Saturday, February 25, 2012

Syria & Syiah


Ilmu yang saya dapat daripada usrah saya :

Revolusi Syria menggoncang dunia pada hari ini..revolusi nega-negara arab yang asalnya dari Tunisia terus ke Mesir,Libya,Yaman,Bahrain,etc..

SYRIA

Macam mana revolusi Syria bermula? bagi sesiapa yang belum maklum revolusi ini bermula apabila ada sekumpulan kanak-kanak Syria menconteng di dinding bangunan di tempat awam yang menulis

"Rakyat mahu jatuhkan kerajaan"

Tulisan mereka kedapatan oleh askar Syria dan askar tersebut menangkap semua kanak-kanak yang terlibat dan menyeksa mereka semua sepeti mencabut semua kuku tangan dan kaki kanak-kanak tersebut.Kejam bukan? kebanyakan kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat penyeksaan yang tidak dapat ditanggung lagi dan hanyalah tinggal beberapa kerat yang nyawa-nyawa ikan.

Lalu ibu-bapa kanak-kanak yang masih hidup itu meminta mereka melepaskan anak mereka tetapi salah seorang askar Syria berkata pada seorang bapa kanak-kanak tersebut supaya menyerahkan isteri nya untuk dinikahi kepada askar tersebut (satu bentuk penghinaan).Maka dari sini la kebangkitan rakyat Syria untuk menentang kekejaman pemerintahan Syria di bawah genggaman Basyar Al-Assad.

SYIAH

Islam mempunyai dua fahaman iaitu syiah dan sunni.Syiah daripada Saidina Ali "Karamallahuwajha" dan Sunni ialah dari Ahli Sunah wal Jama'ah.Kita umat Muhammad merupakan islam Sunni.

Manakala Basyar Al-Assad ialah syiah.Pemerintahan Syria sejak zaman dahulu dikuasai oleh keluarga Basyar..pemerintah sebelum ini ialah hafez Al-assad (bapa Basyar).Bapa Basyar merupakan pemerintah yang dahulunya sangat kejam kerana dia telah membunuh kanak-kanak dalam jumlah yang banyak,hampir 70% sasaran pembunuhan ialah kanak-kanak dengan alasan kanak-kanak ini la apabila membesar akan menentang dia semula.Maka Basyar meneruskan "perjuangan" ayah nya untuk membunuh kanak-kanak.

Walaupun Syria merupakan 60-70% rakyatnya merupakan Sunni dan tidak ada satu posisi pun untuk Ahli Sunnah wal Jama'ah dalam pentadbiran...namun yang memegang kuasa penuh 84% negara mereka ialah Syiah walaupun Syiah tak sampai 10% dalam negara tersebut.Namun syiah sekarang sudah jauh terseleweng daripada ajaran islam yang sebenar kerana :

1. Mereke membunuh saudara mereka sendiri iaitu muslim sunni di syria..sampaikan bagi mereka "darah sunni adalah halal untuk dibunuh"

2. Basyar Al-Assad memaksa rakyatnya untuk mengaku/mengucapkan bahawa Basyar itu ialah tuhan (bila ingat sirah-sirah terdahulu ianya sama seperti firaun dan raja Namrud)

Maka syiah sekarang tidak boleh dianggap sebagai cabang fahaman Islam kerana memang sangat sangat jauh terseleweng akibat tindakan Basyar.

Boleh lihat video yang saya attach di bawah menunjukkan kebangkitan pemuda-pemuda yang ingin membebaskan negara mereka iaitu Syria.Semangat mereka sangat kuat sehinggakan mereka berdemonstrasi dan melaungkan 

"kita tidak perlu tunggu pertolongan dari mana-mana negara kerana pertolongan sepenuhnya hanya dari Allah s.w.t" 

"Mengapa kamu tidak memerangi orang-orang yang melanggar sumpah,dan telah merencanakan untuk mengusir Rasul,dan mereka pertama kali memerangi kamu? Apakah kamu takut kepada mereka,padahal Allah lah yang lebih berhak kamu takuti jika kamu orang-orang yang beriman" 
(At-taubah :13)

"Perangi lah mereka nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka,seta melegakan hati orang-orang yang beriman" (At-Taubah : 14)


p/s maklumat terperinci mengenai ini boleh layari http://palestin.perubatan


wallahualam..

Wednesday, February 22, 2012

Paris Im In Love!


kami sampai di lapangan terbang Beuvais,France dalam area jam 7-8 pagi.Then saya dan intan cari transport untuk ke pusat bandar iaitu Paris..bila keluar je dari pintu masuk airport..

"MAK AIHHHHH ASAL SEJUK GEDI NI.SEJUK SAMPAI KE TULANGGG.AGAK-AGAK KALAU BERJALAN KAT LUAR DALAM MASA YANG LAMA BOLEH PATAH TAK JARI JEMARIKU JIKA TAK PAKAI SARUNG TANGAN?"

Cari la tempat tiket bus..dan orang booth tu kata nak pergi Paris kena naik bus pelancong *yang besar tu* untuk ke pusat bandar..sebab takda metro dari lapangan terbang.Perjalanan ke Paris amik masa 1 jam..woh lama juga..dan jauh juga ye airport dari Paris.

Maka kami sampai hotel Lombardia yang berada di Richard Lenoir pada jam 12-1 tengah hari..selepas itu tidur dan rehat..plan petang baru start jalan...memandangkan kami mula berjalan pada waktu petang,sure akan meronggeng sampai ke malam kan? kan? kan?

sebut mengenai malam dan Paris..apa yang terfikir di benak fikiran? di mana tempat yang best untuk lepak sambil menyaksikan tarian si kepak merak? You know si kepak merak,tarian ada costume bling-bling dan berbulu-bulu lebat panjang seperti burung merak tu...again PARIS..tempat tarian yang famous sejak dulu kala tu sehingga la sekarang..of course la kitorang pergi


MOULIN ROUGE !!!






tarian si kepak merak !

sila nyanyi lagu Lady Marmalade - Moulin Rouge

*chorus*
Gitchie gitche ya ya da da~
gitchie gitchie ya ya here~
mocha chocolata ya ya~
Creole lady marmalade~

*dorang pronounce Moulin Rouge sebagai  Mulan Ruj*

Siapa tak tahu Mouline Rouge angkat tangan! puhlese korang...Moulin Rouge siap ada buat movie lagi tajuk Moulin Rouge dan pelakon dia Nicole Kidman.*berlagak neh,,sedangkan time kat sana dia la sorang dalam group travel jahil tak tahu Moulin Rouge tu tempat apa*

It's Cabaret nightclub! Mulan Ruj means Red Windmill

ok enough...



IM KIDDING 


mengucap lah mak abah saya baca benda ni..he he he..so tak sampai hati nak bagi dorang mengucap panjang-panjang maka saya berhentikan permainan ini =P.Kitorang tak pegi sana la,walaupun Azhani insist nak pergi sana semata-semata untuk tangkap gambar depan windmill tu je.Masalahnya kitorang ni dah la semua perempuan..kat sana tu macam-macam jenis manusia ada..iman rendah ni pun bila sampai sana boleh turun ke level kosong terus.


Moulin Rouge[1] (French pronunciation: [mulɛ̃ ʁuʒ]Red Mill) is a cabaret built in 1889 by Joseph Oller, who also owned the Paris Olympia. Close to Montmartre in the Paris district of Pigalle on Boulevard de Clichy in the 18th arrondissement, it is marked by the red windmill on its roof. The closest métro station is Blanche.
The Moulin Rouge is best known as the spiritual birthplace of the modern form of the can-can dance. Originally introduced as a seductive dance by the courtesans who operated from the site, the can-can dance revue evolved into a form of entertainment of its own and led to the introduction of cabarets across Europe. Today the Moulin Rouge is a tourist attraction, offering musical dance entertainment for visitors from around the world. Much of the romance of turn-of-the-twentieth-century France is still present in the club's decor. -wiki-

ini la sejarah Moulin rouge..hehe..jangan pergi tau~ *wink2*

Ok lah..destinasi sebenar kami ialah

Eiffel Tower !!

bila kami dah sampai Eiffel tu pun dah gelap waktu tu.. i mean gelap tu malam..bukan tower effeil yang gelap..hehe



We see it from far !! *excited*



how beautiful it is right? ini daripada kamera dslr balqis,,tapi nampak macam potret kan?! *exaggerate*








from under the tower..



rugi kalau dah sampai tak naik ke puncak tower teruskan? so kitorang pun pay for the fee which is 11.80 euro to go to the top..jan risau,kami naik lif..siapa yang nak naik tangga di alu-alu kan =P




scenery at the top



we try to play with the telescope..but u must insert 1 euro.How sad,taknak bayar *kedekut tak saye.hehe*





ini adalah patung menceritakan sejarah penubuhan Eiffel Tower ni..kalau nak tahu lebih lanjut,sila tengok rakaman video saya di akhir entry ya ! ;)


Then kami naik ke tingkat paling atas,yang gambar sebelum ni belum puncak lagi sebenarnya..he


ini dia bagi tunjuk negara-negara yang bina tower sendiri..spot Malaysia there? eh kena sebut Malaisie ehe! yang tertinggi tu! *proud to be malaysian*



Puncak..takde beza pun pemandangan =P..but it's freezing cold up there and very windy!! Paris -1 okay waktu itu.
Kalau tak pakai mafla *which is kain lilit kt leher* tu untuk tutup muka/hidung..sure-sure dapat selesema!



percaya atau tak kat atas tower tu ada ice skating!..huhu..even ada restaurant juga..tapi restaurant tu still under construction..


Kami pun turun semula..dan pergi ke satu padang luas kat tepi tower tu untuk tangkap gambar Eiffel lagi sekali !












Us !

Sebenarnya padang luas ni tempat orang berjogging..ramai plak tu saya tengok orang paris berjogging..but i think macam best je kan jogging sejuk-sejuk! dalam masa yang sama nak panaskan badan tanpa berpeluh pun..

malam tu..satu tempat je kami lawat..Mulan Ruj tak jadi ;P..balik hotel dan fortunately sebelah hotel tu ada kedai kebab dan secara kebetulan owner kedai kebab tu egyptian ok! dia macam teruja gila jumpa kami-kami yang dari egypt juga ni..ape lagi..test power speaking arab la walopun tak power mano =P..owner tu dah apply kerakyatan kat sana kot..mane taknye berhabuk dah cakap french! *tak sempat vacuum nak sedut habuk tu =P*

ok lah jom saksikan video sepanjang berada di Eiffel Tower









Friday, February 17, 2012

The moment i hate Ryan Air

(sambungan entry bawah)

Waktu bermalam di airport untuk ke Paris esok awal paginya tu..ada kisah sedih dan sangat menggeramkan saya.Flight kami pada jam 7 pagi..maka jam 4 pagi tu memang dah bergegas ke terminal penerbangan yang perlu naik bas ke terminal tersebut.Saya lupa terminal berapa.Then airline yang kami naik ni ialah Ryan Air. Ia merupakan local flight yang paling murah berbanding airlines yang lain.

cuma yang seksanya ialah hang luggage kena 10 kg dan saiz hand luggage kena 55cm x 40cm x 20cm . Ok imagine la backpack saya memang tak sampai 10 kg pun..tapi saiz tu saiz tu saiz tu rasa memang tak lepas je.Tapi pray harder supaya airline ni tak strict sangat.Asal tak lebih 10 kg dah memadai kot. KOT.
Bila dah check-in ticket dan kargo beg (untuk beg makanan) ,kami berlari nak masuk security check-in yang kena buka segala bagai jaket,boot,handbag,jam yang akhirnya tinggal sehelai sepinggang di badan.Rasa nak menangis okay kena buka bagai sedangkan macam setengah jam je lagi kapal nak depart dan itu tak campur berbaris tunggu turn lagi.

Bila habis part tu..datang la pula part paling nightmare seantero alam yang terus rasa benci gila dengan Ryan Air dan memang tidak akan naik Ryan Air lagi lepas ini,ever! Sampai pintu masuk last yang memang terus masuk ke dalam kapal.Ada la ticket attendant ni amik ticket kita and she said

"CAN U PLEASE MAKE YOUR HAND LUGGAGE ONLY ONE,NO HANDBAG,NO CAMERA (dslr) NO EVRYTHING EXCEPT ONLY ONE BAG. AFTER THAT PUT YOUR BAG IN THIS"

:
:


THIS CRAAAAAZZZZZZY LITTLE THING !!!!!


ONCE AGAIN,THIS CRAAAAAZZZZZZY LITTLE THING !!!!!

"IF YOUR BAG CANNOT FIT,YOU MUST PAY THE FINE.IF YOU DON'T WANT TO PAY,I DON'T WANT TO WAIT AND I WILL CLOSE THIS DOOR"

 *hey you,what a jerk.Even Air Asia yang airline tambang rendah tuh pun tak violate penumpang dia macam kau buat kat  kitorang.*

macam pucat dah muka masing-masing tengok benda ni..tak sangka memang dia suh bagi masuk juga dalam ni..bayangkan backpack saya tu ( sila scroll entry bawah2) yang memang gemuk-gedempol dan tak ada space langsung di tambah pula barang yang beli sikit-sikit kat Madrid dan kena sumbat lagi handbag saya yang besar warna merah tu (kalau sumbat) rasa-rasa boleh lepas tak jeriji besi yang selim-menyelim ni?

masa tu tinggal 15 minit lagi kapal nak jalan hokay.Mati kutu kitorang time tu..ye la masing-masing bawa beg besar yg gemuk-gemuk kan.Terpaksa unpack balik backpack dan usaha la macam mana pun untuk bagi lepas jeriji durhaka tu.Unfortunately,me and balqis can't make it..balqis yang bawa tripod panjang dan kamera dslr pun memang tak muat masuk dalam backpack dia..dengan masa lagi tak mengizinkan takut kena tinggal kapal..kami beralah  dan kena denda 40 euro sorang..


40 Euro beb T___________T



How i hate u the most Ryan Air









Thursday, February 16, 2012

Hola Madrid!




Madrid Mia Amor !!

Senoritaaaaaaasssss coming to rock you madrid!


we asked the information desk to know how to get to the city of Madrid


Kami naik underground train untuk ke pusat bandar




we reached SOL


Bila sampai Metro madrid terjumpa Photo Booth ni..jadi jakun sebentar sebab tak pernah guna.Apa lagi jom snap picture!





Hasilnya! bukan gambar yang blur...tapi kamera.hehe






Madrid merupakan bandar yang menarik dengan seni bina yang ancient dan 90's orang kata.Boleh dikatakan Paris dan madrid nya seni bina agak sama..cuma paris memang nampak lebih ancient dan rasa macam haunted pun ada bila nak dekat-dekat malam tu.

Cuaca di Madrid waktu itu best..sejuk yang kita dapat tahan lagi dengan keadaan yang cerah.Tu pasal boleh melompat-lompat lagi kat Madrid..tapi bila sampai paris dan Italy dah rasa macam beruang kutub berganding dengan penguin T_T

Orang-orang di Madrid rasanya okay kot sebab tak dapat nak teliti sangat kerana sehari je kan.Tapi yang paling terangkatnya kitorang kat Madrid ni ialah jejaka nya kacak-kacak belaka.Korang boleh imagine kot muka lelaki Sepanyol macam mana kan? kan? kan? yang hangpa dok tergila-gilakan Enrique Gelas i can be your hero bebeh,Ricky martin go go go ale ale ale,teringin nak jadi Catherine Zeta jones berganding dengan Antonio Banderas tu haa mereka-mereka ini la Sepanyol mariiii.Cek yang tak boleh tahannya tu pakcik-pakcik kat madrid pun kacak gilew.T___T tok sah kata yang mudew mudew..memang mata ni 360 darjah berpusing sepanjang berjalan tu.Haha..takde lah..untuk elakkan juling bagus jangan buat camtu..kita mesti jual mahal bebbb..walaupun sah-sah orang sana tak tengok kita.Di europe kami menggunakan istilah kacak bukan handsome di dalam perbualan kami.Kite kena pandai cover bai.Lagi satu cek nak habaq..graf untuk lelaki kacak bermula dari Sepanyol menurun kat Italy dan lagi menurun kat Paris.Hek hek hek.







Next, benda yang menarik ialah madrid banyak REPLIKA!!! Kalau nak bergambar dengan replika ni kena lah bagi upah dalam tabung dorang letak kat depan dorang.Tak kisah lah nak bagi berapa,asalkan bila masuk tabung tu berbunyi la duit yang dimasukkan.Obvious bila bunyi tu slow je memang sah-sah 1-2 sen je masuk sebab ringan..bila bunyi kuat sikit tu makna 1-2 euro yang masuk sebab syiling tu berat.hehe


Replika Captain Jack Sparrow.
Saya tak jumpa jack sparrow ni sebab saya dah melompat kat mana tah ke depan..ini pun ambil daripada kamera intan.


Replika unknown.
Ini adalah manusia bukan patung tidak bernyawa.Hehe..i wonder mesti dorang dah amik masa lama untuk practice berdiri tegak tanpak gerak kan? 


Gambar-gambar kejap


Ini pun saya tak tahu apa..maybe ada dalam cerita komik kot replika ni.


Posing-posing sket



Replika Elmo



Replika Patrick


Replika fa-aja-aja


Persembahan nyanyian dengan topi koboi masing-masing


magic show

*******

Tarikan yang lain ialah shopping!
we have ZARA bebeh.ZARA is originally from Spain..memang rasa heaven gila bila nampak harga zara mostly 10 euro.Sale pulak tu!! Perhatian 1 euro = RM4.


Bila je selalu nampak ZARA ada sale..hehe..merasa juga ZARA yeh kat Spain..beli baju,mafla dan baju untuk Arfan dan Nuha..hehe..Topshop,H&M saya beli lipgloss,Sixt pula saya beli sun glasses.Versace,Goche & Gabbana sebut je lah..masuknya tak.hehe.



Setiap kedai ada SALEEEEEEE.Takpun dalam bahasa dorang disebut SALDI





 I jumpa kedai Real madrid yooo..official punya..bergambar kejap depan pintu nak tayang walaupun tak masuk.hehehe



Waktu malam tu kami berlegar kat tengah-tengah tu juga tempat yang sama sambil makan crepe nutella! then nak tau kat tengah-tengah tu ada pendakwah jalanan.Cara pendakwah ni dia berdiri kat satu tempat sambil pegang Bible dan memberi ceramah sambil menguatkan suara di tengah orang yang lalu lalang.Saya pula asyik memerhati orang tersebut sambil rakam video.Kekeke..nanti di akhir entry akan ada video..so anda boleh tengok persekitaran Madrid dari pagi hingga malam.



 Nutellaaaaa


nyum3


ini la crepe tu..macam lempeng je disapu dengan nutella
harga 4 euro



malam pun ada show..ini berlakon jadi baby..suara pun suara baby..lucu juga tengok


Puppet show.Masukkan duit dalam tabung baru bergerak puppet ni.Yang berdiri tu lelaki..yang duduk tu perempuan.Mula-mula saya perhatikan laaaama yang berdiri tu sebab nak kenal pasti jantina..kot kot la perempuan yang tomboy kan..then lelaki tu pun pandang je saya balik tiba-tiba dia kenyit mata.Terkejut mek.


Mickey mouse! ada je minnie dia tapi tah pegi mana

Next masuk kedai souvenirs...












saya beli keychain dan fridge magnet je.


Pemandangan di waktu malam












masa untuk balik ke aeroporto/airport..bermalam di airport..


Penat dan puas hati.... :)






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails