupun sebenarnya lif tu hanya untuk lecturer sahaja.


ini department histology..masa tahun 1 dan 2 belajar subjek ni *how time flies so fast*.Selepas je dari pagar hitam tu barulah department forensik dan community medicine.


Ini bingkai gambar sepanjang department.Explain about jenis-jenis luka sama ada suicidal dengan kerat nadi kat pergelangan tangan,kena cucuk benda tajam dan panjang..etc..


Gambar ni menerangkan mengenai kematian melalui sesak nafas macam lemas,jerut leher,kena cekik etc


ini kelas saya..hehhe..kelas saya semua perempuan sebab lelaki dah makin pupus. =P sebenarnya pelajar lelaki ada dalam dua kelas yang lain.


ini pulak muzium forensik..pamerkan organ-organ yang kena tembak,kena stab,tengkorak yang mengalami concussion..etc..


Pengakhiran.


^___^ V


entry terakhir sebelum end round exam ENT. bye!



Sunday, January 15, 2012

My daily routine


Anda nak ikut saya pergi university tak?? Teringin nak tengok suasana di university saya? Jom kita jelajahi kehidupan seorang student (me) sepanjang hari.Hehehe

Jam 8.45 AM : Keluar rumah untuk ke kelas




Siap-siap jalan ke gamaah (universiti)

9.00 - 11.00 AM : Kelas kuliah dalam dewan

11.00 - 12.00 AM : Break 1 hour


pekena kedai Rashidi jap


Caramel milk shake..nyummm!


Aiskrim di musim sejuk..kehkehkeh



cewek-cewek arab




ramai je budak-budak arab berkeliaran minta duit..hari-hari plak tu


bagi aiskrim je terus kat budak ni..huhu

Jam 11.50 AM : Habis lepak,jalan ke kelas yang berada di hospital 


sepanjang hospital memang ada arab-arab homeless berkampung di tepi-tepi ni..kesian kan..lebih-lebih lagi musim winter..





I don't know what happen to Pia..hehe..dia nak cium saya kot =P

Jam 12.00 - 2.00 PM : Kelas round ENT 

Jam 2.00 PM : Masa untuk pulanggggg





jom balik



menunggu tremco


tremco



sepanjang perjalanan nak balik rumah


familiar much this thing?


ok puas tak perjalanan hari ini? hehe..till next time! daaaa :D


Saturday, January 14, 2012

Operation Theater


Siapa rasa Bilik Pembedahan itu awesome?

MEEEEEEE !!!!!

Saya dah masuk 2 kali ke dalam bilik pembedahan ini.Selalunya selepas habis kelas baru ada masa untuk pergi,,then operation yang kami tengok pun hanya sempat nak hujung-hujung atau pun masih di tengah-tengah..saya nak tengok masa awal-awal pembedahan ketika surgeon buat cutting/incision pada mana-mana bahagian badan..nak tengok darah terpancut-pancut..hehe..tapi selalunya opeation start waktu pagi dan pagi itu la kelas selalunya penuh.

Untuk 2 bulan ni saya dalam Round ENT (Ear,Nose,Throat)..maka memang ada masuk bilik pembedahan..actually round ni nak habis dah..24 January saya dah Round End Exam..buka cuti winter break ni saya akan masuk round Community Medicine pula iaitu kerja kursus kami masuk ke kampung.Nama pun community kan..ber community la kami dengan penduduk kampung.hehe.

Back to topic,masa saya berada di ruang legar pembedahan teater tu rasa sangat teruja melihat doktor-doktor keluar masuk bilik bedah.Mereka berborak/berbincang..then im noticing our own lecturers yang ajar middle ear,nose,mastoiditis dalam kelas iaitu Prof.Dr.Abdul Rauf,Prof.Dr.Mubassyir,Dr.Ibrahim sedang berborak Then saya rasa macam mulut ternganga sekejap sebab lihat mereka pakai uniform surgeon..smart gilew dowhhh.Hehe exaggerate plak =P

Dengan itu saya sertakan beberapa keping gambar untuk tontonan..tabahkan hati ye tengok..bukan salu dapat tengok kan ;)


Case : Cholesteatoma 
Organ : Telinga
Name Of Operation : Canal wall down maistodectomy


Surgeon buat incision di belakang telinga



Ini adalah Temporalis fascia yang diambil di bahagian kepala,fungsi fascia ni kita nak ganti kan menjadi gegendang telinga yang baru sebab gegendang telinga yang lama dah perforate


Kena terbarkan fascia ni dahulu dan dikeringkan menggunankan lampu operation yang bulat dan besar yang ada kat atas (selalu doctor tarik untuk suluhkan pada telinga tu)




Benda panjang itu ialah mikroskop untuk lihat minute surgery yang surgeon tengah buat..depan surgeon tu pun ada mikroskop juga..





ini lah uniform saya...hehe..warna biru ;)

**************

Second time saya pergi operation theater saya dapat lihat 4 jenis pembedahan sebab ada 4 bilik bedah yang tengah beroperasi..1 tu kami termasuk dalam department neurology..lol..sebelah-sebelah je ENT & Neurology

1. Nasal polyp
organ : Nose

2. Post-cricoid carcinoma (tumor)
organ : Leher

3. Buccal Carcinoma (Tumor)
organ : Mulut

4. Posterior Fossa ........ (neurology,so saya tak ingat)
organ : Kepala

Tapi untuk kali ini..gambar hanya ada untuk operation Buccal carcinoma..sebab kamera berkuasa tinggi ada di dalam bilik tu je...kami yang berkeliaran kat bilik bedah lain tak ada kamera berkuasa tinggi even dalam handphone..heheh

Gambar kali ini agak scary...jangan tengok sambil makan.


Buccal carcinoma ni merupakan major operation so ada 4 surgeons yang bertugas dalam bilik ni


Surgeon kiri tu ialah doktor Abdul Rauf yang ajar saya Middle Ear :)




Nampak tak  injection tu? itu adalah adrenaline yang doc inject untuk kurangkan darah terpancut-pancut.


kawan-kawan Malaysia kata rileks je saya bergambar dalam OT..doctor sangat sporting..nak buat cemana.. =P

*******

dalam bilik bedah ni mesti wajib ada anesthetist...well salah satu pilihan saya untuk amik pakar nanti ialah bius..saya pun perhatikan doktor bius dalam bilik tu..sangat la rileks..kerja duduk je..kadang2 je pegi tempat alat anesthetic dia tu tengok Blood Pressure,Heart rate nya bacaan..heheh,membuatkan saya fikir 2-3 kali..

saya pun minta komen doktor tersebut sebagai doktor bius

Doctor 1 : Anesthetist is so funny and easy job..but once go wrong it's awful

Doctor 2 : Anasthetist needs to have broad knowledge..eventhough we not apply all of that but you need to know/master  every single of it.



The Anesthetist


comel je tengok doktor ni..hehe



As a wrap..maybe anesthetist is not boring at all..but i try to look any other options too.. ER doctor? hehe..i like ER sebab boleh dapat cepat dan banyak experience..tapi bila memikirkan masa consuming dan saya ada lah perempuan....hmm..


Wish me luck for my round exam for ENT,by the way i love this round :).
Lepas exam winter breakkkkk..i have marvellous plan/journey coming soon..can't wait!! :D








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails